Jun 20, 2012

Atuk Sedih Ditipu Kekasih


Seorang atuk yang berusia 60 tahun membuat laporan di Balai Polis Chembong setelah menyedari dirinya ditipu oleh kekasih yang berusia 16 tahun. Mohd Adnan Hamid mendakwa gadis sunti yang bernama Fidah memungkiri janji untuk mengahwininya setelah menjalin hubungan dengan teman lelaki baru. Remaja itu bukan sekadar menipunya setelah banyak wang ringgit dilaburkan malah hamburan kata-kata kesat dilemparkan terhadap warga tua itu.

Meskipun menyedari jarak usia mereka berbeza 44 tahun tetapi Fidah menyatakan persetujuan melalui SMS untuk bernikah dengannya menyebabkan atuk yang sudah menduda selama 29 tahun itu tidak lokek menghulurkan bantuan kewangan kepadanya.


“Malah, apa sahaja yang diingini Fidah saya berikan tetapi dari tempoh perkenalan kami, dia memberikan maklum balas baik termasuk berjanji mahu mengahwini saya melalui jawapannya dihantar melalui SMS dan saya sanggup menunggunya menamatkan alam persekolahan.

“Bahkan, sepanjang tempoh perkenalan ini iaitu dari awal Februari hingga ke tarikh saya mengetahui dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain iaitu 14 Jun lalu, saya sudah berbelanja kira-kira RM6,000 untuknya termasuk set katil bernilai RM1,700 yang dibeli Mei lalu, belanja buku sekolah, perbelanjaan ke Kedah, dua buah telefon bimbit dan lain-lain lagi,” katanya.

Adnan berkata, dia pada mulanya menyedari perbezaan umur yang terlalu jauh dengan Fidah dan dia dipanggil sebagai ‘atok’ oleh Fidah, namun dia tidak menyangka Fidah memberikan persetujuan berkahwin dengannya.

Menurutnya, dari awal perkenalan, dia melihat Fidah sememangnya memerlukan bantuan kewangan kerana terpaksa bekerja bagi memenuhi keperluan perbelanjaan.

“Namun, pada Mei lalu baru saya yakin 100 peratus perasaan saya terhadap Fidah dan bertanyakan melalui kiriman SMS, Fidah menyatakan persetujuan. Jika dari awal Fidah tidak memberikan janji-janji manis seperti ini, saya tentu tidak akan tertipu dan membantu sekadar yang berpatutan sahaja terutamanya dalam hal perbelanjaan persekolahannya.

“Oleh itu, saya berasa sangat tertipu dan nekad membuat tuntutan ganti rugi serta janji yang diberikan Fidah. Sekiranya Fidah gagal berbuat demikian, saya tidak teragak-agak membuat satu lagi laporan polis berhubung kes penipuan dan membawa kes ini ke mahkamah serta membuat saman malu,” katanya.

Petikan Sinar Harian


Cinta sering membuatkan manusia 'buta' untuk menilai mana yang betul dan mana yang palsu. Tidak hairanlah jika warga emas juga terjebak dalam kancah 'cinta monyet' dengan gadis remaja.

©Eriyza : Cinta perlu disulami kejujuran, baru boleh bertahan.

Via : Sinar Harian

1 Comment

Farah Deeb Thu Jun 21, 03:51:00 PM

Siankan? Hmmmphh...
My latest Entry :)
Novel Review: Mustafa Kamal Ataturk

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.