Nov 16, 2012

Surat Budak Perempuan Untuk Seorang Banduan


Suasana tegang di Mahkamah Texas menjadi muram dalam sekelip mata apabila ibu seorang mangsa kemalangan membaca surat yang ditulis oleh anak perempuannya. Wanita tersebut membaca surat yang ditulis oleh Xitclalli Vasquez kepada Jeremy Solis yang sedang dibicarakan kerana terlibat dalam kemalangan ketika mabuk.


Nahas yang berlaku sehari sebelum hari lahir kelapan Xitclalli pada Julai 2011 telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan lumpuh. Solis, 20, yang memandu pada masa itu berada dalam keadaan mabuk dengan tahap alkohol dalam darah 0.23, hampir tiga kali ganda had undang-undang.


Sewaktu surat Xitclalli dibaca, Solis mengalirkan airmata kesal dengan kesilapannya yang mabuk ketika memandu sehingga memusnahkan masa depan budak berusia 9 tahun itu. Para juri dan juga tetamu yang menghadiri perbicaraan itu turut menangis.

Penulis paparkan sedikit luahan hati Xitclalli Vasquez menerusi suratnya kepada Jeremy Solis.


From one of your Victom

Hi Jeremy. My name is Xitclalli Vasquez but they call me Chilli and I am 9 year year old a 4th grader so I was diagnose as a paraplegic.

The day of the accident my Tia maria pick up me and my sister Gisale.She take us to northeast mall to get my haircut and my nails done. I was excited to show my family my nails and haircut.

Look at what I said and the words I said and tell me how I look and feel. How do you feel today? Do you remember July 9th?

Muatturun surat Xitclalli Vasquez


Keluarga Xitclalli masih berharap agar budak comel ini boleh berjalan dan tidak perlu menggunakan kerusi roda pada masa akan datang. Xitclalli akan terus menulis surat kepada Solis yang telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun.

©Eriyza : Berharap anak comel ini terus tabah menghadapi kehidupan di hari mendatang.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.