Jan 31, 2012

Rayuan Aizat Amdan


Di sebalik kemeriahan Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) Ahad lepas, ada berita kurang enak terjadi di belakang tabir AJL26. Abang kepada Aizat Amdan yang juga finalis AJL26 iaitu Anas Amdan telah kehilangan Laptop Macbook Pro dan Camera Canon 60D. Insiden itu berlaku kerana ada individu telah menceroboh masuk ke bilik rehat Aizat lalu mencuri komputer riba dan kamera tersebut ketika mereka menunggu keputusan penuh AJL26.

Proton Wira Rempuh Kedai Motorsikal Berkuasa Besar


Kemalangan boleh berlaku di dalam keadaan yang tidak diduga. Ada pemandu yang berhemah tetapi ada segelintir pula yang memandu tidak tentu arah. Ini secebis kisah tentang kemalangan di tempat parkir yang berlaku di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. Sebuah proton Wira telah terlanggar sebuah kereta mewah berjenama Volvo XC60. Dek kerana menggelabah dengan insiden itu, pemandu wanita yang berusia lebih kurang 50an telah menyondol pula dua buah kereta Perodua Myvi dan Viva.

Bo Bedroom Sanctuary - Lagu


Lagu ini agak kerap berkumandang di stesen Radio Era. Sekali dengar suka, dua kali dengar rasa gembira, berkali² dengar terus jatuh cinta. Lagu yang ringkas dengan lirik yang puitis. Sejujurnya penulis tidak begitu mengenali artis bergelar Bo Amir Iqram ini. Cuma minat pada irama lagu ini yang santai tanpa menyakitkan telinga. Maklumlah penulis mempunyai hati jiwang berlumut.

Jan 30, 2012

Saya Setuju Menikahi Kamu


Antara perkara yang paling mendebarkan bagi seorang lelaki adalah saat lafaz sakinah bermula atau dalam bahasa mudahnya ketika diijabkabul. Oleh kerana menggelabah, pelbagai aksi lucu boleh berlaku.

Jan 29, 2012

Hafiz Menang Anugerah Juara Lagu 26


Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) baru sahaja berakhir. Setelah usai pengiraan markah dari para juri professional, maka keputusan muktamad telah diumumkan. Produk kelahiran Akademi Fantasia 7, Hafiz yang mengalunkan lagu Awan Nano ciptaan komposer Dato' M. Nasir dan lirik yang ditulis oleh Budi Hikayat, telah dinobatkan sebagai pemenang. Paduan 3 Suara penyanyi wanita Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah yang membawa lagu Beribu Sesalan pula menggungguli naib juara. Faizal Tahir meraih tempat ketiga menerusi lagu Karma.

Aznil Haji Nawawi Berkerusi Roda


Pengacara No.1 Malaysia, Haji Aznil Haji Nawawi telah terseliuh kaki kerana tersalah langkah ketika berada di dalam bilik air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat lalu. Ekoran kejadian itu, Aznil harus menggunakan tongkat dan berkerusi roda sebelum meneruskan perjalanan ke Sarawak.

Jan 28, 2012

Kad Kahwin Yusry Dan Lisa Surihani


1Malaysia sudah tahu pasangan artis kacak, Yusry dan aktres cantik, Lisa Surihani akan menamatkan zaman duda dan dara pada bulan hadapan ekoran pengumuman pernikahan yang dibuat pada hujung Disember lalu. Tentu anda tertanya² akan konsep dan rekabentuk kad kahwin pasangan ini.

Majlis Perkahwinan Kali Ketiga Roslin Hashim


Bekas pemain badminton Malaysia yang terkenal dengan kontroversi kahwin cerai, Roslin Hashim, dilaporkan berkahwin lagi. Roslin, 37, mengesahkan sudah bernikah dengan gadis berusia 24 tahun, Rohayu Rosli di Thailand berikutan kes mahkamahnya belum selesai.

Jan 27, 2012

Lima Universiti Diberi Hak Autonomi


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Sistem pengajian tinggi di Malaysia mengalami sedikit transformasi apabila 5 buah universiti tempatan diberi hak autonomi. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, autonomi bererti kuasa memerintah sendiri tanpa campur tangan pihak lain. Pada awalnya, hanya Universiti Teknologi Malaysia diberi autonomi, namun telah diperluaskan kepada 4 universiti yang lain.

Kuliah Jumaat #25


Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Sifat Cemburu Untuk Suami


Jan 26, 2012

Mimpi Indah Bertemu Rasulullah


Pengasas Darussyifa', Ustaz Dato' Dr. Haron Din terkenal dengan kehandalannya mengubati penyakit yang bersifat kerohanian selain aktif berdakwah. Dengan izin Ilahi, beliau telah dikurniakan nikmat mimpi bertemu dengan junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W. Subhanallah!

Cara Menjimatkan Kredit Smartphone


Isnin lalu, penulis telah menjadikan sebuah Samsung Galaxy S II sebagai 'teman hidup'. Di dalam keterujaan merasmikan 'si pintar' itu dengan mencuba pelbagai aplikasi, penulis tidak sedar kredit prepaid penulis sedang mengalir laju seumpama aliran air terjun Sekayu. Berpuluh ringgit juga sempat dipulunnya, mujurlah penulis 'kaya' kredit ketika itu.

Jan 25, 2012

Blog Serius Digodam Oleh Cod3br34k


Semalam, blog tersohor yang dikendalikan oleh OBEFIEND iaitu BLOG SERIUS telah digodam oleh individu / kumpulan yang menggelarkan diri mereka COD3BR34K. Menurut mereka, tujuan mereka menggodam blog tersebut sekadar untuk menguji tahap keselamatan blog yang popular.

Wordless Wednesday #32



Bayi Masih Bernyawa Disangka Meninggal Dunia


Pada 26.10.11, Liu Dongmei telah melahirkan seorang bayi pramatang dengan bantuan dua orang jururawat di Nanhai Red Cross Society Hospital di Foshan, wilayah Guangdong, China. Jururawat memberitahu dia mendapat bayi perempuan yang meninggal dunia sejurus dilahirkan.

Jan 24, 2012

Pemain Tarian Singa Menari Shuffle


Semalam, masyarakat Tionghua menyambut Tahun Baru Cina yang jatuhnya pada tahun Naga Air. Seperti kita semua tahu, tarian singa sinonim dengan perayaan penting kaum Cina ini. Tarian singa dimainkan oleh dua penari yang memakai kostum ala singa. Penari hadapan akan menggerakkan kepala singa manakala penari belakang akan mengikut rentak penari hadapan. Lazimnya, pergerakan tarian singa melibatkan akrobatik dengan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa kebaikan. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah.

Jan 23, 2012

Lelaki Berkahwin Dengan Mayat Di Thailand


Perkahwinan pelik ini berlaku di Thailand. Seorang lelaki, Chadil Deffy atau lebih dikenali sebagai Deff Yingyuen nekad mengahwini teman wanitanya yang telah mati iaitu Sarinya 'Anne' Samsook. Perkahwinan itu dilangsungkan dalam suasana sedih di sebuah kuil di Surin pada hari yang sama pengantin perempuan dikebumikan. Pasangan ini telah bercinta sejak 10 tahun lalu dan pernah merancang untuk berkahwin tetapi ditangguhkan kerana mahu menumpukan perhatian pada pelajaran dan karier terlebih dahulu.

Samsung Galaxy S II Smartphone


Alhamdulillah, sekian lama 'jatuh cinta' pada Samsung Galaxy S II, akhirnya hari ini ianya menjadi milik penulis. Tidak boleh bercerita lanjut sebab belum 'beramah mesra' lagi dengannya. Lagi pun, masih terkial² hendak menggunakan smartphone ini. Banyak aplikasi masih belum jumpa dicari.

Jan 22, 2012

Konvoi Motorsikal Pulang Ke Kampung


Kalau di Malaysia, suasana sesak dan padat terperangkap di dalam ribuan deretan kenderaan di lebuhraya adalah fenomena biasa menjelang musim perayaan. Namun, lain pula ceritanya di Fengkai, daerah Guangdong, China. Segerombolan besar warganya pulang ke kampung halaman masing² dengan motorsikal.

Kamal Ashnawi Paling Kaya Di Dunia


Wow! Siapa sangka orang terkaya di dunia tinggal di Malaysia?? Selama ini kita hanya tahu carta pertama orang paling kaya di Malaysia diungguli oleh Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien. Akan tetapi, muncul pula seorang lelaki bernama KAMAL ASHNAWI dari Perak yang mendakwa dirinya memiliki kekayaan sejumlah 5 trilion Euro (RM20 trilion). Anda bangga tak dengan berita kurang sahih ini?? Tunggu keputusan Forbeslah, ye!

Laman Muatturun MegaUpload Ditutup


Semua orang sedia maklum laman muatturun atas talian tersohor MegaUpload dihalang aksesnya di Malaysia. Kini, Megaupload bukan sahaja dilarang di negara kita malah telah ditutup. Hal ini berlaku berikutan pengasas dan pegawai² syarikat terbabit didakwa menyediakan pelbagai kemudahan muatturun terutamanya lagu dan video secara haram.

Jan 21, 2012

Potret Sultan Dan Sultanah Kedah Dari Cross Stitch


Jika disebut tentang potret, pasti terbayang di benak kita gambar seseorang yang dilukis diatas kertas lukisan. Apa pula agaknya pendapat anda jika potret tersebut diadaptasi ke atas kain dengan teknik sulaman cross stitch. Pasti menarik, bukan??

Pelajar IPTS Ditahan Mengugut PM


Belum pun reda kes pelajar USM mengancam PM, muncul pula seorang penuntut perempuan IPTS dari Kedah yang menulis perkataan berbaur ancaman malah lucah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Pelajar ini lebih melampau kerana menulis perkataan tersebut secara langsung di wall Facebook Najib.

Jan 20, 2012

Kuliah Jumaat #24


Pendakwah : Ustaz Kazim Elias
Topik : Pondan


Belasungkawa Izwan Pilus


Penyanyi dan pengacara, Izwan Pilus atau nama sebenarnya Khairil Izwan Pilus telah meninggal dunia pada pukul 6.15 petang tadi di Hospital Ampang. Berita ini disahkan sendiri oleh adiknya, Aril AF7 dan juga pengurus arwah, Shaiful Shazwan.

Ally Iskandar Mengahwini Farah Lee


Jumaat bersamaan 20 Januari 2012 bersamaan 26 Safar 1433 Hijriah, satu lagi 'masjid' terbina. Ally Iskandar, 36, telah memilih Nur Farahin, 23, sebagai suri hidupnya dengan disaksikan oleh kaum keluarga dan handai taulan. Pasangan sejoli ini dinikahkan oleh Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan kadar mas kahwin sebanyak RM250 tunai di Masjid Kristal, Terengganu.

Majlis Pernikahan Ally Iskandar Dan Farah Lee


Alhamdulillah, Ally Iskandar telah bergelar suami kepada gadis manis pilihannya, Nur Farahin setelah sah lafaz nikah sebanyak dua kali pada pukul 10 pagi tadi. Majlis pernikahan mereka dilangsungkan di Masjid Kristal, Terengganu. Pernikahan ini sekaligus menamatkan segala spekulasi tentang hubungan pasangan sama cantik sama padan ini yang mengambil sikap berdiam diri ketika gossip perkahwinan mereka tersebar luas. Perkenalan singkat ternyata tidak menghalang mereka untuk sepakat mendirikan mahligai cinta.

Jan 19, 2012

Azwan Ali Mohon Maaf Pada Ummi Hafilda


Setelah menulis lontaran ayat berbaur ugutan terhadap darah daging sendiri di Twitter, akhirnya Azwan Ali tampil memohon maaf secara terbuka. Permohonan maaf berserta akuan bersumpah Azwan Ali turut disaksikan oleh wartawan media cetak dan elektronik selain mangsa, Ummi Hafilda Ali.

Kapal Persiaran Mewah Costa Concordia Karam


Satu peristiwa besar tercatat lagi di dalam sejarah dunia. Pada 15/1/2012 lalu, kru dan penumpang kapal persiaran mewah Costa Concordia telah mengalami babak dramatik apabila kapal tersebut telah melanggar terumbu karang. Sekitar 4000 penumpang berada di atas kapal yang ketika itu berlokasi di Pulau Isola del Giglio, Tuscany, 15 kilometer ke selatan tanah besar Itali. Setakat ini, 3 orang disahkan mati manakala 16 orang lagi masih hilang [info: berita ini disiarkan pada 16/1/2012, jumlah terkini pada 19/1/2012, penulis tidak tahu].

Guru Belasah Pelajar Berbalah


Pelajar nakal sering mengundang masalah di sekolah. Mereka akan mengganggu rakan sekelas, bising ketika guru mengajar atau bergaduh secara berkumpulan. Jika guru yang malas ambil pusing, mungkin pelajar tersebut hanya diberi kaunseling. Tetapi awas, jika anda berdepan dengan guru yang anti pelajar bermasalah, ia pasti mengundang padah.

Jan 18, 2012

Azwan Ali Mahu Bakar Ummi Hafilda


Artis kontroversi, Azwan Ali bikin panas lagi. Kali ini bukan dengan rakan artis tetapi adiknya sendiri yang menjadi mangsa ugutan. Azwan Ali dilaporkan mengugut Ummi Hafilda menerusi laman sosial Twitter miliknya. Ekoran ancaman itu, Ummi telah membuat laporan polis terhadap abangnya itu.

Wordless Wednesday #31



Jan 17, 2012

Mekap Berkuasa Mengubah Rupa #01


Ramai orang menginginkan wajah yang kacak dan cantik. Akan tetapi, bukan semua orang di dunia ini dikurniakan paras rupa yang yang menarik. Justeru, berlambaklah manusia yang berpoket tebal di luar sana menyuntik produk kecantikan di tubuh badan malah ada yang melakukan pembedahan plastik di bahagian tertentu. Tahukah anda bahawa anda boleh nampak persis lelaki paling kacak atau wanita paling cantik dengan hanya menggunakan mekap?? Ya, mekap!

Jan 16, 2012

Tarian Dari Suami Untuk Isteri


Lazimnya di dalam majlis perkahwinan masyarakat barat atau pasangan yang mengikut budaya barat, pasti ada pesta tarian ketika majlis perkahwinan berlangsung. Pasangan pengantin baru akan disajikan tarian tertentu oleh keluarga dan rakan². Akan tetapi, apa pula jadinya kalau pengantin lelaki dengan sportingnya menari tarian istimewa khas untuk isterinya yang tercinta.

Pelajar USM Didakwa Mengancam PM


Gara² menulis status berbentuk 'gurauan' di laman sosial Facebook untuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib, seorang pelajar ditahan polis. Pemuda yang berusia 23 tahun itu menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Dia dilaporkan telah ditahan pukul 9.30 pagi pada 15/1/2012 dan akan disoal siasat berhubung dakwaan terbabit.

Jan 15, 2012

Akhbar The Musalman Bertulisan Kaligrafi Tangan


Pernahkah anda membaca akhbar yang bertulisan tangan?? Di Malaysia mungkin tidak ada lagi akhbar sedemikian kerana akhbar harian mahu pun mingguan, semuanya dibuat dengan komputer sebelum dicetak. Maaf, kalau fakta ini salah. Akan tetapi di Triplicane High Road, Chennai, India, anda masih berpeluang membaca akhbar bertulisan kaligrafi yang ditulis sepenuhnya dengan tangan. Menarik, bukan?? The Musalman adalah akhbar yang penulis maksudkan.

Khairul Fahmi Alergik Dengan Beautiful Nara


Penulis tergelak kecil sewaktu membaca luahan hati Khairul Fahmi Che Mat atau sinonimnya Apek yang menyelar blog² hiburan tempatan yang didakwa lebih banyak mensensasikan kisah peribadinya daripada kerjayanya sebagai penjaga gawang nombor satu Malaysia. Tambahnya lagi, masyarakat sering memandang dirinya sebagai atlit kontroversi sehingga memburukkan imej diri dan keluarganya.

Jan 14, 2012

Rumah Wardina Safiyyah Diceroboh Perompak Bertopeng


Pengacara dan pelakon terkenal, Wardina Safiyyah telah dirompak oleh sekumpulan 3 orang lelaki bertopeng di rumahnya yang terletak di Bukit Antarabangsa dekat Ampang kira² jam 3 pagi. Rompakan itu dipercayai dilakukan oleh warga Indonesia berdasarkan loghat percakapan mereka.

Jan 13, 2012

Blogspot Memperkenalkan Fungsi Komen Berantai


Ada teman yang mengomel penulis sudah lama tidak berkongsi tutorial baru. Ada juga yang perasan, ye?? Oklah, hari ini penulis ingin memaklumkan kepada anda satu berita baik iaitu Blogspot baru sahaja menambah sokongan threaded comments atau dalam bahasa mudahnya komen berantai di dalam sistem komennya. Contohnya, komen yang ditulis oleh Cik Azurie boleh dikomen oleh Jong-hun. Komen Jong-hun pula sekali lagi dikomen oleh Min-hwan. Seterusnya, komen Min-hwan dikomen lagi oleh Jae-jin. Sebab itulah dinamakan berantai kerana mereka mengomen di komen asal yang ditulis oleh Cik Azurie. Errr, anda faham tak??

Kuliah Jumaat #23


Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Minat Wanita Lebih Tua


Jan 12, 2012

1 Sitemeter Dikongsi 4 Blogger


Pada mulanya penulis tidak mahu menulis tentang topik ini tetapi apabila teguran penulis kepada BLOG A tidak diendahkan malah dipadam dari Shoutmixnya tidak lama dahulu, maka penulis fikir sesuatu perlu dilakukan untuk menyedarkan mereka.

Perodua Myvi Terbang Melayang Atas Van Ford


Jika diamati, adegan Perodua Myvi berada di atas van Ford ini persis babak filem aksi dalam filem Malaywood. Tekaan anda ternyata meleset apabila mengetahui bahawa ia adalah satu kemalangan 'unik' yang berlaku di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan.

Penyamaran Haiwan #03


Ada sesetengah haiwan dikurniakan dengan kebolehan untuk menukar warna badannya atau melakukan penyamaran untuk mengelakkan dikesan musuh sekaligus menjadi santapan. Mari kita lihat beberapa spesis haiwan yang boleh melakukan penyamaran dengan baik sekali.

Penyamaran Haiwan #02


Ada sesetengah haiwan dikurniakan dengan kebolehan untuk menukar warna badannya atau melakukan penyamaran untuk mengelakkan dikesan musuh sekaligus menjadi santapan. Mari kita lihat beberapa spesis haiwan yang boleh melakukan penyamaran dengan baik sekali.

Penyamaran Haiwan #01


Ada sesetengah haiwan dikurniakan dengan kebolehan untuk menukar warna badannya atau melakukan penyamaran untuk mengelakkan dikesan musuh sekaligus menjadi santapan. Mari kita lihat beberapa spesis haiwan yang boleh melakukan penyamaran dengan baik sekali.

Jan 11, 2012

Pemandu Bas Terkorban Demi Selamatkan Penumpang


Sebatang jalan tidak bertar di kilometer 38 laluan dari La Paz ke Coroico, Bolivia digelar Jalan Maut. Panggilan itu ada asasnya kerana dianggarkan 200 sehingga 300 orang mati kemalangan di situ pada setiap tahun. Baru² ini, sebuah bas dua tingkat turut terlibat dalam tragedi ngeri di tempat itu.

Wordless Wednesday #30



Kim Jong Wook feat Kang Min Kyung - If You Pretend


Penulis begitu menyukai lagu ini walaupun baru sekali mendengarnya. Penulis suka dengan melodinya dan juga liriknya yang bersahaja. Pendek kata, gandingan Kim Jong Wook dan Kang Min Kyung (Davichi) di dalam lagu If You Pretend ini benar² mencuri tumpuan.

Jan 10, 2012

Carl Griffiths Memiliki Kaki Bersaiz 21


Sekali pandang, Carl Griffiths sama seperti orang lain. Akan tetapi, dia boleh dikira lain dari yang lain kerana saiz kakinya yang berukuran 14.5 inci atau bersaiz 21. Pemuda berusia 20 tahun dari Trimsaram, South Wales ini berkemungkinan menjadi lelaki yang mempunyai saiz kaki paling besar di Britain.

Samsung Lesung Batu Jelmaan Samsung Galaxy S


Membeli barangan atas talian atau online menjadi trend terkini pengguna internet. Jika barang yang dihantar sama dengan barang yang dipesan, tentunya anda akan mengulangi perbuatan shopping online. Tetapi awas, bukan semua peniaga di internet jujur kerana barang yang diberikan kepada anda tidak setimpal dengan harga yang anda bayar. Paling malang kalau barang berkenaan bukan barang yang anda mahukan.

Jan 9, 2012

Jambatan Inspirasi Dari Kisah Nabi Musa Di Belanda


Penulis sudah berkongsi kisah jambatan gulung di London dan jambatan air di Jerman yang unik dengan anda. Malah, jambatan kayu Afghanistan juga pernah tersiar di blog ini. Kali ini, penulis ada lagi cerita tentang jambatan yang boleh dikira menarik, khas untuk pengetahuan anda. Jambatan ini diberi nama Moses Bridge. Ianya terletak di Belanda.

Mahkamah Memutuskan Anwar Ibrahim Tidak Bersalah


Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendapati Anwar tidak bersalah di atas tuduhan itu di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Jan 8, 2012

Ezani Farhana Juara MasterChef Malaysia 2011


Program masakan Masterchef Malaysia peringkat akhir baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi. Doktor pergigian, Ezani Farhana Binti Md Monoto telah berjaya bergelar juara setelah menewaskan saingannya iaitu Wahidan Bin Haji Ag Supain. Doktor muda dari Kajang ini menjadikan ibunya sendiri sebagai sumber inspirasi untuk berjaya dalam arena masakan.

30 Minit Ustaz Don


Penulis tahu ramai yang sudah maklum tentang ustaz selebriti bernama Don Daniyal ini. Anda pasti biasa menonton rancangan 30 Minit Ustaz Don yang sarat dengan pelbagai cabang ilmu. Rancangan ini ke udara setiap hari Isnin sehingga Khamis pada jam 10 malam setelah ditukar jadualnya mulai 1 Januari 2012. Antara pengisian rohani yang disediakan ialah bertalaqqi membaiki hukum² tajwid dalam Al-Quran, belajar bab² Fardhu Ain dalam kehidupan dan pelbagai lagi.

Jamalina Mohon Maaf Pada Najib Dan Anwar


1Malaysia kecoh semalam gara² pembaca berita TV3 suku tersilap menyebut nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kepada Datuk Seri Anwar. Isu ini mendapat liputan meluas oleh wartawan² tidak bergaji [baca: bloggers] termasuklah penulis kerana hari ini kes liwat Anwar bakal dijatuhkan hukum. Kontroversi ini sekaligus menjadi polemik bagi sesetengah individu yang cukup suka 'menangguk di air keruh'.