Oct 31, 2012

Budak Lelaki Miliki 25 Jari


Arpan Saxena yang berusia 4 tahun menjadi budak selebriti apabila wajahnya terpampang pada kain pemidang di bandar Bhopal kerana memiliki 25 jari. Kanak-kanak ini mengalami dua kecacatan genetik yang jarang berlaku iaitu Polydactyl yang menyebabkan jari tangan dan kakinya mempunyai jari tambahan dan Syndactyly yang menyebabkan jari tangan dan kakinya bercantum.

Belajar Senyum Dengan Penyepit Makanan


Polis China terkenal sebagai pasukan keselamatan yang menjalani latihan ketat. Ekoran persiapan mental dan fizikal yang begitu keras, anggota polis terbabit tidak begitu 'pandai' mengukir senyuman.

Dua Beruang Buat Pertunjukan


Biasanya aksi akrobatik dilakukan oleh orang-orang yang mudah lentur badannya. Baru-baru ini, pertunjukan akrobatik yang diadakan sempena Festival Antarabangsa Akrobatik Wuhan di China telah mengejutkan orang ramai apabila dua ekor beruang turut mengambil bahagian.

Wordless Wednesday #72


Oct 30, 2012

Messi Layan Budak Cacat Main Bola Sepak


Pemain bola sepak tersohor kelab Barcelona, Lionel Messi pernah menjaringkan 5 gol dalam satu perlawanan sekaligus mencatat sejarah sebagai pemain pertama berbuat demikian dalam Liga UEFA Champions 2012. Justeru, Messi diminati oleh peminat bola sepak tempatan dan luar negara. Tidak terkecuali mengaguminya ialah budak kecil berusia 11 tahun, Gabriel Muniz.

Siti Fatonah Si Tukang Sembelih


Lazimnya, kerja peyembelihan haiwan dimonopoli oleh kaum lelaki tetapi lain pula ceritanya bagi Siti Fatonah Arbain apabila diberi tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyembelih haiwan pada tahun 2005 setelah menyertai kursus selama 4 hari anjuran jabatan agama itu. Dia merupakan peserta wanita tunggal daripada 45 orang yang menyertainya.

Oct 29, 2012

Pakar Baiki Gambar


Baojun Yuan layak digelar pakar baiki gambar kerana sejak 10 tahun yang lalu dia telah membaikpulih lebih daripada 2000 keping gambar lama yang sudah rosak atau tidak jelas. Atuk yang sudah berusia 77 tahun ini merupakan ahli Persatuan Jurugambar Kanan China dan dia mempelajari ilmu Photoshop ketika berusia 60 tahun.

Bekas Suami Belasah Sehingga Terbaring Lemah


Seorang wanita terbaring lemah selepas dibelasah oleh bekas suaminya ekoran dia enggan menyerahkan wang yang diminta oleh lelaki tersebut. Kejadian itu berlaku pada pukul 11.30 malam di sebuah pangsapuri kos rendah di Pusat Bandar Puchong apabila suspek yang berusia awal 40-an terus masuk ke rumah yang tidak berkunci untuk mencari mangsa.

Oct 28, 2012

Telefon Pintar Daripada Buluh


Salah seorang pelajar dari Middelsex University England telah mencipta telefon pintar pertama yang diperbuat daripada buluh. Kieron-Scott Woodhouse, 24, telah menamakan telefon rekaannya ADzero. Ianya menggunakan sistem operasi Android 2.3.4 dan akan dinaiktaraf kepada Android 4.0.

Tadika Pecat Guru Jahat


Seorang guru perempuan prasekolah di China telah dipecat ekoran mendera anak-anak muridnya dengan hukuman yang keterlaluan ketika mengajar. Tidak cukup dengan mendera, Yan Yanhong turut memuatnaik aksinya bersama pelajar ke laman web sosial.

Oct 27, 2012

Restoran Bantu Pekerja Bisu


Golongan bisu biasanya kurang diberi peluang untuk bekerja. Namun, sebuah restoran di Gaza, Palestin telah memberi tanggungjawab kepada golongan bisu untuk menggerakkan operasi restoran mereka.

Kad Kahwin Farid Kamil ♥ Diana Danielle


Pasangan artis popular Farid Kamil, 31, dan Diana Danielle, 21, yang sudah pun melangsungkan pertunangan secara ringkas pada 2 September 2012 lalu bakal melangkah ke gerbang perkahwinan pada 3 November 2012 ini.

Cedera Lutut Angkara Peragut


Seorang pelajar kolej cedera di lutut selepas terjatuh kerana cuba mempertahankan begnya daripada diragut. Kejadian itu berlaku pada pukul 8 malam apabila dua orang peragut yang menaiki motosikal Yamaha LC meragut beg gadis berusia 23 tahun itu dari arah belakang.

Oct 26, 2012

Ustaz Kasanova Kena Dakwa


Beberapa hari lalu, penulis ada menulis topik tentang seorang suami yang mempunyai sebelas orang isteri. Kali ini, lelaki berkenaan tampil memberikan penjelasan tentang dakwaan tersebut.

Kuliah Jumaat #64



Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Serah Urusan Korban Kepada Wakil

Salam Aidil Adha 1433 Hijrah


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam. Semoga hari raya korban ini memberikan momen yang indah kepada anda dan insan-insan yang disayangi.

Oct 25, 2012

Makcik Aminah Kejar Penjenayah


Seorang makcik berusia 69 tahun, Aminah Yusof, nekad mengejar dua lelaki yang menipu wangnya melalui peraduan gores dan menang yang menjanjikan hadiah lumayan termasuk sebuah kereta Toyota Camry 2.4. Dia terpedaya dengan janji manis lelaki berkenaan ketika disuruh menyertai peraduan tersebut.

Si Mati Hadiri Pengebumian Diri Sendiri


Tetamu bertempiaran lari malah ada yang pengsan ketika lelaki yang sudah mati berjalan ke arah mereka sambil mengucapkan 'Hello' sewaktu pengebumiannya berlangsung pada Selasa lalu di bandar Alagoinhas, negeri Bahia, Brazil. Sebenarnya, 'si mati' berkenaan, Gilberto Araujo, 41, masih lagi hidup manakala pengebumian yang diuruskan oleh keluarganya adalah orang lain.

Oct 24, 2012

Buang Picasa Web Albums Dari Galeri Samsung Galaxy S II


Jika anda adalah bloggers yang menggunakan Samsung Galaxy S II, anda akan dapati bahawa folder Gallery turut dipenuhi dengan folder yang diambil dari akaun Picasa Web Albums anda. Penulis pernah membuang gambar-gambar tersebut yang dimuatnaik ke blog satu persatu tetapi ianya muncul kembali selepas itu.

Cara Mengambil Screenshot Samsung Galaxy S II


Jika anda baru memakai telefon bimbit Android berjenama Samsung Galaxy S II, anda perlu tahu bahawa telefon anda itu boleh digunakan untuk mengambil screen capture. Caranya sangatlah mudah dan tidak perlu menghadiri sebarang kelas tuisyen untuk mempelajarinya.

Pakej Umrah Murah Tipu Enam Surirumah


Seorang 'ustaz' tergamak menipu 6 orang surirumah yang ingin menunaikan umrah dengan menawarkan pakej yang murah tetapi mungkir janji. Setelah pelbagai alasan diberi, wang surirumah tersebut tidak dipulangkan semula.

Bas Terbalik Dalam Parit


Fatimah Mohamad, 24, melalui pengalaman yang sukar dilupakan seumur hidupnya apabila terpaksa merangkak keluar dari bas yang terbalik dalam parit berhampiran Kampung Gerong untuk menyelamatkan diri. Nahas itu berlaku pada pukul 4 petang ketika bas yang dipandu Surah Bilal, 28, hilang kawalan selepas mengelak sebuah kereta.

Wordless Wednesday #71



Oct 23, 2012

Lelaki Jalan Kaki Untuk Menunaikan Haji


Seorang lelaki berusia 47 tahun yang berasal dari Bosnia tidak mempunyai wang untuk membiayai kos perbelanjaan ke Mekah. Justeru, Senad Hadzic nekad untuk berjalan kaki bagi memenuhi tuntutan rukun Islam kelima itu.

Bahan Letupan Dilontar Ke Padang


Dek kerana jengkel dengan drama sebabak yang berlaku di padang, ada penonton meluahkan kemarahan dengan cara melemparkan bahan letupan (bom atau mercun?) ke tengah padang ketika perlawanan bola sepak antara Anorthosis dan Omonia Nicosia berlangsung di Cyprus. Insiden itu berlaku ketika pasukan medik memberi rawatan kepada pemain Anorthosis yang cedera apabila bahan letupan yang dilemparkan jatuh betul-betul di tempat mereka memberikan rawatan.

Oct 22, 2012

Harga Rokok Naik 20 Sen


Pengarah Urusan British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia), William Toh, membuat pengumuman bahawa harga semua rokoknya dinaikkan sebanyak 20 sen berkuatkuasa mulai hari ini, 22 Oktober 2012.

Emak Biar Anak Lapar


Seorang suri rumah yang berusia 20 tahun sanggup menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di sebuah pusat siber di Pasir Gudang semata-mata untuk bermain permainan video. Lebih teruk lagi, dia turut membawa anaknya yang berusia 3 tahun untuk 'menemaninya' bermain.

Oct 21, 2012

Penjaga Gol Tumbang Ditumbuk Samseng Padang


Penjaga gol Sheffield Wednesday, Chris Kirkland membuat aduan kepada Polis Yorkshire Selatan kerana ditumbuk sehingga tumbang oleh samseng padang ketika perlawanan Liga Kejuaraan antara Sheffield Wednesday dan Leeds pada Jumaat, 19 Oktober 2012.

Sebelas Isteri Kongsi Satu Suami


Seorang lelaki hanya bermodalkan 'mulut manis' untuk memikat wanita sehingga setiap mangsanya bersetuju untuk berkahwin. Untuk menambahkan pesona lelaki warak pada dirinya, lelaki berkenaan turut menggunakan gelaran ustaz pada namanya. Malah, lelaki ini juga pakar memalsukan dokumen untuk menipu statusnya di jabatan agama negeri.

Kelantan Juara Piala Malaysia 2012


Pasukan Kelantan berjaya menjulang Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan pasukan ATM 3 - 2. Kemenangan tipis itu berlaku pada masa tambahan ketika perlawanan akhir d berlangsung di Stadium Shah Alam, malam Sabtu, 20 Oktober 2012. Pencapaian cemerlang The Red Warriors musim ini melengkapkan kejuaraan trebel buat mereka selepas muncul juara Piala FA dan Liga Super tahun ini. Kejayaan seumpama ini pernah dilakukan oleh Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.

Oct 20, 2012

Vespa Daripada Kayu


Seorang tukang kayu dari Portugal, Carlos Alberto telah mengambil masa selama 10 bulan untuk mencipta sebuah vespa kayu. Dia menggunakan 10 jenis kayu yang berlainan sambil mengekalkan enjin asal vespa tahun 1957.

Anak Gajah Selamat Kerana Ahli Trust


Seekor anak gajah berusia lapan bulan telah terjatuh ke dalam sebuah telaga sedalam 5 kaki di Taman Negara, Amboseli, Kenya. Ibunya, Zombe hanya mampu memerhati kesulitan anaknya untuk naik semula ke darat tanpa mampu berbuat apa-apa.

Oct 19, 2012

Dua Beradik Terjun Serentak


Seorang kakak layak digelar heroin apabila nekad terjun dari tingkat atas rumah sambil memeluk adiknya. Wirawati berkenaan, Noor Munirah Syazwani Zakir, 16, terjun bersama Yasin Amirul Aiman, 3, apabila menyedari berlaku kebakaran di rumah mereka di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Melaka pada pukul 9.40 malam.

Kereta Sorong Bayi Berenjin Motosikal


Colin Furze ialah seorang ayah yang sangat malas untuk menolak kereta sorong bayinya ketika bersiar-siar. Atas alasan itu, dia telah sebuah kereta sorong bermotor agar dia tidak perlu berjalan kaki apabila membawa anaknya, Jake mengambil angin petang. Bapa berusia 33 tahun itu telah menambah enjin pada kereta sorong yang diperbuat daripada logam perak. Kelajuannya mencecah 50mph (kilometer satu jamkah??).

Kuliah Jumaat #63



Pendakwah : Ustaz Nazmi Karim
Topik : Kisah Seorang Lelaki Yang Membunuh 100 Orang

Oct 18, 2012

Guru Dipecat Kerana Budak Berparut


Seorang guru di Pusat Jagaan Silverdale telah menggunakan sejenis produk pembersihan untuk membersihkan tatu sementara yang ada di wajah Silas Gholston agar dia dapat mengambil gambar sekolah. Setelah berulangkali mengosoknya, tatu yang cuba dipadamkan telah meninggalkan kesan melecur dan menyebabkan kulit budak berusia 5 tahun itu berparut.

Seni Daripada Sisa Pensil


Lazimnya sisa sesuatu bahan akan dibuang ke dalam tong sampah. Akan tetapi lain pula ceritanya bagi Marta Altes apabila dia menjadikan sisa asahan pensil sebagai satu hasil seni yang menarik. Marta merupakan seorang illustrator dan juga penulis buku kanak-kanak.

Kek Perkahwinan Seberat Lima Tan


Chef Art Nucaza dari Baguio Country Club telah membuat kek perkahwinan raksasa setinggi 62 kaki sempena Minggu Hotel, Restoran dan Pelancongan kali ke-9. Kek coklat yang padat itu dibuat dalam 4 lapisan dan boleh dimakan oleh 20,000 orang.

Motosikal Terbang Atas Bumbung


Sebuah motosikal yang dinaiki oleh 3 remaja berusia 16 tahun terbabas sebelum terbang ke atas bumbung rumah seorang penduduk di Felda Jengka 4. Insiden itu berlaku ekoran penunggangnya gagal mengawal brek lalu motosikalnya melayang sebelum terjatuh dan tersangkut di atas bumbung berkenaan yang berada dalam kedudukan kira-kira tiga meter lebih rendah dari jalan tersebut.

Oct 17, 2012

Lelaki Bertumbuk Rebut Tempat Duduk


Pada 7 Oktober lalu, kira-kira pukul 8.38 pagi, dua orang lelaki telah bergaduh kerana berebut tempat duduk di Lorong 4, Keretapi Bawah Tanah Guangzhou, China. Pergaduhan itu berlaku di antara seorang lelaki tua berusia 60 tahun dan guru muda, 28. Seorang penumpang wanita telah merakamkan kejadian tersebut lalu menyebarkannya di laman mikro-blog, Sina Weibo.

Kakak Meleteri Adik


Delilah O’Donoghue mencuri tumpuan umum apabila video dia meleteri adiknya Gabriel O’Donoghue sudah ditonton sebanyak 2,366,266 kali sejak seminggu lalu. Aksi si cilik berusia 4 tahun itu memberi nasihat kepada adiknya yang berumur 2 tahun sempat dirakamkan oleh bapanya.

Wordless Wednesday #70



Oct 16, 2012

Kereta Daripada Buluh


Seorang artis seni, Jose Mauricio Pardo telah membina sebuah kereta. Uniknya, kereta buatan lelaki ini bukan berasaskan besi tetapi ianya diperbuat daripada buluh. Kereta itu menarik perhatian ramai apabila dia memandunya di sekitar bandar Bogota, Colombia.

Tapak Kasut Daripada Gigi


Pereka kasut Mariana Fantich and Dominic Young telah membuat transformasi ke atas kasut rekaan mereka yang diberi nama Savile Row. Mereka menggantikan tapak kasut yang biasanya diperbuat daripada getah dengan 1050 batang gigi.

Oct 15, 2012

Budak Mati Dihempap Televisyen


Seorang budak lelaki berusia 2 tahun meninggal dunia akibat dihempap televisyen di dalam bilik tidur rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di Ampang semalam. Halif Hariz Khairil Anuar dikatakan menarik sebuah laci rak televisyen lalu menyebabkan televisyen 29 inci condong ke depan dan menghempap mangsa.

Budak Tadika Berhimpit Dalam Kereta Sempit


Niat murni seorang guru tadika untuk membawa anak muridnya ke sebuah restoran burger terbantut apabila ditahan polis. Melanie Minnie ditahan ekoran membawa muatan penumpang yang berlebihan. Dia memuatkan 3 orang budak di hadapan, 10 di kerusi tengah manakala 6 lagi di dalam but kereta mini, Renault Clio.

Mural Daripada Pensil


Adonna Khare, 32, dari Burbank, California telah memenangi $200,000 (£124,450) dalam pertandingan ArtPrize yang diadakan di Grand Rapids Art Museum, di Grand Rapids, Michigan. Menariknya, wanita ini melukis mural menggunakan pensil sepenuhnya. Tuahnya hadir melalui mural yang diberi nama 'Elephant'.

Oct 14, 2012

Si Kembar Makan Sambil Tidur


Pasangan kembar seiras Alexander-Jacobs (AJ) dan Michael-Jaime (MJ) Nasol bercuti di Cuba bersama keluarga mereka. Mereka dibawa bermain di kolam renang dan membina istana pasir di pantai. Akan tetapi, apabila waktu makan tengahari, kedua-dua kembar ini yang sudah keletihan berusaha menghabiskan spagetti mereka walaupun tersengguk mengantuk.

Kuda Dari Papan Kekunci


Seorang artis Jerman telah mencipta sebuah patung kuda menggunakan papan kekunci komputer yang dikitar semula. Kuda berkenaan dinamakan 'Hedonisme (y) Trojaner,' yang diinspirasikan daripada Trojan, kuda kayu dari mitologi Yunani, yang digunakan untuk menyelinap di belakang barisan musuh ke bandar Troy.

Nota Budak Lelaki Untuk Pencuri


William O'Brien yang berusia 7 tahun terlalu kecewa apabila trak mainannya yang berisi balang kaca diambil dek pencuri Rabu lalu. Justeru, dengan bantuan ibunya, Sam, 39, budak lelaki ini menulis nota untuk pencuri tersebut. Nota tersebut dipamerkan di hadapan rumah mereka di Pontefract, West Yorks agar dapat dibaca oleh pencuri terbabit dan juga jiran-jiran yang lain.

Oct 13, 2012

Peti Sejuk Dilengkapi Televisyen


Sebuah syarikat telah mengeluarkan sebuah peti sejuk yang mempunyai pelbagai fungsi khusus untuk golongan kaya. Ini berikutan harganya $41,500 yang lebih mahal daripada dapur biasa. Peti sejuk yang dinamakan Meneghini La Cambusa itu dilengkapi dengan pembancuh kopi, pembuat ais, pantri yang dikawal suhu dan juga televisyen permukaan rata.

Pencuri Digari Kerana Blackberry


Seorang pencuri tidak menyangka sebuah telefon bimbit yang dicurinya untuk kali ke-26 telah membawa kepada penangkapannya. Pornthep Thassanawirun telah mencuri pelbagai jenis telefon bimbit dan komputer tablet sebanyak 25 kali tetapi pihak polis gagal mengesannya.