Apr 30, 2012

Bakal Suami Cabut Lari


Seorang guru yang berusia 26 tahun bukan sekadar menanggung malu malah kerugian puluhan ribu ringgit berikutan bakal suaminya tidak hadir pada hari pernikahan mereka. Lelaki yang tidak berhati perut itu turut melarikan kenderaan dan beberapa barangan berharga milik mangsa dua hari sebelum kenduri kahwin mereka dilangsungkan.

Sambutan Quinceanera Di Mexico City


Sejumlah 348 orang gadis remaja yang berusia 15 tahun telah menyambut ulang tahun kelahiran mereka secara serentak di Mexico City pada 28 April 2012 lalu. Kesemua mereka anggun menyarung gaun petang untuk meraikan acara Quinceanera yang diadakan sejak era penjajahan Sepanyol pada kurun ke-16.

Doktor Leonid Rogozov Membedah Diri Sendiri


Pada 29 April 1961, Doktor Leonid Rogozov yang menyertai Ekspedisi Soviet Antartika bersama 13 orang lagi di Novolazarevskaya, Antartika telah mengalami rasa lemah, loya, demam dan sakit di bahagian bawah kanan abdomen. Pada hari berikutnya, suhu badannya semakin tinggi dan dia mengdiagnosis dirinya diserang appendik. Stesen penyelidikan Antartika tidak mempunyai pesawat. Keadaan ribut salji yang teruk menghalang dia untuk mendapatkan bantuan. Oleh kerana dia satu²nya orang yang mahir merawat di situ, doktor berusia 27 tahun itu nekad untuk menjalankan pembedahan ke atas dirinya sendiri.

Zizan Raja Lawak Masuk Wad


Salah seorang peserta Super Spontan yang menganggotai kumpulan Angsa Ganas, Zizan Raja Lawak telah dimasukkan ke hospital berikutan mengalami sedikit masalah kesihatan. Tidak dinyatakan dengan jelas punca penyakit Zizan tetapi ada yang mendakwa Zizan diserang gastrik.

Apr 29, 2012

Pelajar Tampal Pengetua Di Dinding


Tom Arnold, Pengetua Ooltewah Elementary School terpaksa merelakan dirinya dilekatkan ke dinding dengan pita selofan oleh sekumpulan pelajar sekolah tersebut. Kes itu berlaku pada 27 April 2012 ketika waktu makan tengahari.

FT Island - Poker Face


FT ISLAND - POKER FACE

Pemuda Baik Kawal Trafik


Seorang pemuda berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai Arthur telah 'melanggar undang² jalanraya' apabila 'berlagak' seperti 'polis trafik' ketika lampu isyarat di persimpangan jalan antara Dufferin dan Steels tidak berfungsi. Tindakan cemerlangnya telah menyebabkan lalulintas berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Apr 28, 2012

Kad Kahwin Awal Ashaari ♥ Scha Al-Yahya


Beberapa hari sahaja lagi, pasangan Awal Ashari dan Scha Al-Yahya bakal melangkah ke gerbang perkahwinan. Kad kahwin pelakon telefilem Prebet Jamilah ini telah mula diedarkan kepada pihak media cetak dan elektronik. Awal ♥ Scha akan menjadi suami isteri pada 4 Mei 2012.

Hattan Bergelar Datuk


Pelantun lagu Mahligai Rindu, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Sukri Shahabudin telah dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulangtahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, yang ke-81 bagi tahun 2011. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah berkenan menyampaikan anugerah itu kepada penerima di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan.

Majlis Akad Nikah Fasha Sandha ♥ Rizal Ashram


Pasangan ini pernah menyulam cinta, kecewa putus cinta dan menyimpul semula ikatan cinta mereka sebelum bersatu di dalam rindu. Ternyata jodoh Nur Fasha Sandha ♥ Toh Muda Rizal Ashram (Jejai) telah tertulis di azali, maka mereka sepakat untuk menjadi pasangan halal pada tarikh 27 April 2012. Jejai sah menjadi milik Fasha pada detik 9.45 malam setelah dua kali akad nikah yang disempurnakan sendiri oleh mentuanya, Hassan Bin Haji Moiddeen.

Apr 27, 2012

Petani Nikahi Dua Isteri Dalam Satu Hari


Jika anda jatuh cinta pada dua orang insan sekaligus, siapakah agaknya yang bakal anda jadikan pasangan hidup?? Di sana menanti atau di sini menunggu?? Secara logiknya, tentu seorang sahaja yang terpilih manakala satu lagi pasti tersisih. Abdul Rahman Nayef al-Obeidi juga menghadapi dilema apabila dia mencintai dua gadis di dalam satu masa. Demi kasih sayangnya kepada kedua² gadis, dia nekad untuk menikahi kedua²nya pada hari yang sama.

Jejaka Dipenjara Kerana Memperkosa


Seorang jejaka yang baru berusia 23 tahun harus menghabiskan 25 tahun lagi hidupnya di dalam tembok besi apabila disabitkan kesalahan memperkosa seorang gadis berusia 15 tahun di dalam Toyota Alphard oleh Mahkamah Sesyen. Hakim Roszianayati Ahmad menjatuhkan hukuman penjara dan 7 kali sebatan ke atas Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.

Denda Pemandu Teksi Minta Tambang Tinggi


Dua orang pemandu teksi telah didenda antara RM400 hingga RM1,000 dalam dua kes berasingan di Mahkamah Majistret semalam setelah mengaku bersalah kerana meminta tambang lebih tinggi dari kadar yang telah ditetapkan.

Parah Terima Padah


Tindakan seorang lelaki yang menggunakan parang sebagai senjata untuk menyamun dan memperkosa seorang gadis akhirnya membawa kecelakaan kepada dirinya sendiri apabila parang tersebut dirampas oleh mangsa lalu dilibas tepat mengenai kemaluannya. Ekoran kejadian itu, penjenayah tersebut mengalami kecederaan parah pada bahagian 'kelelakiannya'.

Kuliah Jumaat #38


Pendakwah : Ustaz Zahazan Mohamed
Topik : Adakah Malaikat Dapat Dilihat??


Apr 26, 2012

Pelajar Didenda Makan Cili Padi


Seorang pelajar lelaki dari sekolah agama swasta di Taiping telah dikenakan hukuman denda memakan cili padi akibat mengoyak buku sebagai tanda protes kerana tidak dibenarkan menghubungi ibunya. Lebih malang lagi apabila pelajar yang berusia 10 tahun itu tidak diberi minum air langsung walaupun kepedasan.

Apr 25, 2012

Khairul Fahmi Menang Atlit Pilihan Astro Arena 2012


Bola sepak terus menjadi acara sukan kegemaran rakyat 1Malaysia apabila mengungguli 4 kategori dalam Anugerah Astro Arena 2012 yang berlangsung pada 23 April 2012. Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra disapa Apek dipilih sebagai pemenang Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan. Kontroversi yang sering melanda dirinya sedikit pun tidak menghalang peminat untuk terus menyokongnya.

Herbert Chavez Mahu Jadi Superman


Seorang pemuda dari Filipina, Herbert Chavez sanggup berhabis wang ringgit untuk menjalani beberapa siri pembedahan plastik agar kelihatan seperti superhero Superman. Herbert yang berusia 36 tahun telah mengubah hidung, bibir, dagu dan peha untuk menjadikan dirinya lebih mirip pelakon yang memegang watak Superman, Christopher Reeves.

Wordless Wednesday #45



Apr 24, 2012

Pejalan Kaki Jatuh Lubang Dibantu Pemandu Teksi


VIDEO GADIS TERJATUH KE DALAM LUBANG

Seorang remaja perempuan yang sedang bercakap melalui telefon bimbit telah terjatuh ke dalam lubang apabila laluan pejalan kaki yang dilaluinya tiba² runtuh. Mujurlah ada pemandu teksi yang menyaksikan kejadian itu ketika melalui kawasan tersebut.

Bola Hanyut Dari Rikuzentakata Ke Alaska


Jika mangsa tsunami Jepun bertemu semula dengan penyelamatnya setelah setahun tragedi itu berlaku, tidak mustahil sebiji bola boleh bersatu semula dengan pemiliknya walaupun telah 'berkelana' jutaan kilometer di Lautan Pasifik.

Pengsan Dalam Perbarisan


Seorang abang anggota tentera rebah (agaknya pengsan) ketika istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-12 Negeri Sembilan yang berlangsung pada 23 April 2012. Tentera ini mungkin keletihan sepanjang program berlangsung sehingga tidak mampu bertahan.

Apr 23, 2012

Reen Rahim Juara Pilih Kasih 3


Program Pilih Kasih 3 menamatkan pencariannya secara rasmi sebentar tadi. Reen Rahim telah muncul sebagai juara Pilih Kasih 3 menewaskan 8 lagi peserta lain iaitu Fareth Agang, Hakim Yazid, Heri Aszmo, Jalius Jaibin dan Nizen Ayob, Marina Jose, Sura Sojangi dan Theera Alias. Rancangan ini dipancarkan secara langsung di TV2 pada pukul 9 malam telah bersiaran dari Pusat Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban.

Apr 22, 2012

Filem Pendek : Love Language

 
VIDEO LOVE LANGUAGE

Cinta tidak pernah mengenal rupa, bentuk fizikal mahu pun warna kulit. Begitu juga cinta tidak pernah gagal untuk berbicara walaupun pasangan yang bercinta itu adalah si bisu kerana cinta boleh diekspresikan di dalam pelbagai bentuk. Hanya jiwa yang 'hidup' dapat merasai indahnya cinta.

Pelajar UPSI Jatuh Bangunan Lalu Mati


Seorang pelajar perempuan yang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat 3 [ada juga menulis tingkat 4] bangunan E-Learning setinggi 5 tingkat pada 21 April 2012. Arwah, Fatimah Mina Binti Md Juferi, 22, sempat diajar mengucap sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir di tempat kejadian.

Apr 21, 2012

Pakaian Daripada Rambut


Jika dilihat dari jauh, tiada yang istimewa pada pakaian yang digayakan oleh model ini. Apabila diamati dari dekat, barulah anda menyedari bahawa pakaian tersebut dibuat daripada rambut. Kim Do, pendandan rambut dari Vietnam telah mencipta pakaian dari 1 juta meter rambut.

Kad Pengenalan Mantan Perdana Menteri Malaysia


Blog Eriyza sering memaparkan pelbagai isu sama ada hal ehwal dalam Malaysia malah turut diperluaskan sehingga ke negara² lain. Namun, jarang sekali sejarah tentang mantan² Perdana Menteri dikisahkan di sini. Justeru, kali ini penulis ingin membawa anda mengenali bekas² pemimpin yang memerintah Malaysia melalui kad pengenalan mereka.

Apr 20, 2012

Zara Shafruddin Mengahwini Nicholas Rudd Di Gereja


Nama Zara Shafruddin tiba² meledak bagaikan bom atom. Zara dilaporkan mengahwini Nicholas Rudd yang merupakan anak bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd. Perkahwinan ini menjadi isu kerana Zara yang dipercayai melayu dan Nicholas melafaz ikrar perkahwinan mereka di Gereja St James, King St, Sydney. Pada asalnya, perkahwinan pasangan ini dirahsiakan tetapi didedahkan di Twitter oleh Kevin Rudd, isterinya Theresa Rein dan anak perempuan mereka, Jessica yang gembira dengan majlis perkahwinan tersebut.

Aksi Sukar Ambil Gambar


Jika orang 1Malaysia gemar melakukan pelbagai memek muka seperti mengenyitkan mata, mengembungkan mulut atau menjelirkan lidah ketika bergambar, lain pula ceritanya dengan sekumpulan manusia yang suka membuat pelbagai aksi sukar ketika merakamkan gambar. Antaranya melenturkan badan di tempat sempit atau beraksi di atas pokok.

Kuliah Jumaat #37


Pendakwah : Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang
Topik : Surat Berantai


Apr 19, 2012

Philip Levine Melukis Corak Di Kepala Botak


Philip Levine bukanlah artis atau pun ahli politik popular tetapi dia dikenali ramai berikutan imej unik yang dibawanya. Tidak mempunyai rambut atau sinonim disebut botak sering dianggap sesuatu kekurangan yang mendatangkan rasa malu kepada seseorang lelaki tetapi Philip menjadikan botak sebagai satu kelebihan dirinya yang perlu dibanggakan. Jejaka kelahiran London ini mula menjadikan kepala botaknya sebagai medium lukisan sejak rambutnya mulai gugur pada tahun 2006.

Apr 18, 2012

Ahn Jae Wook - Forever


Ahn Jae Wook, penyanyi berbakat besar dari Korea membawakan lagu yang diberi judul Forever dengan begitu baik sekali. Sekali dengar sahaja, penulis sudah terpaut.

Budak Lelaki Dibuli Kerana Mencuri


Seorang budak lelaki yang hanya berusia 4 tahun disepak terajang di jalanan yang sibuk di China tanpa belas kasihan oleh sekumpulan lelaki dewasa. Menurut percakapan orang ramai yang berada di situ, budak lelaki ini dituduh telah mencuri. Maka, lelaki² dewasa menghukumnya agar tidak mengulangi perbuatannya lagi.

Wordless Wednesday #44



Apr 17, 2012

Tuntut Wang Kerana Putus Tunang


Gara² ikatan pertunangan terlerai di pertengahan jalan pada 12 April 2010 sebelum sempat mendirikan mahligai bahagia, sepasang bekas tunang bertindak menyaman sesama sendiri. Jumlah tuntutan ganti rugi yang diminta oleh kedua²nya mencecah kos RM1.3 juta. Jika tuntutan ini diluluskan oleh mahkamah, maka kes ini akan merekodkan sejarah baru bagi perundangan syariah negara. Zuhaira Nadia Zulkipli, 24, dan bekas tunangnya, Kamarul Eddyhazli Zakaria, 30an, menfailkan saman menuntut ganti rugi dan teladan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, 21 Ogos 2010.

Apr 16, 2012

Lima Beradik Bersanding Serentak


Satu keluarga memahat memori indah pada 15 April 2012 apabila 5 beradik disandingkan serentak dengan pasangan masing² di Dewan Perbandaran Kamunting, Taiping, Perak. Persandingan serentak ini menjadi kenyataan apabila semua ahli keluarga pengantin yang terlibat bersetuju mengembleng tenaga untuk menjayakannya.

Apr 15, 2012

Buang Bayi Perempuan Atas Bonet Kenderaan


Pengerusi Masjid Kampung Parit Pechah, Parit Jawa, Abdul Rashid Sirat, 72, terkesima apabila menerima 'hadiah bayi perempuan' yang diletakkan di dalam kotak gabus di atas bonet keretanya sebaik usai menunaikan solat Subuh. Bayi itu dimasukkan ke dalam beg sukan sebelum diletakkan di dalam kotak gabus.

Ijabkabul Di Hospital


Seorang wanita tidak kisah diijabkabul di dalam wad setelah majlis pernikahan yang dirancang tidak dapat dijalankan di lokasi sepatutnya ekoran pengantin lelaki terlibat di dalam kemalangan jalan raya dan dirawat di hospital. Murni Osman, 33, memilih untuk menikahi pasangannya, Izman Mohamad, 35 di Wad Ortopedik, Hospital Melaka.

Apr 14, 2012

SonaOne Dipijak Sehingga Pengsan


Seorang pemuzik, Mikael Adam Mohd Rafee Michel yang menggunakan nama pentas SonaOne cedera teruk di bahagian muka dan kepala akibat dipukul oleh seorang lelaki yang dikenalinya. Mangsa, 23, dibelasah oleh lelaki yang merupakan seorang anak kenamaan di hadapan kompleks beli-belah di Jalan Bukit Bintang. Dalam kejadian pada pukul 3.50 pagi itu, mangsa baru memasuki kereta bersama dua rakan wanitanya sebelum ditarik keluar oleh suspek dan terus memukulnya bertubi² sehingga jatuh tersungkur.

Amerika Syarikat Tahan Shah Rukh Khan


Superstar Bollywood yang mencipta kejayaan luar biasa menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai dengan kutipan sebanyak US$20.62 million, Datuk Shah Rukh Khan telah ditahan selama 2 jam di Lapangan Terbang White Plains, New York ketika tiba dengan pesawat peribadi untuk menghadiri majlis rasmi di Universiti Yale. Penahanan aktor itu mencetuskan kemarahan India yang sudah muak dengan sikap pihak berkuasa Amerika Syarikat yang sinonim dengan perbuatan 'tahan' dan 'mohon maaf'.

Apr 13, 2012

Banjir Buruk Di Kampar


Kira² 1,145 penduduk dari tujuh buah kampung di Kampar, Perak diarahkan berpindah sejak pagi tadi setelah rumah mereka dinaiki air setinggi lebih tiga meter ekoran hujan lebat sejak petang Rabu hingga awal pagi Khamis pada 12 April 2012. Banyak harta benda yang rosak teruk kerana mangsa yang terlibat tidak sempat mengalihkan barangan ke tempat tinggi sebaliknya berjaya menyelamatkan diri dan ahli keluarga masing².

Kuliah Jumaat #36


Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Amalan Poligami Dan Monogami


Apr 12, 2012

Gempa Bumi Melanda Acheh Pada 11 April 2012


Agensi mitigasi bencana Indonesia menghantar pasukan penyelamat ke Aceh, susulan gempa bumi kuat bermagnitud 8.7 hari ini, yang disusuli dengan amaran tsunami yang dikeluarkan kerajaan Indonesia. Gempa bumi kuat itu menyebabkan bekalan elektrik di beberapa wilayah terputus, manakala orang ramai bergegas ke kawasan lebih tinggi.

Istiadat Pertabalan Tuanku Abdul Halim Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-14


Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14 mulai 13.12.11 lalu. Semalam, telah berlangsung istiadat pertabalan Tuanku Abdul Halim, 84, di Balairong Seri, Istana Negara. Tuanku Abdul Halim melafaz ikrar sebagai Ketua Negara dalam upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu.

Apr 11, 2012

Huang Zhulin Melukis Menggunakan Air


Sudah pelbagai jenis lukisan penulis sajikan untuk anda di blog ini, tetapi lukisan kali ini amat mengagumkan kerana ianya dilukis terus-menerus di dalam air. Huang Zhulin, pelukis dari China yang berusia 27 tahun menggunakan campuran cecair air, minyak dan pelbagai bahan kimia untuk menghasilkan karyanya.

Wordless Wednesday #43



Apr 10, 2012

Kad Kahwin Fasha Sandha ♥ Rizal Ashram


Pasangan kontroversi Fasha Sandha ♥ Rizal Ashram atau lebih mesra dipanggil Jejai yang dikatakan bakal menamatkan zaman bujang dan duda penghujung April ini sudah mula mengedarkan kad kahwin mereka. Pemilik nama Nur Fasha Sandha Binti Hassan dan pasangannya, Rizal Ashram Bin Ramli sepakat memilih tarikh 27 April 2012 untuk memulakan kehidupan sebagai suami isteri yang sah.

Apr 9, 2012

Aaron Aziz Artis Paling Popular ABPBH 2011


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia di kertas undi. Perumpaan ini tepat untuk ditujukan kepada Mat Haron Mustapha Aaron Aziz kerana muncul sebagai Artis Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 dengan jumlah undian sebanyak 87,669. Selain trofi, Aaron turut membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Teana 2.5 sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Rafflesia bernilai RM250 ribu.

Apr 8, 2012

Aksi Nenek Main Gimnastik


Usia bukan halangan untuk membuat sesuatu yang diingini asalkan mempunyai tubuh badan yang sihat. Ungkapan ini sangat sesuai untuk menggambarkan tentang Johanna Quaas, seorang nenek yang masih boleh melakukan aksi gimnastik walaupun sudah berusia 86 tahun. Suruhlah dia beraksi dalam apa jua posisi misalnya melentukkan badan atau berdiri atas dua tangan, pasti boleh dilakukannya.

Coklat Bersalut Ulat


Hasrat sekeluarga untuk menikmati coklat buatan tempatan yang dibeli dari sebuah pasar raya terbantut apabila coklat yang ingin disuap ke mulut disedari bersalut ulat. Coklat tersebut bukan sahaja dipasarkan di Malaysia malah turut diedarkan ke negara lain seperti United Kingdom, Hong Kong serta Singapura.

Apr 7, 2012

Eye - Merisik Janji


Malam² macam ini terasa ingin melayan lagu rock kapak setelah seharian penat menguruskan hal ehwal mustahak. Sesekali buat makan² sambil menjamu tetamu yang hadir amat menyeronokkan walaupun sedikit penat.

Aaron Aziz Tunjuk Kad Pengenalan


Rentetan dari kontroversi nama Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa yang dituduh telah dikomersilkan sebagai Aaron Aziz, pelakon drama Rahsia Hati telah membuat kejutan di konti radio Suria.Fm dengan menunjukkan kad pengenalannya yang sebenar. Aaron Aziz mendedahkan identiti dirinya yang sebenar iaitu Aaron Mustapha Bin Aziz seperti yang tertera pada kad pengenalannya.

Apr 6, 2012

Kuliah Jumaat #35


Pendakwah : Ustaz Kazim Elias
Topik : Pesanan Buat Suami


Apr 5, 2012

Leeteuk Super Junior Dedah Nombor Telefon Di Twitter


Pada 1 April lalu, ketua kumpulan Super Junior tersohor dari Korea, Leeteuk telah membuat kejutan untuk peminatnya. Dia telah memberikan nombor telefonnya secara umum di laman sosial Twitter miliknya. Memandangkan ahli Super Junior atau lebih popular sebagai SuJu yang lain turut mempermainkan peminatnya pada hari tersebut, maka ramailah yang menyangka bahawa nombor telefon yang diberi oleh Leeteuk adalah palsu.

Apr 4, 2012

Harga Petrol RON97 Naik 10 Sen


Tepat jam 12.01 minit tengah malam semalam ( 04 April 2012 ), harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 10 sen menjadikan harga jualannya kini RM2.90 1 liter berbanding RM2.80 1 liter sebelum ini. Perubahan harga RON97 ini berlaku rentetan kenaikan harga bahan api di pasaran dunia. Kadar baru ini disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman.

Wordless Wednesday #42



Apr 2, 2012

Mat Haron Bukan Nama Aaron Aziz


Sehari dua ini, dunia maya kecoh dengan dakwaan kononnya seorang aktor lelaki dari negara jiran yang mencipta nama di Malaysia telah menyembunyikan nama sebenarnya lalu menggunapakai nama lain untuk dikomersilkan di khalayak ramai. Beritu itu tersebar dengan cepat, maka banyaklah forum dan blog yang turut mengulas isu ini. Hari ini, empunya badan muncul untuk menafikan cerita tersebut.

Main Tukar Wajah Di Monoface


Anda bosan?? Penulis pun tengah dilanda kebosanan. Jika kita sudah sama² bosan, apa kata kalau kita bersatu bergabung bermain permainan tukar² muka?? No no no... penulis bukan maksudkan anda dan penulis yang bertukar muka tetapi kita tukar muka orang lain menjadi 'seseorang' yang kita mahu. Belum faham?? Tidak mengapa, penulis terangkan.

Pelakon Drama Pijak Muka Wanita


Selak akhbar atas talian pagi ini, terus disogokkan dengan cerita ganas artis wanita yang khabarnya membuat onar di sebuah kelab malam. Pengacara rancangan mengumpat lagi mengaibkan orang lain gossip hiburan yang berusia 28 tahun ini dikatakan telah memijak muka seorang wanita yang sedang meraikan hari lahir rakannya. Perlakuan tidak berperikemanusiaannya itu turut disertai oleh rakan²nya yang lain.

Apr 1, 2012

Banjir Kilat Di Klang


Banjir kilat yang agak buruk melanda Klang pada 30 Mac 2012 lalu. Hujan lebat mulai turun sejak pukul 3.30 pagi. 10 buah sekolah terpaksa ditutup ekoran air naik mendadak. Banjir kilat di Klang ini antara yang paling buruk sejak kawasan ini didiami.