Jan 18, 2013

Teratai Lari Bersama Teman Lelaki


Seorang budak perempuan, Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11 tahun dipercayai melarikan diri bersama teman lelakinya, Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, 17, ketika makan bersama datuk dan neneknya di sebuah medan selera di pasar raya Tesco dekat Bukit Sentosa pada hari Sabtu lalu.

Pasangan ini dikatakan berkenalan kira-kira 3 bulan lalu sewaktu bermain satu permainan atas talian. Teratai juga pernah mengikut lelaki yang sama selama sehari sebelum ini tetapi pulang ke pangkuan keluarga setelah dipujuk.


Bagaimanapun, menurut beliau, apabila hubungan mangsa dan kekasihnya yang tinggal di Kota Warisan, Sepang diketahui keluarga mangsa, keluarga budak perempuan itu melarang mangsa berjumpa kekasihnya itu.

Dalam tempoh perhubungan itu, kekasih Teratai didakwa pernah menghantar sebentuk cincin kepada mangsa dengan hasrat untuk mengikat tali pertunangan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang lebih serius.

Petikan Kosmo!


Jika budak perempuan ini 'bersembunyi' di rumah budak lelaki, sewajarnya keluarga lelaki berkenaan menghantarnya pulang semula ke rumah dengan selamat.

©Eriyza : Wahai Teratai, pulanglah ke pangkuan keluargamu sebelum dikau layu di tasik madu.

Via : Kosmo!

1 Comment

GioGio Giorno Sat Jan 19, 08:00:00 PM

assalam,
saya pakcik kepada teratai..
alhamdulillah, dia dah selamat dijumpai di Taman Pelangi Johor, dengan bantuan kawan saya yang bekerja di kawasan JB....
diminta jasa baik anda agar berhenti segala komen2 dan tomahan yang boleh mengaibkan kami sekeluarga....
anda tak tahu apa yang berlaku, sidang media hanya menokok tambah cerita...
sila faham keadaan kami...

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.