May 31, 2012

Tengku Mahkota Johor Bidas Mohammad Nizar


Berikutan senarai pembida nombor pendaftaran siri WWW dikeluarkan beberapa hari lalu, maka 1Malaysia tahu bahawa Sultan Johor berjaya mendapatkan WWW 1 dengan harga RM520,000. Rentetan dari pengumuman tersebut, ada pihak yang kurang senang dengan jumlah bidaan Sultan Ibrahim yang dianggap tidak berbaloi dan membazir.

May 30, 2012

Wordless Wednesday #50



May 29, 2012

Pengantin Menaiki Tren Ke Majlis Persandingan


Sebelum ini penulis menyiarkan cerita tentang lima bersaudara kahwin serentak, kali ini penulis sajikan pula kisah lima pasang polis yang turut berkahwin serentak. Selain sepakat untuk bersanding pada hari yang sama, mereka juga memilih cara yang unik untuk ke tempat persandingan iaitu dengan menaiki tren transit aliran ringan (LRT).

Pemuda Membaca Al-Quran Ketika Koma


Seorang Imam muda dari Jordan telah terlibat dalam satu kemalangan dan mangsa berada di dalam keadaan koma. Namun, satu peristiwa menakjubkan berlaku apabila pemuda tersebut telah membaca ayat-ayat suci Al-Quran secara spontan.

May 28, 2012

Senarai Pembida Nombor Pendaftaran WWW


Portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia telah mengeluarkan senarai nama pemohon yang berjaya membida nombor pendaftaran WWW. Mendahului senarai ialah D.Y.M.M Sultan Ibrahim, Sultan Johor yang membuat nilai bidaan tertinggi iaitu RM520,000 untuk plat WWW 1.

Datuk Michelle Yeoh Bergelar Datuk Seri


Bintang filem kelahiran Ipoh yang menempa nama di peringkat antarabangsa, Datuk Michelle Yeoh telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak pada 22 Mei lalu. Penganugerahan itu membawa gelaran Datuk Seri. Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sendiri berkenan mencemar duli untuk mengurniakan darjah tersebut kepada Datuk Seri Michelle Yeoh di Istana Iskandariah sempena Hari Keputeraan Ke-84 baginda.

Shouryya Ray Merungkai Soalan Sir Isaac Newton


Shouryya Ray, pelajar berusia 16 tahun dari Kolkata, India menjadi perhatian ilmuan dunia apabila berjaya menyelesaikan soalan yang dibuat oleh Sir Isaac Newton di Dresden, Jerman. Sejak 350 tahun lalu, terlalu ramai pakar matematik yang gagal mencari jawapan untuk permasalahan tersebut.

May 27, 2012

Emak Gigit Anak


Seorang budak perempuan berusia 2 tahun cedera di beberapa bahagian badan dek kerana menjadi mangsa kekejaman ibu sendiri. Jika sebelum ini kita didedahkan dengan kes emak memukul anak bertubi-tubi dengan bantal, pelaku kali ini pula menggigit seluruh tubuh dan kaki anaknya sehingga menimbulkan kesan lebam dan parut yang ketara.

May 26, 2012

Mayat Anak Dalam Periuk


Sepasang suami isteri tidak menyangka bayi mereka yang hilang sebenarnya sudah meninggal dunia. Lebih menimbulkan kesedihan apabila bayi tersebut, Asyraful Iskandar Mohd Noor yang baru berusia 2 bulan, masih berada di dalam rumah ketika dikatakan hilang malah 'bersembunyi' di dalam periuk di dalam kabinet dapur dalam keadaan kaku.

Bumbung Tercabut Diterbangkan Ribut


Kira-kira 64 buah rumah dan kedai mengalami kerosakan teruk akibat dilanda ribut dalam kejadian pada jam 11.15 malam tadi. Ada antara rumah tersebut ranap dihempap pokok malah bumbung turut diterbangkan angin yang kuat.

May 25, 2012

Tablet 1Malaysia Pad Buatan Tempatan


Sejajar dengan perkembangan pesat teknologi di selurh dunia, Malaysia tidak mahu ketinggalan untuk turut serta mencipta nama. Justeru, sebuah syarikat tempatan MalTechPro Sdn Bhd telah memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali ’1Malaysia Pad’ yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.

Siti Norsarah Menang Anugerah Emas


Siti Norsarah Suhaimi, pelajar Tingkatan Empat Kolej Tunku Kurshiah (TKC) telah menempa kejayaan apabila hos air automatik rekaannya berjaya meraih dua anugerah antarabangsa. Pelajar tersebut memenangi Anugerah Emas kategori keseluruhan pertandingan dan Anugerah Khas daripada Pertubuhan Reka Cipta Korea dalam Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi di Lasi, Romania yang telah diadakan pada 9 hingga 14 Mei lalu.

Kuliah Jumaat #42


Pendakwah : Ustaz Kazim Elias
Topik : Kenapa Bergaduh Suami Isteri


May 24, 2012

Pemuda Syahid Dialih Oleh Lelaki Jubah Putih


Umum sudah tahu Syria sedang bergolak kini. Rakyat dibunuh sesuka hati oleh rejim Presiden Bashar Al-Assad, pemerintah yang zalim. Mufti Besar Al-Azhar pernah menfatwakan bahawa lelaki yang berfahaman Syiah ini wajib dibunuh lantaran kekejamannya ke atas rakyat Syria yang mengikut ajaran Sunni. Ketika askar Bashar bertempur dengan penunjuk perasaan, tidak semena-mena muncul seorang lelaki berjubah putih dari arah tentera Syria. Dengan tenang, lelaki itu mengalihkan pemuda yang mati syahid ke tempat lain dengan sebelah tangannya sahaja.

Bayi Lahir Bersama Al Quran


Seorang bayi lelaki dari Lagos, Nigeria telah dilahirkan dengan sebuah Al-Quran kecil pada 7 Mei lalu. Kelahirannya yang unik bukan sahaja memeranjatkan ibunya malah mendapat perhatian meluas dari masyarakat dunia. Seorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman menamakan bayi ini Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo.

May 23, 2012

Debat Sinar Harian Antara Khairy Jamaluddin Dan Rafizi Ramli


Debat Sinar Harian bertemakan "Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi" antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah berlangsung pada 22 Mei 2012.

Bapak Mahu Elak Bayar Nafkah Anak


Desmond Hatchett yang berusia 33 tahun dari Knoxville, Tennessee mencipta rekod sebagai bapa yang mempunyai paling ramai anak di daerah itu. Hatchett memiliki 30 orang anak hasil daripada hubungannya dengan 11 orang wanita yang berbeza. Walaupun 'kaya' anak tetapi dia tidak mampu menyara anaknya. Oleh kerana itu, dia meminta mahkamah mengecualikannya daripada membayar nafkah anak.

Nazmi Faiz Disambar Kelab Beira-Mar


Tonggak Harimau Muda A, Mohd Nazmi Faiz Mansor menjulang nama Malaysia apabila terpilih sebagai pemain bola sepak pertama dari negara ini dan juga Asia Tenggara yang berjaya bermain di Liga Utama Portugal. Nazmi telah pun menandatangani kontrak selama 3 tahun dengan kelab bola sepak Divisyen Satu Portugal, S.C Beira-Mar.

May 22, 2012

Wordless Wednesday #49



Polis Rempuh Kediaman Perdana Menteri


Seawal jam 5 pagi 20 Mei 2012, sebuah kereta berjenama Proton Satria yang dinaiki oleh 5 orang polis telah merempuh pagar di laluan khas masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Dua daripada mereka patah kaki dan hidung manakala tiga lagi yang lain hanya cedera ringan. Semua mangsa yang berusia antara 20 sehingga 22 tahun dirawat di Hospital Putrajaya.

Peragut Beri Semula Barang Mangsa


Jika di Malaysia kebanyakan mangsa ragut mengalami peristiwa pahit tetapi lain pula halnya bagi seorang mangsa ragut di China apabila peragutnya masih 'berhati emas'. Pagi 9 Mac 2012 lalu, Xiao Liu bersama rakannya baru turun dari bas untuk menghadiri temuduga kerja di bandar Zhanjiang. Datang pemuda bermotorsikal tanpa plat terus meragut bag sandangnya. Dia hanya mampu melihat peragut itu berlalu pergi dalam hujan.

Tunggang Motor Redah Banjir


Lazimnya apabila banjir berlaku, jarang kelihatan ada orang menunggang motorsikal merentasi banjir. Namun lain pula halnya bagi pemuda Thai ini apabila menunggang motornya dengan selamba meredah air banjir tanpa sebarang rasa bimbang bakal berlaku kerosakan pada motornya.

May 21, 2012

Anak Dibubuh Dalam Mesin Basuh


Sepasang suami isteri mengalami detik cemas apabila anak lelaki mereka menjadi 'kain basuhan' di dalam mesin basuh. Kes seumpama ini tidak akan berlaku jika si ayah tidak bertindak memasukkan anaknya ke dalam mesin basuh. Tujuannya hanya ingin bergurau atau menakut-nakutkan anaknya tetapi lain pula jadinya apabila mesin basuh automatik layan diri di dobi Laundromat terus berputar sebaik sahaja pintunya ditutup.

Lelaki Terjun Saluran Sampah Lari Dari Kekasih


Nasib malang menimpa seorang lelaki Russia apabila percubaannya untuk melarikan diri dari kekasihnya berakhir dengan terperangkap di saluran pembuangan sampah. Lelaki berusia 31 tahun itu melompat dari tingkat 8 pangsapurinya ke dalam saluran sampah tersebut sebelum menjerit meminta tolong akibat tersekat di tingkat 3.

May 20, 2012

Hafiz Juara Mania 2012


Jika peminat bola menonton Piala FA yang membawa kemenangan kepada Kelantan, peminat muzik pula menyaksikan pertandingan akhir Mania yang berlangsung pada masa yang sama juga. Hafiz telah dinobatkan sebagai Superstar Mania sekaligus membawa pulang RM500,000 berserta trofi.

Tawakkul Karman Penerima Nobel Keamanan


Tawakkul Karman merupakan wanita Arab pertama dan muslimah Islam kedua yang menerima Anugerah Nobel Keamanan 2011. Wanita yang lahir pada 7 Februari 1979 ini turut diumumkan sebagai pemenang termuda setakat ini. Tawakkul yang digelar 'Iron Woman' dan 'Mother of the Revolution' oleh penduduk Yaman adalah seorang wartawan, aktivis kemanusiaan dan ahli politik parti Al-Islah.

May 19, 2012

Kelantan Juara Piala FA 2012


Penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar berjaya meranapkan impian Sime Darby untuk bergelar juara Piala FA selepas pemain import dari Lubnan itu berjaya menyumbat gol hasil sepakan penalti pada minit ke 58. Biarpun gol yang terhasil daripada sepakan penalti tidak segah gol biasa, namun ianya membolehkan Kelantan mendakap Piala Fa buat julung² kalinya setelah membenam Sime Darby 1-0.

Ibu Mentua Membakar Menantu Sehingga Melecur


Dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan cubaan membunuh seorang guru perempuan dengan menikam dan membakar rumahnya. Lee Wei Chee, 60, dituduh bersama kakaknya, Lee Wei Mei, 63, cuba membunuh menantu perempuannya, Yeoh Kar Tin, 42, di pangsapurinya di Taman Tun Hussein pada pukul 4 petang, 8 Mei lalu. Kedua²nya mengaku tidak bersalah.

May 18, 2012

Shah Rukh Khan Dihukum 5 Tahun


Aktor kelas A Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan yang pernah ditahan oleh kerajaan Amerika Syarikat sekali lagi menggemparkan masyarakat dunia apabila dihukum selama 5 tahun daripada memasuki Stadium Wankhede Mumbai lantaran perbalahan mulut dengan pegawal padang pada malam Rabu lalu.

Kuliah Jumaat #41


Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Wanita Penyanyi


May 17, 2012

Dahi Yatt Melekat Saat Solat Taubat


Pelakon drama Ular Emas dan juga pengacara rancangan Malar Segar, Yatt Hamzah tampil bertudung sejak 5 April lalu. Penghijrahannya mendapat respon positif dari pencinta seni tanah air namun tidak ramai yang tahu kisah di sebalik keputusannya untuk menutup aurat dengan sempurna.

Prof Madya Dr Mohd Asri Bergelar Datuk


Bekas Mufti Negeri Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin kini berstatus Datuk setelah menjadi penerima tunggal anugerah Dato' Bergelar yang sekaligus membawa gelaran Datuk Arif Perkasa. Anugerah itu diperolehinya sempena ulang tahun keputeraan ke-69 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Gambar CN Blue Dalam Buku Teks Muzik Thailand


Nampaknya kumpulan muzik CN Blue dari Korea Selatan berjaya menempa nama sebagai artis yang diminati ramai di Thailand. Buktinya, gambar 4 orang anak muda ini telah dimuatkan ke dalam buku teks bagi subjek muzik Gred 12.

May 16, 2012

Selamat Hari Guru 2012


VIDEO GURU OH GURU

Tiada kata secantik bahasa selain ucapan TERIMA KASIH buat semua PARA GURU yang telah mendidik penulis sehingga mampu membaca dan menulis dengan baik. Semoga jasa kalian dibalas dengan kebaikan oleh Allah Taala.

Wordless Wednesday #48



May 15, 2012

Pencuci Tandas Terima Ijazah


Seorang lelaki bukan sahaja bekerja sebagai penjaga bangunan di Universiti Colombia malah turut menuntut secara sambilan di sana. Walaupun Gac Filipaj membersihkan lantai, mengosongkan tong sampah dan membersihkan tandas di universiti tersebut selama ini tetapi itu sedikit pun tidak memudarkan semangatnya untuk belajar.

May 14, 2012

Malaysia Juara Hoki Remaja Asia 2012


Skuad hoki Malaysia melakar sejarah apabila berjaya muncul sebagai juara Kejohanan Hoki Remaja Asia yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka semalam. Lebih manis lagi, skuad hoki negara meraih kejayaan buat kali pertama ke atas johan tiga kali Pakistan 2-1 sekaligus memadamkan kemarau kilauan emas selama 20 tahun.

May 13, 2012

Maher Zain - Number One For Me


Hari ini seluruh dunia meraikan Hari Ibu tetapi ada pendapat mengatakan bahawa ianya HARAM disambut. Sungguhpun ibu penulis telah jauh, namun kasihnya tetap abadi di hati. Sayang ummi selamanya... infiniti...

May 12, 2012

Budak Undur Kenderaan Rempuh Rumah Jiran


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun tidak sengaja merempuh anjung rumah jirannya ketika dia mengundurkan kereta BMW milik ibunya pada kelajuan 30 kilometer sejam. Kejadian berlaku di pinggir bandar Boston Dorchester sekitar 8.30 pagi 9 Mei 2012 apabila budak ini diminta oleh ibunya untuk menghidupkan enjin kereta sebelum dia memasukinya.

Ford Escort Digantung Atas Pokok


Zbigniew Filo tidak menyangka dia akan diberi kejutan apabila bangun dari tidur. Kereta Ford Escort yang selalu dipandunya secara berbahaya dilihat tergantung di atas pokok. Itulah 'hadiah' yang diberikan oleh penduduk perkampungan Lubczyna di daerah Goleniow di atas 'keberanian' Filo menjadikan kawasan itu 'litar lumba' keretanya.

May 11, 2012

Nota Anak Penyelamat Emak


Tindakan seorang budak perempuan melontar nota dari tingkat 13 sebuah kondominium di Batu Kawa untuk meminta pertolongan telah berjaya menyelamatkan nyawa ibunya yang pengsan dek penangan kayu golf dan libasan tali pinggang dari suaminya sendiri.

Perakam Video Dera Nafi Tidak Cakna


Kelmarin, penulis ada menulis tentang isu emak mendera anak kandungnya sendiri. Walaupun hal itu telah berlaku setahun lalu tetapi ianya dibongkar kembali dek video yang dimuatnaik ke internet. Hari ini, perakam video tersebut tampil menangkis serangan sesetengah pihak yang mendakwa dia tidak berhati perut apabila merakam video tersebut tanpa menolong bayi yang didera itu.

Loji Pemprosesan Gas Petronas Di Paka Meletup


Cerita kedai kopi pagi ini berkisar tentang letupan yang berlaku di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas pada hari Khamis, 10 Mei 2012. Menurut sumber yang boleh dipercayai sudah tiga orang meninggal dunia (akhbar melaporkan seorang) akibat tragedi tersebut. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar, Rosli Mansor, 31, maut di tempat kejadian kerana melecur teruk di seluruh badan manakala dua lagi yang lain tidak penulis ketahui butir² dirinya.

Kuliah Jumaat #40


Pendakwah : Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat
Topik : Tafsir Surah Al Ikhlas 1


May 10, 2012

Ustaz Don Menunaikan Umrah Di Kota Mekah


Pendakwah yang popular menerusi program keagamaan 30 Minit Ustaz Don terbitan TV Al Hijrah, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid telah berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah bersama sekumpulan jemaah yang lain. Ustaz Don turut diiringi oleh ibu bapanya dan juga salah seorang penerbit TV Al Hijrah, Ayie Azhari.

Akma AF3 Bertunang


Bekas peserta Akademi Fantasia 3 yang menggunakan nama pentas Akma atau nama penuhnya Asiahtunakma Abdullah telah mengikat tali pertunangan dengan anak Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Farih Hamshi bin Dato Mohamad Fatmi di kediamannya di Petaling Jaya pada 6 Mei 2012.

Emak Dera Anak


perempuan pukul bayi .wmv by f100002488623807

Penulis fikir seorang ibu tentu tidak sanggup menyakiti anaknya setelah mengalami kesakitan yang bukan sedikit saat seorang zuriat dilahirkan ke dunia. Namun demikian, masih ada segelintir ibu yang sanggup mendera anak sendiri tanpa rasa simpati sehingga sanggup memukul darah dagingnya sendiri.

May 9, 2012

Air Ajaib Sebenarnya Air Paip


Misteri kewujudan air ajaib dari bumbung sebuah rumah di Taman Budiman, Parit Raja, Batu Pahat terbongkar jua apabila siasatan Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat mendapati bahawa air tersebut hanyalah air paip. Sebelum ini timbul dakwaan bahawa 'air ajaib' tersebut boleh merawat pelbagai jenis penyakit. Ternyata itu semua pembohongan semata-mata.

Wordless Wednesday #47



May 8, 2012

Majlis Perkahwinan Awal Ashaari ♥ Scha Al-Yahya


Pasangan pengacara Sehati Berdansa, Awal Ashaari ♥ Scha Al-Yahya yang telah rasmi bergelar suami isteri pada 4 Mei 2012 dengan sekali lafaz memilih Putrajaya International Convention Center (PICC) untuk majlis perkahwinan mereka yang dilangsungkan pada 6 Mei 2012. Majlis resepsi yang meriah turut dihiburkan dengan dendangan lagu² cinta dari para penyanyi popular tanah air.

Awal Menyanyi Untuk Scha Di Majlis Resepsi


Pasangan Awal ♥ Scha yang masih di dalam suasana pengantin baru setelah menikah pada 4 Mei 2012 melangsungkan majlis resepsi mereka dua hari kemudian di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Majlis perkahwinan mereka dihadiri oleh 2000 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, sahabat dan pihak media.

Pihak Masjid Belasah Pencuri Sehingga Parah


Cubaan kali kedua seorang lelaki untuk mencuri wang dari tabung Masjid Hadhari, Jerteh bukan sahaja tidak berhasil malah menerima padah apabila teruk dibelasah oleh orang ramai. Pencuri ini gagal mencuri dari masjid yang sama sebelum ini lantas dia bertindak menukar mangga tabung tersebut untuk memudahkannya mencuri pada hari yang lain. Namun, taktiknya tidak berkesan apabila disedari oleh pihak masjid yang kemudiannya menukar semula mangga tabung tersebut.

Lelaki Cina Berbahasa Inggeris Mengikut Negara


Seorang lelaki dari timur laut China meniru gaya masyarakat dari negara tertentu untuk memperkenalkan negara mereka di dalam Bahasa Inggeris. Antara slang negara yang ditiru termasuklah Jepun, Korea, India, English, Perancis, Itali, Amerika, Russia, and China.

May 7, 2012

Bil Elektrik Tidak Logik


David Chan dari Pandan Indah terkejut apabila menerima bil elektrik yang tidak logik. Bil elektrik yang diterimanya untuk bulan Mac berjumlah RM8,241.55. Justeru, dia menggesa pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat semakan semula kadar elektrik yang dikenakan ke atasnya.

May 6, 2012

Ella Mengahwini Alvin Di Le Meridien


Penyanyi Ella Chen yang popular menerusi kumpulannya S.H.E akhirnya menamatkan zaman bujangnya bersama Alvin Lai yang berasal dari Malaysia pada 05.05.2012. Majlis perkahwinan Ella ♥ Alvin telah berlangsung secara tertutup di Le Meridien Taipei, Taiwan. Ella, 31, berpacaran selama 1 tahun ½ dengan Alvin, 35, yang bertugas sebagai Pembantu Pengurus Pemasaran L’Oreal Group di Taiwan.

Azwan Ali Marah Cik Tom Muncul Di TV3


Semalam ibu Azmin Ali muncul di saluran Buletin Utama untuk menasihati anaknya agar kembali ke pangkal jalan. Menurut ibu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hajah Cik Tom Yahaya, Azmin sudah lama tidak bertanya khabar, apatah lagi pulang menjenguk dirinya malah jauh sekali menghulurkan wang buatnya. Justeru, ibu yang sudah mencecah usia 74 tahun itu tampil untuk meluahkan isi hatinya kepada masyarakat umum.

May 5, 2012

Polis Menangis Disergah Pencuri


Selalunya penjenayah yang kecut perut sewaktu berdepan polis ketika sesi soal siasat berlaku. Akan tetapi, apa pula yang akan berlaku jika anggota polis yang ketakutan sehingga menangis kerana disergah oleh pencuri yang kurang adab??

Majlis Akad Nikah Awal Ashaari ♥ Scha Al-Yahya


Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal), 30, sah menjadi suami kepada Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha), 29, hanya dengan sekali lafaz. Pernikahan pasangan ini disempurnakan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pegawai Agama, Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus. Majlis akad nikah pasangan Awal ♥ Scha berlangsung di Hotel Pullman Lakeside selepas solat Isyak kira-kira pukul 9.15 malam.

May 4, 2012

Norzaini Bantu Nayati


Pelajar berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar yang dilaporkan hilang berhampiran sekolahnya, Mont Kiara International School sejak 27 April 2012 lalu telah dibebaskan oleh penculiknya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang, Lebuhraya Utara-Selatan pada jam 7.55 pagi. Nayati ditemui oleh sepasang suami isteri, Norzaini Zainol Abidin, 31 dan suaminya, Muhammad Asif Abdullah, 31.

Indah Sutera Jannah Binti Ahmad Fedtri


Sekalung tahniah penulis rakamkan kepada pengacara TV3, Ahmad Fedtri Yahya dan isterinya, Nurul Anati di atas kelahiran cahayamata sulung mereka. Puteri kecil itu diberi nama Indah Sutera Jannah yang seberat tiga kilogram telah melihat dunia pada jam 10.50 malam, 30 April lalu.