Sep 27, 2010

Udang Karang


Penulis terjumpa udang ini di Pasar Binjai. Kali pertama penulis melihat udang sebegini malah penulis tidak mengetahui namanya. Ianya berwarna oren dan bersaiz besar. Harganya juga agak mahal untuk sekilo. Mungkin anda di luar sana pernah menikmati juadah berlaukkan udang ini. Macam mana rasanya?? Apakah nama udang ini??

Sep 20, 2010

Surat Smart


Semalam penulis menemani ayahanda membeli tali pinggang keledar di Kemaman Centre Point (KCP). Penulis menjangkakan membeli-belah bersama ayahanda tidak akan mengambil masa yang panjang kerana lelaki tidak secerewet anak gadisnya. Hehehe!!! Dengan yakinnya penulis memasukkan duit syiling dengan anggaran masa selama 30 minit lalu menapak mengejar langkah ayahanda.

Lain pula yang terjadi kerana ayahanda agak bercitarasa tinggi terhadap tali pinggang, maka melangutlah penulis menunggu ayahanda memilih. Setelah usai membeli, dia berkenan pula dengan sehelai slack, maka proses memotong kaki seluar pula berlangsung selepas harganya dibayar.

Apabila kami turun dari escalator ke tingkat 1, penulis terpandang sebuah beg yang cukup memikat hati. Dari tujuan membeli beg, penulis juga membeli dua pasang sandal. Sudahnya, penulis berbelanja lebih daripada ayahanda. Eh eh eh, siapa yang teman siapa shopping ni?!

Setelah berpuashati dengan barangan yang kami beli, kami menuju ke lot parkir. Ah sudah, sehelai kertas tertampal elok dengan bergamkan wiper. Seperti diduga, surat cinta saman dari Majlis Perbandaran Kemaman (MPK aka Makan Pitih Kuat) kerana tidak mengisi wang yang cukup ke dalam mesin duit. Penulis hanya mampu menepuk dahi sebelum pulang ke rumah. Duit syiling 10 sen yang perlu dibayar telah bertukar menjadi not kertas 10. Rugi! Rugi!


Sep 15, 2010

Datuk Bunuh Datuk


Sejak 5 September lalu, negara gempar dengan kes kehilangan Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 individu yang lain. Keadaan menjadi semakin kecoh apabila kesemua mereka disahkan dibunuh dengan kejam. Kemeriahan Aidilfitri menjadi titik hitam bagi keluarga mangsa yang terbabit sekaligus mencetuskan kemarahan seluruh warga Malaysia terhadap pembunuh yang tidak layak dipanggil manusia.


Penulis tidak begitu mengetahui latarbelakang wanita korporat ini sehinggalah beliau bernikah dengan bekas penyanyi Lefthanded iaitu Nash. Pembunuhan yang dilakukan ke atas beliau ,47, pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 sungguh kejam. Kaedah pukul, sembelih, bakar dan buang amatlah mengerikan malah lebih teruk dari perlakuan umat jahiliyyah yang menanam anak perempuan hidup².

Secara peribadi, penulis mengucapkan takziah kepada anggota keluarga mangsa dan Al-Fatihah kepada semua mangsa. Penulis mengharapkan pembunuh dan sekutu²nya mendapat hukuman yang paling berat. Lagi bagus kalau si pembunuh tersebut diperlakukan serupa dengan mangsa²nya.


Sep 9, 2010

Kisah Terlanjur Maznah Dan Fendi


Pejam celik, kita sudah tiba ke penghujung Ramadhan. Esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Salam Aidilfitri penulis tujukan khas buat semua pembaca blog ini yang tidak jemu² memberi sokongan.

Penulis memohon maaf di atas salah silap yang ada sepanjang menjadi rakan maya kalian semua. Semoga ukhwah yang terjalin terus berpanjangan buat selamanya.

Sep 8, 2010

Umbrella


Melihatkan iklan ini, penulis tersinggung dengan sikap lelaki berkereta tersebut yang angkuh. Tidakkah dia melihat pakcik tua itu berlari ke arah keretanya ketika dia berhenti seolah² hendak menumpangkan pakcik tersebut. Akan tetapi, dia terus memecut apabila pakcik itu semakin menghampiri. Sikap yang sungguh menjengkelkan.

Pakcik itu pula tetap menolongnya ketika keretanya mengalami kecelakaan. Inilah yang dipanggil buat jahat dibalas baik. Ambillah pengajaran dari iklan tahun 2002 ini.

Sep 7, 2010

Ombak Jahat


Seorang anak kecil yang mendoakan agar ayahnya yang juga seorang nelayan agar selamat pulang agak meruntun jiwa. Di dalam keadaan cuaca yang tidak begitu baik, si anak dua beradik tetap setia di tepi pantai menunggu ayahnya pulang dari laut.

Semoga kita semua pun rajin berdoa seperti kanak² di dalam iklan ini yang tersiar pada tahun 2001.

Sep 6, 2010

Oh Abah


Sekiranya ada di antara kalian yang mempunyai orang tua yang sudah uzur, usahlah disisihkan mereka. Jagalah mereka dengan baik seumpama mereka membelai anda dahulu. Andai kata mereka tiada lagi, sudah tiada gunanya perkataan maaf.

Ambillah iktibar dari iklan petronas tahun 2006 ini. Semoga kita semua sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapa selagi ada hayat dikandung badan.


Sep 5, 2010

Hargai Orang Tua


Hargai ibu bapa dengan sebaik²nya ketika mereka masih berada di sisi kita. Terapkan nilai murni yang tinggi di dalam diri sama seperti iklan ini yang menemui penonton pada tahun 2005.

Sep 4, 2010

Burung Murai


Iklan ini pernah mencetuskan kontroversi kerana dikatakan Yasmin Ahmad meniru idea orang lain tanpa meminta izin (kalau tak salah). Masihkah anda ingat lagi dengan pengulangan dialog ini??

Anak : Burung apa?
Ayah : Burung murai

Anak : Burung apa?
Ayah : Burung murai

Anak : Burung apa?
Ayah : Burung murai

Meskipun berulangkali 'burung murai' dilafazkan tetapi si ayah tidak pula marah kepada anaknya. Akan tetapi bila si ayah menyoal benda yang sama berulangkali, si anak ternyata mendidih darahnya. Sayangilah ayah anda dengan mengambil iktibar dari iklan tahun 2007 ini.

Sep 3, 2010

Pakcik Beca


Masa kita kecil, seorang ayah berusaha untuk memenuhi keinginan anaknya sesuai kemampuannya tetapi pernahkah seorang anak cuba sedaya upaya untuk menggembirakan ayahnya?? Fikirkanlah sejenak. Iklan yang diterbitkan pada tahun 2004 ini memberikan iktibar.

Hayatilah iklan ini dengan baik. :)

Sep 2, 2010

I'm Ok


Wahai anak² muda di perantauan, pulanglah ke kampung sempena musim perayaan ini. Walaupun banyak kekurangan fasiliti di kampung tidak seperti di bandar, janganlah anda tunjukkan riak kurang senang dengan semua itu.

Iklan ini agak menarik cuma penulis kurang bersetuju dengan penggunaan ayat "Man puasa tak?" kerana ia ditujukan kepada anak lelaki yang sihat tubuh badan. Kalau anak perempuan, lain ceritalah. Betul tak?? Iklan ini tersiar pada tahun 2008. :$

Sep 1, 2010

Seven Sons


Umat Islam sejagat sudah memasuki fasa terakhir Ramadhan, bahang Aidilfitri mula dirasai terutamanya di kalangan anak² kecil. Justeru, penulis siarkan iklan berkenaan raya yang pernah disiarkan di televisyen.

Iklan ini tentang seorang ibu tunggal beranak tujuh dan anak²nya. Ada mesej tersirat yang boleh diambildi dalam kehidupan kita seharian. Iklan ini diterbitkan pada tahun 2003. Sayangilah ibu anda jika mereka masih ada kerana penulis yang kehilangan ibu tidak berpeluang lagi bermanja dengan insan bernama ibu. :c