Jan 30, 2010

Jom Daftar Yahoo Meme


Sudah lama penulis mengetahui tentang Yahoo Meme ini tetapi hari ini baru tergerak hati untuk mendaftarnya. Ianya adalah mikro blogging dan berfungsi lebih kurang Twitter. Jika anda penggemar Twitter, berkemungkinan besar anda juga akan suka Yahoo Meme.

Jan 29, 2010

Blogspot Memperkenalkan Simpanan Widget


Berita baik untuk semua pengguna blogspot. Selama ini ramai orang mengeluh apabila menukar template kerana widget² yang telah dipasang akan dipadamkan sehinggalah cara untuk mengatasinya ditemui di topik tukar template baru tanpa kehilangan widget. Akan tetapi blogspot telah mengemaskini fungsinya dengan memasukkan menu keep widgets bersebelahan delete widgets.

Jan 28, 2010

Senilukis Di Jari

gif maker

Wah! Itu ayat yang terlintas di benak penulis apabila melihat gambar² jari yang telah 'disolek' sebegini rupa. Jelas sekali pelukisnya adalah seorang yang berbakat besar kerana berjaya mencambahkan pelbagai idea seperti sebatang pen, ahli angkat berat, pemain piano dan lain² di atas jari jemari.

Jan 27, 2010

Buat Senarai Impian Dengan Mulist


Anda gemar membuat senarai impian (wishlist) di blog anda?? Tentu sahaja senarai impian anda melebihi lima perkara sehingga membuatkan ruang blog anda sesak?? Kalau mahu, anda boleh meletakkan senarai yang banyak itu di dalam satu menu senarai yang menarik.

Jan 26, 2010

Penukaran Domain Blog Eriyza

BannerFans.com

Setelah hampir setahun menggunakan domain percuma dari Zonestraits, akhirnya penulis membuat keputusan untuk kembali semula ke domain asal di blogspot. Hal ini dilakukan berikutan domain tersebut tidak lagi relevan untuk digunapakai. Penukaran ini berkuatkuasa serta-merta mulai hari ini, anda wajib mengakses blog ini dengan menggunakan alamat baru iaitu http://eriyza.blogspot.com manakala pautan lama iaitu http://eriyza.via.my telah dipadam.

Jan 24, 2010

Menulis Tweet Dari Blog


Kalau anda suka bertweet dan ingin bertweet terus dari laman blog anda, maka anda boleh memasang widget yang berkaitan. Widget ini membolehkan sesiapa sahaja menulis tweet dengan mengisi username, password dan send tweets. Seketika kemudian, tweet tersebut akan terpapar di laman Twitter anda.

Jan 22, 2010

Blogspot Memperkenalkan Mukasurat Statik


Akhirnya blogspot memberi khabar gembira kepada semua penggunanya apabila menambah fungsi halaman mukasurat (pages) ke dalam menunya. Ini adalah antara menu yang ditunggu² oleh semua pengguna blogspot. Sebelum ini penulis membuat mukasurat dalam blog dengan menggunakan topik sahaja. Untuk mencuba menu terbaru ini, anda perlu masuk ke Blogger in Draft.

Jan 21, 2010

Semak Backlink Ke Blog Anda


Tahukah anda berapa banyak blog anda dipautkan di blog lain?? Jika anda sendiri yang bertukar pautan dengan blog tersebut tentu sahaja anda maklum blog mana yang memberikan backlink kepada anda tetapi jika sebaliknya, tentu anda tidak tahu bukan?? Secara ringkasnya, backlink adalah blog anda yang tersenarai di blog orang lain.

Jan 19, 2010

Blog Yang Sesuai Dilayari Di Telefon Bimbit


Adakah anda sering menggunakan telefon bimbit untuk melayari sesuatu web atau blog?? Jika demikian, anda patut menyemak sama ada ianya sesuai untuk dilayari di telefon bimbit anda. Penulis telah memeriksa kedua² blog milik penulis dan ternyata ianya kurang sesuai untuk dilihat melalui telefon bimbit.

Jan 18, 2010

Senilukis Ikan Di Muka




Makhluk Tuhan di dunia ini mempunyai pelbagai kreativiti. Lelaki dan wanita dari barat ini pula menggunakan bakat yang ada pada mereka dengan meniru aksi ikan. Mereka menyolek muka ala ikan yang hidup di laut. Kemudian, mereka membuat aksi² si Nemo dan rakannya.

Jan 17, 2010

Kempen Ribbon Blogger, We Care


Topik seumpama ini adalah julung² kali penulis paparkan di blog ini sepanjang 5 tahun 5 bulan menjadi bloggers. Atas nama persahabatan dan kasih sayang sesama insan, penulis terpanggil untuk menyertai kempen Blogger, We Care anjuran Encik Hydir yang bertujuan untuk membantu Encik Megat yang sedang hidup dalam tangisan bersama isteri dan anak²nya. Topik ini penulis akan pastikan berada di atas atau dipanggil sticky post selama seminggu mulai 10 Januari 2010.

Jan 16, 2010

Muatturun Perisian Versi Lama


Setiap kali perisian yang ada di dalam komputer anda terbit versi baru, maka tanpa berfikir panjang anda akan memuatturun versi terkini itu. Jika versi baru sesuai dengan jiwa anda, maka tidaklah anda gusar tetapi jika ianya mengecewakan tentu anda kesal. Lebih menyakitkan hati jika anda tidak menyimpan perisian asal tersebut.

Jan 15, 2010

Koleksi Tweet Artis Barat


Anda meminati artis² dari luar negara terutamanya dari barat?? Jika demikian, anda tentu berminat untuk membaca setiap cerita yang ditulis oleh selebriti² tersebut di Twitter mereka. Menariknya, ia menghimpunkan semua tweets para artis yang sedang bertwitter. Tadi penulis sempat melihat tweets dari Sean Kingston, Justin Timberlake, Lady Gaga, Kim Kardashian dan lain² lagi.

Jan 12, 2010

Nyah Kod Dengan Postable


Januari tahun lalu, penulis ada menulis tentang masukkan kod ke dalam blog dan telah diberi laman sesawang untuk menukar kod dari decode kepada encode. Kali ini penulis ingin memperkenalkan satu lagi laman sesawang yang boleh menyahkod html untuk ditampal di dalam topik blog.

Jan 11, 2010

Nasi Berlauk Kicap


Topik ini ditulis dari telefon bimbit Nokia 5800Xpress Music. Semestinya ia adalah percubaan live blogging. Hari ini menu penulis ialah nasi berlaukkan kicap, ikan goreng dan cili. Rasanya sangat sedap. Ianya mengimbau zaman kanak-kanak penulis dulu. Adakah anda juga gemar makan nasi berlaukkan kicap sewaktu anda kecil dahulu??

Jan 8, 2010

Memasang Permainan Reflext Tester


Tahun lepas penulis ditanya tentang permainan menguji respon terhadap warna yang diletakkan di blog ini. Permainan ini agak menarik kerana mata dan jari perlu bekerjasama untuk memberi respon terhadap warna. Antara lain ia memerlukan anda bertindak pantas apabila melihat kotak yang kosong bertukar warna. Jika lambat, anda akan mendapat mesej yang boleh menyakitkan hati.

Jan 6, 2010

Rekod Teks Dengan Live Typing

Versi Animasi Bergambar

Terima kasih Tuhan untuk semua orang yang berada d
Versi Kod HTML

Ayat yang tertera di atas sebenarnya telah direkod. Jika anda juga ingin membuat ayat seperti ini, anda cuma perlu masuk ke laman sesawangnya dan mula menulis ayat yang dikehendaki. Jika berlaku kesalahan ejaan, ia akan terekod sama tetapi anda boleh menekan butang start again.

Jan 4, 2010

Membuat Baca Selanjutnya Versi Blogspot


Dahulu penulis ada memberitahu bahawa blogspot telah memperkenalkan baca selanjutnya yang lebih mudah digunakan tanpa memasukkan kod yang rumit. Akan tetapi, ramai bloggers tidak dapat menggunakannya kerana mereka memakai template yang telah diubahsuai dan bukannya template asal dari blogspot. Justeru, mari kita cari jalan penyelesaian untuk masalah itu kerana penulis sudah pun memasang baca selanjutnya versi blogspot untuk blog ini.

Jan 3, 2010

Kuruskan Gambar Dengan Weight Mirror


Anda berbadan besar?? Anda ingin kelihatan kurus di dalam gambar?? Anda tidak perlu sebarang penggunaan Adobe Photoshop atau perisian yang seumpamanya untuk menampakkan anda kurus di dalam gambar. Hendak tahu cara²nya?? Teruskan membaca topik ini sehingga habis.

Jan 2, 2010

Keputusan Carian Tentang Eriyza Di Google


Tahun baru 2010 penulis mulakan dengan carian nama samaran diri sendiri di Google. Pada mulanya penulis tidaklah mengharapkan carian tersebut akan menemukan keputusan yang bagus. Akan tetapi hal sebaliknya pula yang berlaku. Belumpun sempat penulis menghabiskan perkataan yang ditaip, sudah terpampang nama penulis dengan jumlah hasil carian yang agak besar.

Jan 1, 2010

Selamat Ulangtahun Kelahiran


Umur meningkat lagi tetapi perangai kadangkala semacam kanak². Sempena 1 Januari bersamaan hari lahir penulis ini, iltizam untuk memperkukuhkan jati diri, menambahkan ketaqwaan, menjana pendapatan lumayan dan memajukan perniagaan. Selain itu azam tahun lepas yang belum menjadi kenyataan tetap dibawa ke hadapan. Tiada alasan untuk berputus asa kerana doa adalah senjata mukmin. Penulis merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik² perancang.