Dec 30, 2007

Email Sementara, Hanya Empat Jam


Anda memerlukan email untuk mendaftar di laman web kegemaran anda. Pada masa yang sama, anda tidak mahu orang lain mengetahui email peribadi anda. Jadi, anda perlu menggunakan email alternatif untuk membolehkan anda mendaftar di laman web tersebut. Penulis akan memberitahu anda satu cara yang mudah untuk menyembunyikan email sebenar. Jom. menari

Email ini berfungsi selama empat jam. Anda cuma perlu meletakkan username anda sendiri dan email anda boleh diakses dengan segera. Sekiranya masa empat jam tidak mencukupi untuk anda, anda boleh mendaftar email anda dan ianya akan disembunyikan di sebalik email ini. Menariknya, email ini akan diberitahu dengan cepat di browser yang anda gunakan tanpa perlu direfresh.

Sebelum email diterima


Selepas email diterima


Untuk maklumat lanjut, sila layari MintEmail. sengihnampakgigi

Dec 29, 2007

Skype Online Status


Adakah anda pengguna Skype?? Sesetengah orang lebih gemar menggunakan Skype sebagai wadah untuk bersembang dengan rakan² yang lain. Panggilan menggunakan Skype juga jauh lebih jelas berbanding menggunakan Yahoo Messenger. Jika anda mempunyai blog / laman web, anda boleh meletakkan status Skype di dalamnya. marisini


Letakkan kod di bawah di dalam blog / laman web anda.

Skype Me™!
<!--
Skype 'Skype Me�!' button
http://www.skype.com/go/skypebuttons
-->
<script type="text/javascript" src="http://download.skype.com/share/skypebuttons/js/skypeCheck.js"></script>
<a href="skype:eriyza?call"><img src="http://download.skype.com/share/skypebuttons/buttons/call_blue_white_124x52.png" style="border: none;" width="124" height="52" alt="Skype Me�!" /></a>

Tukarkan username eriyza kepada username anda sendiri.

Butang skype didatangkan di dalam empat pilihan. Sila layari laman web Skype Button untuk mendapatkan butang Skype yang anda inginkan. topi

Dec 27, 2007

Mengaji Al Quran Online


Teknologi pengkomputeran yang canggih memungkinkan apa saja yang kita anggap sukar untuk diaplikasikan dengan mudah. Adakah anda punya masa yang terhad untuk pergi ke kelas Al-Quran bagi memperbaiki bacaan dan tajwid?? Jangan risau, kini dengan hanya duduk di depan komputer dan berbekalkan bunyi audio yang baik, anda boleh belajar mengaji di dalam talian. ihikhik


Penulis adalah antara jutaan manusia yang menggunakan khidmat ini untuk mendengar bacaan Al-Quran yang tepat sebutan dan tajwidnya. Laman web ini menyediakan terjemahan ayat yang dibaca. Setiap kali ayat dibaca, ia akan ditunjukkan secara jelas. Anda boleh memilih terjemahan yang didatangkan di dalam sepuluh bahasa. Ianya sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Layari laman Quran Explorer untuk belajar mengaji. Laman web ini antara laman web kegemaran penulis. love

Dec 26, 2007

Topik Dan Komen Tanpa Summary


Tulisan kali ini hanya untuk rujukan penulis sendiri. Almaklum laa, tips yang berguna perlu ditulis sebagai peringatan pada masa akan datang. Namun, sesiapa yang berminat dengan topik ini boleh menggunakannya di blog masing². Berikut adalah cara² untuk membuat topik dan komen tanpa summary (read more atau baca lagi). kenyit




Kod untuk Topik.

<script src="http://ien247.googlepages.com/blogger-widget.js"></script><script>var numposts = 15; var showpostdate = false; var showpostsummary = false; var numchars = 0; </script> <script src="http://yourblog.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=published&alt=json-in-script&callback=rp"></script>
numposts = 15 - bilangan baris

Kod untuk Komen

<ul><script style="text/javascript">
function showrecentcomments(json) {
for (var i = 0; i < 12; i++) {
var entry = json.feed.entry[i];
var ctlink;

if (i == json.feed.entry.length) break;
for (var k = 0; k < entry.link.length; k++) {
if (entry.link[k].rel == 'alternate') {
ctlink = entry.link[k].href;
break;
}
}
ctlink = ctlink.replace("#", "#comment-");
var ptlink = ctlink.split("#");
ptlink = ptlink[0];
var txtlink = ptlink.split("/");
txtlink = txtlink[5];
txtlink = txtlink.split(".html");
txtlink = txtlink[0];
var pttitle = txtlink.replace(/-/g," ");
pttitle = pttitle.link(ptlink);
if ("content" in entry) {
var comment = entry.content.$t;}
else
if ("summary" in entry) {
var comment = entry.summary.$t;}
else var comment = "";
var re = /<\S[^>]*>/g;
comment = comment.replace(re, "");

document.write('<li>');
document.write('<a href="' + ctlink + '">' + entry.author[0].name.$t + '</a>');
document.write(' komen di topik ' + pttitle);
document.write('<br/>');
if (comment.length < 100) {

}
else
{
comment = comment.substring(0, 100);
var quoteEnd = comment.lastIndexOf(" ");
comment = comment.substring(0, quoteEnd);

}
}
document.write('</li>');
document.write('<div style="font-size:75%;text-align:center"></div>');
}
</script>
<script src="http://yourblog.blogspot.com/feeds/comments/default?alt=json-in-script&callback=showrecentcomments">
</script></ul>
<noscript>You need to enable JavaScript to read this.</noscript>

for (var i = 0; i < 12; i++) { - bilangan baris

Tukarkan tulisan berwarna merah mengikut kesesuaian blog.

Dec 25, 2007

Mesyuarat TKO Timur

Mesyuarat Tranungkite Online (TKO) telah diadakan pada petang tadi. Ianya telah diadakan di Casa Limbong. Pada mulanya kami berkumpul di kedai telefon seorang sahabat sebelum mengorak langkah ke kedai minuman di kawasan yang sama juga. Setelah menunaikan solat Asar, penulis bergegas ke lokasi yang dijanjikan. Pagi tadi Pengerusi TKO Timur telah memaklumkan kepada penulis tentang mesyuarat ini. Penulis tiba lebih kurang pukul 5 petang. ihikhik


Lebih kurang pukul 5.15 petang, barulah kelibat pengerusi kelihatan dan diikuti dengan rakan² yang lain. Sebahagiannya penulis kenal dan sebahagian lagi pertama kali penulis temui. Berikut adalah senarai ahli TKO Timur yang hadir.
  1. RM Skepo
  2. Strikeagle *
  3. Ori5 *
  4. Apache
  5. Areefeen *
  6. Eriyza
  7. SaripDol
  8. Bahulu *
  9. Badai
  10. Matjejakrasul
  11. DatukManir
Tanda * menunjukkan sahabat yang baru penulis kenali.

Kami bermusyawarah sehingga pukul 7 malam. Kemudian, kami diberi cenderahati berupa replika burung oleh akhi Matjejakrasul. Terima kasih diucapkan. Semoga perjumpaan kami kali ini dirahmati Allah. InsyaAllah. senyumkenyit

Dec 24, 2007

Selamat Hari Ulang Tahun


Tanggal 24 Disember 1987, lahirlah seorang putera pelengkap kehidupan sepasang suami isteri. Mereka menginginkan anak lelaki sebagai penyeri kasih setelah mempunyai dua orang puteri. Justeru, kehadiran ahli baru ini amat menggembirakan mereka. Putera kesayangan ayahanda dan bonda penulis ini dinamakan _________. senyumkenyit


Hari ini hari ulangtahun kelahirannya. Doa dan harapan agar putera ini membesar sebagai seorang lelaki yang beriman, bertaqwa dan mentaati kedua ayahanda dan bondanya. Semoga sentiasa dirahmati Allah jua hendaknya. InsyaAllah. cium

Dec 23, 2007

Bina Dialog Berdasarkan Gambar


Sesetengah orang suka meletakkan teks / dialog sebagai kata bual pada gambar tertentu. Kadangkala bermain dengan perkataan atau teks untuk diletakkan pada gambar boleh menjana minda. Tidaklah minda anda bekerja secara biasa saja, sekali-sekala biarkan ia berfungsi untuk hal² seperti ini. Jom kita bina dialog mengikut kehendak sendiri. kenyit


Penulis terjumpa gambar kartun ini sewaktu sedang mencari bahan untuk dimuatkan bersama laman web yang ingin penulis perkenalkan. Penulis meminjam watak dari cerita Bujang Lapok, maka terhasillah teks seperti yang anda lihat. Jika anda berminat, bolehlah ke Wigflip untuk membuat dialog anda sendiri pula. encem

Dec 22, 2007

Mempelai Dua Sejoli


Alhamdulillah. Penulis telah berkesempatan menghadiri majlis walimah seorang sahabat Tranungkite Online (TKO). Pada awalnya kami sekeluarga mahu ke majlis itu tetapi ayahanda penulis pula tidak sihat. Maka, terpaksalah kami tiga beradik saja yang pergi ke sana. Kami bertolak pada jam 2.30 petang dan tiba di sana hampir jam 4.00 petang. Ketika makan, penulis melihat raja sehari sedang makan beradab. senyumkenyit


Kemudiannya, penulis masuk ke dalam rumah dan pergi menemui pengantin perempuan. Sungguh manis rakan penulis ini dengan pakaian pengantin berwarna ungu, sedondon pula dengan suaminya. Wajahnya kelihatan anggun dengan solekan sederhana. Majlis perkahwinannya meriah dengan kehadiran tetamu. Penulis mendoakan agar pernikahan kedua mempelai ini bahagia hingga hujung nyawa. InsyaAllah. Selamat Pengantin Baru buat Nur Fadzila (Are ngah) dan Rahim. cium

Sejurus pulang dari walimah, penulis sempat berkunjung ke rumah seorang sahabat TKO yang lain iaitu Nur Raudah. Penulis pulang ke rumah dengan senyuman terukir di bibir. ihikhik

Credits To Karikatur For The Pictures.

Dec 19, 2007

Salam Aidil Adha 1428 Hijrah



Penulis berserta ayah dan adinda keluar petang tadi. Tujuan kami adalah untuk pergi melihat lembu yang bakal dijadikan korban esok hari. Namun, setelah kami tiba ke lokasi tersebut, lembu belum tiba kerana masih di dalam perjalanan. Kemudian, penulis membawa kedua²nya bersiar² sambil melihat senario sambutan perayaan di kawasan lain. Setibanya kami di bandar, kenderaan bertali arus dari semua arah. Lalu lintas menjadi sesak teruk. Kami tidak dapat meneruskan perjalanan meskipun lampu merah sudah bertukar ke lampu hijau. hah


Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan Salam Aidil Adha buat semua pembaca blog ini samada anda mengenali penulis atau tidak. Penulis memohon kemaafan jika ada bicara di dalam blog ini mengguris hati anda. Semoga ibadah korban yang kita laksanakan diterima Allah Taala. Doa dan harapan agar kaum keluarga dan rakan taulan yang mengerjakan rukun islam kelima dikurniakan haji yang mabrur. Mudah²an giliran kita akan menyusul tiba untuk menjadi tetamu Allah. InsyaAllah. cium

Dec 17, 2007

Teman Zaman Persekolahan



Petang tadi penulis menerima kehadiran seorang tetamu yang tidak disangka. Setelah sekian lama tidak bertemu, kehadirannya benar² mengubat rindu di hati penulis. Dia rakan penulis sewaktu di alam persekolahan. Kami kenal sejak di bangku sekolah rendah dan berterusan sehinggalah ke sekolah menengah. Ada kalanya kami sekelas dan ada masanya tidak. senyumkenyit


Rakan penulis ini masih peramah seperti dahulu. Cuma berbeza pada statusnya saja. Dia sudah pun berkahwin dan memiliki dua orang cahayamata sebagai penyeri hidup. Sudah tersurat di dalam perjalanan hidupnya, suaminya pulang ke pangkuan Ilahi sewaktu anak bongsunya berusia enam bulan. Kini, sahabat penulis menjadi balu . Mujurlah kedua² anaknya sudah besar, yang sulung berusia lapan tahun dan yang bongsu sudah berusia enam tahun.

Kecekalannya menghadapi kehidupan dengan membesarkan dua orang anak sendirian sangat mengagumkan. Penulis bertanyakan kepadanya tentang pengganti suaminya tetapi dia menjawab pantas bahawa dia tidak mahu ayah tiri memukul anak²nya. Dia menyedari anak²nya nakal dan ayah tiri belum tentu dapat bersabar dengan karenah si cilik itu. Penulis tersenyum, cuba memahami hati seorang ibu. Doa dan harapan semoga dia dikurniakan kesihatan yang baik dan kemurahan rezeki untuk meneruskan kehidupan bersama anak²nya. InsyaAllah. cium

Dec 15, 2007

Stor Simpanan Dan Perkongsian Fail


Satu lagi laman web untuk menyimpan dan berkongsi gambar, video, audio, nota, dokumen dan sebagainya telah penulis temui. Anda boleh menggunakan laman web ini dengan selesa kerana ia tidak memerlukan sebarang pendaftaran dan akaun. Anda juga tidak perlu memberikan email anda untuk menggunakan perkhidmatan ini. senyumkenyit


Buatlah sebanyak mana Drop yang anda mahu. Namakan ia mengikut kesukaan anda. Anda tentu seronok menggunakan Drop untuk pelbagai urusan muatturun.

Seterusnya, penulis hendak membuat peringatan tentang tarikh garaj kereta penulis dibina. Hanya untuk ingatan penulis untuk masa depan saja. Hehehe!!! ihikhik

Dec 14, 2007

Tukar Pelbagai Format Fail Ke PDF


Sekiranya anda ingin menukar fail Word (.doc), Powerpoint (.ppt), Excel (.xls), Jpeg, GIF, Rich Text Format (.rtf), TXT. kepada PDF (Portable Document Format), anda boleh mencubanya di sebuah laman web yang menawarkan khidmat menukar format tersebut. sengihnampakgigi


Anda cuma perlu mengikuti tiga langkah mudah. Penulis belum mencubanya tetapi mungkin ia berguna kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan ini. Anda boleh menukar format fail tersebut di KoolWIRE. topi

Dec 13, 2007

Antivirus Online


Adakah komputer yang anda gunapakai tidak dilengkapi dengan sebarang perisian antivirus?? Bagaimana anda hendak mengimbas komputer untuk memastikan sebarang virus / spyware / malware dan sebagainya daripada tembus masuk ke komputer anda?? Sekiranya hal ini berlaku, anda boleh menggunakan perisian antivirus dalam talian. senyumkenyit


Pastikan anda memuatturun perisian antivirus ke dalam komputer anda. Antivirus yang penulis ingin perkenalkan ini hanya sebagai alternatif sekiranya anda mahu mengimbas komputer anda dengan cepat. Antivirus ini cuma memerlukan masa seminit untuk mengimbas. Penulis tidak berani mengatakan bahawa antivirus ini bagus tetapi bolehlah digunakan di dalam keadaan terdesak. Cubalah antivirus NanoScan untuk mengimbas komputer anda. topi

Dec 11, 2007

Dari Teks Ke Mp3


Kadangkala penulis tidak pasti sebutan yang betul bagi sesetengah ayat Bahasa Inggeris. Ada sebuah laman web yang menyediakan perkhidmatan menukar teks yang kita tulis ke mp3. Penulis cuma perlu tulis ayat di dalam kotak yang disediakan dan tekan butang create. kenyit



Seterusnya, teks yang ditulis tadi akan ditukar kepada .mp3. Penulis boleh mendengarnya di talian dahulu sebelum menyimpannya di komputer. Jika anda berminat untuk mencuba perkhidmatan ini, anda boleh melayari laman web VozMe. Enjoy. encem

Dec 9, 2007

Wajah Kacukan


Pernah tak anda bayangkan bagaimana rupa seseorang jika digabungkan dengan wajah seseorang yang lain?? Bagaimana agaknya rupa pemain bolasepak terkenal David Beckham jika dikacukkan dengan Colin Farell?? Mirip wajah siapa lebih banyak jika wajah kedua²nya dicantumkan?? gatai


Penulis memadankan gambar David Beckham dan Colin Farell di MorphThing. Anda juga boleh berbuat demikian dengan mengkacukkan gambar selebriti yang lain. Anda perlu mendaftar dahulu jika mahu menggunakan gambar anda sendiri. Walaubagaimanapun, padanan gambar ini sekadar untuk suka². Hehehe!!! gile

Dec 8, 2007

Dropcaps II


Di dalam topik terdahulu, penulis telah mengajar bagaimana hendak membuat huruf besar atau lebih dikenali sebagai Dropcaps di permulaan topik. Kali ini, penulis ingin menulis topik yang lebih kurang serupa tapi tulisannya telah ditukar mengikut kesesuaian yang anda mahu. Anda boleh memilih tulisan Comic Sans MS, Georgia, Tahoma, Verdana dan lain². encem


Tulisan yang penulis gunapakai di dalam blog ini ialah Monotype Corsiva.

1) Cari kod ]]></b:skin>

2) Tampal kod dibawah seblum
]]></b:skin>

.dropcaps {
float:left; color: #ff9900;
font-size:70px;
line-height:60px;
padding-top:1px;
padding-right:5px;
font-family:"Monotype Corsiva";
width: 50px; }

}
Nota : Sila tukar
font-family:"Monotype Corsiva"; kepada tulisan kegemaran anda

3) Sekarang pergi pada bahagian Setting -> Formatting dan di bahagian bawah dalam kotak Post Template, pastekan pula kod ini.
<span class="dropcaps">huruf pertama</span>

4) Save dan tengok hasil kerja anda. senyumkenyit