Jul 31, 2012

Mati Setengah Jam Selepas Menganut Islam


Lelaki ini bernama Husam Mikhail. Agama asalnya ialah Kristian. Sungguh pun demikian, dia turut berperang bersama para pejuang Pembebasan Syria untuk membebaskan negarai tu dari cengkaman Bashar Al-Assad. Dia diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam. Malah terpilih untuk mati syahid (insyaAllah) selepas setengah jam menganut agama Islam.

China Bunuh Enam Bayi Dari Kembar Tujuh


Seorang ibu berusia 33 tahun dari China telah melahirkan kembar 7 pada hari Isnin lalu. Jinan Huang yang telah melalui proses kelahiran selama 31 jam telah diberi tempoh selama seminggu oleh kerajaan untuk memilih seorang bayi yang akan dibesarkan.

Asia Tour 2012 : Malaysia vs Manchester City


Rabu lalu, pasukan Malaysia XI kalah tipis 1-2 dengan Arsenal, kali ini skuad negara sekali lagi kecundang di tangan Manchester City 1-3 di dalam perlawanan Jelajah Asia 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Julai 2012.

Jul 30, 2012

Syaleza Maut Akibat Dijerut


Seorang Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui mati oleh suaminya, Norazman Bashah di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu pada kira-kira 7 malam pada hari Sabtu, 28 Julai 2012. Syaleza dikatakan mengurungkan diri di dalam bilik selepas bertengkar dengan suaminya. Ketika mahu mengajaknya berbuka puasa, suami mangsa mendakwa terdengar dentuman kuat sebelum menemui isterinya di dalam keadaan tergantung di atas kipas siling.

Pemuda Mungkin Buta Kerana Mercun Bola


Seorang pemuda termasuk seorang kanak-kanak menjadi mangsa pertama mercun tahun ini. Kejadian pada pukul 7 malam di Kampung Kuala Kangkong, Alor Setar itu mengakibatkan Mohd Sohibollah Saad, 27, cedera di mata, bahu dan tangan kiri manakala jirannya pula, Tuah Mohd Hafiz Mohd Razli, 9, cedera di dahi dan badan apabila terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup.

Jul 29, 2012

Nombor Telefon Girls Generation Dijual Atas Talian


Jika sudah menjadi orang terkenal di seluruh dunia, sudah pasti apa sahaja maklumat tentang seseorang itu boleh didagangkan. Itulah nasib yang menimpa artis Korea apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan dengan menjual nombor telefon peribadi milik mereka. Perkara itu didedahkan dalam rancangan ‘One Night of TV Entertainment' terbitan SBS yang bersiaran pada 25 Julai 2012.

Wasiat Pemuda Syahid Di Syria Untuk Keluarga


Seorang pemuda yang berasal dari Arab Saudi, Muhammad Salim El-Harbi, sempat menulis sepucuk surat seperti wasiat untuk ahli keluarganya sebelum keluar berjihad di bumi Syria. Dalam satu pertempuran dengan askar dan talibarut Basyar Al-Assad di Lazaqiyah, Syria pada 7 Ramadhan 1433 bersamaan 26 Julai 2012, pemuda ini telah gugur sebagai mujahiddin.

Jumlah Tontonan Video K-Pop Tahun 2011


Beberapa tahun kebelakangan ini, muzik K-pop atau disingkatkan daripada Korea Pop telah mendapat tempat di hati peminat muzik bukan sahaja Asia malah turut menembusi pasaran Eropah. Justeru, Seo Min-Soo dari Institut Penyelidikan Ekonomi Samsung telah menerbitkan satu artikel berjudul Pengajaran Daripada Kejayaan Global K-Pop.

Jul 28, 2012

Tema Hari Kemerdekaan 55 Malaysia


LOGO TEMA MERDEKA 2012

Hari Kemerdekaan Malaysia hanya akan disambut lebih kurang sebulan dari sekarang. Namun, logo rasmi bagi meraikan Hari Kemerdekaan ke-55 telah pun dipaparkan kepada umum. Logo Merdeka kali ini terlalu ringkas dan kurang kreatif. Penulis sendiri merasakan ianya tidak sesuai untuk diangkat sebagai logo Merdeka tahun 2012.

Jul 27, 2012

Ryan Ziqry Bin Rozaidi


Dramatis yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, telah mendapat seorang anak lelaki yang dilahirkan oleh isterinya, Natalia Mustafa Kamal, 29, di Pusat Perubatan Tropicana pada jam 9.30 pagi tadi. Bayi lelaki seberat 4.32 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan telah dinamakan Ryan Ziqry.

Kapal Bunga Alpinia Terbakar Di Labuan


Sebuah kapal tangki Bunga Alpinia milik Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC) terbakar dan meletup menyebabkan seorang meninggal dunia manakala empat lagi masih hilang. Kejadian pada jam 2.30 petang itu meragut nyawa Sharil Azmi Baharudin, 28, yang ditemui rentung berhampiran jeti Petronas. Empat lagi yang masih hilang dikenali sebagai Muhammad Azrin Khansani, 20, Mohd Hanafi Kalil, 24, Zahari Hassim, 46, dan warga Filipina, Errol Calau-an Colangay, 32.

Wanita Hamil Dipaksa Telan Pil


Seorang bapa tergamak menuang minuman berkarbonat ke dalam mulut anaknya yang sedang hamil. Kemudian, lelaki itu turut memaksa anaknya menelan pil tahan sakit untuk menggugurkan kandungannya. Tragedi itu berlaku pada jam 12.30 tengah malam Khamis di kediaman mereka di Pantai Dalam.

Kuliah Jumaat #51


Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Mat Rempit Hensem Bertaubat


Jul 26, 2012

Pelajar Malaysia Selamat Tiba Dari Syria


Tiada perkataan yang lebih tepat untuk digambarkan bagi ibu bapa apabila anak yang berada di negara yang sedang dilanda perang saudara telah pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat. Sekumpulan 7 orang pelajar Malaysia yang menuntut di Syria telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 4.25 petang pada hari Rabu, 25 Julai 2012.

Kubah Jatuh Ke Tanah


Sebuah kubah Masjid Mukim Padang Pauh jatuh ke tanah selepas dipukul ribut petir yang berlaku pada pukul 8.20 malam pada 23 Julai lalu. Mujurlah ketika kejadian berlaku, tiada jemaah masjid yang berada di situ ekoran mereka semua pulang ke rumah masing-masing sebaik usai berbuka puasa memandangkan hujan akan turun.

Makan Nasi Dalam Lori


Sepasang peniaga jualan nasi putih dan aneka lauk langsung tidak rasa bersalah apabila menjual makanan kepada semua orang yang singgah di gerainya tanpa mengira Islam atau bukan Islam. Aktiviti jualan terbuka itu rancak dilakukan di tepi persimpangan sebuah kawasan industri Bukit Beruntung pada jam 12.30 tengah hari.

Jul 25, 2012

Tragedi Lamborghini


Memandu kenderaan mewah tidak menjamin bahawa pemandunya juga berhemah. Itulah yang berlaku terhadap pemandu Lamborghini kuning yang baru memulakan perjalanan selepas lampu bertukar hijau di Chicago apabila gagal mengawal kereta mewahnya. Maka, berlakulah kemalangan yang tidak sepatutnya terjadi.

Asia Tour 2012 : Malaysia vs Arsenal


Perlawanan bola sepak persahabatan Jelajah Asia 2012 antara Arsenal dan Malaysia XI telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada pukul 9.45 malam bertarikh 24 Julai 2012. Mampukah Malaysia selaku Juara Asia Tenggara mengekang kemaraan Arsenal yang diberi jolokan The Gunners selaku kelab bola sepak bertaraf professional??

Ahmad Jazimin Saman FAM


Ahmad Jazimin Mohd. Jalaludin, 30, bekas pereka grafik yang buta mata kanan akibat terkena letupan mercun ketika menonton perlawanan bola sepak pada Julai tahun lepas, telah memfailkan saman berjumlah RM776,000 pada hari ini terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Wordless Wednesday #58



Jul 24, 2012

Kena Renjatan Elektrik Ketika Kelapa Dikait


Hajat seorang lelaki untuk menambah pendapatan dengan menjual kelapa tidak kesampaian apabila dia terkena renjatan elektrik ketika sedang mengait buah kelapa tua. Mangsa, Riduan Hashim, 31, mengalami renjatan elektrik tatkala batang galah aluminium yang digunakannya mengenai kabel elektrik. Kejadian pada pukul 6 petang itu berlaku berhampiran rumah mangsa di Kampung Kroh, Batang Padang, Tapah.

Ariel Peterpan Keluar Penjara Bulan Ramadhan


Vokalis utama band Peterpan dari Indonesia, Nazriel Irham atau nama pentas Ariel telah dibebaskan dengan bersyarat dari Penjara Kebon Waru, Bandung pada pukul 9 pagi. Pembebasannya pada hari Isnin, 3 Ramadhan 1433 (23/7/2012) diharapkan bakal membawa perubahan positif di dalam kehidupan bintang terkenal ini.

Jul 23, 2012

Guna Sut Beroda Turuni Bukit Di China


Lelaki dari Perancis yang diberi jolokan 'Rollerman' telah membuktikan keupayaannya apabila berjaya menuruni sebuah bukit curam Gunung Tianmen, Zhangjiajie, di wilayah selatan Hunan, China pada hari Ahad (22/7/2012) lalu. Jean-Yves Blondeau, 42, menggunakan sut khas yang mempunyai 31 roda terutamanya pada bahagian perut, belakang dan sendi-sendi utama untuk membolehkannya meluncur dengan pantas.
.

Ponteng Sekolah Untuk Cari Belanja Rumah


Jika kanak-kanak sebaya yang lain sedang sibuk mengalas beg ke sekolah tetapi lain pula ceritanya bagi 3 orang adik-beradik yang harus membawa bakul jualan untuk menyara kehidupan. Itulah pengorbanan yang dilakukan oleh 3 beradik, Hamirul, 11, Nabila, 9, dan Alyah, 8, yang terpaksa menjaja makanan setiap hari. Malah, kakak sulung mereka sudah berhenti sekolah kerana malu diejek akibat gagal melunaskan yuran sekolah.

Jul 22, 2012

Janji Anak Pada Emak


Penulis suka tengok video ini kerana ia berkisar tentang seorang anak kecil yang memohon maaf daripada ibunya kerana tidak makan dengan betul. Selain comel, kata-kata si cilik ini juga mampu meruntun hati seorang ibu.

Lelaki Tua Dicekup Kerana Ponteng Puasa


Taktik makan di kedai makan bukan Islam pada bulan Ramadhan untuk mengelabui mata masyarakat tidak lagi berguna apabila pihak berkuasa menyerbu premis berkenaan. Lima orang dicekup termasuk 3 orang warga emas dicekup oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Jul 21, 2012

Dulu Halau Emak, Kini Diusir Anak


Sedekad lalu, seorang lelaki membiarkan sahaja ibunya dihalau dari rumah oleh isterinya. Kini, dia pula mengalami nasib malang yang sama apabila diusir oleh isteri dan anaknya sendiri. Abdul Rahman Talib, 60, kini tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup, Padang Besar iaitu tempat yang sama ibunya menumpang kasih selepas disisihkan.

Roti Bakar Tahun 1981 Berharga RM1311


Mahukah anda membeli sepotong roti yang sudah berusia 31 tahun dengan harga ribuan ringgit?? Sepotong roti yang dikatakan telah dihidangkan pada tahun 1981 untuk pewaris pertama takhta diraja Britain, Putera Charles telah dilelong kelmarin pada harga AS$359 (RM1,131). Roti itu dihidangkan untuk sarapan pagi di Istana Buckingham pada hari perkahwinan Charles dengan Puteri Diana pada 29 Julai 1981.

Jul 20, 2012

Marhaban Ya Ramadhan 1433


Selamat menjalani ibadah puasa penulis ucapkan kepada semua pelawat blog ini. Di kesempatan yang ada, penulis ingin mengajak diri sendiri dan kalian semua untuk meningkatkan iman dan taqwa. Mudah-mudahan Allah memberi kebaikan kepada kita semua.

Kuliah Jumaat #50


Pendakwah : Ustaz Farid Ravi Abdullah
Topik : Ramadhan Penghapus Dosa


Jul 19, 2012

Wanita Kurang Upaya Menang Jutaan Dollar


Lynette Rowe, 50, dari Melbourne lahir tanpa tangan dan kaki. Kecacatannya itu dipercayai berpunca daripada sejenis ubat iaitu thalidomide yang diambil oleh ibu wanita tersebut ketika hamil. Justeru, Rowe membuat tuntutan ganti rugi untuk 'bayaran bagi kecacatannya'.

Polis Mengamuk Di Hotel


Seorang anggota polis berpangkat Inspektor yang berusia 32 tahun telah mengamuk di sebuah hotel lalu mencederakan dua pekerja hotel tersebut. Tidak cukup dengan kekasaran itu, dia turut merosakkan beberapa buah kereta di Seremban 2. Pekerja hotel berkenaan dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan yang teruk.

Jul 18, 2012

Alatan Kecergasan Daripada Kayu


Penternak lebah, Valery Titov mencipta alatan kecergasan sendiri berasaskan kayu sepenuhnya. Sebanyak 20 buah alatan kecergasan sudah diciptanya menggunakan kayu pain Angara dan cedar tanpa sebarang penggunaan logam.

Wordless Wednesday #57



Jul 17, 2012

Ketua Eksekutif Hong Kong Dibaling Topeng


Seorang anggota perwakilan Liga Demokrat Sosial, Leung Kwok-hung mencetuskan kekecohan selepas beliau membaling topeng ke arah Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying semalam. Namun, topeng tersebut gagal menemui sasarannya. Beliau dihalau keluar dari dewan Majlis Perundangan sejurus kejadian itu berlaku.

Jul 16, 2012

Terengganu Juara Keseluruhan Sukma 2012


Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-15 yang bermula dari 7 Julai 2012 sehingga 16 Julai telah berakhir sebentar tadi di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Menepati ramalan, Terengganu dengan slogan 'Terengganu Hanelang' telah diumumkan sebagai Juara Keseluruhan SUKMA XV. Untuk pengetahuan kalian, negeri kelahiran penulis ini pernah muncul sebagai juara SUKMA 2008 di Terengganu, SUKMA 2010 di Melaka dan SUKMA 2011 di Kuala Lumpur.

Dato' Fazley Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2012


Rancangan masakan yang hangat diperkatakan, MasterChef Selebriti Malaysia telah menemui titik noktahnya apabila Dato’ Fazley Yaakob dinobatkan sebagai pemenang sekaligus menewaskan pesaingnya iaitu Angah Raja Lawak atau nama di dalam sijil kelahirannya ialah Iskandarshah Bin Hashim.

Badan Lebam Dipukul Tiga Jam


Pelajar dari sebuah sekolah agama dibelasah oleh kira-kira 18 orang rakan asramanya kerana dituduh mencuri wang RM100 milik pelajar lain. Muhammad Fareez Akmar Mustapa yang berusia 16 tahun mendakwa dia lebam pada muka, paha, belakang badan serta betis dipercayai dipukul menggunakan objek keras.

Jul 15, 2012

Karikatur Harian Metro Menghina Presiden Mesir


Apa lokomotifnya karikatur dan akhbar Harian Metro menyiarkan kartun dengan gambaran Presiden Mesir, Mohamed Morsi diumpamakan seperti Firaun. Bahkan bulan dan bintang yang menjadi lambang keagungan Islam turut diselitkan sekali?? Karikatur yang tersiar pada Sabtu (7 Julai 2012) dalam ruangan sketsa jelas menghina Mohamed Morsi dan juga Islam.

The Store Mohon Maaf Promosi Arak Ramadhan


Susulan bantahan umum tentang promosi arak Carlsberg untuk Ramadhan, pihak The Store cawangan Sri Petaling telah tampil memohon maaf secara terbuka. Permohonan maaf itu telah dibuat di dalam Facebook The Store milik mereka.

Jul 14, 2012

Buat Duit Dengan Bergelek


Restoran Arab di Kuala Lumpur kini bukan sahaja menghidangkan masakan Arab malah tarian gelek turut disediakan untuk 'dijamu' kepada para pelanggan mereka. Rentetan permintaan yang semakin meningkat, maka muncullah penari gelek berbangsa Melayu.

Nenek Ann Colagiovanni Terima Diploma Sekolah Tinggi


Seorang wanita tua yang sudah menghampiri usia 1 abad baru mendapat diploma sekolah tinggi. Setelah 8 dekad meninggalkan zaman persekolahannya ketika berusia 17 tahun, Ann Colagiovanni @ Anna Lupica, 97, akhirnya berjaya menggenggam segulung diploma. Ann, terpaksa berhenti sekolah pada tahun 1930an iaitu ketika zaman kemelesetan ekoran membantu ayahnya berniaga di kedai keluarga. Dia membantu keluarganya sehinggalah perniagaan mereka ditutup pada tahun 1960an.

Keputusan Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2012


Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sekali lagi bergema dengan alunan indah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca secara bertajwid dan bertaranum. Penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 telah diadakan selama 8 malam bermula dari 6 hingga 13 Julai. Peserta Malaysia, Muhammad Anuar Ghazali, 36, telah dijulang sebagai johan Qari manakala Hasnae Khoulali, 19, dari Maghribi pula muncul sebagai juara kategori Qariah.

Jul 13, 2012

Philippa Garfield Ketagih Mayonis


Mungkin anda dan penulis mahukan mayonis untuk makanan tertentu sahaja. Akan tetapi, lain pula halnya dengan Philippa Garfield yang menggunakan mayonis dengan kadar yang banyak di dalam aktiviti hariannya. Pendek kata, Philippa boleh dikatakan pengguna mayonis yang tegar.

Kuliah Jumaat #49


Pendakwah : Ustaz Zulkifli Ahmad
Topik : Hukum Jurufoto Non-Muslim, Posing & Mak Andam


Jul 12, 2012

Lautan Buih Melanda Cape Town


Satu fenomena alam yang luar biasa telah melanda bandar Cape Town, Afrika Selatan apabila pesisir pantainya dilanda ombak buih yang lebih dikenali sebagai 'Cappuccino'. Buih-buih tersebut telah melimpah sehingga ke jalan raya dan kawasan sekitar pantai berkenaan.

Cerai Isteri Dengar Ceramah Hasan Ali


Sepasang suami isteri warga emas bercerai lantaran si suami 'naik darah' kerana isterinya mendengar ceramah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali di Tanah Merah pada 11 Jun lalu. Yahaya Ibrahim, 71, menceraikan Che Hasnah Che Ahmad, 61, dengan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pukul 9 pagi, 11 Julai 2012.

Indo Mengamuk Kerana Mabuk


Seorang lelaki Indonesia yang dipercayai sedang mabuk kerana menghidu gam telah mengamuk di 7 Eleven Taman Semantan, Temerloh pada jam 3 pagi semalam. Dia bukan sahaja mengambil snek dan dimakan tanpa bayaran malah menyepahkan barang-barang di dalam premis tersebut.

Spiderman Seiras Cicakman


Pernahkah anda terfikir watak superhero Spiderman yang anda selalu tonton sebenarnya ada persamaan dengan Cicak dari spesis Mwanza Flat Headed Agama?? Mungkin itulah juga perkara yang bermain di minda Cassio Lopes dan isterinya Alessandra apabila menemui cicak yang berwarna biru dan merah yang berasal dari Afrika itu.

Jul 11, 2012

Promosi Minuman Haram Mengundang Amarah Muslim


Sebuah pasaraya di Sri Petaling mengundang amarah orang Islam apabila membuat promosi jualan murah Ramadhan Sale untuk arak Carlsberg. Umum sedia maklum, arak adalah minuman yang haram buat muslim. Justeru, apa motifnya promosi sebegini dihebahkan menjelang bulan yang mulia bagi umat Islam??

Wordless Wednesday #56



Jul 10, 2012

Khairul Fahmi Berlakon Filem Aksi


Eh, betulkah Khairul Fahmi si penjaga gol pasukan Harimau Malaya sudah terjun ke bidang lakonan?? Agaknya itu persoalan yang berlegar di minda para peminat bola sepak. Mahu percaya atau tidak, terpulang kepada anda tetapi hero filem aksi ini bernama Khairul Fahmi Che Mat.

Gegendang Telinga Pecah Ditampar Rakan Sekolah


Dek kerana kesalahan yang kecil, seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menanggung sakit kerana gegendang telinga kanannya pecah akibat ditampar oleh pelajar tingkatan lima. Ekoran kejadian itu, Mohamad Hazim dan bapanya, Mohamad Zaid membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Khalil Afandi Ditembak Mati


Seorang lelaki yang tidak berbaju dan seorang wanita yang berhijab telah mengamuk bersenjatakan pedang samurai di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan yang menghalang mereka memasuki kawasan berkenaan. Insiden mencemaskan itu berlaku pada hari Isnin (9/7/2012), kira-kira pukul 2.30 petang.

Jul 9, 2012

Belasungkawa Azah Aziz


Tokoh budayawan, Sharifah Azah Mohamed Alsagoff atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz meninggal dunia akibat sakit tua dan angin ahmar kira-kira pukul 10 pagi tadi. Beliau merupakan teman hidup kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan juga ibu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Pengutip Kotak Terbuang Pulangkan Sejumlah Wang


Seorang lelaki, Bahar Rauf, 55, yang melakukan kerja sampingan sebagai pengutip kotak terbuang tidak menduga akan menemui wang bernilai ratusan ribu ringgit di dalam sebuah kotak yang diambilnya. Rutin mengutip kotak dilakukan pada pukul 6.30 petang setiap hari setelah kerjanya selesai.

Politikus Jordan Acu Pistol Pada Lawan


Berang dituduh sebagai agen kepada agensi perisik Israel (Mossad), seorang ahli politik Jordan yang sedang berdebat telah bertindak di luar batasan apabila mengeluarkan sepucuk pistol seraya mengacukannya kepada pihak lawan. Sebelum pistol diacu, Mohammad Shawabka melempar kasut kepada pesaingnya yang juga penggiat politik, Mansour Sayf Al-Din Murad. Insiden itu berlaku ketika stesen saluran televisyen swasta Jo Sat menyiarkan debat secara langsung antara ahli politik berhaluan kiri itu dengan tajuk berkaitan kebangkitan pemberontakan di Syria.