Showing posts with label Tutorials. Show all posts
Showing posts with label Tutorials. Show all posts

Jan 13, 2012

Blogspot Memperkenalkan Fungsi Komen Berantai


Ada teman yang mengomel penulis sudah lama tidak berkongsi tutorial baru. Ada juga yang perasan, ye?? Oklah, hari ini penulis ingin memaklumkan kepada anda satu berita baik iaitu Blogspot baru sahaja menambah sokongan threaded comments atau dalam bahasa mudahnya komen berantai di dalam sistem komennya. Contohnya, komen yang ditulis oleh Cik Azurie boleh dikomen oleh Jong-hun. Komen Jong-hun pula sekali lagi dikomen oleh Min-hwan. Seterusnya, komen Min-hwan dikomen lagi oleh Jae-jin. Sebab itulah dinamakan berantai kerana mereka mengomen di komen asal yang ditulis oleh Cik Azurie. Errr, anda faham tak??

Nov 24, 2011

Tukar Player Hitam Youtube Kepada Warna Putih


Ingat tak dulu Youtube menyediakan pelbagai jenis warna tema untuk digunakan pada video playernya?? Penulis sendiri pernah meletakkan pelbagai tema berlainan pada setiap video yang penulis paparkan. Akan tetapi, fungsi warna tema itu tidak lagi digunakan malah setiap player Youtube berwarna hitam. Kali ini, penulis ingin berkongsi dengan anda cara untuk menukar player gelap kepada cerah.

Nov 15, 2011

Tukar Ayat Asal LinkWithin


Penulis perhatikan ramai bloggers yang menggunakan widget LinkWithin. Secara asasnya perkataan yang biasa tertera ialah You may also like these stories atau Anda mungkin juga meminati. Barangkali anda mempunyai ayat yang lebih bagus untuk mengajak pembaca anda membaca topik yang lain. Justeru, hari ini, penulis akan berkongsi dengan anda cara² untuk melakukannya.

Nov 13, 2011

Halang Klik Kanan Pada Gambar


Sila klik kanan


Hari ini penulis nak kongsi dengan anda semua satu ilmu yang ringkas iaitu cara² untuk menghalang gambar anda daripada diklik kanan. Trik ini hanya berguna untuk orang yang kurang mahir mencuri gambar melalui cara lain selain klik kanan. Kalau orang yang cekap, mereka boleh mencuri gambar anda melalui pelbagai taktik lain.

Nov 12, 2011

Memasang Butang Dashboard Dan Follow Ala Tumblr


Anda ada Tumblr tak?? Jika ya, anda pasti maklum dengan butang Dashboard dan Follow yang terdapat pada templatenya. Sebenarnya, anda juga boleh memasang butang tersebut di blog anda. Caranya tersangatlah mudah.

Jun 30, 2011

Guna Google Font Dalam Blog


Sudah lama Google mengeluarkan font (tulisan) sendiri dan penulis juga menggunakannya di blog ini (mungkin sudah bertukar ke tulisan lain ketika anda membaca topik ini). Jadi, kali ini penulis ingin mengajar anda cara² untuk menggunakan font ini untuk digunakan di dalam blog anda.

Apr 17, 2011

Blog Tidak Menggunakan Akaun Gmail Akan Dipadam


Setelah sekian lama memberikan perkhidmatan berblog secara percuma, kini Google lebih tegas dengan penggunanya. Berita kurang enak yang diterima ialah akaun blogger tidak boleh lagi diakses dengan email seperti Yahoo, Hotmail dan lain². Ianya akan berkuatkuasa pada 25 Jun 2011 nanti. Buat semua pengguna Blogspot, segeralah log masuk dengan email Gmail agar anda tidak kehilangan blog anda kelak kerana semua blog yang berada di bawah email lain akan dihapuskan.

Mar 31, 2011

Blogspot Membawa 5 Perspektif Baru Paparan Blog


Paparan Snapshot

Belum pun interface dashboard baru blogspot berubah sepenuhnya, warga kerja blogger memperkenalkan pula 5 perspektif baru untuk melihat paparan blog. Mereka memasukkan elemen AJAX, HTML5 dan CSS3 untuk memberikan kepuasan yang lebih kepada penulis blog sendiri dan juga para pembacanya. Antara jenis² paparan yang boleh anda lihat ialah Flipcard, Mosaic, Sidebar, Snapshot dan Timeslide.

Mar 27, 2011

Panduan Mendaftar CIMB Online Banking


Siang tadi penulis telah ke Maybank untuk membatalkan kad kredit. Pegawai bank tersenyum sinis apabila melihat kad kredit penulis masih terlekat cantik pada surat yang mereka hantar dulu. Tergambar jelas di benak mereka bahawa penulis langsung tidak pernah mengambil peduli tentang kad kredit tersebut apatah lagi menggunakannya secara berpermaisuri bermaharajalela.

Setelah menyaksikan sendiri kad kredit penulis digunting dengan kejam, penulis beredar ke CIMB. Antara lain, tujuannya adalah untuk membuka akaun baru. Usai semua prosesnya, penulis terus mengaktifkan CIMB online banking. Akan tetapi, penulis kira ramai di antara pengguna di luar sana belum mahir cara² untuk mendaftar online banking. Mari penulis bawa anda menonton video yang akan menjelaskan secara terperinci proses pendaftaran yang cukup mudah.

Mar 17, 2011

Blogspot Memperkenalkan Langgan Melalui Email


Blogspot terus menambahbaik fungsinya apabila memperkenalkan satu lagi gadget iaitu Follow by Email. Justeru, para pembaca yang melanggan blog anda melalui email akan menerima notis tentang pos terbaru di blog anda. Tiada lagi alasan untuk mengatakan mereka terlepas cerita terbaru anda.

Mar 15, 2011

Blogspot Akan Menggunakan Interface Baru


Menerusi blog rasminya, Blogger telah mengumumkan bahawa mereka bakal membuat perubahan drastik ke atas platform Blogspot pada tahun 2011 ini. Blogspot bakal menampilkan antaramuka baru untuk Post Editor dan juga Dashboard. Ia diuar²kan lebih bersih dan moden selain menggunakan Google Web Toolkit. Perkembangan ini pastinya disambut baik oleh para bloggers yang menggunakan Blogspot kerana ia kini disenaraikan sebagai platform blogging terbesar di dunia. Tahukah anda bahawa artikel blog sudah ditulis sebanyak ½ billion dan mempunyai 400 juta pembaca aktif dari seantero dunia. Hebatkan??

Feb 20, 2011

Cara Membuat Wishlist


Okeylah, malas nak bermukadimah panjang hari ini sebab ketiadaan perasaan mood. Penulis cuma mahu mengajar tutorial yang ringkas sahaja iaitu cara membuat wishbone wishlist. Nak tahu cara membuatnya?? Teruskan bacaan anda sehingga ayat terakhir.

Dec 23, 2010

Kotak Penulis Atas Kotak Komen


Beberapa hari lalu, penulis ditanya tentang kotak penulis yang penulis paparkan di bahagian atas kotak komen di blog ini. Tahun sudah, penulis ada menerbitkan topik kotak pesanan admin atas kotak komen. Justeru, pos ini juga masih berkisar tentang intipati yang sama tetapi caranya sedikit berbeza. Seperkara lagi, kotak penulis ini lebih kemas dan menarik.

Dec 21, 2010

Memasang Sweet Title Tooltips


Topik ini sudah terperuk di dalam draft penulis sejak setahun lalu. Penulis fikir sudah menerbitkannya tetapi rupa²nya ia masih menunggu giliran. Buat anda yang ingin membuat sweet title tooltips, bolehlah rujuk pada cara² di bawah.

Dec 20, 2010

Blogspot Memperkenalkan Template Telefon Pintar


Pertumbuhan pesat teknologi telefon pintar turut menyebabkan para pembangun blog berpelantarkan Blogspot bekerja lebih keras. Mereka menyedari pada masa kini, blog² mula diakses melalui telefon pintar. Oleh kerana skrin telefon pintar terlalu kecil untuk memaparkan keseluruhan isi blog, kru Blogspot telah mengeluarkan template khusus untuk para pembaca yang mengakses blog² melalui telefon pintar.

Dec 15, 2010

Memasang Shoutbox Buka Tutup


Setelah dua hari tidak mengonlinekan diri, hari ini penulis kembali dengan tutorial baru. Untuk makluman, tutorial ini dibuat atas permintaan pelawat ini di shoutbox. Soalannya juga berkait rapat dengan shoutbox iaitu cara memasang shoutbox buka tutup di sidebar. Berapa banyak perkataan shoutbox daa...

Dec 4, 2010

Blogspot Menambah 40 Tulisan Baru


Memandangkan ramai bloggers gemar memasukkan tulisan berbeza ke dalam blog mereka, maka warga kerja Blogspot telah menambah koleksi tulisan yang boleh digunakan di dalam blog anda. Ada kira² 40 jenis tulisan baru ditawarkan dan akan ditambah lagi nanti. Anda dapat menikmati kemudahan ini melalui Blogger in Draft.

Nov 23, 2010

Kongsi Video Dari Facebook Di Blog


Kita sedia maklum ramai orang memuatnaik video ke Facebook mutakhir ini. Justeru, mungkin ada di antara video² tersebut ingin anda kongsi bersama pembaca blog anda. Akan tetapi, buat masa ini Facebook tidak menyediakan perkhidmatan embed video tersebut. Jadi, bagaimana hendak mengambilnya?? Jangan risau, penulis akan memberitahu anda cara mencurinya mengambilnya.

Oct 24, 2010

Memasang Iklan Bersaiz 125 x 125


Sesetengah blog mempunyai penaja manakala sebahagian yang lain pula gemar meletakkan laman web popular di sidebar mereka. Untuk berbuat demikian, adalah lebih elok jika anda mengkhususkan ruangan iklan di sudut tertentu blog kesayangan anda.

May 5, 2010

Kongsi Pos Dari Blog Di Blogger Buzz


Sejak Google Buzz dilancarkan pada Februari lalu, tentu ada di antara anda yang telah menggunakan perkhidmatan laman sosial itu. Tahukah anda bahawa navbar yang berada di bahagian header blog anda boleh digunakan untuk menghantar artikel dari blog ke Google Buzz??