KELEBIHAN IBADAH KORBAN
Amalan menyembelih korban merupakan satu ibadah sunat yang dikerjakan pada setiap hari Raya 'Idul Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Korban iaitu pada 10,11 12 dan 13 Zulhijjah.
Binatang-binatang korban itu pula terdiri daripada unta, lembu, kerbau atau kambing. Ibadat ini menjadi bukti keikhlasan dan kesetiaan serta ketaatan hamba kepada Allah. Melaksanakan ibadah mempunyai banyak kelebihan yang dikurniakan oleh Allah. Dengan berkoban kita mendapat tempat yang mulia di sisi Allah, sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dalam sabdanya bermaksud :
" Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya. Sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia disisi Allah 'Azza wajalla"
( hadis riwayat Thabarani)
Berkorban juga boleh menebus dosa-dosa kita iaitu dengan setiap titisan darahnya , sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah bermaksud :
"Hai Fatimah berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atau dosa-dosamu "
( Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban )
Binatang -binatang yang dikorbankan tersebut akan menjadi tunggangan atas titian (sirat ) pada Hari Kiamat, sepertimana dipetik daripada kitab Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :
"Perbesarkanlah oleh kamu akan sekalian korban kamu kerana bahawasanya ia jadi tunggangan kamu atas titian pada Hari Kiamat."
Bulu binatang yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan sebagaimana menurut sebuah hadis bermaksud :
"Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan"
( Hadis riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim )
Jika diperhatikan daripada keterangan di atas, jelas bahawa keseluruhan amalan atau pekerjaan yang berhubung-kait dengan ibadah korban itu, mempunyai kelebihan yang sangat besar kepada orang yang melakukan ibadah korban itu. Bermula daripada perbuatan menyembelih, menyaksikan penyembelihan, darah, bulu, dan memperbesarkannya semuanya akan mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Sumber : Al Hadaf
Dec 31, 2006
Hari Raya Aildil Adha 1427 Hijriah
Dec 30, 2006
15th Asian Games Doha 2006 : Together Now by Jacky Cheung
Penyanyi terkenal Hong Kong iaitu Jacky Cheung menyayikan lagu Together Now pada upacara pembukaan Sukan Asia 15 Doha. Dah lamer dok carik lagu nih tapi tak jumpa lagik. Huhu!
Ada sesape miliki lagu nih lam format mp3 tak??Kalo ade, jangan memalu wal sesegan send yer. Takde format .mp3?? Format .wma/.rm/.ram pun bleh gak. Janji ader. Hehe!
Dec 29, 2006
Internet Down Dowhhh!!!
Adoi! Doi! Doi! Doi! Doi! Internet mengalami kelembapan tahap kekura. Klik sana sini, seme website pun loading slow motion jerk. Gegarer gempa bumi kat Taiwan, negara kita plak yang menerima kesannya. Khabarnya, kabel dalam laut mengalami masalah akibat fenomena alam tersebut. Walau aper pun, kita turut bersimpati ngan nasib warga Taiwan tuh, maklum laa ade sedara dok kat sana iaitu Richie Ren Xian Qi.
Some people mungkin tak kisah pun kalau internet nih down, sebab mereka masih punya banyak cara lain tuk menikmati hidup. Tetapi bagi orang seperti Eriyza, ketiadaan internet atau time internet down begini, hidup terasa kurang ceria. Maklum sajalah, internet adalah rakan karib. Sementelah pula, hampir semua rakan-rakan sebaya sudah punya tanggungjawab terhadap suami dan anak. Masa amat berharga bagi mereka, tidak sampai hati rasanya untuk mencuri masa mereka sekadar tuk omong-omong kosong. Biarlah masa mereka terisi dengan aktiviti berfaedah.
Window shopping? Berpeleseran di shopping complex?? Lepak di tepi tembok?? Tayang muka kat pusat bandar?? Owhhh tidak, rutin itu semua tiada dalam kamus hidup Eriyza. Ada yang menanggap cara hidup saya memboringkan. Keluar dengan ayah bonda sebagai peneman atau sendirian ke kelas tuisyen. Selebihnya masa dihabiskan di kedai makan milik ayah bonda dan waktu terluang ditebarkan pula ke layar maya. Mencari sesuatu yang bermanfaat tuk santapan minda supaya diri dapat berfikir secara kreatif dan matang. Internet oh internet, elok ler balik. Huhu!!!
Dec 25, 2006
Lagu Iklan Digi : Little Peggy March - I Will Follow Him
Seblum nih, Harif dah bagitau tajuk lagu lam iklan digi tuh. So, tanpa membuang masa, kerja² mencari mp3 tersebut telah dilakukan dengan giat dan inilah hasilnya. Hehe! Walau aper pun, versi penyanyi asalnya agak susah tuk diperolehi, jadik kita guna aje lagu alternatif yerk. Download aje memaner yang korang nak. Layannn!!!
Little Peggy March (Format .ram)
Versi Asal Tetapi Tak Lengkap
Versi Gospelpearls
Versi Cantarelle
I Will Follow Him
By Little Peggy March
Love him, I love him, I love him
And where he goes I'll follow, I'll follow, I'll follow
I will follow him, follow him wherever he may go
There isn't an ocean too deep
A mountain so high it can keep me away
I must follow him, ever since he touched my hand I knew
That near him I always must be
And nothing can keep him from me
He is my destiny
I love him, I love him, I love him
And where he goes I'll follow, I'll follow, I'll follow
He'll always be my true love, my true love, my true love
From now until forever, forever, forever
I will follow him, follow him wherever he may go
There isn't an ocean too deep
A mountain so high it can keep, keep me away
Away from my love
I love him, I love him, I love him
And where he goes I'll follow, I'll follow, I'll follow
He'll always be my true love, my true love, my true love
From now until forever, forever, forever
I will follow him, follow him wherever he may go
There isn't an ocean too deep
A mountain so high it can keep, keep me away
Away from my love
Do-do do-do-do do-do-do and where he goes
I'll follow, I'll follow, I'll follow
I know I'll always love him
Dec 24, 2006
Cara Membuat Marquee
<MARQUEE align="center" direction="up" height="200" scrollamount= "2"
onmouseover='this.stop()' onmouseout='this.start()' width="100%">
Tuliskan ayat anda di sini.
</MARQUEE>
Anda boleh mengubah perkara berikut mengikut kehendak anda sendiri.
1. Align = center, left atau right
2. Direction = up, down, left, right
3. Scrollamount = 1 - pergerakan lambat 5 - pergerakan cepat
4. Height = ubah mengikut kesesuaian
Dec 22, 2006
Convert Files Without Software
Sesambil dok besembang ngan Delang, tetiba jerk tejumpa satu website best. Kalo seblum nih korang kena install memacam software tuk extract sesuatu file, website nih plak menawarkan pelbagai jenis file tuk diextract tanpa perlu menginstall sebarang software.
Korang cuma perlu mengikuti empat step mudah dan ianya didatangkan dalam empat format yang berlainan iaitu image, doc, music dan video. Untuk maklumat lanjut, sila ke Zamzar Website.
Tiada Lagi by Mayang Sari
Dedicated to whoever it may concern.
Inilah penyanyi original lagu Tiada Lagi yang dinyanyikan oleh Amy Search. Comel banget Mayang Sari nih. Suara pun best. Hehe! Apa lagi layannnnn.
Sia-sia sudah kita jalin cinta bila hati s'lalu berbeda
Sampai kapan lagi 'ku harus menahan rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu, tak mungkin 'kan menyatu
Walau masih ada sisa cinta, biarkan saja berakhir sampai di sini
Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu
Sampai kapan lagi 'ku harus menahan rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu, tak mungkin 'kan menyatu
Walau masih ada sisa cinta, biarkan saja berakhir sampai di sini
Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu
Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu
Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu, oh...
Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu
Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu...
Dec 21, 2006
Digi Commercial
One of my favorite Digi commercials. Hahaha! Lagu iklan nih best laa tapi tajuknya tidak pula diketahui. Ade sesape tau tajuk lagu nih ke? Kalo ade mp3nya lagik bagus. Adehhh, payah nak carik lagu tanpa tajuk nih. Aper pun layan jerk laa yer.
Jiwa Kosong
Akhir² ini, aku merasa jiwa ini kosong. Bayangkan lam tempat yang penuh orang, aku maseh boleh termangu seolah² hanya aku seorang yang berada di situ. Herm, ntahlah, banyak sangat dok pikir sal orang di sekeliling sehinggakan aku seniri blur. Arghhh, aku x suka perasaan sebegini. Aku mahu heppi. Wahai kebahagiaan, datanglah dekat padaku.
Dec 16, 2006
Internet Masa Depan
Alangkah bestnya kalo kemudahan internet pasa masa depan boleh menyediakan seme benda dengan satu sentuhan jari jerk. Hehehe! Layan
Dec 12, 2006
Dec 5, 2006
Nov 27, 2006
Rock N Roll
Hey listen up ladies & gentlemen
jeogi shinsasongnyeo yeoreobun
jal dereuseyo
we got a very special song tonight
oneulbam teukppyeoran noraega
junbi dwe-eo-itsseumnida
so put your hands together
dusoneul deulgo
let’s rock & roll
hamkke heundeureo rock & roll
i eumage momeul shireo rock & roll
nugudeun sanggwaneopsseo rock & roll
mamkkeot umjigyeobwa
Saneun dongan himgyeoweodo jujeo malgo dashi ireoseobwa
geu nuguna seuchyeoganeun nunmuril ppun
modu itkkoseo i shiganeul jeulgyeobwa
hangsang honjarago saenggakhaetjjiman
nareul saranghaneun saramdeul soge
ijen useul su isseo
dashi hae boneun geoya
hulhul teolgoseo keuge sorijilleobwa
hamkke heundeureo rock & roll
i eumage momeul shireo rock & roll
nugudeun sanggwaneopsseo rock & roll
mamkkeot umjigyeobwa
nawa chumeul chweo rock & roll
oneulmaneun nawa hamkke rock & roll
amudo boji malgo rock & roll
jigeum meomchul sun eopsseo
modeun sesangi deo bakttorok
Come on it’s time to boogie woogie
da hamkke rideume matjjweoseo shinnage uri duri
da hamkke eumage michyeoseo do it now
eongdeongireul heundeureo bubibubi deo gakka-i
da gachi let’s do the rock & roll
Apeun ma-eum dallae bwado sesang soge gippeun ireun eopkko
saranghaettteon geu sarameun tteonatjjiman
joheun sarangi ol geora mideobwa
oraen gidarime jichyeogajiman
manheun chu-eoktteuri nal heundeuljiman
ije dallineun geoya nopeun haneureul hyanghae
joheun naldeuri bangyeo jul geora mideo
hamkke heundeureo rock & roll
i eumage momeul shireo rock & roll
nugudeun sanggwaneopsseo rock & roll
mamkkeot umjigyeobwa
nawa chumeul chweo rock & roll
oneulmaneun nawa hamkke rock & roll
amudo boji malgo rock & roll
jigeum meomchul sun eopsseo
let’s do the boogie woogie heundeulgo
eonjena uri duri shinnage
i shigan shake it shake it u~
come on
Nawa chumeul chweo rock & roll
oneulmaneun nawa hamkke rock & roll
amudo boji malgo rock & roll
jigeum meomchul sun eopsseo
modeun sesangi deo bakttorok
i sungan yeongweonkkaji
Penulis suka dengo lagu nih. Nampak gayanya halwa telinga penulis nih suka gak lagu style cenggini. Kekeke. So, kepada anda yang suka lagu genre rock n roll, penulis hidangkan lagu nih spesel tuk anda. Jom kita layan sambil goyang²kan badan.
Nov 17, 2006
Bawang Merah Bawang Putih
Sedutan Pertukaran Olivia dan Siska
Sinetron Indonesia ini telah menjadi drama kegilaan ramai di Malaysia. Walaupun jalan ceritanya sudah biasa disajikan buat kita, namun penangan cerita ini membuatkan penggemar²nya terutama kaum ibu tidak sabar untuk menunggu jam 2.30ptg hingga 2.30 ptg setiap Isnin hingga Khamis. Khabarnya, drama ini turut menjadi tontonan kaum lelaki yang kebiasaannya kurang fokus sewaktu menonton.
Secara peribadi, penulis sendiri tidak mengikuti cerita ini tetapi sekali-sekala terlepas pandang juga apabila melihat bonda menonton. Cuma penulis kurang bersetuju dengan penambahan pari² yang mungkin boleh menyesatkan akidah kanak² kita yang turut menggemari cerita ini. Kanak² mungkin menganggap pari² itu selalu ada untuk membantu golongan yang teraniaya. Natijahnya, jalan cerita ini tidak sesuai sama sekali dengan kepercayaan rukun iman kita. Apatah lagi, dalam drama ini digambarkan watak baik itu sering mengaji dan memohon hajat kepada Allah, lantas apa gunanya si pari² itu? Sekadar untuk melobi penonton supaya terus melekat di depan kaca tv? Atau sekadar untuk mengindahkan jalan cerita dengan adegan perlawanan antara perempuan dukun dengan pari²?
Satu hal yang menghairankan penulis, mengapa cerita sebegini boleh disiarkan di tv Malaysia? Penulis harap pihak yang berkenaan dapat memandang dan menjeling skop genre drama yang disiarkan di kaca tv. Kaji dan selidikilah sebelum menyalakan lampu hijau.
Nov 11, 2006
Sazzy Falak dan Nazril Idrus
Sazzy masa bertunang
Sazzy selepas nikah dengan Nazril
Sazlini @ Sazzy Falak dah selamat bernikah dengan Nazril Mohd Idrus. Penulis tak sangka plak minah beat tv nih anak datuk dan cucu kepada tan sri. Kekirernya dak nih dari kalangan orang yang berada jugak. Tapi yang bestnya, dak nih langsung tak nampak sombong. Penulis pun dapat tau lepas baca dari akhbar. Low profile jerk walaupun berstatus tinggi.
Selamat Pengantin Baru buat pasangan dua sejoli. Mudah²an beroleh kebahgiaan yang berkekalan sehingga ke akhirnya.
Nov 10, 2006
Pernikahan Dr. Fazley
Penyanyi Fazley Yaakob,anak Senator Datuk Yaakob Mohamad Setiausaha Barisan Nasional dan tauke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah berkahwin dengan anak Datin Seri Rosmah Mansor (dengan suami pertama) iaitu anak tiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,Azrene Soraya di Masjid Saidina Abu Bakar Bukit Damansara,Kuala Lumpur Selasa 7 November.Azrene ialah seorang peguam.Mereka telah ditunangkan terlebih dahulu pada pukul 12 tengahari dan acara pernikahan dilangsungkan pada 2.30 petang di masjid itu.
Nota penulis :
Sekarang nih kecoh owg dok perkatakan tentang perkahwinan Dr. Fazley Yaacob ngan pilihan atinya yaitu Azrene Soraya. Dikhabarkan pasangan mempelai ini telah selamat dinikahkan pada 7/11/06 lalu. Sama cantik sama padan. Masing² terpelajar plak tuh. Mudah²an pasangan ini mendapat kebahgiaan hingga hujung nyawa.
Nov 1, 2006
Wonderful Life
Pelakon :
Kim Jae Won as Han Seung-wan
Eugene as Jung Se-jin
Lee Ji Hoon as Min Do-hyun
Han Eun Jung as Lee Chae-young
Bahasa : Korea
Episod : 16
Sinopsis :
Cerita bermula apabila Han Seung-wan (Kim Jae Won) menaiki pesawat yang sama dengan Jung Se-jin (Eugene) ke Singapura. Mereka telah tersilap mengambil passport sewaktu tiba di lapangan terbang. Seterusnya mereka bertemu semula di balai polis kerana Han Seung-wan ditahan akibat memanjat dinding apartmen teman wanitanya dengan berpakaian spiderman untuk memberi kejutan pada harijadi teman wanitanya. Seung-wan dan Se-jin menghabiskan masa bersama sepanjang hari sambil menenangkan antara satu sama lain akibat cinta mereka yang tidak kesampaian. Akhirnya, mereka menghabiskan malam bersama di situ.
Sekembalinya ke Korea, Se-jin mendapati dirinya hamil. Dia ingin memberitahu Seung-wan, malangnya Seung-wan telah kembali ke pangkuan bekas kekasihnya. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melahirkan dan membesarkan anaknya sendirian.
Cerita seterusnya berkembang dengan Seung-wan mengetahui bahawa dia mempunyai anak dan dia dipaksa berkahwin dengan Se-jin. Kekalutan bermula apabila mereka terpaksa menjaga anak sambil menjalani kehidupan sebagai mahasiswa. Banyak insiden lucu berlaku.
Nota Penulis :
Bermula dengan menonton episod pertama, penulis terus tertarik untuk setia mengikuti perkembangan cerita ini. Terdapat banyak adegan mencuit hati dalam drama ini dan tidak kurang juga adegan menyentuh perasaan. Kim Jae Won cukup nakal dalam drama ini, wataknya yang tidak bertanggungjawab dan tidak matang menjadikan drama ini menarik. Lakonan Eugene juga tidak kurang hebatnya sebagai seorang wanita yang tabah dalam menjalani kehidupan.
Rating : 5/5
Download Drama Online
Oct 24, 2006
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ampun Dan Maaf Jua Dipinta Atas Semua Kekhilafanku Sepanjang
Mencoret Bicara Hati Di Sini.
Oct 7, 2006
Salam Ramadan
Sudah agak lama penulis tidak mencoret sesuatu di blog ini, bukannya tiada idea di minda, cuma hambatan masa tidak membenarkan penulis untuk mencoret sesuatu di sini. Sepanjang bulan penuh barakah ini, penulis membantu ayahanda dan bonda berniaga di bazar ramadan. Seawal pagi, penulis dan keluarga sudah memulakan kerja² memasak sehinggalah ke jam 2.30 petang. Setelah itu, kami pergi berniaga di bazar ramadan pada pukul 3.15 petang sehinggalah maghrib. Selepas berbuka barulah kami pulang ke rumah. Penat tuh memang laa penat tetapi terasa berbaloi juga sebab dapat meringankan beban ayahanda bonda. Pesan penulis kepada semua, bebelanjalah secara sederhana di bulan ramadan ini, jangan leka membeli sampai terjadi pembaziran pula. Ingat, Rasullullah tidak suka umatnya membazir. Sampai ketemu lagi. Tata.
Sep 18, 2006
Impian Dan Harapan
Everybody Has A Dream by Vivian Lai
It is as if you are saying that certain kinds of love will end in broken hearts.
We were once happy.
Why not try love for once.
Who is beside you?
It is a common thought.
I do not know which way of the wind
is sending the fragrance of flowers
that once again weaves the dreams I have in my heart.
EveryBody has a dream.
Two people that is in love will gradually be hypnotized.
Three people have three different feelings.
They each search for his/her own ideal dream.
If the two people are willing, there will not be worries.
Three people is a painful love. Do not ask...
it is a fact.
Why are you nervous like this whenever I begin to fall in love?
Who is causing you
these crazy heart beats?
Why do you relax whenever I end the love?
You confess to me
what your heart thinks.
Lagu ini adalah antara lagu kegemaran penulis. Penulis mengenali lagu ini seawal usia menginjak 13 tahun. Vivian Lai menyampaikan lagu ini dengan begitu baik membuatkan penulis terpikat dengan keindahan lirik dan melodinya. Walaupun berlainan bahasa tetapi tidak menjadi halangan buat penulis untuk meminati lagu nih. Layannn.
Vivian Lai telah berkahwin dan tidak aktif lagi dalam bidang seni. Nampaknya penyanyi bersuara lunak ini memilih untuk menjalani kehidupan sebagai suri rumah daripada terus melayari dunia glamour. Penulis pasti merindui kecomelan wajah Vivian Lai.
Tak Bisakah Versi Hindi
:: Kya Mujhe Pyaar Hai (Kay Kay) - Download ::
:: Tak Bisakah - Peterpan - Download ::
Aug 27, 2006
Raja Sehari
Rizal & Roshuheda
Mudah²an kalian berdua dikurniakan :-
- Anak² yang soleh dan solehah
- Kebahagiaan hingga hujung nyawa
Aug 26, 2006
Watimang Landok
Lagu Rakyat Negeri Terengganu - Watimang Landok
Watimang watimang landok
Aug 15, 2006
Best Dad In The World
Edisi Siasat
-1- Maxis dimiliki oleh Ananda Krishan yang bertopengkan Tun Hanif Omar sebagai Pengerusi Binariang.
-2- Pemilik Maxis, Ananda Krishnan, dikatakan menyumbang 10% keuntungan tahunan syarikat kepada Persatuan Hindu Sangam Malaysia(PHSM). PHSM adalah antara penggerak utama Inter Faith Commission(IFC).
-3- Pemilikan syarikat Maxis mungkin proksi dengan nama Ananda Krishnan. Kita tidak tahu siapakah nama-nama yang diproksikan oleh beliau. Mungkin nama-nama yg diproksikan itu salah seorangnya yang melakukan sumbangan tersebut. Sumbangan-sumbangan seperti ini adalah biasa bagi syarikat-syarikat besar. Adalah tidak hairan jika Ananda Krishnan mahukan sumbangan itu kepada sesuatu yang berkaitan dengan beliau. Apa ajaibnya dia hendak menyumbang kepada persatuan-persatuan ISLAM atau konglomerat muslim?
-4- Celcom sekarang telah mendapat CEO baru iaitu Dato' Shazali. Saya tidak kenal beliau dengan rapat tetapi saya rasa sejak die menjadi CEO, Celcom telah mengorak langkah untuk mendapat higher subsriber base dengan marketing yang aggresif. Oleh itu marilah kita beri sokongan. Lagipun, atleast die ni orang MELAYU & ISLAM.. rather than bagi sokongan pada orang KAFIR!!
-5- Dibawah Maxis, terdapat ASTRO, syarikat televisyen berbayar utama negara. Dan salah satu program di ASTRO adalah Akademi Fantasia, yang telah banyak melakukan kerosakan minda terhadap anak-anak orang Islam. AKADEMI FANTASIA?!?!? Huh, saya tanpa ragu-ragu menyatakan ini adalah agen perosak minda umat Islam lebih-lebih lagi melayu. Berapa banyak masa orang melayu dihabiskan berborak mengenai Mawi, Vince, Zahid dll? Ya, memang benar AF di bawah ASTRO dan dibawah MAXIS. Itu sahaja alasan untuk memboikot? Siapa yang mendominasi jumlah sms yang dihantar? Tidakkah terfikir, dengan kurangnya sms yang dihantar untuk AF maka kurang juga jumlah 10% yang hendak disumbangkan itu?
-6- kita semua kan dah tau..maxis selalu taja program camner? HibURaN kannn...kalo imbas balik masa tsunami ari tu..cara menderma melalui sms.. tak de satu iklan pun dari maxis.. kalo dari sykt telekomunikasi, yang ada juz dari Telekom, Celcom dan DG..
-7- Teknologi yang digunakan oleh Maxis ialah GSM900. GSM900 mempunyai kelemahan di mana "network capacity" of GSM900 is not that high. GSM 900 base station theoretically can reach a radius of 25 km, but within the 25km you have so many subscribers that you get network congestion. It is a technical limitation that if the base station limit is reached (meaning a certain number of users are in a conversation) the rest cant go through. Celcom pulak menggunakan GSM1800 (selepas merge dengan TM Touch) yang merupakan system yang lebih maju dibandingkan dengan GSM900. Ia adalah teknologi yang di keluarkan atau di cipta kerana GSM900 mempunyai limitasi teknikal seperti yang diterangkan di atas. Oleh kerana GSM 1800 beroperasi di frequensi tinggi iaitu 1800MHz bebanding dengan GSM900 (900MHz) maka base station coverage adalah rendah iaitu lebih kurang 5 km. (paham ke tak nih?)
-8- Maxis lazimnya memberikan kerja kepada orang Tamil/Hindu. Ini adalah fakta dan bukannya cerita yang saya reka. Tak percaya tanya orang yang kerja Maxis. Saya mempunyai kawan di sana dan pernah pergi interview di Maxis dan ini adalah pemantauan saya. Celcom lazimnya memberikan kerja kepada orang Melayu/Islam. & fundamentalnya Celcom employs Malays/Muslims.
-9- Dengan Celcom, ade 8pax. boleh isi 8 nombor pilihan... yang paling best, boleh aktifkan no phone umah ke dalam 8pax nie saye gune celcom untuk tepon umah.. berhubung lame pun tak pe sbb murah.. Maxis plak ade activ5..boleh isi 5 nombo pilihan je, kurang 3 nombo dari celcom dah la tu, takleh letak no rumah..boleh letak nombo maxis ja... kalau gune maxis untuk tepon umah,tersgtla mahal..ngabihkan boreh ja!
-10- maxis kan perabih duit pengguna dia, baru ni maxis jadi sponsor utama kpd anugerah hiburan, Anugerah Seri Angkasa RTM... tahniah kerana menjadi penaja kpd anugerah yg tak berprestij tu... cam hampeh je pemenang dia. nk bangga apa sangat bleh sponsor berjuta-juta pun...kita sebagai user dapat apa?? apa pun takda untung..think about it...duit sponsor juta2 tu pun rembat duit kita gak... saye tgk celcom penah gak taja... sukan, forum ilmiah saye tgk iklan tv baru2 ni, celcom advantage, seni mempertahankan diri utk wanita... bagus la jugak...nampak ler professional sket!
-11- maxis dah untung lebih tapi habuk takde..... hm....saye rase celcom dan digi lagi bermurah hati berbanding maxis nie... pengguna prepaid celcom yg recaj >RM50 setiap kali akan dpat bonus airtime...
---------------------------------------------
Prepaid digi pun ada gak kadar bonus yg mcm nie...mcm Hotlink, dia x bagi bonus.. tapi baru2 nie Hotlink dah buat satu kadar rata siang malam nationwide utk call to sumer no. maxis (012/017)..call to other networks flat rate gak tapi ikut kawasan...
So, camner?korang still nak stay and go on with MAXIS??? Fikirlah masak-masak ye kawan...bukan ape, kite same2 melayu, sama2 Islam... fikirlah cikit demi kepentingan ISLAM!!! kate nak berjuang untuk ISLAM... tp, takkan nak berhijrah dari MAXIS ke CELCOM pon takleh buat!! sape lagi yang boleh majukan ISLAM kalau bukan kite? macamne nak tegakkan ISLAM kalau kite sendiri duk sokong orang kapir n tak support orang Islam sendiri?!?! memang le diakui celcom tu takde la 100% bersih n suci..lagi2 bile dah masuk marketting tapi at least fikirlah n nilailah as we are a muslim, right? saye tau, yg jadik masalah sekarang sebab korang pikir gini kann... "aku tukar ni kang, payah dah la nak msg ngan member2... depa sumer maxis. Mahal beb, 1 message 15sen!" Actually, Kalau kite pakat hijrah dari maxis ke celcom ramai2, takkan timbul masalah pun... celcom ke celcom pun 5sen gak..ade 8pax lagi... bile dah tuka tu, ajak la member2 korang tu sumer tukar! sebarkan flyers nih...bagi diorang tau maklumat nie... kate nak buat amar makruf & nahi mungkar...ha! ape ditunggu lagi??sampaikan maklumat yang boleh selamatkan saudara2 seISLAM kite daripade terus sumbangkan duit kat kafir laknatullah.
Aug 9, 2006
Impian
Kadangkala hati ini terasa sayu. Sayu apabila mengingatkan harapan kedua ibu bapa terhadap diri ini. Apabila mereka meminta sesuatu yang penulis tidak mampu dan tidak pasti bisa melaksanakannya. Bukan penulis tidak mahu merealitikan impian mereka tetapi penulis sendiri belum tahu cara untuk merealisasikan hal tersebut.
Mudah²an satu hari nanti atau dalam masa terdekat nih, penulis boleh tunaikan kehendak mereka. Semoga apa yang mereka cita² kan tuh bakal menjadi kenyataan. Insya allah.
Aug 6, 2006
Kenangan Terindah
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati..
Wooo ...
( Begitu engkaulah; cinta sejati )
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
:: Download : Samsons - Kenangan Terindah ::
Jul 31, 2006
Wanita Solehah
1. TIDAK BANYAK MEMANDANG KEPADA LELAKI
"Imam Ghazali mengatakan bahawa wanita yang paling cantik adalah yang baik akhlaknya, cantik wajahnya (fizikalnya), mencintai suaminya, tidak banyak memandang kepada lelaki lain"
2. MURAH MAHARNYA
" Emas kahwin wanita yang menepati ciri-ciri solehah adalah ringan dan murah. Sabda Nabi SAW,:"Wanita yang terbaik ialah tercantik mukanya dan yang termurah maharnya."(H.R. Ibnu Hibban)
3. MELAHIRKAN ANAK
" Mengahwini wanita yang ramai melahirkan anak digalakkan sebagaimana sabda Nabi SAW,: 'Hendaklah kamu mengahwini wanita yang banyak melahirkan anak dan yang mencintai suaminya' (H.R.Abu Daud dan An-Nasa'i). Kalau wanita itu keadannya belum diketahui, maka hendaklah diperhatikan dari segi kesihatan dan kemudaannya. Kerana bila dua sifat itu ada, biasanya wanita itu boleh melahirkan ramai anak"
4. MENGAHWINI GADIS ATAU PERAWAN
" Nabi menggalakkan umatnya agar terlebih dahulu mengahwini gadis atau perawan. Nabi pernah bersabda kepada Jabir, di mana Jabir mengahwini seorang janda: "Mengapa engkau tidak mengahwini seorang gadis, supaya engkau bersenda gurau dengan dia dan dia bersenda gurau dengan engkau."
5. WANITA YANG BERADAB DAN BERBUDAYA
"Wanita itu hendaklah yang berbudaya ataupun berpegang kuat kepada tradisi adat yang benar kerana ia akan mendidik anak-anaknya dengan cara yang benar. Kalau ia sendiri tidak beradab dan berbudaya, nescaya tidak akan pandai mendidik anak-anaknya."
6. JAUHI KAHWIN DENGAN KERABAT YANG TERDEKAT
"Rasulullah SAW menganjurkan agar tidak mengahwini keluarga yang terdekat kerana yang demikian itu mengurangkan nafsu syahwat. Nabi SAW bersabda : "Janganlah engkau kahwini kerabat yang dekat, kerana anakmu nanti akan menjadi kurus." Syahwat itu akan bangkit dengan memandang dan menyentuh. Sedangkan kekuatan syahwat itu apabila ia memandang sesuatu yang berlainan dari yang biasa nampak. Adapun dari kerabat dekat, yang ia biasanya nampak, adalah melemahkan perasaan dan syahwat."
Jul 16, 2006
Ulat Y2K
Phyllis Smith tengah sibuk berperang dengan ulat @ serangga perosak kat kebunnya. Tiba-tiba, dia terjumpa mesej “hi” daripada ulat tu pada salah satu tomatonya:
“We got down and was pruning and got down there and just pulled open those tomato vines,” Smith said. “There was a message that that bold bug had left on that tomato, and it said, ‘hi.’ And it just blew our minds. I laughed so hard.”
Ahaks! Ulat pun dah pandai tinggalkan mesej sekarang erkkk. Dah laa pekebun tuh jenuh dok maki-hamun ulat nih, ia selamba je kata "Hi". Cam sengaja perli laa plaks. Kekeke! Agaknya nih laa ulat buku yang selalu diperkatakan tuh. Sebab rajin baca buku, ia dah mula pandai menulis laa plaks. Tulih jangan tak tulih wahai sang ulat.
Penghargaaan : Eremaja.Com
Jul 12, 2006
Maksiat
Semalam sewaktu pulang dari membeli barang keperluan harian, penulis memandu di belakang 3 buah motosikal. Kesemua motosikal tersebut ditunggang dek anak² muda yang berkapel. Mereka kelihatan bangga dapat monggek dengan pasangan masing². Di barisan hadapan, penulis memerhatikan penunggang dan pemboncengnya duduk terlalu rapat. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan bahawa mereka itu seolah² melekat, tiada ruang antara mereka.
Penulis berasa kasihan dengan ibu bapa mereka, disaat ibu bapa mereka beranggapan bahawa anak² teruna/gadis mereka pergi ke kelas tambahan atau keluar bekerja, senario yang sebaliknya pula berlaku. Rupa²nya permata hati yang disangka berada di tempat kerja atau kelas, sedang bermaharajalela membuat maksiat bersama pasangan masing². Sungguh memalukan. Inikah anak² yang dibanggakan oleh kedua orang tuanya? Sewaktu zuriat itu mereka lahirkan, terlalu banyak pengharapan yang mereka letakkan pada si anak. Mereka mahu anak² itu menjadi penyambung kejayaan yang tidak dapat mereka gapai dahulu lantaran kemiskinan yang menghimpit diri. Tetapi anak² zaman kini hanya tahu bersuka² dan berpoya² tanya memikirkan kesan dan akibat kepada keluarga mereka.
Penulis teringat kata² seorang makcik penulis, antara benda yang dia beritahu penulis ialah anak lelaki umpama berlian. Nilainya tidak terjejas walaupun sudah tiada teruna sebelum kahwin kerana sukar untuk dibuktikan keterunaannya. Manakala anak gadis pula umpama kaca, apabila sudah retak, sukar untuk dipulihkan kembali, hanya menunggu masa untuk pecah berderai. Maruah sangat penting bagi seorang wanita, janganlah digadai body hanya kerana termakan budi.
Wahai anak² muda, sedarlah diri. Patuhilah perintah Allah, jauhilah maksiat. Kasihanilah kedua orang tuamu yang sering tertipu dengan kepura²anmu.
Kosa kata : Monggek - Dating atas motor
Penghargaan : Karut
Jun 19, 2006
Akademi Fantasia 4
Ade pembaca blog nih yg minat layan Akademi Fantasia 4 tak? Arinih penulis nak kasik link tuk memuat turun lagu² dari rancangan realiti tersebut. Sekalung terima kaseh buat Incik Kerepek yang telah merajinkan dirinya untuk memuat naik [huhu.. kata lawan bg muat turun :p] seme lagu² nih.
Berbicara tentang AF4 nih, penulis mahu menjadik pengkritik bukan jemputan tuk mengkritik plak para pengkritik pada minggu lepas. Walopun penulis tidak mahir lam bidang vokal dan nyanyian tetapi penulis masih tahu menilai bagus ato sumbang nyanyian para pelajar AF4. Pada pengamatan, pendengaran dan penjurian penulis, adalah tidak wajar sama sekali pengkritik ketiga mencemuh persembahan Rich dengan memuntahkan ayat "munafik". Walaupun persembahan Rich agak kurang mantap pada hari itu, namun sebaiknya ditegur dengan ayat yang lebih sopan.
Begitu juga dengan pengkritik tetap yang memberi komen tentang persembahan Faizal pada konsert ketiga, dia tidak sepatutnya mengeluarkan kata² pedas seperti "jangan ambil ganja". Nampak sangat sikap tidak profesionalnya dengan menjatuhkan air muka orang lain di khalayak ramai. Walopun sindiran itu diucapkan kepada Faizal, namun ramai yang tahu bahawa dia memerli Saleem. Pihak Astro patut menitikberatkan gaya bahasa yang perlu dituturkan oleh pengkritik agar tidak ada pihak keluarga pelajar yang berkecil hati atau penonton sendiri meluat dengan pengkritik yang angkuh lagik melampau.
Akademi Fantasia 4 - Konsert Ketiga
Akademi Fantasia 4 - Konsert Kedua
Akademi Fantasia 4 - Konsert Pertama
Akademi Fantasia 4 - Konsert Prelude
Orait, selamat mendownload. Layan jangan tak layan.
Jun 14, 2006
Rendang Sotong
Arinih penulis try satu resipi baru. Penulis amik resipi nih kat internet. Hehe! Actually dah lama penulis tak cuba resipi baru. Asek masak benda samer jerk. Kebetulan plak arinih bonda penulis beli sotong, so penulis pun terus memberitahu niat penulis tuk mencuba resipi baru. Tanpa sebarang bangkangan, penulis pun ngan rajin memulakan projek masakan. Separuh daripada sotong tuh, disinggang tuk ayahanda terchenta manakala yang separuh lagik penulis gunakan tuk menguji skill memasak penulis. Kekeke!
Wah! Yummy! Mabeles! Best laa plak resipi rendang sotong nih. Berselera tul bonda ngan adinda penulis makan. Penulis seniri tambah nasik wal lauk. Wakakaka! Makin naik laa badan penulis kalo asek makan sodap ajer. Ahaks! Penulis kasik resipi tuh kat sini, kot² ade antara korang yg nak mencuba.
Rendang Sotong
Bahan²
500 gram sotong sederhana besar
Santan dari sebiji kelapa
2 sudu besar kerisik
Sehelai daun limau purut
Daun kunyit (jika suka)
Garam
Gula
Minyak
Bahan² dimesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm halia
2 cm kunyit hidup
Cara memasak
1] Bersihkan sotong. Buang kulitnya. Toskan kering.
2] Panaskan minyak dan tumis bahan mesin sehingga garing.
3] Masukkan santan, kerisik, daun limau purut dan daun kunyit.
4] Kacau sesekali dan biarkan sehingga pekat, naik minyak dan kering.
5] Masukkan sotong, garam dan gula.
6] Masakkan sekejap dan biar sehingga naik minyak.
7] Angkat dan hidangkan.
Nota : Jangan masak sotong terlalu lama kerana ia akan liat. Selamat mencuba.
Jun 12, 2006
Penyu Jantan
Hye semua. Penulis kembali ke blog nih dengan layout baru. Agak lama juga penulis menggunakan layout terdahulu. Tetiber teringin tuk menukar tatarias dan warna blog nih. Harap anda yg maseh sudi berkunjung ke sini sejahtera selalu hendaknya.
Penulis melihat senarai mereka yg sedang online di ym. Mata penulis tetarik ngan satu lamanweb yg diiklan oleh pemiliknya di status ym. Lantas, jemari gebu penulis segera klik laman tesebut. Setelah menghabiskan masa kira² 30 minit, penulis tertarik dengan gambar yg penulis paparkan di atas. Sungguh lucu skali.
Menurut pemilik gambar, mereka sekadar bersukaria dengan aksi penyu naik ke darat. Menariknya, lakonan olok² mereka telah menyebabkan owg ramai bergegas ke pantai tuk melihat "penyu bertelur". Sudahnya, tipah tertipoo. Hehe!
Penghargaan :: Tokeikedai Fotopages ::
Jun 10, 2006
Aku Yang Kau Panggil Sayang
Lagu : Aku Yang Kau Panggil Sayang
Aku Yang Kau Panggil Sayang
Ingin Menghampiri Masa-Masa Silam
Engkau Yang Ku Panggil Sayang
Pernah Meneroka Hati Ini
Detik Kemanisan Pun Berlalu
Kemanakah Janjimu Yang Suci
Aku Yang Kau Panggil Sayang
Inginku Mengutip Sisa-Sisa Cinta
Engkau Yang Ku Panggil Sayang
Menapak Kehala Persimpangan
Tanpa Meninggalkan Kata-Kata
Bila Kaukan Kembali Lagi
Korus:
Seraut Wajah Sering Ku Usap
Dalam Mimpi Kita Pun Bersenda
Siangku Menyebutmu Dimalam Sunyi
Ku Digoda Rindu...Oh...
Aku Yang Kau Panggil Sayang
Dalam Kegelapan Ku Mencari Kasih
Engkau Yang Ku Panggil Sayang
Mungkin Kali Ini Kehilangan
Berikan Daku Saat Terakhir
Mengusap Muka Mu Oh Sayang
-Solo-Ulang Korus & Rangkap 3
Aku teruja dengan lagu ini. Melodinya yang agak mendayu membuatkan aku dengan mudah menerima lagu ini. Liriknya menyentuh hati, mungkin terasa sedikit sebu di hati. Itulah realiti hidup, tidak semua yang kita impikan akan berakhir dengan sempurna. Andai hal itu terjadi, pasrah dan hadapilah masa depan dengan semangat proton waja. Hehe!
:: Aku Yang Kau Panggil Sayang - Download ::
May 27, 2006
Bosan wal Boring
Persoalannya disini, aperkah yg akan anda lakukan sekiranya anda didalam situasi tersebut?
Lazimnya aku akan menyibukkan diri untuk menghindari rasa tersebut. Mujurlah aku mempunyai kelas hampir setiap malam. Jadi, masa tuk berjiwang sengsorang tuh terhad. Aku menghabiskan waktu malam dengan anak-anak didikku. Melayani karenah mereka membuatkan hatiku terhibur. Walaupun kadangkala kenakalan mereka membuatkan aku sedikit geram, tetapi kenakalan itu jugalah yg sering mencuit hati.
Tidak aku nafikan, bila bersendirian, terasa juga sedikit bosan. Aku memikirkan tentang kehidupan org lain yang punya keluarga bahagia. Aku juga bahagia sebenarnya tetapi lam situasi yg berbeza. Aku bahagia lam lingkungan keluarga yg terdiri daripada ibu, bapa dan adik-adik. Manakala kawan-kawanku bahagia lam situasi mereka sebagai ibu atau bapa dan zuriat mereka sendiri. Berbeza bukan? Namun, kebahagiaan itu tetap ada.
So, jgnlah asek berasa bosan ajer, jum ler kita heppikan diri seniri ngan ektibiti yg berfaedah lagik munasabah. Heppi sokmo!!!
May 9, 2006
Telatah Pelajarku
Apr 16, 2006
Kekasih vs Bapa
Pelbagai perasaan wujud lam diri aku tatkala membaca berita ini. Marah, geram, memalukan, melampau dan pelbagai lagik perasaan yang tidak enak berbaur lam sanubariku nih. Tersirap darahku apabila melihat perkataan "sijil kematian palsu ayah". Lantas aku berfikir, bagaimana sorang anak sanggup memalsukan sijil kematian ayahnya semata² tuk mengahwini teman lelakinya. Alangkah hancur luluhnya hati si ayah bila mengetahui perbuatan anaknya itu. Ayah yang masih bernyawa telah "dibunuh" oleh anak sendiri ngan sijil kematian palsu.
Sedarlah wahai anak, tanpa kedua ibu bapamu, tidak akan ada kamu di dunia nih. Sanggup kau memperjudikan pengorbanan ibu bapamu ngan cinta yang belum tentu mampu membahagiakan. Lelaki yang baru beberapa tahun dikenali dibandingkan ngan ibu bapa yang sejak dari kandungan lagi telah menjaganya dengan baik. Apalah sangat jasa lelaki tuh kat kau sampai sanggup kau buang keluarga? Andainya jasa ibu bapa boleh dihitung ngan wang ringgit, sudah pasti kau tak mampu membayarnya biarpun kau seorang jutawan. Pengorbanan lelaki tuh lum tentu dapat menandingi jasa ibu bapamu. Jauh panggang dari api.
Janganlah buta hati hanya kerana cinta yang tidak menjanjikan apa². Sesungguhnya ibu bapa jauh lebeh tinggi martabatnya dari kekasih. Bolehkah dijamin kekasihmu itu tidak akan mencurangimu? Bolehkah dijamin kekasihmu itu mampu membawamu ke syurga? Tentu sekali tidak, bukan? Ade beberapa potong ayat al-quran yang menerangkan tentang tingginya darjat ibu bapa.
23. Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia 24. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. (al-Isra': 23-24)
Dari Abu Hurairah RA: Beliau berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan berkata: Ya Rasulullah, siapakah dikalangan manusia yang paling berhak aku layani dengan baik: Jawab baginda SAW: Ibumu. Seterusnya dia berkata lagi: Seterusnya siapa?. Jawab baginda SAW: Ibumu. Seterusnya dia bertanya lagi: Seterusnya siapa?. Jawab baginda SAW: Ibumu. Tanya dia lahi: Seterusnya siapa? Jawab baginda SAW: Ayahmu (Muttafaq 'alaih) [al-Bukhari: 5971, Muslim: 2548]
Wahai sahabat² yang kukasihi, marilah kita sama² mengambil iktibar dari cerita ini. Janganlah kita mengikut jejak langkah yang terpesong. Semua ibu bapa mahukan anak² mereka bahagia. Janganlah diderhakai ibu bapa hanya kerana cinta yang kononnya suci dan sejati. Hubungan antara kekasih boleh terpisah, begitu juga hubungan suami isteri boleh diceraikan tetapi hubungan antara ibu bapa dan anak²nya kekal hingga akhirat. Janganlah disingkirkan ibu bapa hanya kerana mereka tidak mahu menuruti kehendak kamu wat kali ini. Cuba fikirkan berapa banyak permintaan kamu yang selalu ditunaikan sebelum nih.
Apakah jaminan cinta itu membawa ke syurga sedangkan Allah dan Rasulnya telah mengkhabarkan janji syurga kepada mereka yang mentaati ibu bapa dan menjanjikan pula neraka kepada mereka yang derhaka pada keduanya. Apakah kita telah hilang akal untuk memahami ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW?
Mar 28, 2006
Apam Pisang
Semalam aku wat kuih apam pisang. Nih kali kedua aku try wat kuih nih, seblum nih dah penah wat tp kureng menjadik. So, kali nih dah jadik ngan elok. Hehe! Best jugak makan apam pisang nih time minum petang, tak ler bosan asek pekena pisang goreng ajer.
Kalo kita nak wat sesuatu, kita musti berusaha sampai benda tuh menjadik, memang laa memuler tuh kengkadang hasilnya tak seperti yg diharapkan tetapi kalo kita bertekad tuk meneruskan benda tuh, insya allah akan menjadik jugak akhirnya. Ada sesetengah owg suka bercakap untuk melakukan itu ini tetapi watnya tidak. Sebenarnya guru yg paling bagus ialah pengalaman. Kalo aku tau skali pun resipi tuk membuat kuih nih tp langsung x penah try, cemaner nak tau hasilnyakan? Adalah lebeh bagus kalo kita tau caranya dan kita cuba membuatnya. Jangan dok dengar kata orang saja sebab ade owg suka cakap x serupa bikin.
Okeh, kepada sesaper yg nak try wat kuih nih, bleh laa message daku yerk. Malas laa plak nak tulih resipinya kat sini. Kekeke!
Mar 22, 2006
Genius
Mari kita fikirkan sejenak tentang GENIUSnya golongan ini. Mereka tidak dilahirkan dengan memiliki kelebihan menghafal dengan baik tetapi berkat usaha dan semangat yg tidak pernah luntur, mereka berjaya juga menghafal keseluruhan isi kandungan al-quranul karim. Kitabullah yg mempunyai 30 juzuk keseluruhannya, didalamnya terdapat 114 surah yg cukup indah dengan susunan 6666 ayat. Bayangkan berapa lamer masa yg diambil oleh mereka seme tuk mengingat ngan lancar setiap patah ayat berserta bacaan tajwid yg betul. Sesungguhnya bukan calang-calang orang yg mampu berbuat sedemikian melainkan mereka dikurniakan Allah otak yg GENIUS. Masya Allah, aku kagum ngan insan sebegini. Maklumlah bukan senang untuk meletakkan diri ditahap genius. Mereka perlu mempunyai hati yg suci serta menghindari diri dari dosa kecil dan besar seblum memulakan penghafalan. Ader yg mengambil masa selama 1 tahun 10 bulan untuk menghafal keseluruhan al-quran. Itulah keikhlasan, kesabaran dan ketekunan yg perlu ada pada seseorang penghafal al-quran.
Al-Quran adalah kata-kata Allah. Bertuahnya insan yg dipilih oleh Allah tuk menyampaikan setiap kalimat indahnya. Beruntung benar insan tersebut. Sejujurnya aku akui, aku seniri tidak mampu tuk menghafal satu juzuknya, bahkan tuk menghafal sehelai daripadanya pun mungkin payah. Aku bangga dengan para HAFIZ dan HAFIZAH. Bagaimana ngan kalian? Setuju atau tidak kalo aku katakan HAFIZ dan HAFIZAH GENIUS?
Mar 17, 2006
Doa Seorang Kekasih
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat PadaMu
Tuhan ku mohon segala
Mar 13, 2006
Memori
Feb 23, 2006
Miraei by Kiroro
Miraie - Flute Version
Miraie – Kiroro
Hora ashimoto wo mitegora u
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegora u
Are ga anata no mirai
Haha ga kureta - takusan no yasashisa
Ai wo idaite ayume to kurikaeshita
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai
Sonna watashi no te wo nigiri
Issho ni ayundekita
Yume wa itsumo - sora takaku aru kara
Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no
Jibun no SUTOORII dakara koso akirametakunai
Fuan ni naru to te wo nigiri
Issho ni ayundekita
** sono yasashi tawo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu
Hora ashimoto wo mitegora u
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegora u
Are ga anata no mirai
Mirai e mukatte yukkuri to aruite yuko
Aku suker layan lagu nih. Syahdu lagik mendayu.
Saper suka lagu nih, sila senyum. Kekeke.
Feb 18, 2006
Kekeluargaan
Sepanjang pengamatan aku, remaja atau anak muda hari ini sudah tidak menghiraukan hubungan kekeluargaan. Lazimnya, mereka hanya mengenali sanak saudara yang tinggal berdekatan dengan mereka. Ada juga antara mereka yang hanya mengenali setakat pakcik/makcik/sepupu. Selebihnya tidak pula mereka kenali atau ketahui tempat tinggalnya. Tambah menyedihkan, pabila mereka ini langsung tidak berminat untuk mengenali darah daging mereka sendiri.
Selalunya, ibu bapa kita akan membawa kita mengenali ahli keluarga yang lain pada musim perayaan dan juga ketika kenduri kahwin. Malangnya, ramai diantara kita tidak suka memenuhi pelawaan ibu bapa untuk ke majlis tersebut. Akibatnya, sanak saudara yang bau-bau bacang ngan kita sudah jadik semakin jauh kerana saling tidak mengenali. Natijahnya, kadangkala kita seniri tidak sedar bercinta dengan sedara seniri. Pabila tiba hari bertunang, baru laa masing² mengetahui bahawa mereka bersaudara.
Aku dikira beruntung kerana menjadi "driver" kepada ibu bapaku membuatkan aku mengenali ramai sedara mara dekat mahupun jauh. Maklumlah ibu bapaku sering memenuhi undangan perkahwinan, jadik mereka akan memperkenalkan aku kepada keluarga yang lain. Dari situ laa aku mengenali dua pupu, tiga pupu, moyang sedara dan pelbagai lagik gelaran yang ada. Akhirnya, hubungan kekeluargaan makin mesra kerana sering bertemu. Selain daripada menghadiri majlis tertentu, ibu bapaku juga suka menjejaki sanak saudara mereka yang berada di tempat tertentu. Sebagai contohnya, bebaru ini kami mengunjungi rumah dua pupu ayahku dan kemudiannya kami pergi ke rumah sepupu ibuku pula. Kedua²nya ramah dan mesra.
Begitu laa serba sedikit cerita aku mengenai ikatan persaudaraan. Bagaimana pula agaknya dengan korang? Adakah korang mengenali sedara mara korang yang jauh atau sekadar mengenali sepupu sahaja? Aku menyeru kepada diri seniri dan juga pembaca blog ini supaya saling mencari waris masing². Perkukuhkan silatulrahim antara kita.
Jan 25, 2006
Makan
Walaupun, kami tidak berebut makanan, tapi sekurang²nya aku akan dapat makan lebih sedikit makanan yang lazat itu sebab aku telah mengambil makanan mereka. Tetapi sekarang, adik² aku sudah mula pandai berjimat, mereka akan makan jauh dari aku sekiranya mereka mempunyai makanan yang sedap. Akhirnya, tidak dapat laa aku meminta makanan dari mereka lagi. Ada masanya, mereka sendiri akan memberikan makanan tersebut kepada aku kerana mereka sudah kekenyangan. Walhal, itu santapan kegemaran mereka. Sebaiknya, korang makan lebih cepat dari orang lain, sekurang²nya korang dapat makan banyak makanan lazat sekiranya teman di sebelah sudah tidak larat menghabiskannya. Begitu laa taktik aku. Apa pula taktik korang??
Jan 6, 2006
Berubah
Bukit-bukau juga sudah berubah akibat ektibiti penggondolan dek manusia. Lautan dalam berubah juga dek kehebatan tsunami. Gunung berapi yg memuntahkah lahar juga turut merubah sebahagian bentuk muka bumi di kawasan tertentu. Kalendar jugak turut berubah. Umpamanya, tahun lepas kiter berada di tahun 2005, manakala di masa ini kiter sudah melangkah di tahun 2006. Tuh sebahagian daripada fenomena yg berlaku lam diari dunia.
Bagaimana pula dengan manusia? Manusia juga berubah sikap, minat dan menjadi semakin tua setiap ari. Ader orang yg takut menghadapi perubahan dalam hidupnya. Aku? Aku tidak gentar untuk berubah. Aku cuma risau berubah ke arah keburukan. Mungkin ini adalah alasan yg terbaik bagi mereka yg bimbangkan perubahan. Maner ade org yg takut berubah menjadi lebeh baik? Tak gitu? Bagaimana lak ngan korang? Berani tuk berubah?