Jul 31, 2013

Buat Kerja Sekolah Di Tengah Panas


Pada 25 Julai 2013, seorang budak perempuan berusia 8 tahun dilihat sedang melutut sambil membuat kerja rumah di hadapan sebuah kilang No.23, 185 Lane of Hongxing Road, Pudong Chuansha, China. Ketika itu, cuaca dilaporkan 39.3°C.

Dihalau Balik Rumah Kerana Tak Siap Kerja Sekolah


BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.

Jul 30, 2013

Mangsa Kemalangan Enggan Naik Ambulans



Dalam satu kes kemalangan yang dipercayai berlaku di Perlis, seorang remaja lelaki menimbulkan kekecohan kerana enggan naik ambulan. Penulis tidak pasti kecederaan yang dialami oleh mangsa tetapi dia terbaring di jalan raya.

Jul 29, 2013

Pelita Panjut Dalam Perut


KOTA BHARU: Akibat kreatif tidak bertempat, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terpaksa menanggung azab apabila serpihan besi pelita panjut tertanam di dalam perutnya, selain terpaksa menerima lebih 15 jahitan di tangan kiri selepas eksperimen meletupkan mercun buatan sendiri menggunakan belerang daripada mercun bola yang diisi ke dalam pelita panjut tidak menjadi, Jumaat lalu.

Jul 28, 2013

Bayi Merintih Tersepit Mesin Pengadun Kuih


MUAR – Seorang bayi berumur 13 bulan terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam apabila tangan kirinya tersepit di mesin pengadun ketika mengikut ibunya bekerja membuat kuih raya di sebuah kilang di Taman Utama Bakri, semalam. Berikutan kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Mohd Uqshah Iman Ramli bengkak tangan kiri serta berdarah dan bengkak di bahagian mulutnya.

Jul 27, 2013

Acu Pisau Dalam Surau


MARANG – Seorang warga emas berumur 71 tahun menjadi mangsa terbaru kes samun dalam kejadian di Surau Kampung Gong Nangka, dekat sini. Mangsa, Ramlah Ismail, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, dia baru sahaja selesai menunaikan solat Zuhur.

Jul 26, 2013

Viva Rempuh Rumah Kerana Terbabas Di Selekoh


KEMAMAN – “Semasa kereta terbang, saya peluk dua anak erat-erat,” kata seorang guru, Junainah Yusof, 43, yang melalui detik mendebarkan apabila kereta yang dipandunya terbang dan merempuh sebuah rumah ketika pulang dari sekolah petang kelmarin. Kejadian berlaku ketika mangsa sedang melalui selekoh di laluan berbukit dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang di Felda Neram 1 untuk pulang ke rumah mereka.

Jul 25, 2013

Keputusan Rasmi PRK Kuala Besut


KUALA BESUT – Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut apabila calonnya Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menang dengan majoriti 2,592 undi mengalahkan calon PAS Endot@Azlan Yusof pada pilihan raya kecil (PRK), Rabu.

Pewaris Britain Dinamakan Putera George Alexander Louis


Selepas dua hari dilahirkan, Duke dan Duchess of Cambridge telah menamakan putera mereka sebagai George Alexander Louis. Pewaris ketiga takhta diraja Britain itu akan digelar His Royal Highness Prince George of Cambridge. Pasangan William ♥ Kate meninggalkan Istana Kensington bersama putera mereka untuk ke rumah ibu bapa Kate di Bucklebury, Berkshire kerana Kate akan berpantang di sana.

Jul 24, 2013

Mati Tragis Di Pokok Manggis


Arau: Seorang lelaki berusia 20-an ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kaki dan tangan terikat di tangga kayu yang disandarkan pada sebatang pokok manggis di dusun di Kampung Padang Siding di sini, semalam.

Belasungkawa Datin Umi Kalthum


KUALA LUMPUR: Seniwati Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia di kediaman anak sulungnya di Taman Melawati, jam 4 pagi tadi.

Pemain Badminton Bertumbuk Di Gelanggang


Sukan badminton mungkin dianggap sebagai sukan yang sukar untuk tercetusnya pergaduhan. Lain pula halnya yang terjadi di Kejohanan Badminton Terbuka Kanada 2013 Ahad lepas. Dua bekas pemain skuad Olimpik Thailand terlibat dalam satu pergaduhan ketika perlawanan akhir beregu lelaki di kejohanan itu yang diadakan di Vancouver, Kanada.

Jul 23, 2013

Kate Middleton Lahirkan Putera Diraja Britain


LONDON - ENGLAND. Putera William dan isterinya meraikan kelahiran putera sulung mereka pada hari Isnin, yang menyediakan keluarga diraja dengan raja. Orang ramai bersorak di hadapan pintu Istana Buckingham selepas pengumuman bahawa Duchess of Cambridge telah menghasilkan waris lelaki sihat seberat £ 8 6oz (3.8 kilogram).

Jul 22, 2013

Pelajar Dipenjara Sehari Kerana Jual Bunga Api


KUALA LUMPUR – Gara-gara menjual bunga api dan mercun tanpa permit di bazar Ramadan, seorang pelajar kolej dipenjara sehari dan didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Noorasyikin Sahat menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Fitkry ) Rosly, 19, selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan itu.

Kepala Terkeluar Dari Cermin Depan


Seorang wanita Cina terselamat daripada kemalangan ngeri walaupun kepalanya terkeluar menerusi tingkap yang remuk teruk. Wanita itu merupakan penumpang van berkenaan dan dia tidak memakai tali pinggang keledar ketika nahas itu berlaku di wilayah Guanxi, selatan China.

Jul 21, 2013

Polis Putus Kaki Kanan Dirempuh Kenderaan


BESUT - Seorang pegawai polis trafik berpangkat Inspektor yang bertugas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, putus kaki kanan selepas motosikal polis trafik ditunggangnya bergesel dengan sebuah kereta. Kejadian itu menyebabkan mangsa melambung 10 meter dalam kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi, Kuala Besut, di sini, semalam.


Pengalaman Puasa Lelaki Cina



Seorang lelaki berbangsa Cina yang hanya mahu dikenali sebagai Joseph Germani mencabar dirinya sendiri untuk berpuasa selama sehari. Menurut empunya diri, dia mahu merasai sendiri pengalaman berpuasa seperti mana diamalkan oleh rakan-rakannya yang beragama Islam.

Jul 20, 2013

Tauke Kosmetik Cedera Ditembak


PUCHONG - Tidak sampai seminggu kejadian dua beranak cedera ditembak tiga penyamun bergelar Geng Hilux yang memecah masuk rumah mereka di Kampar, Perak Ahad lalu, seorang tauke barangan kosmetik di sini pula menerima nasib yang sama.

Jul 19, 2013

Bayi Melecur Dalam Inkubator


Seorang bayi yang baru 12 hari lahir dilaporkan mati melecur di dalam sebuah inkubator. Tragedi ngeri itu berlaku di Hospital Kanak-kanak di Quanzhou, wilayah Fujian, China.

Budak Meninggal Dunia Lemas Dalam Kereta


SUBANG JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Nawal Iris Samsudin, meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas ditinggalkan lebih lima jam di dalam kenderaan ibunya di sebuah sekolah di sini, semalam.

Jul 18, 2013

Gadis Tunjuk Dadah Pada Polis


Pada pukul 2.00 petang, 5 Jun 2013, seorang gadis muda, Du, menaiki kereta api G7207 dari Wuxi ke Shanghai. Lelaki kacak yang duduk di sebelahnya telah menarik perhatian gadis itu. Justeru, dia mengambil peluang untuk berbual-bual dengan lelaki tersebut.

Lif Tersekat Kerana Budak Tersepit


Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut dengan lehernya hampir putus selepas terperosok di celah lif yang rosak di tingkat 3 Blok 8, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, di sini, semalam.

Polis Trafik Dipecat Kerana Bergaduh Di Jalan Sesak



Dua orang polis trafik wanita telah dipecat ekoran mereka bergaduh di tengah jalan ketika sedang bertugas. Perkelahian tersebut berjaya dirakamkan oleh orang awam di sebatang jalan raya yang sibuk di Tangshan, wilayah Hebei, utara China.

Jul 17, 2013

Patah Kaki Kejar Pencuri


PETALING JAYA - Seorang lelaki patah kaki kanan setelah mengejar pencuri yang memasuki kawasan Sekolah Menengah Damansara Damai, awal pagi semalam.

Jul 16, 2013

Suami Balun Isteri Baca Mesej Misteri


Berang dengan tindakan isteri membaca SMS berbaur cinta dalam telefon bimbitnya, seorang lelaki sanggup membelasah isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Telok Gadong, di sini, Khamis lalu. Wanita itu dikatakan mengalami kecederaan pada bahu, lengan dan belakang badan akibat dibelasah suaminya yang tiba-tiba ‘naik angin’ selepas dipersoal mengenai pengirim SMS yang juga seorang wanita jam 2.15 petang.

Dua Beranak Parah Ditembak


KAMPAR – Tiga penjenayah bergelar Geng Hilux bertindak kejam apabila bukan sahaja melarikan pelbagai barangan berharga malah tergamak menembak dua beranak ketika mangsa cuba mempertahankan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux milik mereka dari dilarikan suspek kelmarin.

Jul 15, 2013

Lendir Siput Cantikkan Kulit


TOKYO - Pengalaman merasai beberapa ekor siput hidup mengesot di muka bukan sesuatu yang menyeronokkan, namun sebuah syarikat di Jepun telah menyediakan perkhidmatan itu untuk rawatan kecantikan muka terkini. Rawatan yang pertama kali dicipta itu diharapkan mendapat sambutan dan orang ramai sanggup membayar untuk merasai pengalaman tersebut.

Tiga Cedera Angkara Mercun Bola


KUALA TERENGGANU - Perayaan Aidilfitri tahun ini pasti disambut suram oleh tiga sahabat selepas mereka cedera akibat terkena mercun bola yang meletup secara tiba-tiba kelmarin.

Jul 14, 2013

Hidup Gelandangan Bawah Jambatan


Kuala Lumpur: Demi cinta, dua pasangan muda sanggup tinggal di bawah jejambat di tepi Sungai Klang, di sini, sejak beberapa bulan lalu selepas hubungan mereka dihalang keluarga masing-masing.

Budak Kena Tembak


GEORGETOWN - Lain yang disasar lain pula yang menjadi mangsa. Itu yang berlaku dalam satu kejadian di Pangsapuri Golf View Bukit Jambul di sini apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menjadi mangsa selepas ditembak seorang lelaki ketika dia menemani bapanya berjumpa rakan di bawah pangsapuri berkenaan malam kelmarin.

Pecah Cermin Kereta Sendiri Kerana Tak Puas Hati


BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita berusia 52 tahun memecahkan cermin kereta mewahnya bernilai RM630,000 sebagai protes terhadap sebuah pusat servis yang dikatakan gagal menangani masalah bateri keretanya. Kang Lee Chuin mengambil keputusan memukul cermin hadapan kereta Mercedes Benz S300nya dengan tukul besar beberapa kali di pusat servis di Bukit Tengah kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.

Jul 13, 2013

Sultanah Hamimah Terkejut Lalu Menjerit



Ketika Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa berlangsung baru-baru ini, Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri Agong telah berkenan mencemar duli untuk menyampaikan hadiah kepada para peserta.

Mentua Dibantai Dengan Sudip Besi


KLANG: Seorang wanita warga emas dan anaknya cedera parah dibahagian kepala hingga doktor terpaksa menjahit bahagian luka yang terkoyak apabila mereka diserang dengan menggunakan sudip besi oleh menantu perempuannya. Pergaduhan bermula apabila Lim Kae Poy, 67, pergi ke kondominium menantu perempuannya di Bandar Baru Klang pada Sabtu untuk mengambil buku sekolah milik cucunya

Jul 12, 2013

Bayi Ditikam Ibu Ketika Sedang Menyusu


Budak berusia lapan bulan bernasib baik kerana masih hidup selepas dia ditikam sebanyak 90 kali oleh ibunya. Kebanyakan tikaman itu adalah di muka bayi malang tersebut. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Xuzhou, Wilayah Jiangsu timur China.

Jul 11, 2013

Candy Crush Saga Untung 2 Juta Sehari


CANDY Crush Saga – permainan maya yang sangat popular dalam kalangan pengguna telefon pintar dan tablet pada hari ini. Bagai mempunyai magnet, sekali cuba pasti pemain akan berasa seperti ketagih untuk terus merentas level demi level teratas.

Jul 10, 2013

Isteri Parah Disimbah Cuka Getah


BAU – Perasaan cemburu yang meluap-luap seorang pesara tentera terhadap isterinya yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Awang Hitam sejak 2007 sampai ke kemuncaknya apabila lelaki itu bertindak nekad menyimbah cuka getah pada wanita tersebut.

Pelajar Lelaki Mangsa Mercun Buatan Sendiri


ALOR SETAR - Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling menjadi mangsa pertama mercun buatan sendiri di Kedah dalam satu kejadian kira-kira pukul 10.30 malam semalam. Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13, cedera di muka dan tiga jari tangan kanan manakala rakannya Mohd Hanif Mohd Nawi, 14, pula cedera di muka.

Jul 9, 2013

Marhaban Ya Ramadhan 1434H


Mulai hari Rabu, 10 Julai 2013, semua umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa. Penulis ingin memohon ampun maaf atas segala salah silap sepanjang mengendalikan blog ini.

Jul 8, 2013

Bayi Ada Ekor Di China


Seorang bayi berusia 7 bulan, Xiao Wei, lahir dengan ekor di belakang badannya. bayi berkenaan menghadapi masalah myelomeningocele spina bifida iaitu satu keadaan yang menghalang tulang belakang berkembang secara normal dan menyebabkan membran tulang belakang dan saraf menonjol lalu membentuk ekor.

Jul 7, 2013

Keputusan Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2013


KUALA LUMPUR - Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-55 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini selama lapan malam berakhir malam tadi dengan peserta Indonesia Dasrizal Marah Nainin muncul sebagai johan qari.

Putera William Selamatkan Nathan


Seorang lelaki bukan sahaja hidup setelah jatuh 300 kaki dari sebuah gunung di utara Wales malah turut bertuah apabila diselamatkan oleh Putera William.

Jul 6, 2013

Istana Baru Terenggganu Dinamakan Istana Syarqiyyah


KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini (5 Julai 2013) berkenan mengisytiharkan permasyhuran istana baharu di Bukit Cendering di sini dengan nama Istana Syarqiyyah dan menjadi istana rasmi baginda.

Jul 5, 2013

Kuliah Jumaat #100



Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Batalkah Puasa Korek Hidung & Telinga?

Jul 4, 2013

Tentera Singkir Presiden Mesir


KAHERAH-MESIR. Tentera Mesir akhirnya menumbangkan Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.

Jul 3, 2013

Tiga Kereta Dicuri Pada Awal Pagi


CHUKAI – Seorang pesara kastam berputih mata apabila tiga kenderaannya yang diletakkan dalam garaj rumah dikebas pencuri ketika mangsa sekeluarga nyenyak tidur dalam kejadian di Jalan Delima 6, Lot 144, dekat sini, awal pagi semalam.

Jul 2, 2013

Pelanggan Bengang Dengan Penjual Kenderaan



Seorang lelaki memarahi seorang penjual kenderaan di hadapan orang ramai. Lelaki itu difahamkan berang kerana kenderaan yang dibelinya dari syarikat kereta berkenaan sering bermasalah. Paling dikesali adalah penjual yang berurusan dengannya tidak melayannya dengan baik.

Harga Air Melambung Kerana Elektrik Dipotong


BATU PAHAT – Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendakwa terpaksa membayar RM45 hanya untuk tiga gelas air minuman yang dinikmatinya bersama dua lagi rakannya, di sebuah warung di sini.

Jul 1, 2013

Pingat Jadi Sampah Kerana Mat Yo Marah


Bukit Jalil: Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin.