Mar 31, 2009

Memasang Flash Dalam Blog


Katakanlah anda mempunyai fail flash atau teringin meletakkan flash tertentu di dalam blog anda tetapi anda tidak tahu kodnya, tentu sahaja anda akan berasa kecewa. Sebentar tadi, penulis baru menyiapkan sebuah banner berbentuk flash dan penulis ingin berkongsi cara untuk memasukkannya ke dalam blog.


Caranya cukup mudah.

1. Anda perlukan fail flash.

2. Muatnaik flash tersebut di Google Page Creator atau Geocities.

3. Masukkan flash tersebut ke dalam blog dengan kod berikut.

<embed src="http://www.website.com/banner.swf" quality="high" allowscriptaccess="always" type="application/x-shockwave-flash" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" align="middle" height="60" width="450"></embed>
Tukarkan kod berwarna merah dengan alamat flash anda manakala kod berwarna biru dengan saiz ketinggian dan lebar yang bersesuaian.

4. Preview dan Publish Post jika berpuashati dengan hasilnya.

Selamat mencuba.

Via : Flash Banner Maker

Mar 27, 2009

Dambaan Hati Sempena Hari Jadi


Jangkamasa agak lama juga penulis tidak menjawab sebarang tag. Hal itu berlaku mungkin kerana penulis tidak berapa gemar akan topik sebegini. Kali ini, atas pujukan bloggers genit bernama Suhaila, maka penulis mengalah dan membuat tag ini. Itu pun masih berhutang satu tag lagi dengan budak ini. Tag kali ini berkisar tentang sepuluh perkara yang penulis idamkan pada hari lahir penulis. Malah, tag ini perlu disertakan gambar sebagai hiasan.


Ayuh, penulis beritahu anda impian dan benda² yang penulis ingini pada hari lahir penulis nanti. Buat masa sekarang, mungkin ini yang penulis dambakan tetapi ianya mungkin berubah pada masa akan datang.

1. Kahwin

Alangkah bagusnya kalau penulis dapat bertunang dan bernikah pada 1 Januari. Tentu ia akan menjadi hadiah paling bermakna di dalam hidup penulis. Doakan penulis bertemu jodoh yang soleh.

2. Anak

Seronoknya kalau tarikh lahir anak penulis nanti ialah 1 Januari. Pasti kami akan mengulangi sejarah yang telah penulis dan arwah bonda cipta iaitu ibu dan anak berkongsi tarikh lahir.

3. Rumah

Rumah bukan setakat tempat untuk berteduh malah fungsinya jauh lebih penting dari itu. Kita memupuk kasih sayang lalu membina keluarga bahagia di dalam rumah sebab itulah ada gelaran 'Rumahku Syurgaku'. Penulis sangat gembira jika insan kesayangan memberikan mahligai ini pada 1 Januari.

4. Kenderaan

Kenderaan kini bukan lagi barang mewah kerana ia sudah menjadi keperluan asas. Justeru, kenderaan berjenama Toyota adalah sangat relevan untuk dijadikan kejutan buat penulis menjelang 1 Januari nanti.

5. Umrah

Kalau boleh penulis mahu menunaikan fardhu Haji dan Umrah serentak tetapi jika tidak berkemampuan untuk kedua²nya sekaligus, buat ibadat Umrah dahulu. Penulis sangat berharap untuk melakukan ibadat ini bersama ahli keluarga yang lain pada 1 Januari di tahun mendatang.

6. Melancong

Penulis sudah lama mengidam hendak pergi melancong di Hong Kong. Dua tiket percutian romantis ke Hong Kong bersama insan kesayangan sangatlah berbaloi untuk diberikan kepada penulis pada 1 Januari tahun baru nanti.

7. Laptop

Komputer peribadi memang sudah lama penulis miliki cuma belum mempunyai laptop yang boleh dibawa ke mana sahaja. 1 Januari bolehlah diberikan penulis sebuah laptop berserta broadband. Apalah guna laptop tanpa internet.

8. Handycam

Handycam ini gunanya untuk merakamkan memori terindah bersama keluarga dan rakan taulan. Hadiahkan saja kepada penulis handycam ini pada 1 Januari jika anda buntu memikirkan hadiah untuk hari lahir penulis.

9. Iphone

Teknologi terkini yang ingin penulis miliki. Jangan lupa untuk menjadikan Iphone sebagai sumbangan peribadi anda untuk penulis saat tibanya 1 Januari.

10. Simpanan

Simpanan wang penting untuk masa depan. Ia sangat diperlukan untuk masa kecemasan dan juga untuk pendidikan anak². Oleh itu, anda boleh saja memberikan penulis wang tunai atau cek seikhlas hati pada hari lahir penulis iaitu 1 Januari.

Seterusnya virus tag ini penulis sebarkan kepada penama² berikut :-
Khairy Jamaluddin
Mukhriz Mahathir
Diana Danielle
Jehan Miskin
Arjun Rampal
Amrita Rao
Richie Ren
Gallen Lo
Madonna
Pink

Siapalah yang bermurah hati hendak menjadikan semua permintaan penulis ini sebagai satu realiti?? Mudah²an insan tersebut akan hadir di dalam masa terdekat ini. Sebenarnya, hadiah untuk hari lahir yang paling bermakna ialah doa dari keluarga dan sahabat. Doakan penulis agar sentiasa murah rezki, sihat sepanjang hayat dan bahagia di dunia wal akhirat.

Mar 25, 2009

Memasang Mesej Selamat Datang


Sebentar tadi, budak Mardhiah telah meminta penulis membuat tutorial tentang mesej selamat datang yang digunakan oleh sesetengah bloggers. Oleh kerana penulis mempunyai masa lapang, maka permintaannya penulis penuhi dengan kadar segera. Secara peribadi, penulis kurang menggemari aksesori seperti ini kerana ia melambatkan proses melayari sesebuah blog.


Ayuh, penulis ajarkan anda cara untuk membuat mesej selamat datang.

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML.

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari </head>, letakkan kod ini di atasnya.

<SCRIPT language='JavaScript'>alert("Selamat Datang Ke Blog Eriyza");</SCRIPT>
5. Save template.

Siap. Sekiranya anda ingin meletakkan lebih dari satu mesej, anda cuma perlu menambahkan tanda <br/> selepas mesej pertama dan letakkan kod tersebut sekali lagi dengan mesej yang berlainan. Penulis tunjukkan contohnya di bawah.

<SCRIPT language='JavaScript'>alert("Anda berada di zon Tanggapan Tentang Topik Tertentu");</SCRIPT><br/><SCRIPT language='JavaScript'>alert("Dibawakan khas untuk anda oleh Eriyza - http://eriyza.via.my");</SCRIPT>
Sila tukarkan tulisan berwarna merah dengan mesej anda sendiri. Selamat mencuba. Semoga berjaya.

Menu Buka Tutup Di Label Dan Arkib


Tutorial ini untuk Cik Amoi. Penulis menamakannya menu buka tutup di label / arkib atau lebih dikenali sebagai peek a boo view on label / archive. Setiap kali anda memilih label atau arkib blog, ia hanya memaparkan tajuk topik tetapi keseluruhan isi topik masih boleh dibaca dengan menggunakan arahan [+/-]. Menarik bukan??


1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML (Tanda kotak Expand Widget).

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari </head>, letakkan kod ini di atasnya.

<script src='http://ladyqistina.googlepages.com/hackosphere.js' type='text/javascript'/>
5. Seterusnya cari <b:includable id='main' var='top'>, tambahkan kod yang berwarna merah.

<b:includable id='PeekABooPost' var='post'>
<div class='post uncustomized-post-template'>
<table><tr>
<td width='40px'>
<a href='javascript:void(0)' title='Expand/collapse this post' style='text-decoration:none' expr:onclick='"javascript:toggleIt(\"" + data:post.id + "\");"'>[+/-]</a>
</td>
<td>
<h3 class='post-title'><a expr:href='data:post.url'><data:post.title/></a></h3>
</td>
</tr></table>
<div class='post-body' expr:id='data:post.id' style='display:none'>
<p><data:post.body/></p>
<div style='clear: both;'/> <!-- clear for photos floats -->
</div>
</div>
</b:includable>

<b:includable id='main' var='top'>
<!-- posts -->
<div id='blog-posts'>
<b:loop values='data:posts' var='post'>
<b:if cond='data:post.dateHeader'>
<h2 class='date-header'><data:post.dateHeader/></h2>
</b:if>

<b:if cond='data:blog.homepageUrl != data:blog.url'>
<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>
<b:include data='post' name='PeekABooPost'/>
<b:else/>
<b:include data='post' name='post'/>
</b:if>
<b:else/>

<b:include data='post' name='post'/>

</b:if>

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<b:if cond='data:post.allowComments'>
<b:include data='post' name='comments'/>
</b:if>
</b:if>
</b:loop>
</div>


5. Save template.

Selamat mencuba. Semoga sukses.

Via :Muncet

Mar 24, 2009

Tukarkan Gambar Pemilik Akaun


Hari ini penulis mahu menulis topik yang agak ringan tetapi masih berkisar tentang ilmu. Jika anda menggunakan Windows XP, anda akan melihat gambar Administrator pada bahagian paling atas sekiranya anda klik butang Start. Gambar itu mungkin tidak menarik pada pandangan anda, apa kata anda tukarkan gambar tersebut dengan gambar pilihan sendiri.


Cara untuk membuatnya cukup mudah.

1. Klik butang Start.
2. Pilih Control Panel.
3. Pilih User Accounts.
4. Pilih Change My Picture.
5. Sekarang pilih atau muatnaik gambar kegemaran anda.

Siap. Senang saja. Cubalah sendiri.

Mar 22, 2009

Cara Membuat Skrip Emotikon

kuge01kuge02kuge03

Emotikon merupakan antara aksesori blog yang digemari terutamanya oleh bloggers perempuan. Penulis pernah membuat emotikon Emofrog tidak lama dahulu. Kini, penulis kembali dengan topik emotikon juga tetapi bukan emotikon baru kerana kali ini penulis mahu mengajar anda untuk membuat emotikon sendiri. Teruja untuk belajar??


Anda perlu membaca topik ini dengan teliti agar anda lebih faham cara² untuk membuatnya.

1. Pertama sekali anda kena mencari emotikon. Penulis cadangkan anda menggunakan emotikon dari MyEm0.


2. Klik kanan pada emotikon tersebut, pilih Copy Image Location.

3. Kemudian, anda pergi ke laman web Photobucket. Muatnaik emotikon² tadi dengan memilih Web URL.


4. Abaikan saja bahagian edit tag, anda terus pilih Direct Link dan Copy kod emotikon tersebut.

5. Seterusnya anda buka Notepad. Tampal semua kod² ini ke dalamnya. Skrip emotikon tidak serasi dengan blogspot, sila salin dari laman web ini. Harap maklum.

6. Di dalam skrip tadi, anda cari kod seperti di bawah.

var buttons = "
";
buttons += emoticonButton("emotikon01", "http://emo.com/emotikon.gif");
buttons += emoticonButton("emotikon02", "http://emo.com/emotikon.gif");
buttons += emoticonButton("emotikon03", "http://emo.com/emotikon.gif");

buttons += separator();

Ayat berwarna biru bermaksud nama emotikon yang anda akan gunakan. Misalnya anda boleh menggunakan nama senyum untuk emotikon jenis senyuman dan sebaliknya. Ayat berwarna merah pula adalah alamat emotikon tersebut. Berikut adalah contoh yang telah penulis buat untuk tutorial ini.

var buttons = "
";
buttons += emoticonButton("kuge01", "http://smg.photobucket.com/albums/v677/eriyza/th_12024717650.gif");
buttons += emoticonButton("kuge02", "http://smg.photobucket.com/albums/v677/eriyza/th_12024717654.gif");
buttons += emoticonButton("kuge03", "http://smg.photobucket.com/albums/v677/eriyza/th_12024717801.gif");

buttons += separator();


7. Save As skrip anda tadi dengan nama emotikon.user.js. Contohnya penulis ingin menamakan emotikon penulis sebagai Eriyza Emokuge, maka penulis perlu menyimpannya eriyza_emokuge.user.js. Anda tidak boleh tertinggal perkataan user.js kerana skrip anda tidak akan berfungsi.

8. Anda perlu muatnaik skrip anda tadi ke laman web. Anda boleh menggunakan Google Page Creator, Geocities atau Weebly.

Siap. Sekarang anda cuma perlu menguar²kan skrip emotikon anda tadi kepada rakan² anda agar mereka dapat menggunakannya di dalam blog masing².

Bagi bloggers yang baru kali pertama ingin menggunakan emotikon, anda boleh rujuk cara penggunaannya di sini.

Emotikon yang penulis gunakan sebagai contoh untuk tutorial ini boleh anda muatturun di sini. Penulis cadangkan agar anda membuat 3 emotikon dahulu untuk tujuan pembelajaran. Selepas anda faham konsepnya nanti, anda bolehlah membuat semua emotikon yang anda gemari.

Selamat mencuba. Semoga berjaya. Tinggalkan komen ya kalau tutorial ini membantu anda.

Mar 19, 2009

Enjin Pencarian Bercirikan Islam


Penulis mahu memperkenalkan sebuah laman web pencarian yang bercirikan Islam. Seumpama enjin pencarian yang lain juga, laman web ini menyediakan beberapa kategori antaranya Web, Images, Audio, Video, News dan banyak lagi. Sama seperti enjin pencarian terkenal iaitu Google dan Yahoo, ia juga menyediakan perkhidmatan email percuma.


Justeru, anda perlu mencuba sendiri enjin pencarian Alwahy untuk mendapatkan gambaran jelas. Lagi pula, enjin pencarian ini memuatkan banyak bahan yang berkaitan dengan Islam.

Brought To You By : Eriyza


Mar 18, 2009

Al Fatihah


Belum pun setahun arwah bonda kesayangan penulis kembali ke rahmatullah, pada hari Rabu 17 Mac 2009 lalu bersamaan 20 Rabiul Awal 1430H atuk penulis pula pulang ke pangkuan Ilahi. Arwah atuk penulis merupakan ayah kepada arwah bonda. Arwah atuk terlibat di dalam kemalangan dan menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian.


Marilah kita hadiahkan Al Fatihah kepada arwah atuk penulis iaitu Haji Omar Bin Chik. Semoga arwah atuk ditempatkan di kalangan orang² yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Mar 17, 2009

Memasang Nombor Pada Komen


Rentetan dari topik cara membezakan komen penulis dan pelawat, saudara Kriell telah meminta penulis mengajarnya cara untuk membuat nombor pada setiap komen yang ada. Tutorial ini sangat sesuai untuk digunakan di blog² yang mempunyai banyak komen kerana ia akan membuatkan komen anda kelihatan lebih menarik. Ayuh, kita belajar bersama.


1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML (Tanda kotak Expand Widget).

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari kod <dl id='comments-block'>, kemudian tambahkan kod yang berwarna merah seperti di bawah.

<dl id='comments-block'>

<script type='text/javascript'>var CommentsCounter=0;</script>

<b:loop values='data:post.comments' var='comment'>

<dt style='clear: both;' class='comment-author' expr:id='"comment-" + data:comment.id'>
<a expr:name='"comment-" + data:comment.id'/>
<b:if cond='data:comment.authorUrl'>
<a expr:href='data:comment.authorUrl' rel='nofollow'>
<data:comment.author/>
</a>
<b:else/>
<data:comment.author/>
</b:if>
<data:commentPostedByMsg/>

<span class='numberingcomments' style='float: right; font-size: 20px;'>
<a expr:href='data:comment.url' title='Comment Link'>
<script type='text/javascript'>
CommentsCounter=CommentsCounter+1;
document.write(CommentsCounter)
</script>
</a>
</span>

</dt>

<dd class='comment-body'>

5. Sekarang cari ]]></b:skin> dan tambahkan kod ini di atasnya.

.numberingcomments {
float: right;
display: block;
width: 50px;
margin-right: 5px;
margin-top: -20px;
text-align: right;
font-family: 'Century Gothic','Lucida Grande',Arial,Helvetica,Sans-Serif;
font-size: 30px;
font-weight: normal;
}
.numberingcomments a:link, .numberingcomments a:visited {
color: #445566 !important;
text-decoration: none !important;
background:none;
}
.numberingcomments a:hover, .numberingcomments a:active {
color: #FF9933 !important;
text-decoration: none !important;
background:none;
}

6. Save template.

Siap. Untuk memastikan kod ini telah berjaya anda pasang, aktifkan semula topik anda yang mempunyai komen dan lihat hasilnya. Selamat mencuba.

Via : Fernandoo
Via : Marzuki


Mar 15, 2009

Cara Membezakan Komen Penulis Dan Pelawat


Saudara Mie bertanyakan tentang tutorial membezakan warna komen tuan punya blog dan juga pelawat beberapa hari lalu. Ketika itu, penulis belum menulis tentang topik seumpamanya tetapi hari ini terasa rajin pula untuk berkongsi topik tersebut. Kalau Mie sudah pun menemui tutorialnya di blog lain, penulis berharap topik ini bermanfaat buat otang lain pula.


Pastikan anda mengikuti langkah² ini dengan teliti supaya tidak berlaku sebarang kerosakan pada template anda.

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML (Tanda kotak Expand Widget).

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari kod seperti di bawah :-

.comment-body {
margin:0;
padding:0 0 0 20px;
}
.comment-body p {
font-size:100%;
margin:0 0 .2em 0;
}

5. Tambahkan kod ini di bawahnya.

.comment-body-author {
margin:0;
padding:0 0 0 20px;
}
.comment-body-author p {
font-size:100%;
margin:0 0 .2em 0;
color:#000000;
background:#39cb43;
}

6. Jika anda tidak menemui kod seperti di atas, anda boleh mencari kod seperti ini pula.

#comments-block .comment-body {
margin:.25em 0 0;
background: #3399ff;
border:1px solid $bordercolor;
margin-bottom: 10px;
padding: 5px;
}

7. Tambahkan kod ini pula selepasnya.

#comments-block .comment-body-author p {
margin:0 0 .75em;
background: #39cb43;
color:#000000;
border:1px solid $bordercolor;
margin-bottom: 10px;
padding: 5px;
}

8. Seterusnya cari <dl id='comments-block'>, tambahkan kod yang berwarna merah.

<dl id='comments-block'>
<b:loop values='data:post.comments' var='comment'>
<dt class='comment-author' expr:id='"comment-" + data:comment.id'>
<a expr:name='"comment-" + data:comment.id'/>
<b:if cond='data:comment.authorUrl'>
<a expr:href='data:comment.authorUrl' rel='nofollow'><data:comment.author/></a>
<b:else/>
<data:comment.author/>
</b:if>
said...
</dt>

<b:if cond='data:comment.author == data:post.author'>
<dd class='comment-body-author'>
<p><data:comment.body/></p>
</dd>
<b:else/>

<dd class='comment-body'>
<b:if cond='data:comment.isDeleted'>
<span class='deleted-comment'><data:comment.body/></span>
<b:else/>
<p></p>
</b:if>
</dd>

</b:if>

<dd class='comment-footer'>

9. Save template.

Anda bolehlah melihat perubahan yang telah berlaku ke atas kotak komen milik anda dan pelawat anda. Selamat mencuba. Semoga sukses.

Via : Muncet

Mar 14, 2009

Norman Tendang Memey


Versi Norman Hakim

Selepas George W Bushuk dijadikan bahan permainan lontaran kasut buruk, kini tiba pula giliran artis kontroversi tahun lalu iaitu Norman Peguam Hakim dan juga pasangan khalwatnya iaitu Memey Suhaiza. Mereka telah dijadikan boneka di dalam permainan tendang dan terbang lalu jatuh ke padang ini.


Bagi sesiapa yang sememangnya geram dengan mereka berdua ini, anda bolehlah melepaskan perasaan dendam kesumat yang berada di lubuk hati dengan menendang mereka sejauh mungkin.


Versi Memey Suhaiza


Mar 13, 2009

Memasang Butang TwitThis


Topik untuk pengguna Twitter lagi. Kali ini penulis ingin berkongsi cara untuk memasukkan kod TwitThis ke dalam blog. Kod ini membolehkan anda menghantar topik yang anda rasa menarik di dalam sesebuah blog ke laman TwitThis agar dapat dimanfaatkan oleh orang lain pula.


1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML (Tanda kotak Expand Widget).

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari ]]></b:skin> dan masukkan kod di bawah sebelumnya.

.share-twitthis{
background:url(http://tinyurl.com/ay2jsc) 10px top no-repeat;
padding-left:42px;
font-size:11px;
line-height:18px;
}


5. Sekarang anda cari <div class='post-footer'> pula. Letakkan kod ini di bawahnya.

<div class='share-twitthis'>
<a expr:href='&quot;http://twitthis.com/twit?url=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;title=&quot; + data:post.title'>Twit This!</a></div>

6. Save template.

Selamat mencuba.

Via : Annie

Mar 12, 2009

Masukkan Foto Dalam Email Tanpa Attachment


Ramai orang memilih untuk menggunakan fungsi Attachment sewaktu menghantar gambar di dalam email. Jika gambar itu berada di dalam komputer anda, tentu sahaja ia lebih efektif untuk berbuat demikian tetapi jika gambar tersebut sudah tersedia di dalam blog atau web, anda sebenarnya boleh memilih cara yang lebih mudah untuk menghantar gambar di dalam email.


Kali ini penulis akan berkongsi dengan anda cara yang lebih pantas untuk memasukkan gambar ke dalam email. Lagi pun penulis kurang suka dengan proses Attachment yang berlaku. Penulis telah berjaya mengujinya ke atas email Yahoo dan Google.

Cara²nya adalah seperti berikut :-


1. Anda perlu dapatkan gambar yang telah disimpan di blog atau web. Klik kanan pada gambar tersebut dan pilih View Image.


2. Selepas itu hanya paparan gambar tersebut akan ditunjukkan. Sekarang anda perlu highligtkan atau tekan Ctrl + A. Klik kanan pada gambar tersebut dan pilih Copy Image atau Ctrl + C.


3. Pergi ke email anda, pilih Compose. Klik kanan dan pilih Paste atau Ctrl + V. Nah, sekarang gambar anda sudah terpampang dan sedia untuk dihantar. Akhir sekali, klik butang Send.

Anda sudah belajar cara baru untuk memasukkan gambar ke dalam email. Penulis berharap anda boleh mempraktikkannya. Jangan lupa komen ya.

Via | Kredit : Realtrix

Mar 9, 2009

Maulidur Rasul 1430H


Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam diseluruh dunia dan Malaysia khasnya. Kita semua sedia maklum tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda adalah nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah. Tahun ini 12 Rabiul Awal 1430H jatuh pada 9 Mac 2009 bersamaan dengan hari Selasa. Ayuh, banyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Arwah bonda penulis dan ayahanda juga dinikahkan pada 12 Rabiul Awal 1397H bersamaan 3 Mac 1977 kira-kira 32 tahun lalu. Semua itu kini cuma tinggal kenangan kerana bonda kesayangan sudah kembali ke pangkuan Ilahi. Kawan², penulis ingin berpesan kepada anda dan juga diri sendiri agar kita sama 'update' dan 'upgrade' diri kita sendiri agar menjadi seorang muslim / muslimah yang jauh lebih baik dari semalam.

Seandainya sebelum ini, kita belum cukup menunaikan solat 5 kali sehari semalam, maka bermula pada saat ini berusahalah untuk mencukupkannya. Jika sebelum ini, kita berpakaian yang tidak menepati syariat, maka segeralah memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Sesungguhnya kita adalah umat akhir zaman yang sangat disayangi oleh Rasulullah s.a.w. Jangan dibalas kasih sayang baginda pada kita dengan perbuatan yang tidak bermoral. Usahlah menjadi seorang Islam pada nama sahaja tetapi amalkanlah cara hidup Islam seperti yang disarankan. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Amin.

Mar 6, 2009

Kemaskini Blog Automatik Di Twitter


Anda selalu mengemaskinikan blog anda?? Anda ada Twitter?? Nah, kombinasi yang bagus. Kini anda tidak perlu bersusah payah memaklumkan kepada pembaca anda di Twitter bahawa anda telah mengepos topik baru di blog. Serahkan sahaja tugasan tersebut kepada yang pakar.


1. Masuk laman web Twitterfeed.

2. Login dengan menggunakan OpenID iaitu email yang anda gunakan untuk Blogspot anda.

3. Klik pada Go to my twitter feeds (or create a new one). Pilih Create new feed.

4. Isikan Username dan Password sama seperti akaun Twitter anda. Untuk bahagian RSS Feed URL, masukkan alamat seperti di bawah ini:-

RSS Feed URL : http://eriyzaqistina.blogspot.com/atom.xml?redirect=false

Tukarkan http://eriyzaqistina.blogspot.com kepada alamat blog anda sendiri.

4. Pastikan kotak Active (if unchecked, this twitterfeed will be inactive, and will not post to twitter) ditanda. Jika tidak, entri terbaru anda tidak akan dipaparkan di Twitter.

5. Akhir sekali, klik Create.

Selepas ini, semua topik yang anda tulis di blog akan dikemaskini secara automatik di Twitter. Justeru, penulis berpendapat semua pengguna Twitter yang mempunyai blog patut mencuba perkhidmatan ini. Jangan lupa jadi rakan penulis di Twitter.

Mar 5, 2009

Muatnaik Fail Ke Multi Web


Bagi anda yang gemar memuatnaik lagu, gambar atau apa sahaja ke penyedia laman² web percuma, topik kali ini mungkin sesuai untuk anda. Web ini menyediakan perkhidmatan memuatnaik fail dan kemudiannya fail tersebut akan ditempatkan di multi web untuk membolehkan ianya dimuatturun oleh orang lain.


Ada lebih kurang 9 penyedia web yang anda boleh pilih iaitu RapidShare, MegaUpload, NetLoadIn, zShare, FileFactory, Badongo, UploadBox, HideMyAss, dan MediaFire. Selain tu, anda juga boleh berkongsi fail tadi dengan klik pada butang Share On A Forum, Share On A Website atau Share With Friends.

Penulis memilih untuk berkongsi fail yang penulis muatnaik tadi dengan menggunakan butang Share With Friends. Sila klik pada link di bawah :-

Montage TV3 - Inspirasi Hidupku
Selamat mencuba perkhidmatan Gazup.

Mar 3, 2009

Domain Percuma Untuk Blogspot


Sejak penulis menukar domain blog ini dari blogspot.com kepada via.my 25 Februari lalu, ramai pula bloggers lain yang bertanyakan tentang domain ini. Oleh kerana penulis sudah mengagak domain ini akan mendapat perhatian, maka penulis telah meminta keizinan daripada penulis asalnya untuk berkongsi pula di blog ini. Domain ini adalah percuma. Anda cuma perlu mengikuti beberapa langkah untuk membuatnya.



1. Masuk ke laman web Zonestraits. Pilih subdomain dan domain. Anda boleh memilih domain sama ada via.my, opensource.my, ha.lt.my, is.tux.my atau inter.net.my. Selepas itu daftar.


2. Klik pada Zone Management. Tekan Save Service.


3. Pilih Add pada DNS Management. Di bahagian Type pilih CNAME (Canonical Name). Untuk Data pula isikan ghs.google.com. Akhir sekali tekan Add record.

Anda sudah selesai membuat domain baru. Kini, anda perlu menambah setting pada blogger untuk memastikan domain anda boleh digunakan.


1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Settings - Publishing.

3. Pada bahagian Your Domain tulis domain baru yang telah anda buat.

4. Isikan maklumat di Word Verification dan klik Save Settings.

Voila. Anda sudah pun berjaya menukar domain blog anda sepenuhnya. Anda tidak perlu risau seandainya rakan² anda tidak tahu tentang alamat baru blog anda kerana jika mereka masih menaip http://eriyzaqistina.blogspot.com, blog itu akan dibawa secara automatik ke http://eriyza.via.my. Jadi, anda tidak akan kehilangan peminat setia blog anda.

Apa tunggu lagi?? Daftarlah segera domain untuk blog anda. Kalau anda berjaya membuat domain tersebut berdasarkan tutorial blog ini, berilah sedikit komen. Terima kasih.

Via | Kredit : Khai