May 31, 2013

Kuliah Jumaat #95



Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Cara Jadi Isteri Yang Baik

May 30, 2013

Pekebun Parah Buah Sawit Timpa Wajah


Ledang: Seorang pekebun parah apabila setandan kelapa sawit seberat kira-kira 20 kilogram yang baru dipetik menimpa mukanya di Parit Bunga di sini, kelmarin.

May 29, 2013

Bayi Dipam Dalam Saluran Kumbahan


BEIJING - Beberapa anggota bomba dan paramedik telah menyelamatkan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan yang terperangkap di dalam saluran paip pembentungan sebuah lubang tandas, menurut laman berita Zhejiang News.

Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2013 Kecoh


LEBIHAN penonton skuad Tok Gajah yang mencecah sehingga 60,000 orang, melebihi kapasiti sepatutnya iaitu 40,000 orang di Stadium Darul Makmur di Kuantan malam tadi, menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) tertangguh selama 90 minit.

May 28, 2013

Air Telaga Ada Minyak Petrol


TUMPAT - Tiga sekeluarga di Kampung Baru Pasir Pekan di sini, terkejut apabila telaga yang digunakan sejak 30 tahun mengeluarkan minyak dipercayai petrol.

May 27, 2013

Tali Mop Dalam Tomyam


SHAH ALAM – “Saya dah makan separuh ingatkan daun limau purut, tapi bila tekan lembut rupa-rupanya tali mop dalam tomyam,” demikianlah reaksi seorang penggemar tomyam setelah menemui tali mop dalam hidangan makan malamnya.

Penjenayah Rempuh Khemah


IPOH - Kegembiraan pasangan suami isteri meraikan perkahwinan seorang ahli keluarga mereka berakhir dengan kedukaan apabila bayi lelaki tunggal mereka maut selepas sebuah khemah dan meja di rumah keluarga pengantin itu dirempuh sebuah kereta penjenayah yang sedang melarikan diri daripada dikejar polis di Kampung Kopisan, Gopeng dekat sini malam kelmarin.

May 26, 2013

Majlis Akad Nikah Ustaz Azhar Idrus ♥ Izyan


Ustaz selebriti tersohor, Ustaz Azhar Idrus berkahwin buat kali ketiga dengan seorang gadis yang bernama Izyan.

Majlis Akad Nikah Saiful Bukhari ♥ Nik Suryani


KUALA TERENGGANU - Inilah jodoh saya, demikian ungkapan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada media sebaik selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman. Mohd Saiful, 28, sah menjadi suami kepada Nik Suryani dengan sekali lafaz di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, tepat jam 3.30 petang tadi dan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan.

Suspek Hina Sultan Telah Ditahan


Seorang pengguna facebook yang menggunakan nama samaran Cucu Nabi telah melampaui batas apabila menulis kata-kata kurang sopan terhadap Tuanku Mizan Zainal Abidin. Individu tersebut telah pun dikenalpasti dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

May 25, 2013

Jumpa Mayat Ketika Hantar Surat


GEMENCHEH – Gerak hati seorang posmen untuk meninjau ke dalam rumah seorang penduduk di Kampung Baru Air Kuning Selatan, dekat sini, membawa kepada penemuan mayat, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 1.45 petang itu, mayat Yap Kuet Kiang, 58, yang dipercayai sudah mati beberapa hari ditemui dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan.

Berarak Bantah Blackout 505


CHUKAI – Bagi menzahirkan tentangan keras terhadap percubaan menggugat keamanan negara oleh pihak pembangkang yang menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan cara salah dari segi undang-undang, seramai 300 orang awam dari 15 NGO seluruh Kemaman berarak dan membuat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil segera oleh pihak berkuasa.

May 24, 2013

Kronologi Kes Pembunuhan Sosilawati


SHAH ALAM, 23 Mei - Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, yang menggemparkan masyarakat dan mendapat liputan meluas media sejak tiga tahun lepas, akhirnya tiba di penghujung Khamis.

Pembunuh Sosilawati Dihukum Mati


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Kuliah Jumaat #94



Pendakwah : Ustaz Kazim Elias
Topik : Manusia Dan Nafsu

May 23, 2013

Syuhada Syria Berbau Kasturi



Presiden Syria, Bashar al-Assad yang terkenal dengan sikap zalim telah membunuh rakyatnya sendiri yang tidak suka dengan corak pemerintahannya. Maka, ramailah penduduk Syria yang gugur di medan perjuangan menegakkan Islam sebagai syuhada. Allah membalas kebaikan para hambanya yang syahid dengan memuliakannya di dunia sebelum diberi ganjaran lebih baik di akhirat kelak.

May 22, 2013

Lori Rempuh Surau Al-Asya’irah


PASIR GUDANG – Sebuah lori yang diletakkan di kawasan Flat Jalan Balau Taman Rinting, di sini, semalam dikatakan bergerak sendiri tanpa pemandu secara mengundur dan merempuh sebuah surau berhampiran.

May 21, 2013

Bumbung Masjid Binjai Kertas Runtuh


HULU TERENGGANU: Dua belas jemaah masjid nyaris maut setelah bumbung hadapan masjid berkeluasan 30 x 30 kaki persegi di Kampung Binjai Kertas, di sini runtuh malam tadi. Kejadian itu berlaku ketika mereka masih berada di dalam kawasan masjid berkenaan selepas selesai menunaikan solat Isyak.

May 20, 2013

Bas Terbalik Dalam Parit


KUALA KURAU - “Tiba-tiba saya tengok sebuah bas sekolah condong ke sebelah kanan jalan sebelum terhumban ke dalam parit.” Demikian pengakuan seorang saksi kejadian, Salbiah Hasan, 46, setelah melihat kejadian 62 pelajar sebuah sekolah agama di sini yang menaiki sebuah bas, nyaris lemas setelah kenderaan itu terbabas seterusnya terhumban ke dalam parti di Kampung Parit Abas, semalam.

May 19, 2013

Isteri Mati Didera Suami


Kuala Lumpur: Dipijak di muka dan dicucuh dengan api rokok hingga mati. Begitulah nasib malang menimpa seorang ibu kepada empat anak, termasuk seorang kelainan upaya, di Kampung Bahagia, Jalan Puchong, di sini, kelmarin.

Patah Hidung Dilanggar Objek Terbang


BALING - Seorang murid sebuah sekolah di sini, menerima 14 jahitan di muka apabila sebuah objek terbang mengenai mukanya ketika dia bersama dua rakannya dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di padang sekolah, kira-kira jam 1.30 petang Selasa lalu.

Cuba Tangkap Selepas Hulur Coklat


KEMAMAN– “Lelaki itu hulur coklat, tapi saya tak ambil lalu dia hulur sekali lagi sambil tarik tangan saya. Saya sempat tepis dan berlari ke arah rumah,” kata murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai, Nur Ezzati Nadhirah Amaram yang nyaris menjadi mangsa culik ketika pulang dari sekolah, Rabu lalu.

Kepala Tikus Dalam Nasi Goreng Bungkus


Rui’an (China): Seorang pelajar sekolah menengah menemui kepala tikus dalam hidangan nasi gorengnya ketika sarapan di kantin sekolah kelmarin. Penemuan itu menjadi sensasi apabial foto kepala haiwan itu dimuat naik di laman blog mikro Weibo.

May 18, 2013

Henti Ceramah Kerana Fitnah


Kuala Lumpur: “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

Kanggaru Tumbuk Ahli Politik


SYDNEY - Seekor kanggaru bertindak menyerang seorang ahli politik Australia dengan menumbuknya sehingga dia rebah sebelum mencakar kakinya di sebuah kawasan padang di pinggir bandar di sini.

May 17, 2013

Pencuri Mati Ketika Lari


Kuala Lumpur: Pecutan maut. Itu larian 100 meter (m) terakhir seorang lelaki sebelum dia rebah dan menemui ajal di hadapan sebuah rumah di Jalan 12C/6, Setapak Indah, di sini, selepas meninggalkan Perodua Alza yang dicurinya tidak jauh dari situ, semalam.

Kuliah Jumaat #93



Pendakwah : Ustaz Zulkifli Ahmad
Topik : Hukum Keluar Rumah Dalam Tempoh Iddah

May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Sejarah Baru Buat Terengganu


Kesudian kerajaan persekutuan mengambil 3 orang ahli politik dari Terengganu untuk menerajui kabinet Malaysia bagi penggal Mei 2013 - 2018 merupakan satu penghormatan bagi negeri Pantai Timur itu. Ianya sekaligus membuka lembaran sejarah baru.

Senarai Menteri Yang Gugur Dari Kabinet 2013


Tatkala Khairy Jamaluddin tersenyum lebar kerana berjaya merebut jawatan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Idris Jusoh ketawa riang kerana menjadi Menteri Pelajaran dan Pengajian II, ada menteri-menteri lain yang mengigit jari kerana tidak disenaraikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam barisan kabinet Malaysia 2013.

May 15, 2013

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2013


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan Kabinet yang baru di pejabatnya di Putrajaya. Barisan kabinet baru itu dijangka menyaksikan satu pasukan yang mampu menjana idea-idea baru untuk meneruskan agenda transformasi nasional yang dicetuskan Najib.

Wordless Wednesday #100


May 14, 2013

Diberi Bayi Pukul Tiga Pagi


KIJAL – “Kak, tolong jaga ‘baby’ saya,” kata seorang gadis berusia lingkungan 18 tahun sambil menghulur bayi perempuan kepada Roszita Mat Yasin, 27, selepas mengetuk pintu rumah pembantu kedai makan itu di Kampung Meraga Beris, di sini, kira-kira jam 3 pagi.

May 13, 2013

Gadis Bertahan Bawah Runtuhan


Seorang gadis, Reshma Begum, 19, masih berpeluang meneruskan kehidupan kerana terselamat meskipun terperangkap selama 17 hari di bawah tanah sejak Rana Plaza yang setinggi 8 tingkat runtuh. Tragedi menyayat hati itu berlaku pada 24 April 2013 dan telah mengorbankan lebih kurang 1000 nyawa.

May 12, 2013

Perompak Tumbuk Datuk


Kuala Berang: Seorang warga emas bukan saja terpaksa menerima 10 jahitan di kepala akibat bergelut dengan penyamun, tetapi turut kerugian RM12,000 apabila rumahnya diceroboh seorang lelaki tidak dikenali di Kampung Kuala Telemong, Khamis lalu.

May 11, 2013

Sekolah Tanpa Bayaran Di Bawah Jambatan


Anda tidak perlu kaya untuk menderma malah tidak juga perlu berwajah cantik untuk berbuat baik. Seorang lelaki membuktikan bahawa dia mampu mendidik anak bangsanya dengan percuma walaupun dia bukan guru. Rajesh Kumar Sharma, 40, memberikan pendidikan percuma kepada budak-budak yang mahu belajar di bawah jambatan.

May 10, 2013

Kuliah Jumaat #92



Pendakwah : Ustaz Nazrul Nasir
Topik : Periksa Dulu Berita Yang Diterima

May 9, 2013

Barang Bertaburan Atas Jalan


CHUKAI – Akibat hilang kawalan, sebuah lori yang membawa barangan runcit terbalik menyebabkan muatan berterabur di atas jalan di Kilometer 154 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan, di persimpangan lampu isyarat depan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Taman Chukai Utama kira-kira jam 2.40 petang semalam.

Naik Skuter Dari Melaka Ke Makkah


KLEBANG - Sembilan ahli Kelab Vespa Samudera Melaka akan melakar sejarah berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dan ziarah menerusi jalan darat. Menurut pengerusi kelab berkenaan, Rahim Ahmad, konvoi berkenaan terdiri daripada tujuh jemaah lelaki dan dua jemaah perempuan akan menggunakan lima skuter Vespa serta sebuah pacuan empat roda yang mengambil masa perjalanan selama 45 hingga 50 hari dengan jarak 12,000 kilometer.

May 8, 2013

Senarai Menteri Besar Dan Ketua Menteri PRU-13


Setelah proses pengundian Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) selesai dijalankan, beberapa buah negeri telah pun melantik Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk meneraju pentadbiran negeri masing. Ada beberapa orang muka baru telah diangkat sebagai pentadbir manakala ada juga yang masih mengekalkan menteri yang sama.

Wordless Wednesday #99


May 7, 2013

Nik Aziz Undur Diri, Ahmad Yakob Jadi Ganti


Mursyidul Am Pas, Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat akhirnya mengumumkan persaraan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau membuat keputusan berkenaan ekoran masalah kesihatan dan usia yang yang sudah mencecah 82 tahun. Beliau melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990.

Keputusan Rasmi PRU-13 Malaysia


Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) Malaysia telah usai dijalankan pada hari Ahad, 05052013. Menjelang maghrib, ramai rakyat Malaysia berdebar-debar menanti keputusan rasmi yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Penulis tidak berkesempatan menontonnya di televisyen ekoran sedang memandu dari Kuala Terengganu ke Kemaman.

May 6, 2013

Sumpah Taat Setia Perdana Menteri Malaysia


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Istana Negara, jam 4.08 petang tadi. Istiadat mengangkat sumpah itu disiarkan secara langsung oleh TV1 RTM sehari selepas Barisan Nasional kembali berkuasa setelah memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Senarai Tokoh Yang Kalah Pada PRU-13


Di sebalik keghairahan parti politik yang bertanding meraikan kemenangan mereka, ada segelintir daripada tokoh-tokoh yang mempunyai ramai pengikut telah tersungkur dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang telah berlangsung pada hari Ahad bersamaan 05052013.

May 5, 2013

Hari Pengundian PRU-13 Malaysia


Tengahari tadi, penulis dan seluruh ahli keluarga yang lain telah menunaikan tanggungjawab kami sebagai pengundi pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13). Kami berusaha memberi mandat kepada pemimpin yang kami yakin mampu membawa keamanan dan kestabilan kepada negeri Terengganu.

May 4, 2013

Mari Mengundi Di PRU-13



Kurang 24 jam lagi, seluruh rakyat Malaysia yang telah mendaftar sebagai pengundi akan menunaikan tanggungjawab masing-masing. Calon yang anda pangkah bakal menentukan hala tuju Malaysia selama sepenggal yang akan datang. Walaupun tiada siapa tahu kerajaan akan datang lebih baik atau lebih teruk dari sekarang, sekurang-kurangnya buatlah pilihan dengan matang.

May 3, 2013

Kuliah Jumaat #91



Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Nasihat Kepada Pengundi Sempena PRU 13

May 2, 2013

Dakwat Kekal Sebenarnya Mudah Tanggal


KLUANG: Ekoraan, dakwat ‘kekal’ Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

May 1, 2013

Wordless Wednesday #98