Aug 24, 2012

Majlis Akad Nikah Ustaz Don Daniyal ♥ Husna Zahry


Ustaz muda yang menjadi fenomena kerana program kendaliannya iaitu 30 Minit Ustaz Don telah pun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya pada petang Khamis, 23 Ogos 2012 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Pemilik nama Don Daniyal Don Biyajid, 28, bernikah dengan Husna Zahry Rafie, 24. Ustaz Don ♥ Husna dinikahkan dalam suasana sederhana tanpa sebarang majlis yang hebat dan liputan meluas dari pihak media.


Husna masih menuntut di tahun kelima dalam jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir. Pasangan ini mengenakan busana putih sedondon. Majlis persandingan di pihak Husna akan diadakan pada hari Sabtu, 25 Ogos 2012 manakala persandingan di sebelah pihak Ustaz pula akan diadakan di Dewan Kuis pada 1 September 2012.

Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma... Wa jamaah baina kuma fii khair buat Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ♥ Husna Zahry Rafie.

©Eriyza : Selamat Pengantin Baru Ustaz Don Daniyal ♥ Husna Zahry.


Via : Artmosphere | Sinar Harian


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.