Mar 31, 2010

Star Wish


Untuk semua pengunjung blog ini, penulis hiburkan anda dengan sebuah lagu Mandarin dendangan Cecelia Cheung. Lagu ini dimuatkan di dalam filem Fly Me To Polaris yang juga dilakonkan olehnya dan Richie Ren. Lagu ini mempunyai makna tersendiri buat penulis dan biarlah ia kekal menjadi rahsia. Layankan saja kesyahduan lagu ini.

Mar 30, 2010

Hantar Email Sulit Dengan Lockbin


Anda ingin menghantar email kepada rakan anda tetapi anda tidak mahu menggunakan email peribadi anda?? Untuk tujuan itu, anda boleh menggunakan email alternatif. Anda cuma perlu menulis email seperti biasa. Malah, banyak peralatan untuk menulis disediakan bagi memudahkan anda.

Mar 29, 2010

Tepung Kapur Dari Dapur


Anda pernah makan kuih warna coklat bersalut nyiur (kelapa) parut?? Di sini, kuih ini dipanggil tepung kapur manakala nama saintifiknya yang diterima pakai di seluruh Malaysia tidak pula penulis ketahui. Penulis menikmati kuih ini pagi tadi. Anda mahu resipinya?? Owhhh, penulis belum belajar lagi cara² untuk membuatnya! Jadi, anda tanya pakcik Google sahaja. Ya, ini adalah pos live blogging kerana gambar ini penulis siarkan terus dari Nokia milik penulis. Anda nak belajar buat pos live blogging??

Mar 28, 2010

E-Novel : She_Girl@He.Man



Akhirnya penulis berjaya juga menghabiskan e-novel She_Girl@He.Man dalam masa 3 hari, itu pun kerana tidak dapat menumpukan sepenuh tumpuan untuk membaca kerana ada kerja perlu dibereskan. Novel ini mempunyai 61 episod dan baru sahaja penamatnya diposkan sebentar tadi. Penulis kira jalan ceritanya ringan tetapi menarik.

Mar 26, 2010

Permainan Online : Occupations Tahun Enam


Sebelum ini apabila penulis memberikan permainan online berbentuk ilmu, ada juga mak abah budak yang bermain. Tak sangka pula orang dewasa pun berminat juga walhal penulis khususkan untuk kanak² tapi tidak mengapa, asalkan bermanfaat, boleh saja dipraktikkan bersama anak².

Mar 24, 2010

Set Ikon Percuma Aplikasi Web


Ikon aplikasi web percuma untuk anda dengan efek 3D berstail glossy. Kesemua ikon ini tersedia di dalam format png dengan latarbelakang transparent. Anda boleh menggunakan untuk tujuan peribadi atau komersial.

Mar 23, 2010

Koleksi Rekabentuk Barcode


Lazimnya kebanyakan produk yang kita beli di pasaran mempunyai label yang dipanggil barcode. Sesetengah pasaraya akan menggunakan barcode itu sebagai tanda harga dan juruwang akan menggunakan sejenis alat untuk dilaserkan (tak pasti ayat yang sesuai) pada barcode tersebut. Akan tetapi barcode tersebut bersifat segi empat dengan garisan dan nombor. Barcode yang penulis paparkan ini pula sangat kreatif dan semestinya digunakan di Jepun.

Mar 22, 2010

Letak Gambar Untuk Dikomen Di UpShot


Anda mahu memaparkan gambar dan mahu gambar anda dikomen oleh rakan² yang lain? Anda boleh mencuba perkhidmatan UpShot. Daftar dahulu sebelum muatnaik gambar anda.

Mar 19, 2010

Permainan Online : Penjodoh Bilangan Tahun Dua


Uji kepandaian anda di dalam menentukan kumpulan penjodoh bilangan bagi sesuatu. Ada lebih kurang 16 penjodoh bilangan telah diberi dan anda perlu memadankannya dengan jawapan yang betul melalui kaedah drop down menu.

Mar 18, 2010

Semak Grammar Dengan Paper Rater


Katakanlah anda ingin menyemak essei berbahasa Inggeris yang telah anda ambil dari laman lain tetapi anda malas hendak menyemaknya di Microsoft Word, maka anda bolehlah menggunakan web Paper Rater untuk berbuat demikian. Ianya boleh digunakan secara terus tanpa pendaftaran.

Mar 13, 2010

Blogspot Memperkenalkan Template Designer


Blogspot maju setapak lagi. Selepas memperkenalkan satu persatu fungsi yang menarik, kini ia menambah satu lagi perkhidmatan baru iaitu template designer. Nak tahu apa bagusnya perkhidmatan ini?

Mar 11, 2010

Tiga Kolum Di Ruangan Atas


Ada yang bertanya di Twitter penulis cara² untuk meletakkan tiga kolum di ruangan atas. Dahulu, penulis pernah berkongsi panduan untuk memasang tiga kolum di ruangan bawah. Jangan buang masa, mari kita mulakan.

Mar 10, 2010

Permainan Online : Tatabahasa Tingkatan Satu


Adik² sekalian, dari kamu bermain permainan yang tidak mendatangkan manfaat, baik kamu bermain dengan latihan tatabahasa. Sekurang²nya minda kamu akan terbuka dan ilmu kamu pula akan semakin banyak. Mak abah pun tak marah kalau kamu bermain permainan seumpama ini.

Mar 8, 2010

Memasang Caption Pada Gambar


Warga kerja Blogspot menambahbaik lagi beberapa fungsinya agar pengguna semakin seronok menulis blog. Anda perlu masuk ke Blogger in Draft untuk menggunakan perkhidmatan ini. Antara fungsi terbaru ialah penambahan caption pada gambar.

Mar 4, 2010

Kalendar Dari My Calendar


Anda mahu meletakkan kalendar di dalam blog?? Untuk topik kali ini, penulis suka berkongsi satu lagi widget kalendar yang menarik kerana tarikhnya diset untuk cuti umum bagi negara tertentu. Misalnya pada 5 Jun 2010 ditanda sebagai Hari Keputeraan DYMM Agung dan 31 Ogos 2010 sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia. Anda boleh memilih kalendar dari 3 jenis stail yang berbeza.

Mar 1, 2010

Potong Lagu Dengan Mp3Cut


Penulis yakin ramai di antara kita yang suka memuatturun lagu dari internet lalu dimasukkan ke dalam telefon untuk dijadikan nada dering. Kali ini penulis ingin memperkenalkan cara untuk memotong lagu tanpa sebarang perisian. Dengan hanya tiga langkah mudah, anda boleh memotong lagu kegemaran anda untuk dijadikan nada dering untuk panggilan atau mesej.