Apr 30, 2008

Fakta Tentang Penulis II


Akhir² ini penulis sibuk menukar template blog sehingga terlewat sedikit menunaikan virus tag dari Kelat. Di kesempatan ini, penulis akan menjawab soalan tag yang telah dikemukakan kepada penulis. Mari kita lihat apa terma dan syarat tag kali ini. topi

1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.


Ok, ini jawapan dari penulis.
  1. Seorang yang sederhana di dalam banyak hal.
  2. Sukakan alam semulajadi yang mendamaikan.
  3. Selalu melawak ketika bersama para pelajar.
  4. Gemar bersiar² santai dengan ahli keluarga.
  5. Sering shopping pakaian apabila poket penuh.
  6. Muzik global pelbagai genre menjadi halwa telinga.
  7. Boleh menghabiskan banyak masa depan komputer.
Tag ini akan penulis sebarkan pula kepada sahabat² yang lain iaitu Angah, Eiza83, Dekan, Zarielazie, Gadisipoh, Harif dan Idham. Selamat menjawab kepada bloggers² yang terkena virus nih. ihikhik

Apr 29, 2008

Antivirus Online II


Anda mahu mengimbas fail tertentu di dalam komputer anda, malangnya tiada sebarang perisian Antivirus diletakkan di dalamnya. Usah khuatir, anda boleh memilih alternatif lain iaitu dengan menggunakan pengimbas di dalam talian. Anda cuma perlu mengupload fail atau dokumen yang ingin diimbas, kemudian tekan butang send file. kenyit


Antivirus ini akan mengimbas fail anda dengan pantas. Hasil carian dari enam jenis pengimbas akan dipaparkan untuk anda. Anda boleh mengimbas fail yang bersaiz tidak lebih dari 20M. Selamat mengimbas di Filterbit. menari

Apr 28, 2008

Permainan Online : Teka-Teki Matematik


Para pembaca sekalian, jika anak² anda punya masa lapang dan gemar bermain dengan permainan di dalam talian, penulis ingin menyarankan permainan matematik untuk memantapkan minda. Permainan ini berbentuk teka-teki. Ada sembilan kotak disediakan manakala kotak paling tengah telah diberikan satu jawapan. kenyit


Anda cuma perlu mengisi nombor ke dalam setiap kotak yang disediakan untuk mendapatkan jumlah hasil tambah tiga nombor agar sama dengan jawapan yang telah diberi. Setiap nombor hanya boleh digunakan sekali sahaja. Ianya berbentuk melintang, menegak dan juga menyendeng. Ia juga didatangkan di dalam dua pilihan iaitu tahap mudah dan tahap sukar. Permainan Teka-Teki Matematik ini sangat sesuai untuk dijadikan latihan tambahan bagi anak² anda. Selamat belajar. peace

Apr 25, 2008

Buat Gambar Lucu


Adakah anda ingin menjadikan gambar anda sebagai gambar yang lucu?? Hanya dengan menggunakan gambar yang dimuatnaik ke laman web, anda boleh menggunakan skala garisan yang ada untuk mengubah gambar tersebut. Anda pasti akan seronok menggunapakai perkhidmatan laman web ini. setan


Anda boleh mencuba perkhidmatan ini di Pic Hacks. Selamat mengedit gambar. encem

Apr 23, 2008

Misteri Kehilangan Warga Emas


Daerah Kemaman khususnya Bandar Chukai digemparkan dengan kes pembunuhan kejam seorang warga emas yang bernama Zaiton Muhamad atau lebih mesra dengan panggilan Makcik Nab. Penulis ingin bercerita serba sedikit tentang peristiwa menyayat hati ini. Penulis menerima sms pada hari Khamis tentang kehilangan makcik Nab iaitu sehari selepas dia dilaporkan hilang. adacall


Penemuan rangka kereta Kancil miliknya di Tapak Semaian Majlis Perbandaran Kemaman di Kampung Mak Chili telah menjawab segala teka-teki misteri kehilangannya. Penulis sempat pergi ke tapak semaian itu dan melihat kawasan tersebut masih dilingkari dengan garisan polis. Satu hal yang amat membuatkan penulis terkedu ialah suspek utama kes ini iaitu sepasang suami isteri berusia 27 tahun ialah rakan sekerja kepada rakan baik penulis.

Jika diamati dari perlakuan sikapnya, penulis tidak menduga sama sekali dia sanggup bertindak sekejam itu apatah lagi dia mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa. Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada roh arwah Makcik Nab. Semoga rohnya dicucuri rahmat. doa

Apr 22, 2008

Melatah



Baru² ini, sewaktu majlis tahlil arwah atuk diadakan, penulis melihat beberapa orang remaja mengusik seorang nenek tua yang melatah. Nenek itu lebih dikenali sebagai Toksu Yam. Penulis sebenarnya kurang suka dengan perlakuan mereka yang sengaja mengusik Toksu Yam sehingga dia tidak henti² melatah dengan pelbagai aksi. Dia melatah mengikut arahan seperti mengaji, menari, berpantun dan lain² lagi. Paling teruk lagi, jika perkataan yang tidak sepatutnya dihamburkan oleh pelatah. Perlakuan latah Toksu Yam menjadi bahan hiburan lawak jenaka buat mereka. Penulis cukup geram lantas penulis segera menegur mereka. Kesian Toksu Yam, kepenatan dia diperlakukan oleh budak² itu. marah


Sama juga halnya dengan video yang dipaparkan di atas, si perakam sengaja mengusik makcik itu dan merakamkannya pula untuk disebarkan kepada orang lain. Sepatutnya, bersimpatilah pada orang yang melatah kerana tindakannya ketika itu berada di luar kawalan. Bayangkan jika senjata tajam berada berhampirannya, tentu saja boleh mengundang bahaya. Fikir²kanlah. tanduk

Apr 20, 2008

Template Blog II


Anda pengguna blogspot?? Adakah anda sedang mencari template baru untuk blog anda?? Adakalanya penggunaan template yang sama untuk jangka masa yang lama membuatkan tuan punya blog bosan. Pengunjung blog anda juga mungkin suka jika blog anda berubah corak dan warna. Blog yang cantik dan berinfomasi akan menarik minat mereka untuk terus menjadi pembaca setia setiap karya anda. kenyit


Oleh itu, mari kita selongkar laman web B Templates yang menyediakan pelbagai jenis template untuk dimuatturun. Mungkin ada template yang sesuai untuk anda. Ada pelbagai pilihan dari satu kolum sehingga empat kolum serta gabungan tema dan warna yang menarik. Ayuh kita tukar template. peace

Apr 18, 2008

Kotak Carian Google


Saudara Apih telah bertanyakan kepada penulis tentang kod untuk kotak carian Google. Untuk tidak menghampakan permintaannya, penulis dengan ini berbesar hati untuk memberikan kod tersebut kepada Encik Apih. Penulis berharap dia berjaya meletakkan kotak carian Google ke dalam blognya. ihikhik


Berikut ialah kod untuk kotak carian Google. Salin dan tampal kod ini di tempat yang bersesuaian.

<!-- SiteSearch Google -->
<form action="http://www.google.com/custom" target="google_window" method="get">
<table border="0" bgcolor="#E7EBF0">
<tr><td nowrap="nowrap" valign="top" height="32" align="left">
<a href="http://www.google.com/">
<img border="0" alt="Google" src="http://www.google.com/logos/Logo_25wht.gif" align="middle"/></a>
</td>
<td nowrap="nowrap">
<input value="eriyzaqistina.blogspot.com" name="domains" type="hidden"/>
<label for="sbi" style="display: none">Enter your search terms</label>
<input maxlength="255" id="sbi" value="" name="q" size="33" type="text"/>

<label for="sbb" style="display: none">Submit search form</label>
<input id="sbb" value="Search" name="sa" type="submit"/>
</td></tr>
<tr>
<td>&nbsp;</td>
<td nowrap="nowrap">
<table>
<tr>
<td>
<input id="ss0" checked value="" name="sitesearch" type="radio"/>
<label for="ss0" title="Search the Web"><font color="#000000" size="-1">Web</font></label></td>
<td>
<input id="ss1" value="eriyzaqistina.blogspot.com" name="sitesearch" type="radio"/>
<label for="ss1" title="Search eriyzaqistina.blogspot.com"><font color="#000000" size="-1">eriyzaqistina.blogspot.com</font></label></td>

</tr>
</table>
<input value="pub-9286647436179223" name="client" type="hidden"/>
<input value="1" name="forid" type="hidden"/>
<input value="ISO-8859-1" name="ie" type="hidden"/>
<input value="ISO-8859-1" name="oe" type="hidden"/>
<input value="GALT:#008000;GL:1;DIV:#336699;VLC:663399;AH:center;BGC:FFFFFF;LBGC:336699;ALC:0000FF;LC:0000FF;T:000000;GFNT:0000FF;GIMP:0000FF;LH:50;LW:390;L:http://i229.photobucket.com/albums/ee176/rijanfe/addesign.gif;S:http://http://www.panduanhebat.com/;FORID:1" n;ame="cof" type="hidden"/>
<input value="en" name="hl" type="hidden"/>
</td></tr></table>
</form>
<!-- SiteSearch Google -->


Sila tukarkan tulisan berwarna merah dengan alamat blog anda sendiri. Selamat mencuba. Semoga sukses. sengihnampakgigi

Apr 17, 2008

Fungsi Kekunci F1 Hingga F12


Adakah anda tahu fungsi kekunci F1 sehingga F12 yang terdapat pada papan kekunci komputer anda?? Bagi diri penulis, hanya beberapa kekunci tersebut yang penulis tahu akan fungsinya. Justeru, penulis telah membuat carian untuk mengetahui apakah rahsia yang terdapat disebalik kekunci tersebut. Jika anda juga berminat untuk mengetahui tentangnya, mari kita selongkar bersama. kenyit


Berikut ialah fungsi² butang kekunci F1 sehingga F12.


F1

  • Almost always used as the help key, almost every program will open the help screen when this key is pressed.
  • Windows Key + F1 would open the Microsoft Windows help and support center.
  • Open the Task Pane.

F2

  • In Windows commonly used to rename a highlighted icon or file.
  • Alt + Ctrl + F2 opens a new document in Microsoft Word.
  • Ctrl + F2 displays the print preview window in Microsoft Word.

F3

  • Often opens a search feature for many programs including Microsoft Windows.
  • Shift + F3 will change the text in Microsoft Word from upper to lower case or a capital letter at the beginning of every word.

F4

  • Open find window.
  • Repeat the last action performed (Word 2000+)
  • Alt + F4 will close the program currently active in Microsoft Windows.
  • Ctrl + F4 will close the open window within the current active window in Microsoft Windows.

F5

  • In all modern Internet browsers pressing F5 will refresh or reload the page or document window.
  • Open the find, replace, and go to window in Microsoft Word.
  • Starts a slideshow in PowerPoint.

F6

F7

  • Commonly used to spell check and grammar check a document in Microsoft programs such as Microsoft Word, Outlook, etc.
  • Shift + F7 runs a Thesaurus check on the word highlighted.
  • Turns on Caret browsing in Mozilla Firefox.

F8

  • Function key used to enter the Windows startup menu, commonly use to get into Windows Safe Mode.

F9

  • Opens the Measurements toolbar in Quark 5.0.

F10

  • In Microsoft Windows activates the menu bar of an open application.
  • Shift + F10 is the same as right-clicking on a highlighted icon, file, or Internet link.

F11

  • Full-screen mode in all modern Internet browsers.

F12

  • Open the Save as window in Microsoft Word.
  • Shift + F12 save the Microsoft Word document.
  • Ctrl + Shift + F12 prints a document in Microsoft Word.
Semoga ianya bermanfaat buat anda. menari

Sumber : Computer Hope

Apr 16, 2008

Aku Bukan Untukmu


Apabila cinta berputik di dalam hati, lalu cinta itu terpaksa dilupakan lantaran tiada jodoh di antara dua insan yang bercinta, maka kesannya sangat mendalam. Justeru, terimalah dengan redha akan hakikat perpisahan meskipun ada luka yang tercalar. Mungkin orang pertama yang dicintai tidak ditakdirkan untuk kita, lalu Tuhan menghadirkan insan lain yang akan menjadi pasangan hidup kita. Seterusnya kita akan berkasih sayang dengan insan tersebut. Sebaiknya, cintailah pasangan anda yang sah, anda akan mendapat kebahagiaan yang sebenar. kenyit


Aku Bukan Untukmu by Sultan Band

Jangan katakan cinta padaku
Hanya menambah luka hatiku
Semua yg telah terjadi biarlah
Kan kujalani hidup tanpamu
Harus ku relakan cintamu pada dirinya
Smoga kau bahagia dengannya

Reff:
Cinta ku lupakanlah diriku pahami
Aku bukanlah untukmu
Kisah ini tlah berakhir saat kau tak ada
Cintamu akan selalu abadi di dalam
Setiap nafas jiwaku kan ku kenang selamanya
Di dalam kisah hidupku

Hoo wo woo yee ….yeee

Cintaku akan selalu abadi di dalam
Setiap nafasku jiwaku kan ku kenang selamanya
Di dalam kisah hidupku

Best juga lagu ini. Hehehe!!! menari

Apr 13, 2008

Permainan Online : Idea Workshop


Jika anda mempunyai anak² yang sedang belajar di dalam tahap satu iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 3, penulis ingin menyarakan anda agar mengajar subjek Bahasa Inggeris kepada mereka melalui permainan dalam talian. Kaedah pembelajaran melalui permainan boleh merangsang minda si cilik agar lebih bersedia menerima ilmu baru. Selain itu, ia juga lebih menyeronokkan untuk diadaptasi di dalam kehidupan anak² anda. @nggaya


Permainan ini sangat mudah. Ia lebih kepada mengisi tempat kosong dengan huruf yang betul. Dua atau tiga huruf hadapan akan dihilangkan dan hanya perkataan belakang sahaja ditunjukkan. Anak² anda perlu memilih padanan jawapan di kotak sebelah kiri, kemudiannya tarik dan letakkan (drag and drop) di dalam kotak yang disediakan. Si kecil anda boleh melihat gambar sebagai klu perkataan yang dicari. Penulis berpendapat permainan ini agak bagus untuk dijadikan bahan pembelajaran tambahan. Permainan ini boleh dicuba di Idea Workshop. @sinchan

Apr 12, 2008

Jam Dan Kalendar



Kalendar merupakan antara aksesori yang menjadi kegemaran para bloggers. Ada yang suka meletakkan kalendar beserta jam yang didatangkan di dalam satu pakej manakala ada pula yang lebih suka mengasingkan antara kalendar dan jam. Pilihan terletak pada diri masing². Kali ini penulis ingin berkongsi pula aksesori jam dan kalendar yang menarik untuk diletakkan di dalam blog. senyumkenyit


Anda boleh memilih jam beserta kalendar atau pun jam dan kalendar yang berasingan. Untuk itu, penulis akan memberikan contoh kod untuk jam dan kalendar.

Jam


<div align="center"><embed src="http://www.geocities.com/blog_templete/accessories/clock/clock4.swf" quality="high" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" width="150" height="150" wmode="transparent"></embed></div>



Jam Berserta Kalendar


<div align="center"><embed src="http://www.geocities.com/blog_templete/accessories/clock/penunjukarah.swf" quality="high" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" width="150" height="77" wmode="transparent"></embed></div>



Kalendar



<div align="center"><embed src="http://www.geocities.com/blog_templete/accessories/calendar/calendar-pink.swf" quality="high" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" width="185" height="100" wmode="transparent"></embed></div>


Untuk koleksi jam dan kalendar yang lain, anda bolehlah berkunjung ke laman web Zul's Design Syudio. Selamat menambah aksesori di blog anda. topi

Apr 10, 2008

Penanda Wacana


Ada pelajar mahu penulis menyenaraikan beberapa penanda wacana untuk dijadikan bahan rujukan ketika menulis karangan. Maka, penulis dengan ini suka untuk membuat sedikit penerangan tentang penanda wacana. Lazimnya, penanda wacana digunakan di dalam karangan untuk memperlihatkan pertautan idea, urutan isi, ayat dengan ayat dan juga perenggan dengan perenggan. Penggunaan penanda wacana yang baik dapat melahirkan ayat dan perenggan yang berkesinambungan dan gramatis. angkatkening


Para pelajar digalakkan untuk menggunakan penanda wacana yang berbeza di dalam penyampaian karangan. Hal ini dapat menarik minat guru untuk terus membaca karangan tersebut, berkemungkinan guru tadi akan memberikan markah lebih kerana susunan ayat yang kreatif lagi kritis.

Berikut penulis senaraikan contoh² penanda wacana mengikut kategori tertentu.

Tambahan
  • dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping, bertitik-tolak, lebih-lebih lagi, hal ini, selain juga
Urutan
  • pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya, lebih awal dari itu, lebih penting lagi
Penyataan semula
  • iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan, sekali lagi ditegaskan
Contoh
  • contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai, mari kita mengambil contoh, khususnya, misalnya, hal yang dimaksudkan
Rumusan
  • rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
Tempat
  • berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan
Waktu
  • apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya, dewasa ini, sementara itu, pada masa yang sama, pada ketika itu, pada mulanya, serentak dengan, ada ketikanya, semenjak itu
Sebab dan Kesan
  • oleh itu, sebab itu, justeru, fasal, lantaran, jadi, dengan itu, sehubungan dengan
Bandingan
  • seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
Pertentangan
  • tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan, berbeza dengan
Pengesahan
  • sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya, sejajar dengan itu
Penulis berharap para pelajar dapat memanfaatkan penanda wacana ini dengan baik di dalam penulisan karangan mahu pun penyampaian teks ucapan. Selamat maju jaya di dalam pelajaran. cium

Apr 8, 2008

Teknik Khas Gambar Seram


Bagi para penggemar Abobe Photoshop yang sering sukses di dalam penghasilan pelbagai teknik gambar yang menarik, penulis punya sesuatu untuk anda. Sekiranya anda belum pernah menghasilkan teknik seram atau ngeri di dalam gambar, maka anda seharusnya mempelajari teknik baru ini untuk diaplikasikan di dalam hasil kerja anda. star


Pelbagai jenis teknik khas untuk menghasilkan gambar berbentuk seram dan ngeri dimuatkan di dalam laman web Photoshoproadmap. Anda cuma klik pada gambar yang dikehendaki dan anda akan dibawa terus ke laman tutorialnya. Tentu menarik jika anda sedang bekerja dengan penghasilan gambar sebegini. Walaubagaimanapun, ada juga gambar yang tidak dapat dipertontonkan, mungkin terlalu ngeri agaknya. Satu sahaja pesanan penulis, jangan pula anda usik si penakut dengan gambar ngeri yang anda telah berjaya buat. setan

Apr 7, 2008

Fakta Tentang Penulis


Encik BlogMenjerit telah mengetag penulis. Arahan virus tag tersebut ialah mengkehendaki penulis menyenaraikan lapan fakta tentang diri penulis dan kemudiannya penulis perlu menyebarkan pula tag ini kepada orang lain. Untuk tidak menghampakan sahabat yang mengetag penulis, maka penulis dengan ini akan menjawab soalan tersebut. cium


8 Fakta Tentang Penulis
  • Penulis sangat menggemari drama bersiri Cina terutamanya dari Hong Kong atau Taiwan. Drama yang sedang penulis ikuti sekarang ialah The Spirits Of Love yang disiarkan jam 6 petang di saluran 301 AEC. Drama ini sudah mencecah episod 678. Panjang sungguh episod drama bersiri ini..
  • Komputer dan internet menjadi teman akrab penulis. Setelah penat bekerja, penulis akan meluangkan masa di depan komputer untuk mencurahkan idea di laman blog. Selain itu, penulis juga akan berforum di laman web kegemaran penulis.
  • Bersiar² antara perkara yang sering penulis lakukan. Lazimnya, penulis akan membawa seluruh ahli keluarga penulis dan destinasinya tidak dirancang. Penulis akan memandu mengikut gerak hati dan selepas puas bersiar², kami akan pulang ke rumah.
  • Pertama kali menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan dengan menjadi guru ganti di Sekolah Kebangsaan Kampung Air. Selepas itu, dipanggil lagi ke sekolah yang sama untuk menggantikan cikgu yang lain pula. Beberapa tahun kemudian, penulis menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih hampir setahun di Sekolah Kebangsaan Ibok. Bertitik tolak dari situlah, penulis ditawarkan menjadi guru tuisyen. Sehingga kini, itulah punca pendapatan sampingan penulis.
  • Sayur²an dan buah²an bukanlah makanan kegemaran penulis. Malahan penulis lebih rela tidak makan nasi apabila menu yang dihidangkan berasaskan sayur²an. Penulis hanya menjamah lauk sayur²an apabila sayur tersebut benar² empuk sahaja, selebihnya penulis akan mengasingkannya di tepi pinggan.
  • Suka menyakat dan bergurau. Penulis kadangkala suka juga melawak dengan orang² yang berada hampir dengan penulis. Apabila melihat mereka bergelak ketawa, penulis berasa bahagia. Kemudian, penulis akan meminta maaf di atas gurauan penulis tadi.
  • Sering dijadikan tempat melepas perasaan oleh sanak saudara mahu pun rakan taulan. Mungkin penulis pendengar yang baik agaknya. Justeru, penulis sentiasa menjadi saksi utama deraian airmata hiba ataupun kegirangan yang terpancar di wajah mereka.
  • Penulis masih bersendirian. Doa dan harapan agar penulis dijodohkan dengan seorang lelaki yang bisa menjadikan penulis seorang muslimah yang berakhlak baik. Semoga ianya menjadi kenyataan dalam masa terdekat. InsyaAllah. Doakan penulis ye.
Sekian sahaja jawapan tag dari penulis. Semoga anda berpuashati hendaknya. Tag ini dengan bangganya akan disebarkan kepada Ien, Honey, MyWindowsXp, Cikgu Lepak, SembangKomputer, dan Khai. ihikhik

Apr 5, 2008

Belasungkawa


21 Mac 2008 iaitu hari Jumaat, aki (atuk) dimasukkan ke wad buat kali kedua. Hari itu juga merupakan hari lahirnya yang ke 91 tahun. Petang itu, aki terlalu lemah. Doktor Mohd Nor datang ke rumah dan memeriksa aki. Beliau menyarankan agar aki dimasukkan ke wad. Aki dibawa ke hospital dengan ambulans. Dia dimasukkan air dan ada tiga jenis lagi air yang tidak penulis ketahui jenisnya. Kiri kanan tangan aki ada jarum untuk memasukkan air² tersebut. Di dadanya pula berselirat wayar untuk memeriksa tekanan jantungnya sambil diawasi oleh sebuah monitor. Aki memakai topeng oksigen kerana dia kekurangan oksigen.


Selama 16 hari aki berada di hospital, hampir setiap hari penulis pergi. Penulis dan keluarga pergi menziarahinya pada waktu petang dan juga malam. Kaum keluarga yang lain bergilir² menjaga aki. Mereka bertugas seramai dua orang untuk setiap syif. Penulis tidak bertugas syif tetapi setiap kali penulis pergi, penulis akan menggosok² badan aki dan memegang erat tangannya.

Kelmarin, sewaktu penulis menziarahi aki, dia cuma diam tidak bergerak. Dia tidur dengan nyenyak. Banyak kali kami memanggilnya, namun tiada sebarang reaksi daripadanya. Akhirnya, pada pagi tadi kira² jam 2.15 pagi aki menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ketika itu, cuma Pak Lang dan Pak Din yang ada disisinya kerana waktu itu mereka bertugas.

Penulis menerima panggilan daripada Ayah Teh pada jam 2.20 pagi. Sejurus kemudian, penulis bergegas ke hospital bersama ahli keluarga yang lain. Alhamdulillah, urusan pengebumian aki berjalan lancar. Arwah aki disemadikan berhampiran kubur arwah nenek. Sudah 12 tahun arwah nenek meninggalkan aki.

Al-fatihah untuk arwah aki yang pergi mengadap Ilahi pada 5 April 2008 bersamaan 28 Rabiul Awal 1429H. Semoga rohnya dicucuri rahmat. doa

Apr 4, 2008

Kiri Atau Kanan


Aanda tentu biasa menjawab soalan berbentuk kuiz di blog / laman web yang anda kunjungi. Apa kata kalau anda mengisi masa terluang dengan mencuba kuiz perbandingan antara kiri dan kanan. Ianya lebih kepada perbandingan antara dua jenis yang hampir serupa kegunaannya atau pun antara baik dan buruk. gile


Suka penulis ingatkan, topik yang penulis tulis ini adalah untuk suka² sahaja. Anda cuma perlu klik pada kanan atau kiri untuk memilih jawapan yang anda mahu. Peratusan setiap jawapan akan ditulis di bahagian bawahnya. Ayuh, mari bermain di Left or Right. celebrate

Apr 1, 2008

Kotak Butang Banner


.: Eriyza Qistina :.


Pertukaran butang alamat blog (link exchange) sesama rakan blog yang lain boleh meningkatkan jumlah pengunjung ke blog anda. Jika anda baru berjinak dengan dunia blog, mungkin anda belum tahu cara untuk membuat kotak penukaran butang. Anda perlu menyediakan satu butang kecil untuk dimuatkan ke dalam blog rakan anda. Penulis menyarakan anda menyediakan butang berukuran 88 x 31. sengihnampakgigi


Anda salin kod di bawah ini dan letakkan di bahagian yang perlu.

<textarea rows="3" cols="18" name="S1"><a href="http://eriyzaqistina.blogspot.com/" target="_blank"><img border="0" alt=".: Eriyza Qistina :." src="http://img142.imageshack.us/img142/8634/buttonblog2yy9.gif"/></a></textarea>


Sila tukarkan tulisan berwarna merah dengan alamat blog anda dan juga butang blog anda sendiri. Semoga berjaya. topi