Nov 30, 2010

La La La



[:: SG Wannabe ::]

Mari layan lagu country dari negara Korea. Entah macam mana penulis boleh terminat pula dengan lagu ini. Dalam sehari entah berapa kali penulis putarkan lagu ini.

Nov 29, 2010

Memasang Live Stream Shoutbox Facebook


Semakin ramai bloggers memasang live stream atau lebih dikenali sebagai shoutbox Facebook di dalam blog masing². Penulis andaikan anda juga teringin meletakkannya tetapi tidak tahu cara²nya. Jom kita buat.

Nov 28, 2010

Nyah Kod Dengan Html Character Encoder


Sekali lagi penulis berkongsi alatan untuk encode kod, khusus untuk penulis blog yang menulis tentang tutorial. Kali ini laman sesawang tersebut turut memberikan arahan yang jelas untuk memudahkan penggunanya.

Nov 26, 2010

Video Pertama Tersiar Di Youtube


Berkemungkinan besar semua pengguna internet global menggunakan Youtube sebagai medan tontonan video. Akan tetapi pernahkah terfikir di benak anda walaupun sekali, video manakah yang mula² dimuatnaik ke Youtube??

Kongsi Poll Bergambar Di Facebook


Mahu membuat poll yang boleh diinteraksikan bersama Facebook?? Yeah, anda sudah berada di topik yang betul untuk merealisasikankannya. Poll ini bukan sahaja berfungsi di Facebook malah anda boleh menggunakan gambar sebagai jawapan kepada soalan yang dikemukakan.

Nov 25, 2010

Permainan Online : Kata Nama Tahun Satu


Musim cuti sekolah tiba lagi. Anak² tidak seharusnya dibiarkan leka dengan permainan yang tidak mendatangkan faedah. Justeru, ajaklah anak anda yang berusia tujuh tahun untuk bermain permainan yang lebih menjana minda ini.

Nov 24, 2010

My Boo



[:: 3.2.1 ::]

Pertama kali mendengar lagu ini penulis merasakan ianya menarik. Bila didengar kali kedua dan seterusnya, masih juga menarik. Liriknya juga lucu. Trio dari Thailand digelar 3.2.1 ini dianggotai oleh Poppy, Gavin, dan T.J.

Nov 23, 2010

Kongsi Video Dari Facebook Di Blog


Kita sedia maklum ramai orang memuatnaik video ke Facebook mutakhir ini. Justeru, mungkin ada di antara video² tersebut ingin anda kongsi bersama pembaca blog anda. Akan tetapi, buat masa ini Facebook tidak menyediakan perkhidmatan embed video tersebut. Jadi, bagaimana hendak mengambilnya?? Jangan risau, penulis akan memberitahu anda cara mencurinya mengambilnya.

Nov 22, 2010

Enjin Pencarian Blekko


Setiap search engine mempunyai aturannya yang tersendiri. Sama juga seperti serach engine yang bakal penulis kongsikan ini. Ianya menekankan penggunaan slash (/) di dalam setiap carian yang ingin dibuat. Misalnya anda mahu mencari info tentang Eriyza di Youtube, anda harus menulis seperti ini, eriyza /youtube.

Nov 21, 2010

Avatar Awek Bertudung Dari Nyetok


Seorang blogger yang dikenali sebagai Nyetok telah menghasilkan avatar awek bertudung khas untuk blogger pondan perempuan. Ada 23 jenis mimik muka dipadankan dengan tudung biru. Pasti ada avatar yang sesuai untuk anda.

Nov 20, 2010

Just Drag


[:: Jang Geun Suk ::]

Barangkali peminat tegar drama Korea mengenali pelakon berbakat bernama Jang Geun Suk ini. Dia bukan sekadar dapat menjiwai watak lakonannya dengan bagus malah boleh menyanyi juga.

Nov 19, 2010

Ethan Dan Khairie Akan Diingati


[- Ethan + Khairie -]

Penulis meminati siri pengembaraan merentasi dunia, The Amazing Race Asia. Ianya juga lebih sinonim sebagai TARA. Penganjurannya telah memasuki musim keempat. Setiap tahun ada perserta dari Malaysia menyertainya. Kali ini penulis mengharapkan Ethan dan Khairie yang mewakili negara kita dapat melayakkan diri ke peringkat akhir tetapi malangnya mereka kandas di episod ke sembilan sekaligus membuatkan penulis kecewa.

Nov 18, 2010

Siapa Retweet Blog Anda Di Twitter


Anda aktif menulis aktiviti harian anda di Twitter?? Tentu ramai rakan² anda yang retweet kembali tweet menarik yang telah anda tulis. Mungkin juga ada yang berkongsi alamat blog anda di tweet mereka. Persoalannya adakah anda mengetahui siapa yang sering mempamerkan alamat blog anda selain diri anda sendiri??

Nov 17, 2010

Salam Aidil Adha 1431 Hijrah


Hari Raya Korban atau lebih sinonim sebagai Hari Raya Aidil Adha muncul lagi. Alhamdulillah, tahun ini kami sekeluarga dapat menunaikan ibadat korban sekali lagi.

Nov 16, 2010

Bad Girl


[:: Beast ::]

Kebiasaannya lagu berkaitan hati yang patah akan diterjemahkan di dalam melodi yang perlahan. Liriknya pula pasti mendayu². Berlainan halnya dengan lagu putus cinta dari kumpulan Beast kerana dibuat dalam mood gembira. Cuba bayangkan lirik yang sedih dinyanyikan dalam bentuk riang?? Canggungkan??

Nov 15, 2010

Set Ikon Berbentuk Tabbed


Sebelum ini penulis asyik mengepos ikon sosial yang berbentuk bulat atau segiempat. Kali ini penulis ingin memberikan ikon sosial berbentuk segiempat tepat. Penulis kira ikon sosial ini agak menarik dan kemas.

Nov 14, 2010

Hitung Hari Dengan Countdown Days




Anda mahu membuat countdown untuk sesuatu peristiwa penting?? Anda boleh membuat hitungan bermula dari tarikh bersejarah (count up) di dalam hidup anda atau pun mengira hari penting yang bakal tiba (count down). Pilih salah satu dan buat hitungan anda sendiri.

Nov 13, 2010

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka


Anda buntu dengan penggunaan perkataan bahasa Melayu yang baru?? Anda sedikit pun tidak memahami makna di sebalik perkataan tersebut. Nah, inilah masanya untuk menyelongkari Kamus Dewan versi online. Jangan ingat Kamus Dewan hanya ada dalam bentuk buku saja, tau.

Nov 12, 2010

Penghias Skrin : Jang Geun Suk


Penulis hendak berkongsi wallpapers Jang Geun Suk, antara pelakon drama tersohor di Korea dengan anda semua. Bolehlah anda menukar wallpapers di desktop anda.

Nov 11, 2010

Bingkaikan Gambar Dengan Framer


Anda sedang mencari peralatan untuk membingkaikan gambar² anda?? Anda boleh berbuat demikian dengan mudah hanya dengan beberapa langkah. Sebentar sahaja bingkai gambar anda akan siap diproses.

Nov 10, 2010

Lihat Wajah Anda Bila Tua


Pernah tak anda terfikir bagaimana agaknya rupa anda atau rakan² anda 20 tahun akan datang?? Senang cakap, rupa anda semasa tua. Gerun untuk membayangkannya?? Usah begitu kerana semua orang pasti menghadapi masa tuanya.

Nov 9, 2010

Permainan Online : Teka Silangkata Kerayong


Penulis tidak mahu berceloteh panjang. Buat anda yang gemar bermain silangkata bagi mengisi masa lapang, anda bolehlah mencuba teka silangkata ini pula.

Nov 7, 2010

Buat Kata Nama Facebook


Belum pernah membuat kata nama (username) untuk akaun Facebook anda?? Masih menggunakan profil asal yang diberi oleh Facebook?? Misalnya seperti rakan penulis yang menggunakan profil http://www.facebook.com/profile.php?id=1079817216. Tentu agak sukar untuk diingati, bukan?? Sebenarnya anda boleh memilih kata nama yang lebih ringkas seperti penulis iaitu http://www.facebook.com/eriyza. Padat dan hebat.

Buat Undian Dengan Create Free Polls


create free polls | comment on this

Jika bercadang hendak membuat kajian tentang sesuatu produk atau dilema antara dua benda terbaik, anda disarankan melakukannya di dalam bentuk undian. Ianya dapat memudahkan rakan² anda memberikan jawapan mereka dengan memangkah pilihan yang tepat.

Nov 6, 2010

Hantar Mesej Berjadual Ke Facebook Dengan Later Bro


Ada pesanan penting hendak disampaikan kepada rakan² anda esok tetapi anda tidak dapat menggunakan Facebook?? Anda boleh membuat mesej berjadual yang boleh ditetapkan masa dan harinya. Anda cuma perlu mendaftar sebelum memakai perkhidmatan tersebut.

Nov 5, 2010

The Classic


Kali ini penulis hendak bercerita tentang filem Korea yang menarik pada pandangan penulis. Filem ini memberikan sejarah tersendiri kepada pelakon wanitanya apabila memenangi beberapa anugerah di beberapa festival filem yang berlainan.

Nov 4, 2010

Tukarkan Gambar Kepada Teks Dengan Photo2Text


Mahu membuat gambar seperti di atas?? Seperti yang anda lihat, gambar tersebut telah ditukar kepada bentuk teks. Ianya sangat sesuai untuk digunakan jika anda tidak mahu mendedahkan wajah kacak dan cantik anda yang sebenar.

Nov 3, 2010

Permainan Online : Singular And Plural Nouns Form Two


Topik khas untuk anak² remaja. Jika ingin memantapkan pengetahuan di dalam topik singular dan plural nouns, anda boleh mencuba permainan ini.

Nov 2, 2010

Template Blog Dari Bloggerbits


Bercadang hendak menukar template blog yang telah berbulan tidak berganti?? Anda mungkin akan suka dengan rekaan blog Rethranaj Rambabu, anak muda yang berasal dari Kuala Lumpur. Kebanyakan template yang dibuatnya kreatif malah memenuhi citarasa muda-mudi kini.

Nov 1, 2010

Tonton Video Youtube Bersaiz Besar Di Browser


Selalunya apabila menonton video klip yang menarik dari Youtube, penulis akan memilih saiz full screen. Anda pasti berbuat demikian jugakan?? Tahukah anda bahawa anda boleh melihat video tersebut dengan saiz yang besar hanya di browser sahaja tanpa menggunakan keseluruhan skrin komputer anda. Kurang faham dengan penerangan penulis?? Okey, jom ikut penulis ke langkah seterusnya.