Sep 30, 2012

Majlis Perkahwinan Lin Dan ♥ Xie Xingfang


Pemilik pingat emas Sukan Olimpik London 2012, Lin Dan akhirnya mengahwini kekasih hatinya, Xie Xingfang dalam satu upacara perkahwinan gilang gemilang pada hari Ahad, 23 September 2012. Pasangan pemain badminton ini telah mendaftarkan perkahwinan mereka pada tahun 2010 tetapi tiada kesempatan mengadakan majlis resepsi berikutan kepadatan jadual Lin Dan.

Majlis Pra Perkahwinan Lin Dan ♥ Xie Xingfang


Pemain no 1 badminton dunia buat masa ini, Lin Dan telah pun melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya, Xie Xingfang pada 23 September 2012. Sebenarnya pasangan ini telah mendaftarkan perkahwinan mereka pada 13 Disember 2010 di Guangzhou, China selepas bercinta selama 7 tahun.

Kad Kahwin Lin Dan


Jaguh badminton China, Lin Dan telah pun melangsungkan perkahwinannya pada 23 September lalu dengan pilihan hatinya, Xie Xingfang. Kad kahwin Lin Dan ♥ Xie Xingfang cukup ringkas.

Persembahan Berjalan Berirama



Jepun sememangnya terkenal sebagai pusat teknologi. Namun, penulis tidak pula tahu mereka juga dapat bekerjasama dengan baik di dalam satu rutin yang dipanggil jalan berirama. Ralit penulis memerhatikan gerak-geri mereka yang cukup sempurna.

Isteri Sihir Suami


Seorang suami tidak menyangka perubahan sikap dan kesihatannya berkait rapat dengan perbuatan isterinya yang menyihir dirinya menggunakan darah haid dan air mani gajah. Sihir itu menyebabkan dia jadi lemah dan sering beralah dengan isterinya.

Sep 29, 2012

Barang Kemas Emak Dikebas Anak


Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, Siti Saharah Abd Hamid menghilangkan diri sejak 4 September lalu dari rumahnya di Kuala Lipis, Pahang bersama barang kemas milik ibunya bernilai RM30,000. Difahamkan, gadis berkenaan mengikut teman lelakinya yang baru dikenali berasal dari Kelantan.

Wanita Didenda Kerana Tingkap Kereta Terbuka

>

Tara Ludvigson-Hill dari Nanaimo, Canada, menyangka ada orang bergurau dengannya apabila menerima kertas saman berjumlah $81 atas kesalahan membiarkan tingkap kereta terbuka. Sejak bertahun lalu, Tara parkir di tempat yang sama ketika bekerja dan membiarkan tingkap keretanya terbuka ketika cuaca panas, namun tiada sebarang saman diterima.

Bina Badan Helikopter Tanpa Pelan


Seorang tukang besi dari Shenyang, wilayah Liaoning, China, Tian Shengying telah berjaya membina badan sebuah helikopter hanya dalam tempoh setengah bulan. Shengying yang berusia 55 tahun turut membuat ekor dan kipas untuk helikopter tersebut.

Lelaki Koma Menangis Mendengar Suara Kekasih


Mathew Taylor, 31, berada dalam keadaan koma selama 10 bulan selepas motosikalnya terlibat nahas jalanraya di Bali, Indonesia. Doktor berpendapat lelaki itu tidak akan sedarkan diri buat selama-lamanya. Namun, keajaiban berlaku apabila Mathew mengalirkan air mata tatkala mendengar suara tunangnya, Nurul Handayani di telefon yang berada jutaan kilometer jauhnya.

Pancang Tajam Bawah Jambatan


Masalah gelandangan ada di mana-mana negara. Di Malaysia misalnya, gologan seperti ini menjadikan bawah jambatan sebagai tempat tinggal mereka. Namun, berbeza dengan pihak berkuasa China apabila mereka sedaya-upaya cuba menghalang para gelandangan daripada tidur di bawah jambatan.

Bajet 2013


Sekitar pukul 4 petang tadi, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib merangkap Menteri Kewangan telah membentangkan Bajet 2013. Antara barang yang dinaikkan harga ialah gula. Jika sebelum ini sekilo gula RM2.30, maka bermula 29 September 2012, harganya berubah menjadi RM2.50.

Sep 28, 2012

Pemuda Britain Kuat Ingatan


Jika penulis tanya anda, apakah warna baju yang anda pakai pada 28 September 2011?? Andai hari itu bukan hari istimewa dalam hidup anda, pasti anda gagal untuk mengingatinya, bukan?? Akan tetapi, berlainan pula bagi seorang mahasiswa Universiti Durham kerana dia boleh mengingat dengan jelas apa yang dilakukannya pada hari tersebut. Aurelien Hayman didapati mempunyai hyperthymesia iaitu kebolehan untuk mengingat apa yang berlaku walaupun sudah berlaku sedekad lalu.

Iklan : Mother And Son


Penulis mendapati banyak iklan terutamanya dari Thailand mempunyai mesej yang bagus selain jalan ceritanya menarik. Iklan yang dipaparkan ini mengenai anak yang sibuk sehingga tiada masa untuk mengurus diri sendiri.

Perut Kembang Selepas Makan


Kerri Dowdswell dari Cannock, Staffordshire mempunyai 'penyakit' yang agak pelik di dunia iaitu perutnya akan membesar seperti ibu mengandung selepas dia makan. Gadis berusia 24 tahun itu menyedari perubahan pada perutnya setiap kali selepas mengambil makanan sejak dia didatangi haid buat kali pertama. Keadaan itu berterusan sehingga kini.

Kereta Remuk Rempuh Bank


Sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dipandu oleh seorang wanita telah terbabas lalu merempuh sebuah bank di Jalan Datuk Bandar Tunggal setelah kenderaannya itu dihimpit oleh kereta Mitsubishi ASX yang dipandu seorang lelaki, Lim Hock Lea, 41.

Rambut Melekat Pada Biskut


Selera dua sekawan yang sedang minum petang terbantut apabila salah seorang daripada mereka, Hainul Asida Suyarno, 29, menemui sehelai rambut melekat pada biskut yang sedang dimakan.

Kuliah Jumaat #60



Pendakwah : Ustaz Don Daniyal
Topik : Perbetulkan Takbir Dan Fatihah

Remaja Dipecat Kerana Datang Cepat


Seorang remaja yang bekerja sambilan sebagai penghantar akhbar diberi amaran keras kerana memulakan kerja lebih awal dari waktu yang ditetapkan. Tanpa mengira cuaca baik atau buruk, Sam Green-Jeffries konsisten memulakan tugasnya seawal pukul 6.45 pagi. Namun, Pejabat Tenaga Kerja Kanak-kanak menegaskan bahawa undang-undang hanya membenarkan remaja seperti Sam bekerja selepas pukul 7 pagi.

Sep 27, 2012

Filem Pendek : Typical Malaysian Drivers


Berjuta-juta kenderaan menghiasi jalan raya di seluruh Malaysia. Berjuta-juta pula pemandu yang mengendalikan kenderaan masing-masing. Ada yang mematuhi peraturan jalanraya, tidak kurang pula yang suka memandu tanpa etika.

Kesan Luka Yang Sengaja Direka


Sapukan gam ke atas kulit.

Pernahkah anda menonton adegan aksi yang mendebarkan sehingga watak yang dipukul cedera teruk?? Darah meleleh di sana sini dan kesan luka yang timbul pula menggerunkan. Tahukah anda bagaimana caranya mereka membuat luka palsu?? Anda pasti akan berkata 'laaa... senangnya nak buat' selepas mengetahui teknik sebenar.


Sep 26, 2012

Warga China Tidur Di Ikea

Jika masuk ke kedai Ikea, anda pasti dapat merasai nyaman penghawa dinginnya. Bayangkan jika anda tidur di atas katil yang empuk diselimuti pula selimut yang tebal dalam suhu bilik yang sejuk, anda pasti tidur nyenyak. Fenomena yang anda gambarkan tadi dapat anda lihat sendiri jika berkunjung ke Ikea dia China.


Doktor Palsu Rawat 500 Pesakit


Seorang lelaki dari Austell, Georgia, Ernest Addo, 48, ditahan oleh pihak berkuasa pada Ogos lalu kerana dia mencuri identiti kawannya dan menyamar sebagai doktor. Pusat Jagaan Orang Tua Agape telah mengambilnya bekerja sebagai doktor selama 6 bulan dan dia telah 'merawat' 500 pesakit di seluruh Columbia, Carolina Selatan.

Pesan Makanan Guna iPad Di Restoran


Sebuah restoran di Heng Bao Plaza, Guangzhou, China muncul dengan idea bernas apabila menggunakan iPad sebagai menu. Transformasi ini mendapat respon baik daripada pelanggan terutamanya golongan muda yang mendapati memesan makanan semakin mudah dengan menyentuh skrin.

Wordless Wednesday #67



Sep 25, 2012

Telur Berbentuk Bulat


Cassie Greenhill, 32, dari Enfield di utara London, menyedari ada sesuatu yang unik pada sebiji telur yang ingin digunakannya untuk memasak apabila telur itu berbentuk bulat sepenuhnya. Justeru, Cassie memutuskan untuk menyimpan telur bulat tersebut dan menggoreng telur dadar menggunakan telur bujur yang lain.

Tiga Saudara Lahir Pada Tarikh Sama


Bagaikan dirancang, sepasang suami isteri tidak menduga bahawa mereka akan meraikan ulang tahun kelahiran tiga orang anak lelaki mereka pada tarikh yang sama setiap tahun. Pasangan Sammy, 25, dan Merv Jeanes, 36, menyambut kehadiran orang baru di dalam hidup mereka pada 20 September.

Penunggang Mencelah Di Laluan Salah


Seorang lelaki menunggang motosikal roda tiga di laluan yang bertentangan di Jinan, wilayah Shadong, China. Menurut saksi, lelaki memakai baju merah muda dan berseluar hitam memasuki lebuhraya yang sesak dalam keadaan melawan arus.

Motosikal Penyek Dihempap Pam Minyak


Seorang lelaki cedera apabila Proton Iswara yang dipandunya gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh sebuah pam minyak. Ekoran rempuhan kuat, pam minyak tersebut tumbang lalu menghempap sebuah motosikal. Kejadian itu berlaku di stesen minyak Alam Damai, Cheras pada pukul 8.30 pagi semalam.

Sep 24, 2012

Kelindan Lori Disamun Waktu Pagi


Seorang pemuda disamun di Bukit Rinting, Taman Rinting ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya pada pukul 1 pagi. Mangsa, Abu Sayed Sulaiman, 23, menunggang motosikal Yamaha LC telah diekori oleh motosikal RXZ yang dinaiki oleh 2 orang sejauh 2 kilometer.

Pelajar Tahun Enam Digigit Di Lengan


Seorang pelajar tahun 6 mungkin akan mengingati satu perkataan Bahasa Inggeris dengan baik sepanjang hayatnya berikutan ayat tersebut menyebabkan lengan kirinya digigit oleh cikgu. Pelajar terbabit, Farhan, 12, gagal menyebut perkataan 'boys' dengan intonasi yang betul pada pukul 8 pagi, Khamis lalu.


Sep 23, 2012

Majlis Perkahwinan Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah ♥ Pengiran Haji Muhammad Ruzaini


Setelah majlis akad nikah disempurnakan pada hari Jumaat lalu, hari ini berlangsung pula majlis Istiadat Persandingan Diraja, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah ♥ Pengiran Haji Muhammad Ruzaini di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.


Berlaku Rusuhan Di Ulangtahun Kelahiran


Sekurang-kurangnya enam orang cedera termasuk tiga parah apabila berlaku rusuhan di dalam bandar Haren, Belanda. Polis antirusuhan dipanggil untuk menyuraikan remaja yang bertindak liar dengan merosakkan kedai, membakar kereta dan papan tanda dimusnahkan.

Majlis Akad Nikah Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah ♥ Pengiran Haji Muhammad Ruzaini


Puteri Sultan Brunei, Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, dinikahkan dengan pilihan hatinya, Pengiran Muhammad Ruzaini Pengiran Dr Mohd Yakub, 29, dengan penuh meriah di masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien pada 21 September 2012.


Sep 22, 2012

Pengawal Keselamatan Bunuh Rakan


Seorang pengawal keselamatan, Hasnol Hafiz Saad, 28, menjadi 'korban' rakan sekerja yang ingin menjadi 'jutawan' segera. Tanpa menaruh sebarang syak wasangka, mangsa menggunakan jalan lain yang dicadangkan oleh rakan sekerjanya untuk kembali ke pejabat sebelum ditembak sebanyak 4 das dari jarak dekat. Mangsa mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.

Tak Kisah Angkut Sampah


Tiga orang wanita tidak kisah bekerja sebagai pengangkut sampah walaupun tugas sedemikian selalunya lebih sinonim dengan lelaki. Bagi Maziyana Azmi, 32, Nor Azlinda Sobri, 27, dan Effa Izahwati Mohd Hatta, 29, mereka tidak kekok bersaing dengan orang lelaki untuk memandu lori multipurpose armroll di negeri Kedah.

Sep 21, 2012

Lori Tanah Tersangkut Di Jejantas


Sebuah lori tanah yang tidak diturunkan bahagian muatan belakang telah tersangkut di jejantas laluan pejalan kaki yang menghubungkan bangunan Hattem Square dan Mahkota Prade di Melaka Raya, Melaka semalam. Pemandu lori yang berusia 20an tidak menyedari bahagian muatan belakang terangkat selepas menurunkan muatan tanah.

Kuliah Jumaat #59



Pendakwah : Ustaz Kazim Elias
Topik : Memelihara Solat

Sep 20, 2012

Nicol Ann David Bergelar Mejar Kehormat


Ratu skuasy Malaysia yang juga merangkap pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David telah ditauliahkan anugerah pangkat mejar kehormat Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada hari ini.


Sep 19, 2012

Banduan Lolos Dari Polis


Seorang banduan yang dikenakan hukuman penjara 8 tahun dengan 10 sebatan berjaya lolos ketika pihak polis menghantarnya ke Penjara Penor untuk menjalani hukuman. Banduan berkenaan, Roslan Ismail, 32, bertindak agresif dengan menyerang anggota polis yang mengiringinya sehingga kereta Waja yang mereka naiki terbabas lalu merempuh belakang sebuah kori yang rosak.

Wordless Wednesday #66



Sep 18, 2012

Atap Zink Diterbangkan Angin


Atap zink di 5 buah rumah kediaman di Kampung Bukit Mentok, Kemaman, Terengganu diterbangkan kepala angin dalam kejadian pada pukul 4 petang, 17 September 2012. Salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut ialah ibu tunggal enam anak, Robiah Mohamad.

Disambar Petir Ketika Caj Telefon Bimbit


Aniq Syazwan Bin Abu Bakar, remaja lelaki yang berusia 16 tahun nyaris maut apabila dipanah petir ketika sedang mengecaj telefon bimbitnya. Mangsa yang tinggal di Taman Mawar 2, Jalan Tempurung, Kemaman, Terengganu meletakkan telefon bimbit yang sedang dicaj di atas paha. Tangannya pula berada di atas telefon bimbit berkenaan sebelum petir menyambar wayar eletrik sehingga menyebabkannya terkena renjatan.

Sep 17, 2012

Blackberry Murah Jadi Hadiah Cabutan Bertuah


Seorang kerani, Mohd Zulkifli Draman, 25, kecewa apabila mendapati sebuah telefon bimbit Blackberry yang dimenanginya dalam cabutan bertuah adalah buatan China dan bukan asli. Mangsa menyertai program berkenaan di Padang Astaka, Taman Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu.

Ibu Muda Pakar Kopak Kereta


Seorang ibu yang mempunyai empat orang anak tidak menyangka masa depannya akan kelam ekoran dicekup anggota polis ketika sedang melakukan jenayah. Wanita yang berusia 30 tahun itu diberkas pada pukul 2 petang, Jumaat lalu ketika cuba mencuri barangan dalam kenderaan jemaah yang menunaikan solat Jumaat di tempat letak kereta sebuah masjid di SS15.

Jumpa Besi Dalam Mi


Selera makan Roziana Mohamad, 29, terbantut gara-gara dia menemui cebisan dawai penyental periuk di dalam mi segera goreng yang dipesannya. Kejadian itu berlaku di sebuah restoran di Klang ketika dia makan bersama seorang rakannya.

Sep 16, 2012

Lawatan Putera William Dan Kate Middleton Ke Masjid Assyakirin


Sewaktu Duke dan Duchess of Cambridge, Putera Putera William dan Catherine Middleton datang ke Malaysia, mereka telah dibawa melawat ke masjid terbesar di tanahair iaitu Masjid Assyakirin. Pasangan diraja itu membuka kasut sebagai menghormati agama bangsa lain. Ini adalah kali pertama William dan Kate melawat masjid di dunia.

Sep 15, 2012

Lawatan Putera William Dan Kate Middleton Ke Taman KLCC


Duke and Duchess of Cambridge, Putera Putera William dan Catherine Middleton berkunjung ke Taman KLCC pada hari kedua lawatan mereka ke Malaysia. Pasangan diraja ini diiringi oleh anakanda Yang di-Pertuan Agong, Tunku Puteri Intan Shafinaz untuk bertemu para peminat dan melihat persembahan kebudayaan negara bekas jajahan mereka.

Alat Barbeku Terbakar Sambar Pelajar


Seramai 5 orang pelajar dari sebuah sekolah menengah di Taman Mulia, Bandar Tun Razak, Cheras melecur teruk akibat berlaku letupan ketika mereka berbarbeku untuk meraikan majlis rumah terbuka Adilfitri di sekolah berkenaan jam 9.30 pagi semalam. Mangsa yang melecur 25 hingga 45 peratus dari paras pinggang hingga muka adalah 4 pelajar Tingkatan 4 manakala seorang lagi pelajar Tingkatan 5.

Lawatan Putera William Dan Kate Middleton Ke Malaysia


Lensa kamera dan telefon bimbit akan difokuskan kearah pasangan Diraja Britain, Putera William dan isterinya, Catherine (Kate) Middleton ketika mereka mengunjungi Malaysia pada 13 September sehingga 16 September 2012. Duke dan Duchess of Cambridge itu mewakili nenda mereka bersempena Jubli Intan, pemerintahan 60 tahun Ratu Elizabeth II.

Sep 14, 2012

Tajuk Akhbar Bikin Gempar


Selalu sangat cerita topik serius, hari ini penulis mahu bersantai seketika. Jika anda gemar membaca akhbar, tentu anda akan melihat tajuknya dahulu sebelum menyelongkar isi kandungannyakan?? Satu berita yang sama tetapi digarap dengan tajuk yang berbeza oleh setiap akhbar yang menyiarkannya.

Kuliah Jumaat #58



Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Menantu Moden


Sep 13, 2012

Perisian Baru Kesan Ijazah Palsu


Gara-gara ijazah palsu yang dibeli oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan tertentu, pihak Penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya mencipta perisian yang boleh mengesan ketulenan ijazah graduan. Buat julung kalinya, perisian berkenaan akan digunakan ketika majlis konvokesyen UTM yang akan diadakan pada Oktober nanti.

Sep 12, 2012

Cara Banduan Kurangkan Hukuman


Penjara Santa Rita de Sapucai di Brazil menawarkan ganjaran menarik untuk para banduannya yang berminat mengayuh basikal pegun. Mereka bukan sahaja dapat 'melepaskan diri dari sel' buat seketika malah aktiviti riadah itu juga meningkatkan kecergasan badan. Motif utamanya ialah jika mereka berkayuh lapan jam sehari selama 3 hari mereka dapat mengurangkan jumlah hukuman penjara selama sehari.

Bapak Tembak Anak


Menyedari nyawa ibunya diancam, seorang anak lelaki sanggup menjadi galang ganti apabila bergelut dengan bapa kandungnya sendiri yang bertindak ganas. Akibat tindakannya itu, R Hariharen, 15, cedera parah di kaki kiri kerana ditembak dengan pistol sebanyak dua das dari jarak dekat.

Enggan Berumahtangga Penangan Sihir Janda


Seorang pemuda yang dijadualkan bernikah pada 1 September lalu telah menghilangkan diri sebelum hari dia dan pasangannya menjadi suami isteri. Ibu bapa Harun Aris, 24, mendakwa bahawa anak lelaki bongsu mereka dari dua beradik terkena sihir kerana mengikut kata seorang janda yang berusia 40 tahun.

Wordless Wednesday #65



Sep 11, 2012

Mafia Russia Buli Juruwang Wanita


Jika anda seorang juruwang, bayangkan apa reaksi yang perlu anda tunjukkan apabila barangan yang dibeli oleh pelanggan dalam jumlah yang besar dibayar dengan not wang yang kecil??

Sep 10, 2012

Rambut Bernombor Menjadi Identiti Empat Kembar


Kembar seiras sering menimbulkan masalah kepada para guru untuk mengenali pelajar-pelajarnya. Apatah lagi kalau kembar seiras itu 4 orang semuanya. Tentu pening cikgu dibuatnya. Tan Chaoyuan, ibu kepada kembar 4 mempunyai cara tersendiri untuk mengelakkan guru-guru anak-anaknya keliru. Dia mencukur rambut 4 anak kembarnya membentuk nombor mengikut turutan daripada yang pertama sehingga yang keempat.