Apr 22, 2005

Road Block

Arinih aku pegi kenuri kawen kat dua buah lokasi, satu kat Kampung Gong Pauh, pastuh lagik satu kat Kampung Bukit Kuang. Kenuri petamer tuh bebetul depan umah atuk aku, so, aku parking jerk lam pagar umah atuk. Fuhhh, ramai siut umat manusia dok makan. Adehai, nak tanak aku kena jugak menyelit tetengah owg ramai tuh tuk amik makanan, kalo tak kebuluq laa aku. Best gak nasik minyak nih. Asek makan nasik minyak owg lain jerk, biler laa plaks turn aku erkkk? Huhuhu! Korang doakan laa aku cecepat kawen erkkk. Ekekeke!

Pastuh aku naik ateh umah pengantin, dak yg kawen nih lebeh muder dr aku. Zaman dedolu sempat laa aku bemain ngan akak dier. Aku tejumpa kawan baik aku sejak kecik kat majlis nih, Norni namernya. Dah lamer sungguh aku x jumpe minah nih walopun jarak umah kami takler jauh sgt. Norni dah ade sepasang anak. Anak kedua dier chumel sungguh. Sweet cam mak dier jerk. Dak tuh sempat laa dok kat atas riba aku td, cam dier kenal jerk aku bestpren ibu dier. Norni sempat maghah aku sal x pegi umah dier. Salah satu kelemahan aku ialah kalo kawan dah kawen, mmg aku segan nak pegi umah dorang, lelagik kalo husband dorang ade. Memalu wal sesegan weh! heHeh!!!

Ptg td, lepas balik dr kenuri kedua, aku hingat nak pi reround ke Kuantan, seblum tuh singgah beli kepok lekor kat Cendor sat. Oleh kraner kepok lekor tuh tgh dok wat, maker aku putuskan tuk amik setengah jam kemudian. Pastuh aku trus jenjalan, sampai jerk kat Impiana Resort, pulis dok wat sekatan jalan. Aku x kena tahan pun, so aku truskan pejalanan. Jalan dr Kuantan ke Kemaman sesak giler. Aku x jadik nak trus pegi lebeh jauh sal bapak aku suh patah balik kat tpt yg dah bekurangan kesesakan tuh. Mak oiii, pjg giler trepik dek sekatan pulis nih. Aku hanya dpt patah balik kat Residence Inn. Maknanya kesesakkan tuh start dr Impiana Resort sehingga Residence Inn. Buhsannya aku, jalan sket kena berenti, pastuh jalan lagik, berenti lagik. Dah ler aku guner gear manual, penatnya kaki aku. Huhuhu! Meter pun x sampai doploh. Seb bek laa kat depan aku ade keta Merz silver yg cun benombo plat WBB 90. Merz pun kena memandu slow cam kekura daa. Huwarghhh!

Apr 21, 2005

Peterpan Homepage



Ahehe! Arinih aku mau promosi website tebaru aku yaitu Peterpan Homepage. Kalo korang ade maser, masuk laa yerk! Jenjalan carik pakwe! Apsey aku wat homepage nih? Tentu soklan nih dok belegar lam kapla korang. So, seblum korang tanye, baik aku bitau dolu sebab musabab aku wat homepage nih.Actually aku muler minat band nih setelah mendengo lagu Ada Apa Denganmu. Tuh pun ade owg yg dedicate lagu tuh tuk aku. Ahaks! Peterpan bukan setakat bleh bemain alat muzik malahan depa jugak bleh mencipta lagu dan lirik ngan baik. Lagik pun, "owg" tuh pun minat giler ngan band nih. So, tempiasnya tekena laa kat aku. Ekekeke!

Apr 10, 2005

Ntah Pape

Ptg td aku kuar ngan bapak aku. Memuler kami pegi ke kedai membaiki peti sejuk sal peti kat umah aku nih ade sket kerusakkan pd bahagian pintunya. Pastuh bapak aku nak gi gunting rambut plaks. Sementara menanti bapak aku selesai gunting rambut, aku pun pi beli brg sket. Pastuh aku reronda wal jenjalan lam Kemaman Centre Point. Biler aku pegi balik kedai gunting rambut tuh, bapak aku maseh dok tunggu giliran, maknanya lambat lagik laa bleh balik. Kat seblah cc tuh, ade cyber cafe, so, aku pun masuk laa. Dah lamer sebenonya aku x menjejakkan kaki ke cc nih. Tuan punye cc yaitu Kak Ina pun dah kawen skarang, dengo citer Kak Ina dah ade sorang cahayamater. Tp yg x bestnya ader sorang minah gedik ngan pakwe dier kat seblah kiri aku. Dah laa rega kat cc nih mahal giler, RM 3.00 sejam. Huh!

Aku dok kejap jerk lam cc tuh, pastuh aku kuar pi kedai gunting. Alermak, bapak aku dah takderk laa plaks. Haper lagik, aku tepaksa laa carik bapak aku. Aku agak bapak aku musti pegi kedai Kemaman Music Centre sal dier tau aku slalu beli cd/vcd kat situ. Ahehe! Jupe pun bapak aku. Pandainya aku! Pastuh bapak aku pegi ke pintu depan, aku bitau laa keta aku parking dekat ngan pintu belakang. Aku sangka bapak aku penat nak jalan pegi pintu belakang, so aku pun pi laa amik keta. Aku dok tunggu kat pintu depan tuh lam seploh menet tp x nampak laa plaks kelibat bapak aku. Adehai, ilang lagik bapak aku. Aku kuar carik tp x jupe gak. Aku pun pusing balik keta tuh kat tpt aku parking td, barulah aku nampak bapak aku dok tecongok tunggu aku. heHeh!! Salah paham tul laa, x pepasal jerk kami balik lewat. Cam citer lawak laa plaks! Ekekeke!

Apr 7, 2005

Lelaki Idaman

Lelaki Idaman by Melly Goeslow

Oh tak pernah ku duga
Hidup ini menjadi berubah
Cahaya gemerlap di sini
Sinari setiap langkahku

Oo semenjak denganmu
Semua gundah menjadi berubah
Yang hilang semua tentang cinta
Kembali tumbuh di hati

Oohoo ku bahagia
Ada engkau
Lelakiku

Di hatiku hanya ada kamu sayang
Di mimpi malamku ada kamu sayang
Semua ini hanyalah untukmu sayang
Sebuah lagu tercipta hanyalah untukmu oh asmara

Oh lelaki idaman
Memang kamu tak ada yang lain
Semua gambaran idola
Segalanya ada padamu

Oo semenjak denganmu
Semua gundah menjadi berubah
Yang hilang semua tentang cinta
Kembali tumbuh di hati

Oohoo ku bahagia
Ada engkau
Lelakiku

Di hatiku hanya ada kamu sayang
Di mimpi malamku ada kamu sayang
Semua ini hanyalah untukmu sayang
Sebuah lagu tercipta hanyalah untukmu oh asmara

Di hatiku hanya ada kamu sayang
Di mimpi malamku ada kamu sayang
Semua ini hanyalah untukmu sayang
Sebuah lagu tercipta hanyalah untukmu oh asmara

Oh lelaki idaman
Memang kamu tak ada yang lain
Semua gambaran idola
Segalanya ada padamu

Oo semenjak denganmu
Semua gundah menjadi berubah
Yang hilang semua tentang cinta
Kembali tumbuh di hati

Oh lelaki idaman
Memang kamu tak ada yang lain
Semua gambaran idola
Segalanya ada padamu

Ahehe! Bestkan lagu nih?? Aku suker layan lagu nih! Ade aper ngan lagu nih erkkk?? Ahaks!

Apr 4, 2005

Sang Rerama

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan. Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada taraf A1, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.


Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

IkLan -=> Aku suker bacer bender nih!