Feb 26, 2010

Maulidur Rasul 1431H


Hari istimewa ini muncul lagi malah ia semakin menarik apabila jatuh pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. Sambutan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W disambut dengan meriah di seantero dunia. Baginda adalah manusia teragung di atas muka bumi ini. Selaku umatnya, marilah kita sama² mencontohi akhlak terpuji baginda. Sesungguhnya baginda adalah sebaik² contoh ikutan.

Feb 24, 2010

Memasang Butang Google Buzz


Baru² ini Google telah meluncurkan Goole Buzz kepada umum. Justeru, mungkin ada di antara kita yang ingin memasukkan butang Google Buzz ke dalam blog masing² untuk berkongsi topik menarik bersama rakan² yang lain di rangkaian sosial itu. Jangan buang masa, mari kita mulakan.

Feb 22, 2010

Setkan Password Dalam Microsoft Word


Topik ini untuk pengguna Microsoft Word 2007. Kali ini penulis ingin berkongsi cara² memasukkan pasword (kata laluan) untuk setiap dokumen yang kita buat. Ia tidak lain bertujuan untuk melindungi isi kandungannya agar tidak dibaca oleh orang lain. Jom kita mulakan.

Feb 20, 2010

Setkan Default Web Browser Di Komputer


Lazimnya setiap pemilik komputer memasang lebih dari satu web browser. Bagaimana agaknya untuk menetapkan sesuatu browser sama ada Mozilla Firefox, Google Chrome, Opera atau lain² agar menjadi browser utama di komputer anda?? Jika mahu tahu, baca topik ini sampai habis.

Feb 18, 2010

Dropcaps Ditambah Kotak


Sudah agak lama penulis tidak menulis tentang tutorial blog. Kali ini tergerak di hati untuk berkongsi cara menulis huruf besar di awal topik atau lebih dikenali sebagai dropcaps yang mempunyai kotak. Kalau anda sudah menggunakan dropcaps lama, gantikan sahaja yang itu dengan yang ini.

Feb 16, 2010

Origami Dari Wang

gif maker

Kalau berbakat dan kreatif, memacam benda yang menarik boleh dihasilkan. Kali ini mari kita lihat kekreatifan makhluk Tuhan yang menghasilkan wajah² origami dari matawang tertentu. Lipatan dibuat pada wang dengan menimbulkan wajah yang tertera sebagai motif utama manakala sekelilingnya dilipat bersesuaian dengan budaya negara matawang tersebut.

Feb 15, 2010

Penghias Skrin Google Analytics


Untuk anda yang meminati browser Google, bolehlah meletakkan wallpaper Google Analytics di komputer masing². Ada tiga pilihan penghias skrin sedia untuk dimuatturun. Menariknya, ia didatangkan di dalam tujuh saiz skrin resolusi. Pilih sahaja salah satu yang anda mahu.

Feb 14, 2010

Permainan Online : Teka Silangkata Aimanku


Siapa handal bermain teka silangkata?? Jikalau anda memang biasa bermain teka silangkata, tentu ia menjadi satu hobi yang amat menyeronokkan selain menambahkan ilmu. Maklumlah, menyelesaikan setiap kotak silangkata bukan perkara enteng walaupun telah diberi klu. Mari kita bermain teka silangkata yang mencabar minda.

Feb 13, 2010

Set Ikon Percuma Coquette


Set ikon Coquette didatangkan di dalam 50 jenis ikon. Ia memaparkan pelbagai jenis ikon yang menarik, sesuai untuk digunapakai oleh para bloggers. Antara ikon² yang penulis suka ialah payung, kalendar, carta, dan bintang. Ada lima saiz ikon ditawarkan iaitu 16x16px, 32x32px, 48x48px, 64x64px dan 128x128px.

Feb 12, 2010

Google Meluncurkan Google Buzz


Sebaik membuka email Gmail, penulis disogokkan dengan notis tentang penambahan fungsi terbaru iaitu Google Buzz. Secara ringkasnya, ia seumpama laman sosial yang ditawarkan oleh Facebook dan Twitter. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah perkongsian teks, link dan gambar.

Feb 10, 2010

Tukar Teks Ke Audio Dengan Notepad


Pernahkah anda membuat audio dari Notepad anda?? Jika belm pernah, suka penulis kongsikan cara² unuk membuatnya pada kali ini. Anda cuma perlukan Notepad dan beberapa baris kod untuk memastikan audio tersebut dapat berfungsi dengan baik. Dah sedia?? Jom belajar bersama.

Feb 8, 2010

Permainan Online : Leap Froggies



Lompat si kata lompat. Lompatlah tingi-tinggi. Apa cik adik dapat? Untuk hadiah hari jadi? Masih ingat dialog tersohor tersebut? Ya, sudah pasti ianya dari filem blockbuster Ali Setan. Baik, kembali ke topik asal, bukan cerita itu yang ingin penulis nukilkan tetapi tentang permainan lompat katak. Ada dua kumpulan katak ingin menyeberangi sungai dan mereka perlu melompat di atas satu sama lain untuk sampai ke destinasi.

Feb 6, 2010

Pusing Kedudukan Video Dengan Rotate Video


Anda ingin memusingkan (rotate) kedudukan video yang telah anda ambil. Tidak kiralah sama ada video tersebut berformat AVI, FLV, MOV, MPG, WMV atau MP4 asalkan bersaiz 2MB ke bawah. Anda boleh memusingkan kedudukan dari format landscape (melintang) ke format potrait (menegak) dan sebaliknya. Anda boleh melakukannya hanya di dalam talian tanpa sebarang perisian.

Feb 5, 2010

Set Ikon Percuma Dari BlogPerfume


Di dalam pembinaan blog, gambar memainkan peranan penting sebagai dekorasi kepada blog tersebut. Justeru, kali ini penulis ingin berkongsi set ikon blogging yang menarik. Ianya didatangkan di dalam 12 jenis ikon dengan 3 saiz yang berbeza dan semestinya berformat .png.

Feb 4, 2010

Permainan Online : Word Search



Sehari dua ini penulis tiada mood hendak menulis blog, apatah lagi untuk mencari bahan yang berinformasi. Untuk itu, penulis bermain Words Search bagi membuang masa yang begitu berharga. Permainan ini sesuai untuk kanak² kerana ianya sekadar mencari perkataan yang tersembunyi.

Feb 1, 2010

Kongsi Fail Dengan Upload Robots


Awal Ashaari Februari ini penulis mulakan dengan perkongsian satu lagi web yang membolehkan anda menyimpan fail dan seterusnya berkongsi linknya dengan rakan² yang lain. Webnya menarik dan fail yang dimuatnaik tersangat pantas. Anda boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatannya secara percuma atau pun mendaftar sebagai ahli.