Jan 31, 2007

Silence



Penulis suka lagu ini. Bait² liriknya yang puitis, ditambah pula dengan alunan melodi yang syahdu, lagu ini membuai rasa. Akhir² ini penulis berjiwa jiwang berlumut. Ntah kenapa, tidak pula penulis pasti. Layannn.


Jing Jing De
Silently
(SILENCE OST: Opening Theme Song)

Artist: 庾澄庆
Harlem Yu/Yu Cheng Qing


空气里躲着什么
Kong qi li duo zhe shen me
What’s hidden in the air?

有点浪漫的心动
You dian lang man de xin dong
There’s a hint of romantic feeling

我偷偷看你
Wo tou tou kan ni
I’m looking at you secretly

你也偷偷看我
Ni ye tou tou kan wo
You’re also secretly looking at me

世界上多了什么
Shi jie shang duo le shen me
Seems like the world’s getting something more

好像变得很不同
Hao xiang bian de hen bu tong
It doesn’t feel the same anymore

站在你身边
Zhan zai ni shen bian
Standing by your side

这一切都好宽阔
Zhe yi qie dou hao kuan kuo
All become so much bigger

我还在等着你
Wo hai zai deng zhe ni
I’m still waiting for you

静静的爱我
Jing jing de ai wo
To love me silently

只要有你陪我
Zhi yao you ni pei wo
So long as you’re by my side

静静的就足够
Jing jing de jiu zu gou
Silently is good enough

你也在等着我
Ni ye zai deng zhe wo
You’re also waiting for

静静的温柔
Jing jing de wen rou
My silent tenderness

就这样手牵手
Jiu zhe yang shou qian shou
Holding hands like this

静静的看着天空
Jing jing de kan zhe tian kong
Silently gazing at the sky

心里面藏着什么
Xin li mian cang zhe shen me
What’s hidden inside this heart?

你只想要让我懂
Ni zhi xiang yao rang wo dong
You are only trying to let me understand

原来我的梦
Yuan lai wo de meng
It turns out that my dream

也就是你的梦
Ye jiu shi ni de meng
Is also yours


Wo~
Oh~

纸条上写了什么
Zhi tiao shang xie le shen me
What’s written on this piece of paper?

我好想要听你说
Wo hao xiang yao ting ni shuo
How I wish I could hear you say

让字字句句
Rang zi zi ju ju
Let every word, every sentence

充满我们的笑容
Chong man wo men de xiao rong
Is filled with our smiles

永远要记得那天彼此许下的承诺
Yong yuan yao ji de na tian bi ci xu xia de cheng nuo
Forever we shall remember of the promise we made to each other on that day

瞬间点亮的火花
Shun jian dian liang de huo hua
That sudden, bright spark

是我们的拥有
Shi wo men de yong you
Belongs to us

静静的手牵手
Jing jing de shou qian shou
Holding hands silently

是最简单的梦
Shi zui jian dan de meng
Is the simplest dream

Jan 28, 2007

Alahai Pelajarku

Sudah hampir 2 minggu penulis bekerja disini, menghambakan diri sebagai seorang guru di sini. Penulis ditugaskan untuk mengajar Bahasa Inggeris Tahun 2 dan 3. Di sini, tingkah laku pelajarnya jauh berbeza dari perangai pelajar penulis di kelas tuisyen. Pelajar di sini maseh ramai yang buta huruf meskipun rata² mereka memulakan pendidikan seawal usia enam tahun.

Penulis terpaksa menggunakan kaedah tersendiri untuk mengajar anak² ini. Walaupun setiap guru dibekalkan dengan rancangan pembelajaran dan pengajaran, penulis terpaksa mengubah sedikit agenda tersebut untuk disesuaikan dengan tahap iq mereka. Penulis cuma berharap mereka dapat mengenali nombor dan abjad untuk memudahkan mereka kelak. Sekurang²nya biarlah mereka tau menulis nama dan nombor kad pengenalan sendiri satu hari nanti. Penulis tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi buat mereka, bimbang tidak tergalas di bahu mereka.

Mudah²an mereka mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah jua, diterangkan hati tuk menerima ilmu yang penulis cuba sampaikan. Insya allah.

Jan 20, 2007

Maal Hijrah 1428

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah. Mudah²an kita semua beroleh rahmat dari Allah Taala. Cuba fikir sejenak, apa yang telah kita lakukan sepanjang usia kita. Adakah kebaikan lebih banyak dari keburukan atau sebaliknya?? Penulis ingin mengingatkan diri sendiri dan juga pembaca yang budiman, marilah kita perbaiki diri kita sempena maal hijrah ini. Kita berhijrah ke arah kehidupan yang lebih diredhaiNya.

Usah asyik leka dengan duniawi yang penuh tipu daya sehinggakan kita lupa pada alam kekal di sana nanti. Sesungguhnya kehidupan kita di dunia adalah bekalan untuk menuju akhirat. Tinggalkan semua amalan mungkar yang sering kita lakukan, marilah kita berusaha untuk menjadi insan kamil agar kesejahteraan menjadi milik kita.

Apa azam penulis sempena tahun baru 1428 Hijriah?? Doa dan harapan mudah²an tahun ini penulis bertemu jodoh. Mungkin ada yang mengganggap penulis terlalu kerap menulis tentang hal ini sejak akhir² ini tetapi penulis rasa tidak salah kalo kita doakan sesuatu yang baik bukan?? Penulis juga berharap sesuatu yang elok saja berlaku dalam hidup kalian. Amin.

Jan 18, 2007

Kelas Bermula

Setelah 2 hari menjaga kelas peperiksaan TOV, baru hari ini penulis berpeluang masuk ke kelas untuk proses pembelajaran. Mujurlah guru yang penulis ganti tidak menjadi guru kelas, jika tidak banyak juga kerja perlu dibuat.

Seperti biasa, panggilan "cikgu" sudah tidak menjadi sesuatu yang istimewa buat penulis kerana sudah biasa dipanggil sebegitu. Penulis akan mencuba sedaya-upaya untuk memastikan semua pelajar² penulis membuat kerja di dalam kelas. Jika ingkar, bebirat laa tangan tuh kena penangan rotan. Hehe!!!

Jan 16, 2007

Kembali Sekali Lagi

Penulis menjejakkan lagi kaki ke sini setelah sekian lama tempat ini penulis tinggalkan. Dahulu, tempat ini penulis tinggalkan sewaktu bangunan barunya siap dibina. Sekarang, bangunan 3 tingkat itu menjadi tempat kerja baru penulis untuk tempoh 14 minggu. Sebetulnya, penulis tidak pernah berhasrat untuk kembali ke sini lagi untuk kali yang seterusnya meskipun disini tersimpan banyak memori yang tercipta. Atas desakan ibu bapa dan juga rakan², penulis akhirnya ke sini juga.

Berlainan benar perasaan penulis pada hari pertama tiba disini. Hampir kesemua rakan sekerja disini penulis kenali, cuma ada beberapa orang saja muka baru di sini. Sepanjang pagi, penulis ditegur, tidak kurang juga yang melemparkan senyuman. Mereka masih seperti dahulu, ramah dan baik hati.

Di sini, penulis temui seorang insan baik budi yang penulis sanjung. Sewaktu ke sini dahulu, dialah yang menumpangkan penulis saban hari ke tempat kerja. Hampir setahun juga kenderaannya menjadi kenderaan rasmi penulis. Kini, penulis menumpang kenderaannya juga. Jasanya akan selalu penulis kenang.

Sekolah Kebangsaan Ibok, penulis ke sini lagi sebagai warga pendidiknya.

Jan 15, 2007

Banjir Di Johor


Penulis terpanggil untuk menulis tentang banjir di Johor Bahru setelah negeri itu dilanda banjir buat kali kedua pada Jumaat lalu. Banjir pada tahun ini dikatakan paling buruk dalam tempoh 100 tahun sehingga hampir keseluruhan negeri di selatan Malaysia ini diliputi air. Alhamdulillah, negeri penulis yang selalu dilanda banjir setiap tahun, tidak terlibat dengan banjir besar pada tahun ini.

Penulis kira, mereka tentu saja tidak putus² mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana tidak perlu berpindah ke pusat pemindahan pada tahun ini. Banjir di negeri kelahiran penulis bukanlah sesuatu yang baru, malah hampir saban tahun, penulis berkesempatan untuk bermain air banjir walaupun kawasan rumah penulis tidak terlibat ngan masalah ini.

Banjir pada tahun ini seolah² "dipindahkan" ke Johor Bahru.Mujurlah sahabat baik penulis iaitu Cik Yati masih lagi tidak terlibat dengan banjir ini meski pun kawasan sekeliling tempatnya sudah banyak yang banjir. Apakah sebenarnya yang tersirat di sebalik semua ini?? Renung²kanlah wahai sahabat² sekalian tentang tindak tanduk kita yang dimurkai oleh Sang Pencipta sehingga musibah sebesar ini melanda. Bala tidak hanya menimpa orang² yang melakukan kemungkaran, malahan mereka yang tidak berdosa turut terlibat sama.

Jan 11, 2007

Soundtrack Sassy Girl, Chun Hyang

Jan 7, 2007

Address Bar Firefox

Anda bosan dengan url² address yang berlambak di address bar firefox? Kadangkala ianya menjadi terlalu panjang sehingga url² yang anda tersilap taip atau url² yang sudah tidak wujud lagi masih kekal di address bar anda.

Cara untuk membuangnya cukup mudah. Anda cuma perlu letakkan cursor anda pada address bar tersebut, kemudian tekan kekunci Shift dan Delete serentak. Sekelip mata saja, address itu sudah dinyahkan.

Sources : LPZH Website

Jan 6, 2007

Dilema Seorang Guru

Sewaktu membuat keputusan untuk menjadi guru tuisyen, penulis telah berazam untuk memberi iltizam sepenuhnya kepada anak² didik. Sebetulnya, tidak pernah terlintas di benak penulis untuk menjadik sorang guru, apatah lagik memikul tanggungjawab seberat ini. Menjadi sorang guru pada dasarnya adalah mudah, masuk aje ke kelas, bawa buku rujukan dan tulis topik yang berkaitan di papan putih. Namun, itu hanya pandangan umum pada profesion perguruan. Sebenarnya, tugas guru lebih rumit dari yang difikirkan oleh sesetengah orang. Guru bukan saja memikul tugas untuk mengajar anak² mengenal, membaca dan menulis. Harapan yang disandarkan oleh setiap ibu bapa pada guru² untuk memberikan yang terbaik buat anak mereka sungguh payah untuk direalisasikan.

Penulis mempunyai sorang pelajar yang penulis kira berpotensi untuk memperolehi keputusan cemerlang didalam peperiksaan UPSR sekiranya digilap dengan bagus. Tapi pelajar ini suka mengengkari arahan soalan. Penulis perhatikan jika soalan mengarahkan jawapan hendaklah dibuat dalam bentuk bulat, pelajar ini pula menanda jawapannya dengan membuat segi empat atau celoreng.

Natijahnya, kesemua jawapannya penulis berikan tanda pangkah kerana jawapan tidak mengikut skema jawapan yang ditetapkan. Sayang seribu kali sayang, hampir semua jawapannya betul tetapi salah cara. Peraturan tetap peraturan, penulis tidak akan berkompromi dengan hal sedemikian. Nak menangis? Nak marah? Nak mengadu pada mak ayah? Terpulang, sebab penulis bukan cikgu yang suka bagi markah kasihan.

Jan 2, 2007

Atasi Kelembapan Internet



Talian TMNet masih lagi bermasalah, kebanyakkan laman web yang dihostkan di negara lain mungkin sukar diakses buat masa ini. Sehubungan dengan itu, anda disarankan untuk menggunakan proxy negara lain buat sementara waktu sehingga masalah ini bisa diatasi. Jika berminat, anda boleh menggunakan proxy dari negara² berikut :-

Proxy Thailand
203.144.143.6 port 8080 atau 203.144.143.7 port 8080
Proxy Indonesia
202.93.36.11 port 80

Proxy Singapore
58.185.66.194 port 3128 Cara²nya :-

1) JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Untuk Internet Explorer 6.0 atau 7.0, pilih Tools -> "Internet Options". Klik tab "Connections" dan pilih "LAN Settings". Tick "Use a proxy server for your LAN" checkbox dan masukkan alamat dan port dengan maklumat di atas (iaitu with 203.144.143.6 dan portnya 8080.) Simpan settings, dan siap.

2) JIKA ANDA MENGGUNAKAN FIREFOX

Mozilla Firefox 1.0, pergi menu Tools pilih Options. diikuti dengan "General" tab dan pilih "Connection settings". Tick "Manual proxy configuration", dan masukkan detail di atas di "HTTP Proxy". (biarkan kotak lain kosong.) kemudian simpan.

Jika Mozilla Firefox 2.0, caranya sama tetapi pilih tab "Advanced" bukan "General". diikuti dengan "Network", dan klik "Settings". Yang lain serupa dengan di atas.

Selamat Berjaya.

Sources : LPZH Website

Jan 1, 2007

Happy New Year and Happy Birthday


:: Selamat Ulang Tahun Buat Bonda Tercinta ::


Rasanya baru semalam meraikan tahun baru 2006 tetapi hari itu sudah setahun berlalu dan kini 1 Januari 2007 memunculkan diri. Ini bermakna, usiaku secara automatiknya terupdate setahun lebih tua. Adehhh! Rasa cam masih remaja laa plak. Hehe! Kebetulan, tanggal lahirku sama dengan bonda tercinta. Walau aper pun, kami tidak meraikan tarikh ini, maklum sajalah kami bukan golongan yang sering disogokkan dengan kek atau parti pabila ulang tahun kelahiran kami tiba.


Bak kata "seseorang", tiada yang istimewanya dengan hari lahir kerana umur kita meningkat setiap hari, bukannya hanya setahun sekali. Betul gakkan?? So, hari lahir hanya sekadar catatan sejarah dalam sijil kelahiran, bukan untuk diraikan. Terima kasih buat teman-teman yang menitipkan sms hari lahir. Semoga kalian bahagia selalu hendaknya. Maaf jua kupohon dari Yati kerana tidak berkesempatan berborak lama dalam telefon tadi disebabkan diri ini sedang memandu ketika itu. Nanti kita sembang lelamer yer dik.

Azam tahun baru?? Herm, aper yer?? Doa dan harapan, mudah-mudahan tahun ini Allah akan menemukan jodoh buat diri ini. Selain itu, diri ini juga perlu ditambah dengan pengisian iman dan ilmu dan bermanfaat. Heharap termakbul apa yang diimpikan. Insya allah.

Tahun 2006 merupakan tahun yang banyak mendatangkan suka duka buat diri ini. Jika dititipkan semuanya di sini, tentu diperlukan satu hari satu malam tuk dibaca. Biarlah rahsia kekal rahsia. Biarlah diri ini dan orang² yang berkenaan saja yang tau tentang sesetengah hal yang telah menjadi sejarah dalam kalendar tahun lepas.

Semoga kalian yang membaca titipan ini sejahtera selalu hendaknya. Jadilah insan yang berani menegakkan kebenaran, bukannya insan yang hanya mengikut arahan meskipun kalian tahu hal itu bercanggah dengan hukum Tuhan.

Maafkan diri ini wahai makhluk Tuhan, diri ini hanya insan biasa yang tidak terlepas dari kekhilafan.