Apr 30, 2013

Lampu Jalan Depan Halaman


Seorang warga emas mengubahsuai halaman rumahnya agar menjadi lebih luas. Setelah halaman rumahnya selesai diubahsuai dengan begitu cantik, satu masalah baru timbul apabila pihak berkuasa memasang tiang lampu di hadapan pintu pagar rumahnya. Walaupun Kathleen Annals, 70an, tidak mempunyai kereta tetapi lampu yang terpacak itu menghalang ahli keluarganya yang lain untuk memarkir kereta ketika menziarahinya.

Apr 29, 2013

Kaki Tersangkut Dalam Lubang Air


Bau: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menahan kesakitan lebih sejam selepas kaki kanannya tersangkut dalam lubang saluran air di bilik mandi di rumahnya di Seniawan Villa, di sini, semalam.

Banduan Phitsanulok Pos Gambar Di Facebook


Bangkok: Seorang banduan penjara Phitsanulok yang memuat naik fotonya yang bergari di Facebook melalui telefon bimbit prosedur yang dilarang untuk tahanan akan dihukum bersama mereka yang membekalkan peralatan itu, kata Ketua Jabatan Salah Laku, Suchart Wong-anantachai.

Apr 28, 2013

Nama Unik Seorang Kanak-kanak


Memberikan nama yang panjang sudah menjadi kegemaran ibu bapa zaman sekarang. Misalnya ramai ibu bapa memilih 3 nama untuk diberi kepada anak mereka seperti Muhammad Izzat Afifi. Namun, tahukah anda bahawa seorang ibu tidak berpuashati jika anaknya hanya memiliki 3 nama malahan dia memberikan anaknya 1 nama depan, 25 nama tengah dan 1 nama keluarga.

Apr 27, 2013

Iklan : Dove For Men Shampoo



Lazimnya satu keluarga hanya mempunyai satu sahaja syampu dan ianya digunakan oleh semua tak kira lelaki atau perempuan. Namun, pengeluar Syampu Dove telah memberi amaran keras agar lelaki perlu memakai syampu khusus untuk lelaki dan bukannya mengambil syampu perempuan.

Apr 26, 2013

Kuliah Jumaat #90



Pendakwah : Ustaz Don Daniyal
Topik : Pesanan Ustaz Don Daniyal Sempena PRU13

Apr 25, 2013

Laluan Motosikal Bahaya Di Lebuhraya Persekutuan


Seorang rakyat yang bertanggungjawab telah merakam keadaan laluan bagi penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan. Jika diperhatikan video ini yang dirakamkan pada 23 April 2013, memang benar jalan ini sudah banyak kerosakannya.

Apr 24, 2013

Letupan Sampah Ketika Politikus Ceramah


NIBONG TEBAL: Seorang petugas keselamatan Barisan Nasional (BN) cedera parah di kaki akibat letupan dalam timbunan sampah di belakang Bilik Gerakan Pilihan Raya BN di Jawi, di sini, malam tadi.

Wordless Wednesday #97


Apr 23, 2013

Pelajar Muntah Hidu Gas Dalam Sekolah


Alor Setar: Seramai 50 pelajar dan seorang waris yang terhidu gas beracun di Sekolah Menengah Seri Pantai, dekat sini, semalam yang menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) II, di sini, dilaporkan dalam keadaan stabil.

Apr 22, 2013

Kereta Memandu Rempuh Pasar Mini


Jitra: “Saya terdengar bunyi kesan brek kuat sebelum Perodua Kancil dipandu seorang wanita belajar memandu merempuh cermin pasar mini di stesen minyak hingga menyebabkan seorang pelanggan membeli minuman cedera.

Apr 21, 2013

Senarai Calon PRU-13 Terengganu


Proses penamaan calon untuk Pilihanraya Umum 2013 (PRU-13) berjalan lancar kelmarin. Setiap calon yang ingin mencuba nasib sebagai wakil rakyat telah pun menghantar borang dan senarai nama mereka telah diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Apr 20, 2013

Ruang Mewah Dalam Bas Murah


Senuah syarikat perkhidmatan bus mencetus fenomena baru apabila menyediakan tempat tidur di dalam basnya. Bas 2 tingkat itu akan memulakan operasinya pada musim panas. Bas yang asalnya mempunyai 53 tempat duduk telah diubahsuai kepada 42 tempat tidur yang selesa.

Apr 19, 2013

Kuliah Jumaat #89



Pendakwah : Ustaz Kazim Elias
Topik : Jari 1 Malaysia

Apr 18, 2013

Besi Penghadang Jalan Hentam Cermin Kenderaan


Petaling Jaya: Ibarat nyawa di hujung tanduk, itu detik cemas dialami seorang wanita mengandung bersama suaminya yang nyaris tercucuk besi penghadang jalan Lebuhraya Persekutuan berhampiran sebuah pusat pameran kereta selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Puchong, kelmarin.

Apr 17, 2013

Anak Rempuh Emak


BUTTERWORTH - Gara-gara gagal mengawal kemarahan terhadap ibu selepas bertengkar, seorang anak nekad merempuh ibunya hingga mati dalam kejadian di Taman Bunga Raya, Jalan Raja Uda di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 7.10 petang itu, mangsa, Tan Ng Choun, 57, maut selepas cedera parah akibat tersepit di pagar konkrit kerana dirempuh kereta dipandu anak lelakinya.

Wordless Wednesday #96


Apr 16, 2013

Parodi Sayang Oleh Aim Dot Dot


Shae?? Siapa Shae?? Jika difikirkan kembali, nama Shae sebagai penyanyi tidaklah segah mana dalam industri muzik tetapi namanya melonjak tiba-tiba ekoran video klip lagunya yang berjudul Sayang diparodikan oleh seorang lelaki bergelar Bobo.

Apr 15, 2013

Lafaz Ikrar Kahwin Melalui Twitter


Setiap pasangan ingin mengabadikan momen perkahwinan mereka dengan cara tersendiri. Justeru, sepasang pengantin muda memilih Twitter sebagai medium untuk mereka bertukar janji setia untuk sehidup semati.

Pesawat Lion Air Terjunam Dalam Air


Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Lion Air yang membawa 101 penumpang dan 7 orang anak kapal telah terjunam ke dalam laut ketika mahu mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai. Pesawat JT904 itu berlepas dari Bandung ke Denpasar. Nahas itu telah menyebabkan 45 orang cedera dan dirawat di 3 buah hospital yang berlainan.

Apr 14, 2013

Polis Tahan Doktor Pondan


MELAKA - Selepas dipercayai memperdayakan ribuan pesakit, seorang doktor berwajah ayu, memakai tudung dan gemar mengenakan baju kurung akhirnya disedari bukan sahaja sebenarnya seorang lelaki tetapi juga tidak memiliki kelayakan perubatan. Lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari Sabah itu pernah mengikuti kursus kejururawatan tetapi tidak menamatkan pengajian.

Hampir Putus Kaki Kerana Bendera Parti


KUANTAN - Hasrat seorang lelaki cuba menyelesaikan salah faham yang timbul berhubung dakwaan penyokong parti lawan kononnya bendera parti mereka dibuang pihak tertentu hampir meragut nyawanya apabila dia parah ditetak dalam kejadian di Felda Neram 1, Kemaman dekat sini, awal pagi, semalam.

Apr 13, 2013

Bapak Sadis Pukul Anak Gadis Di Balai Polis


ALOR GAJAH - Gara-gara ketagih berjudi, seorang lelaki tergamak membelasah dan mengugut isteri serta anaknya kerana enggan memberikannya sejumlah wang di perkarangan Balai Polis Masjid Tanah di sini, semalam.

Apr 12, 2013

Anak Sulung Lee Chong Wei


Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2012, Datuk Lee Chong Wei dan isterinya Datin Wong Mew Choo telah menimang cahayamata sulung mereka hari ini. Putera pasangan ini telah dilahirkan secara caesarean pada pukul 1.36 petang di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang.

Wanita Seksi Uganda Akan Dipenjara


Uganda sedang berura-ura untuk melaksanakan Rang Undang-Undang Anti-Pornografi 2011. Menerusi rang undang-undang baru itu, semua wanita tertakluk kepada larangan pemakaian mini skirt. Jika mereka gagal mematuhi peraturan itu, mereka bakal berdepan hukuman denda dan penjara.

Kereta Jerlus Dalam Lubang Besar


Penduduk Russia pernah gempar dengan kejatuhan tahi bintang di bumi mereka. Kali ini, penduduk negara itu mengalami satu lagi musibah iaitu tanah jerlus. Sekurang-kurang seorang penduduk sudah meninggal dunia manakala banyak kenderaan rosak akibat terjatuh ke dalam lubang besar yang terjadi di bandar Samara, Russia.

Kuliah Jumaat #88



Pendakwah : Ustaz Sharhan Shafie
Topik : Mengelak Gangguan Jin

Apr 11, 2013

Ketua Kelas Kena Belasah



Sehari dua ini video tentang beberapa orang pelajar membelasah ketua kelas mereka dikongsi dengan banyak di Facebook. Setelah diselidik, pelajar-pelajar berkenaan dikatakan bersekolah di SMK Tun Hussien Onn, Pulau Pinang. Penyebaran klip video berkenaan telah menjadi kes polis setelah menjadi isu hangat.

Apr 10, 2013

Pengumuman Tarikh Pengundian 2013


PUTRAJAYA: Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ditetapkan pada 5 Mei (Ahad), manakala tarikh penamaan calon pada 20 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, hari ini. Pengundian awal ditetapkan pada 30 April. Tempoh berkempen ialah 15 hari. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.


Wordless Wednesday #95


Media Asia Salah Siar Gambar Margaret Thatcher


Sejak kematian bekas Perdana Menteri Britain pada 8 April 2013 diumumkan secara rasmi, maka banyaklah media dari berbilang negara mahu menjadi antara yang terawal untuk menyebarkan khabar berkenaan. Di sebalik perlumbaan antara pihak media massa dan media cetak, ada dua stesen televisyen dari dua negara yang berbeza melaporkan maklumat yang salah.

Margaret Thatcher Meninggal Dunia


LONDON: Bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher atau lebih dikenali dengan panggilan "the Iron Lady" telah meninggal dunia di sini. Anak lelaki beliau, Sir Mark dan anak perempuannya, Carol mengesahkan beliau meninggal dunia pagi tadi.

Apr 9, 2013

Dunia Impian Si Duyung Jantan


Duyung seringkali dikaitkan dengan perempuan. Namun, seorang pemuda berusia 22 tahun dari Florida, Eric Ducharme mengubah persepsi itu apabila muncul sebagai duyung jantan. Dia akan memandu selama satu jam setengah tiga kali seminggu untuk menjalani rutin hidup sebagai duyung jantan di dalam air.

Apr 8, 2013

Bongkah Batu Hempap Rumah


TAWAU - Tiga wanita dan tiga kanak-kanak cedera selepas tujuh buah rumah di Kampung Bukit Kukusan dekat sini ranap dihempap tiga bongkah batu besar dari kawasan kuari di atas Bukit Kukusan semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Albert Jiran Tanjung berkata, kesemua mangsa yang cedera di tangan dan kaki dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan.

Apr 7, 2013

Wanita Pakistan Bertanding Di Kubu Taliban


KHAR - Seorang suri rumah Pakistan yang tidak tahu membaca dan menulis mencipta sejarah di negara ini apabila dia akan bertanding menjadi wakil rakyat di kubu kuat Taliban pada 11 Mei depan. Suri rumah itu, Badam Zari, 53 yang merupakan isteri seorang guru besar mempunyai peluang tipis untuk menang.

Mahasiswa UM Lawan PM Di Pekan


KUALA LUMPUR: Pelajar Universiti Malaya berusia 23 tahun akan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) akan menurunkan pelajar jurusan sains politik Mohamed Bukhairy Sofian sebagai calon bebas.

Wang Lee Hom Nyanyi Lagu Getaran Jiwa



Penyanyi tersohor Taiwan, Wang Lee Hom telah memberi penghormatan kepada seniman lagenda Malaysia, Allahyaryam Tan Sri Dr P Ramlee apabila dia menyanyikan lagu seniman berkenaan yang berjudul Getaran Jiwa pada konsert Music Man 2 di Genting Highland pada 29/3/2013.

Apr 6, 2013

Tok Mun Bertanding Lagi Di Kuala Terengganu


Masihkah anda ingat pada tahun 2008, seorang nenek telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 untuk merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Kali ini, nenek berkenaan, Maimun Yusof, 94, mengesahkan akan bertanding di kawasan yang sama setelah kelibatnya kelihatan di Wisma Persekutuan Kuala Terengganu untuk mengambil borang pendaftaran calon kira-kira pukul 10 pagi pada 4 April lalu.

Apr 5, 2013

Tentera Indonesia Bunuh Banduan Dalam Penjara


JAKARTA - Tentera Indonesia semalam membuat pengakuan bahawa terdapat beberapa anggota pasukan khasnya menyerbu Penjara Cebongan, Yogyakarta di sini dan menembak mati empat banduan yang sedang menanti perbicaraan kerana membunuh pegawai atasan mereka.

Kuliah Jumaat #87



Pendakwah : Ustaz Kazim Elias
Topik : Tegur Guna Suara Bass

Apr 4, 2013

Proses Belalang Bersalin Kulit


Seorang jurugambar professional, Adhi Prayoga, 41, berpeluang merakamkan momen-momen menarik seekor belalang bersalin kulit. Adhi merakamkan foto-foto berkenaan menerusi lensa kameranya ketika sang belalang berusaha keluar dari kulit lamanya yang dipanggil exoskeleton sambil bergayut pada sehelai rumput.

Apr 3, 2013

Jari Kelengkeng Dalam Perut Anjing


Seorang bapa, Luis Brignoni Sr, 41, nekad membunuh anjing peliharaannya ekoran haiwan berkenaan menggigit sehingga putus jari kelengkeng anak lelakinya. Kejadian itu berlaku pada pukul 6 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Bradenton sewaktu Fernando Brignoni, 11, bermain dengan anjing yang diberi nama Sassy.

Pembubaran Parlimen Malaysia


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU-13. Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung melalui televisyen, Najib berkata beliau sudah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12.

Wordless Wednesday #94


Kereta Selebriti Dilarikan Pencuri


Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira berada dalam keadaan trauma selepas dua lelaki yang tidak dikenali masuk ke halaman rumahnya di Damansara, dekat sini, dipercayai untuk mencuri kereta.

“Saya dan anak (Engku Aleesya) bersama pembantu rumah tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah yang baru dibuka semalam selepas cuti seminggu. Kami keluar dari rumah pada jam 1 tengah hari, bagaimanapun 45 minit kemudian, saya dihubungi jiran memberitahu rumah saya dipecah masuk.

Apr 1, 2013

Artis Cina Nyanyi Lagu Setia



Tiga orang artis Cina yang mencipta nama di Taiwan dengan bangganya telah menyanyikan sebuah lagu patriotik dalam sebuah rancangan bual biacara di stesen televisyen Taiwan. Selebriti berkenaan ialah Michael Wong (光良) Penny Tai (戴佩妮) dan Fish Leung (梁靜茹).