Mar 31, 2011

Blogspot Membawa 5 Perspektif Baru Paparan Blog


Paparan Snapshot

Belum pun interface dashboard baru blogspot berubah sepenuhnya, warga kerja blogger memperkenalkan pula 5 perspektif baru untuk melihat paparan blog. Mereka memasukkan elemen AJAX, HTML5 dan CSS3 untuk memberikan kepuasan yang lebih kepada penulis blog sendiri dan juga para pembacanya. Antara jenis² paparan yang boleh anda lihat ialah Flipcard, Mosaic, Sidebar, Snapshot dan Timeslide.

Mar 27, 2011

Panduan Mendaftar CIMB Online Banking


Siang tadi penulis telah ke Maybank untuk membatalkan kad kredit. Pegawai bank tersenyum sinis apabila melihat kad kredit penulis masih terlekat cantik pada surat yang mereka hantar dulu. Tergambar jelas di benak mereka bahawa penulis langsung tidak pernah mengambil peduli tentang kad kredit tersebut apatah lagi menggunakannya secara berpermaisuri bermaharajalela.

Setelah menyaksikan sendiri kad kredit penulis digunting dengan kejam, penulis beredar ke CIMB. Antara lain, tujuannya adalah untuk membuka akaun baru. Usai semua prosesnya, penulis terus mengaktifkan CIMB online banking. Akan tetapi, penulis kira ramai di antara pengguna di luar sana belum mahir cara² untuk mendaftar online banking. Mari penulis bawa anda menonton video yang akan menjelaskan secara terperinci proses pendaftaran yang cukup mudah.

Mar 25, 2011

Facebook Membenarkan Tag Nama Pada Komen


Kalau dulu, nama rakan di Facebook hanya boleh ditag pada status yang kita buat sahaja. Jika kita menyebut namanya di komen pula, tiada apa² tag akan berlaku. Akan tetapi, kali ini ianya juga sudah boleh ditag di bahagian komen. Penulis kira ianya satu pembaharuan yang bagus kerana kita dapat menyebut satu persatu nama rakan yang memberikan respon pada pos kita sekaligus rakan² yang lain dapat melihat profail mereka dengan lebih mudah melalui pautan yang tersedia.

Mar 24, 2011

Firefox 4 Selaju Torpedo


Halo! Apa khabar?? Kawan² (baca mengikut gaya Alia adik²ku bercakap), tahu tak Mozilla Firefox sudah mengeluarkan Firefox 4 pada 22 Mac 2011?? Penulis sudah pun mencuba Firefox versi terbaru ini dan ternyata banyak penambahbaikan telah dibuat. Bukan sekadar bentuk badannya yang berubah malah banyak fungsi yang menarik ditawarkan. Apa lagi, kalau anda pengguna tegar Firefox, sila download sekarang juga kerana sewaktu topik ini ditulis, Firefox 4 sudah didownload sebanyak 7.1 million kali. Itu baru hari pertama, hari seterusnya, tak dapat nak dijangka gandaan downloadnya.

Mar 23, 2011

Semak Keputusan SPM 2010 Melalui SMS


Pasti adik² yang bakal mengambil keputusan SPM hari ini sedang berdebar². Setelah berhempas pulas menuntut ilmu, hasilnya akan diketahui pada hari ini. Bagi yang berat hati kaki mahu mengambil slip peperiksaan di sekolah, bolehlah menyemaknya di internet. Dengan kecanggihan teknologi masa kini , keputusan SPM boleh diperolehi dengan pantas melalui sistem pesanan ringkas atau SMS.

Mar 21, 2011

Tengku Ampuan Terenggganu Mangkat

Bonda Yang Dipertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor pada jam 1:22 pagi tadi. Baginda yang berusia 78 tahun akan dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafibillah Shah, Ladang.

Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut akan berangkat mengiringi jenazah bondanya, Almarhum Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah untuk dibawa pulang ke Kuala Terengganu di Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia, Subang, jam 9:30 pagi ini.

Mar 17, 2011

Blogspot Memperkenalkan Langgan Melalui Email


Blogspot terus menambahbaik fungsinya apabila memperkenalkan satu lagi gadget iaitu Follow by Email. Justeru, para pembaca yang melanggan blog anda melalui email akan menerima notis tentang pos terbaru di blog anda. Tiada lagi alasan untuk mengatakan mereka terlepas cerita terbaru anda.

Mar 16, 2011

Azizul Dan Nicol Atlit Unggul

[:: Nicol + Azizul ::]

Usai menonton rancangan Adik²ku separuh akhir semalam, penulis melayan pula Anugerah Sukan Negara yang dipancarkan secara langsung dari Hotel Mandarin. Seperti jangkaan penulis, Azizulhasni Awang dan Datuk Nicol Ann David mengungguli kategori Olaragawan Negara dan Olahragawati Negara 2010. Prestasi mereka cukup hebat sehingga mudah mengenepikan lawan masing².

Mar 15, 2011

Blogspot Akan Menggunakan Interface Baru


Menerusi blog rasminya, Blogger telah mengumumkan bahawa mereka bakal membuat perubahan drastik ke atas platform Blogspot pada tahun 2011 ini. Blogspot bakal menampilkan antaramuka baru untuk Post Editor dan juga Dashboard. Ia diuar²kan lebih bersih dan moden selain menggunakan Google Web Toolkit. Perkembangan ini pastinya disambut baik oleh para bloggers yang menggunakan Blogspot kerana ia kini disenaraikan sebagai platform blogging terbesar di dunia. Tahukah anda bahawa artikel blog sudah ditulis sebanyak ½ billion dan mempunyai 400 juta pembaca aktif dari seantero dunia. Hebatkan??

Mar 14, 2011

Muzik Tanpa Henti Di Oh! Media FM


Oh! Media telah melancarkan radio internetnya iaitu Oh! Media FM secara rasmi berkuatkuasa 10 Mac lalu. Oh! Media FM ini direalisasikan dengan kerjasama CGYNet. Sebelum pelancarannya, penulis berkesempatan mendengar siaran percubaannya yang dibawakan secara langsung sejak 1 Mac.

Mar 11, 2011

Kata Hubung Pancangan


Baiklah anak², hari ini kita teruskan pembelajaran Tatabahasa kita. Kali ini kita terokai pula rahsia kata hubung pancangan. Nak tahu lebih lanjut?? Baca sampai habis.

Mar 9, 2011

Blog Eriyza Untuk Dijual


Tahukah anda berapakah harga semasa untuk blog anda?? Jika blog anda terkenal lagi popular, tentu nilainya pun tinggi jika dipedagangkan. Cuba lihat harga blog tersohor milik Khai, angkanya mencecah ratusan ribu ringgit. Kalau blog picisan seperti penulis, tentulah tiada siapa mahu beli malah harganya seciput cuma.

Mar 7, 2011

Tukar Facebook Ke Akhbar Di PostPost


Anda mahu melihat wall Facebook anda dalam bentuk akhbar?? Tentu menarik jika wall anda yang dipenuhi gambar, video dan link disusun seperti artikel suratkhabar, bukan??

Mar 4, 2011

Sorok Email Di Src.Im


Bosan dengan spam yang menyerang email anda?? Apa kata anda lakukan sedikit proses perlindungan kepada email anda dengan mengubah alamatnya menjadi seperti sebuah laman web?? Ianya akan mengurangkan kadar spam di dalam email anda.

Mar 2, 2011

Selamat Tinggal Wan Ahmad Fadzil

Arwah Wan Mohd Fadzil sekeluarga di majlis perkahwinan Knizam.
Gambar ehsan Knizam.

Tengahari tadi ketika asyik melayan Berita 1 Tengahari, penulis melihat berita kemalangan antara sebuah Myvi dan seekor kuda. Dikhabarkan pemandunya telah meninggal dunia. Ciri² arwah yang diceritakan oleh pembaca berita seakan² sama dengan penulis blog yang sering penulis kunjungi. Oleh kerana penulis hanya mengetahui nama penanya berbanding nama sebenar, penulis segera ke blognya tetapi tiada shoutbox untuk penulis ketahui hal sebenar. Mata tertancap pada pautan blog rakan²nya lantas penulis terus menjelajah dari satu blog ke blog yang lain. Akhirnya, sahih lagi pasti, dialah orangnya yang telah dijemput pulang.

Mar 1, 2011

Imbas Laman Web Di Virus Total


Pernahkah anda terfikir adakah blog yang anda layari setiap hari benar² bebas dari virus?? Kalau tidak pasti, apa kata anda membuat semakan secara online?? Barulah yakin, betul tak??