Nov 30, 2013

Coklat Toblerone Berulat


Seseorang dengan nama Goh mengemukakan aduan bahawa coklat berjenama Toblerone yang dibelinya dari Giant Hypermarket di Rawang telah berulat walaupun tempoh luputnya belum tiba.

Mafia Mati Dimakan Babi


Rome: Polis Itali semalam melaporkan seorang anggota Mafia mati dimakan hidup-hidup selepas dia dicampak ke dalam kandang haiwan itu oleh anggota kumpulan samseng lawan.

Nov 29, 2013

21 Perempuan Dipenjara 11 Tahun


KAHERAH - MESIR Seramai 21 wanita termasuk tujuh remaja perempuan berumur di bawah 18 tahun, kelmarin dijatuhi hukuman penjara 11 tahun oleh mahkamah atas kesalahan menyertai protes secara aman di Iskandariah, awal bulan lalu.

Penyamun Mati Kemalangan


SUNGAI SIPUT - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta dan wang kutipan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang dibawanya dilarikan tiga lelaki di sini, kelmarin.

Kena Tahan Selepas Saman


KUALA PILAH – Seorang lelaki berusia 20-an ditahan untuk siasatan selepas didapati melakukan kekasaran terhadap seorang anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah pada 25 November lalu.

Cacing Hidup Dalam Salad Pizza Hut


Selera seorang lelaki terbantut apabila salad yang dimakannya mengandungi seekor cacing yang masih hidup. Kejadian itu berlaku pada jam 9.30 malam (23/11/2013) di restoran makanan segera Pizza Hut di Nilai.

Nov 28, 2013

Viva Rempuh Maybank Di Sabak Bernam


Sabak Bernam: Kira-kira 50 pelanggan yang sibuk berurusan di sebuah bank di sini, semalam, terkejut apabila sebuah kereta dipandu seorang wanita merempuh pintu kaca hadapan institusi kewangan itu pada jam 11 pagi semalam.

Nov 27, 2013

Kia Forte Terjunam Ke Sungai Kerteh


KEMAMAN – Pengguna laluan Jambatan Kerteh dan penduduk sekitar gempar apabila sebuah kereta Kia Forte yang dipercayai seorang lelaki terbabas di atas jambatan itu lalu terjunam ke dalam Sungai Kerteh kira-kira jam 5.30 petang, semalam.

Ular Tumpang Kereta Ben


Dua orang lelaki di Queensland, Australia, mengalami pengalaman yang sukar dilupakan dalam hidup mereka apabila kenderaan mereka ditumpang oleh seekor ular.

Nov 26, 2013

Ugut Letup Gas Untuk Elak Dicekup Polis


Kuala Terengganu: Sambil berdiri di beranda rumah, seorang lelaki mengancam mahu meletupkan diri bersama ibu bapanya menggunakan tong gas memasak bagi mengelakkan diri daripada dicekup polis yang mengepung rumah keluarganya di Kampung Padang Nenas di sini, kelmarin.

Warga Emas Dibantu Polis Pemalu


Seorang anggota polis muda tidak terkata apa-apa dan hanya tersenyum apabila diberitahu tindakannya membantu seorang warga emas melintas jalan dirakamkan dan tersebar luas di Internet.

Wanita Bergelut Tahan Peragut


JENGKA - Seorang lelaki berusia 21 tahun terima padah apabila dipukul seorang wanita ketika cuba meragut beg tangan wanita di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, kira-kira jam 4.40 petang, semalam.

Nov 25, 2013

Peniaga Kuih Ditikam Di Pasir Puteh


PASIR PUTEH – Angkara berebut cinta seorang janda, dua sahabat bermusuh dan kemuncaknya seorang daripada mereka mati ditikam bertubi-tubi di depan sebuah rumah di Kampung Nara di sini kelmarin.

Maut Langgar Tembok


SHAH ALAM - Seorang pemuda maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi, pagi semalam.

Nov 24, 2013

Sultan Johor Isytihar Cuti Hari Jumaat


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (gambar) mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014.

Nov 23, 2013

Hikayat Gagak Yang Cerdik



Ketika zaman kanak-kanak dahulu, kita sering diperdengarkan dengan kisah Sang Gagak yang cerdik waima diajar oleh guru sekolah atau penceritaan ibu bapa. Adakah Sang Gagak benar-benar secerdik itu apabila berdepan dengan bekas berisi air yang sedikit lalu memasukkan seketul demi seketul batu untuk memastikan airnya penuh?? Mungkinkah itu semua sekadar anggapan manusia??

Nov 22, 2013

Tahan Sakit Tangan Tersepit


MUAR - Seorang kanak-kanak terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam apabila tangan kanannya tersepit pada besi basikal dalam kejadian di Kampung Simpang Baba, di sini, kelmarin.

Pencuri Ayam Lepas Tembakan


KEMAMAN - “Semasa kejar pencuri itu, tiba-tiba saya dengar salah seorang daripada mereka beri arahan ‘tembak, tembak’, jadi saya patah balik larikan diri. Masa itulah juga terdengar bunyi tembakan yang kuat dan terasa angin menerpa belakang kepala,” kata petani, Hamzah Salleh, 51.

Nov 21, 2013

Ahmad Ammar Syahid Di Turki


"Syahid Yang Tertangguh ", begitulah gelaran yang diberi oleh rakan allahyarham Ahmad Ammar. Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya ketika Awal Muharram di Istanbul, Turki.

Serang Emak Dengan Parang


KUALA TERENGGANU - Seorang anak tergamak menjatuhkan maruah ibunya depan khalayak ramai apabila ‘menyerang’ wanita malang itu di tempat kerja dengan membawa sebilah parang sambil meminta wang RM500.

Nov 20, 2013

Mualaf Maut Didera Keluarga Angkat


KUAH - Seorang remaja mualaf yang koma dipercayai akibat didera disahkan meninggal dunia di Hospital Langkawi, jam 8.40 malam semalam.

Nov 19, 2013

Polis Menembak Kerana Pinangan Ditolak


Kajang: Berang hasrat untuk bertunang dengan kekasihnya dihalang keluarga wanita terbabit, seorang lelaki dikatakan tidak puas hati lalu menyerang dan melepaskan tembakan ke arah adik lelaki teman wanitanya itu, pagi semalam.

Wanita Mati Dicampak Teman Lelaki


Kuala Lumpur – Seorang wanita warga Indonesia berusia 30-an maut selepas dipercayai dicampak teman lelakinya dari tingkat sembilan sebuah apartmen di Setapak, di sini, semalam.

Nov 18, 2013

Ayah Bantah Aktiviti Ibadah Di Sekolah


Sesetengah ibu bapa bersyukur jika anak-anak mereka berpeluang mengikuti aktiviti ibadah di sekolah tetapi lain pula halnya bagi seorang bapa apabila kurang setuju dengan perkara sedemikian. Buktinya, bapa berkenaan menulis sepucuk surat kepada pihak sekolah melarang penglibatan anaknya dalam sebarang kegiatan keagamaan di sekolah.

Jual Anak Kuat Melalak


Aparecida de Goiânia: Dengan mengguna alasan tidur terganggu kerana tangisan bayinya, seorang individu sanggup menawar untuk menjual anak kandungnya dengan harga kira-kira RM1,382.

Nov 17, 2013

Taufan Haiyan Satu Amaran



Masyarakat dunia maklum bahawa Taufan Haiyan membadai Tacloban, Filipina minggu lalu sehingga mengorbankan ribuan nyawa selain memusnahkan harta benda. Tidak diketahui berapa taksiran kerugian yang ditanggung oleh kerajaan Filipina. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa ada peristiwa masjid di Pasay City, Manila telah dirobohkan pada 30 September 2013.

Nov 16, 2013

Dapat Mini Cooper Kerana Cemerlang UPSR


KOTA BHARU - "Saya tak sangka ayah akan tunaikan hajat untuk menghadiahkan kereta Mini Cooper kepada saya,” kata pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Nur Fatini Zulaika Zukila, 12.

Nov 15, 2013

Lelaki Rampas Kereta Polis


MARAN - Seorang lelaki yang bertindak menyerang anggota polis sebelum merampas sepucuk pistol dan melarikan kenderaan peronda polis di susur keluar Tol Chenor Lebuh Raya Pantai Timur tengah malam tadi dipercayai mengalami masalah mental.

Samun Kedai Serbaneka Di Chukai


KEMAMAN - Dua pekerja kedai serbaneka 24 jam, dekat Chukai, melalui detik cemas apabila diacu parang panjang dan pisau pemotong daging oleh lelaki bertopeng dalam kejadian samun di premis itu, kira-kira jam 3.48 pagi, semalam.

Nov 14, 2013

Hilang Kaki Kanan Dalam Kemalangan


Batu Pahat: “Saya panik apabila kaki kanan (bawah lutut) putus dan hanya mampu menjerit meminta orang ramai tolong cari kaki sambil bertawakal ditemui semula,” kata Muhammad Taufiq Ruzman, 23, penunggang motosikal terputus kaki kanan dalam kemalangan di Simpang Sungai Suloh, Jalan Tanjung Labuh di sini, kelmarin.

Nov 13, 2013

Ribuan Korban Taufan Haiyan Di Tacloban


TAUFAN Haiyan membawa angin kencang membadai tengah Filipina, di wilayah Leyte, Tacloban dan Pulau Samar sejak Jumaat lalu (08112013), setakat ini mengorbankan lebih 10,000 orang dengan ribuan penduduk dilaporkan masih hilang.

Nov 12, 2013

Emak Bakar Anak


Seorang budak lelaki berusia 4 tahun telah meninggal dunia selepas tiga hari terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) ekoran dibakar oleh ibu kandungnya sendiri di bandar Jinhua di Wilayah Zhejiang di timur China.

Nov 11, 2013

Bayi Kembar Siam Meninggal Dunia


KEMAMAN – Selepas lebih dua tahun berkongsi jantung dan hati, kembar Siam pertama Terengganu yang mendapat liputan meluas media sebelum ini, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kemaman hari ini.

Nov 10, 2013

Belasungkawa Ustaz Haji Awang Dagang


Pas Terengganu kehilangan sebutir permata dengan kembalinya Ustaz Haji Awang Dagang Bin Jusoh ke rahmatullah. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.30 malam pada hari Jumaat, 8 November 2013 bersamaan 4 Muharam 1435 Hijriah.

Nov 9, 2013

Jasad Lama Masih Sempurna


SEGAMAT – Isu mengenai jasad ditemui berada dalam keadaan elok semasa kerja-kerja penggalian dan pemindahan kubur yang terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak tidak seharusnya dipolemikkan.

Nov 8, 2013

Jawab Periksa Dalam Penjara


KOTA BAHARU - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa menduduki peperiksaannya di Penjara Pengkalan Chepa di sini, kerana menjalani perintah tahanan reman berkaitan kes peras ugut bersenjata.

Suspek Pecah Rumah Kena Belasah


KUALA LIPIS - Suspek yang memecah masuk rumah penduduk di Kampung Berchang, di sini pagi kelmarin dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk rawatan lanjut.

Nov 7, 2013

Mati Terlantar Depan Komputer


GEORGE TOWN – Seorang pemuda, dipercayai bermain permainan komputer secara berterusan selama lebih 15 jam ditemui telah meninggal dunia dalam keadaan terlantar pada peralatan itu di biliknya di Bandar Baru Air Itam pada Isnin.

Cicak Dalam Kek


TIKAM BATU - Sebuah keluarga yang baru sahaja selesai menganjurkan majlis perkahwinan anak kelima Sabtu lalu, terkejut apabila mendapati kek perkahwinan dua tingkat yang hanya tinggal separuh selepas habis dimakan mengandungi seekor cicak.

Nov 6, 2013

Curi Kereta Di Lebuhraya


KUALA TERENGGANU – Dua keluarga melalui detik cemas apabila seorang remaja lelaki melarikan dua kereta bersama anggota keluarga mereka dalam dua kejadian di Dungun semalam.

Nov 5, 2013

Curi Telefon Bimbit Dalam Masa Tiga Minit


Johor Bahru: Seorang lelaki yang memakai baju hujan berwarna biru dan bertopi keledar mengacukan sepucuk pistol dipercayai pistol mainan ke aras seorang pekerja premis telekomunikasi sebelum melarikan telefon bimbit pelbagai jenama bernilai lebih RM10,000 dalam kejadian di Taman Setia Indah, di sini, Sabtu lalu.

Nov 4, 2013

Pahang Juara Piala Malaysia 2013


SHAH ALAM: Pahang menamatkan penantian selama 21 tahun bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.

Nov 3, 2013

Kereta Api Terbakar Di Kuala Kangsar


Kuala Kangsar: Tindakan pantas seorang pemandu kereta api memadam kebakaran enjin di lokomotif (kepala kereta api) berjaya mengelak kereta api yang dinaiki 442 penumpang dari Hadyai, Thailand ke Kuala Lumpur terbakar dalam kejadian berhampiran jambatan kereta api Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru, Enggor, dekat sini, awal pagi semalam.

Nov 2, 2013

Ulat Beluncas Mirip Iron Man


Seekor ulat beluncas telah menjadi perhatian apabila ianya mirip wajah superhero, Iron Man. Seorang lelaki menemukan ulat tersebut pada sebatang ranting dan merakamkan bentuknya yang unik.

Anak Rompak Bapak


MUAR – Seorang lelaki membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya diragut di hadapan sebuah bank di sini dalam cubaannya untuk melarikan wang berjumlah RM20,000 milik bapanya, Sabtu lalu.

Nov 1, 2013

Tampal Kulit Dada Pada Muka Remaja


Beijing: Sekumpulan pakar perubatan China berjaya menjalankan pembedahan memasang wajah baru untuk seorang gadis yang cacat akibat melecur, lapor media semalam.