Feb 28, 2007

Aku










Keliru by Ruth Sahanaya

Aku...
Tidak punya kecantikan

Aku...
Tidak punya kekayaan

Aku...
Tidak punya kepandaian

Namun aku...
Ingin disayangi

Namun aku...
Ingin dirindui

Namun aku...
Ingin dicintai

Cintai, rindui dan sayangi aku
Meskipun aku tidak punya sesuatu.

Sekadar luahan emosi, lama sudah penulis tidak mengasah bakat untuk berpuisi. Kadangkala apa yang dirasa lebih mudah untuk diungkapkan dalam bentuk puisi. Mudah²an ada yang bisa mengerti dengan entri kali ini. :)

Feb 25, 2007

Action Song

Tahniah! Hanya itu yang dapat penulis titipkan buat anak² didik yang memenangi tempat kedua dalam pertandingan Action Song peringkat PKG Binjai. Bebaloi rasanya pengorbanan Puan Molly Lim, satu²nya guru berbangsa Tionghua di Sek Keb Ibok ini menghabiskan masanya setiap hari tuk melatih anak² ini. Walaupun sekolah kami tidak memenangi pertandingan ini di peringkat daerah, namun semangat berpasukan lebih penting berbanding segala²nya.

Penulis sendiri terbabit sama dalam pembuatan props tuk persembahan dan juga memakaikan kostum tuk pelajar. Lelucon juga terasa di hati apabila ada antara pelajar yang asek mengetap bibir apabila bibir mungil mereka dicalit lipstik. Mungkin tidak biasa dengan keadaan sebegitu. Penulis tergelak besar apabila melihat watak utama persembahan ini dilukis misai dengan menggunakan celak.

Sayangnya penulis hanya mengetahui tentang kejayaan mereka pada hari berikutnya kerana pada hari tersebut penulis bergegas balik ke rumah untuk menghantar adik penulis ke perhentian bas untuk pulang ke Bangi. Setelah menghantarnya menaiki bas, penulis dan keluarga berangkat pula ke Kuala Terengganu. Tujuan penulis adalah untuk menghantar borang SPR sebanyak 619 keping ke Wisma Darul Iman. Selepas itu, kami ke Perkampungan Cina. Inilah kali pertama penulis menjejakkan kaki ke sini, rumah di dalam airnya masih dikekalkan manakala laluannya pula terlalu sempit. Sebuah pintu gerbang yang melambangkan majoriti penghuninya di situ gah berdiri. Pasar Payang pula kami selusuri sebagai agenda terakhir sebelum pulang.

Ayahanda sempat membeli sehelai kain songket. Penulis pula sekadar membeli tiga helai baju T yang mempunyai identiti Terengganu.

Feb 23, 2007

Karnival Yang Hampeh










Rama-rama by Ella

Seumpama rama-rama
Terbang bebas di udara
Tanpa ada halangan
Aman damai suka-suka
Riang ria tanpa ada
Rasa duka sengketa
Rama-rama

Ekspresi dirimu menawan hatiku
Ingin aku terbang bersamamu
Melihat kerenah melihat telatah
Manusia yang sering telagah
Ekspidisi ini bagai tiada henti
Kan menjadi antologi diri
Terhentilah mimpi terhapuslah sepi
Sanubari yang lebih berani

Terminal yang pasti satu fitrah hati
Kerana yang sejati tiada kekal lagi
Terbanglah ke sini mencari abadi
Terbanglah ke mari mencari hakiki

Seumpama rama-rama
Melewati panorama
Yang penuh warna warni
Taman bunga taman damai
Dengan aksi lincah
Berputik hidup yang harmoni
Rama-rama...

Huh! Baper kali nak wat karnival maksiat lam setahun?? Bosan betul penulis ngan karnival jualan/permainan yang tak pernah ketinggalan saban tahun. Kalo diwat setahun sekali jerk, bleh gak tahan tp nih ntah berapa kali lam setahun. Setiap kali ada karnival, musti sesak jerk tempat tuh, sampai penulis nak lalu pun susah.

Adeh, kekadang penulis rasa nak jerk suh depa alihkan tempat karnival tuh ke kawasan lain, jangan laa dok wat dekat ngan kawasan umah penulis. Penulis sungguh x suka benda² camnih. Baper kali karnival nih diwat pun, penulis adalah antara orang yang paling jarang pergi. Cukup² ler wat karnival nih, bukan ada pekdah sangat pun, selain dari jadik tempat maksiat muda-mudi. Mencinyaaaaaa.

Feb 22, 2007

Hua Xin










Hua Xin by Emil Chow

Sorang lagi teman penulis sewaktu zaman persekolahan menamatkan zaman bujangnya sabtu lalu. Satu persatu teman² penulis melangkah ke alam rumahtangga. Menjadi suami/isteri kepada pasangan masing². Akhirnya, tinggallah penulis sendirian dengan gelaran "Cik".

Feb 19, 2007

Tragedi Di Lampu Isyarat

Sewaktu penulis menulis entri ini, penulis baru saja melihat satu kejadian kemalangan yang berlaku depan mata penulis. Tragedi itu berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat di tengah bandar. Ketika itu, lampu isyarat di bahagian penulis telah berwarna hijau, manakala di sebelah kanan penulis sudah bertukar merah tetapi masih ada sebuah kereta Proton Iswara hitam yang melanggar lampu isyarat. Penulis dan sebuah mpv di sebelah kiri penulis terpaksa memperlahankan kenderaan kami untuk memberi laluan kepadanya. Sambil itu sempat penulis berkata...
"Bahaya sungguh kereta nih".

Tidak berapa lama kemudian, penulis mendengar satu bunyi dentuman, meskipun tidaklah sekuat mana bunyinya tetapi apabila penulis melihat melalui cermin pandang belakang, kereta Proton Iswara tadi sudah pun berlanggar dengan sebuah Proton Wira. Penulis memberhentikan kenderaan di bahu jalan dan melihat kejadian itu. Oleh kerana mahu melihat dengan lebih jelas, penulis u-turn semula ke bandar di lampu isyarat yang lagi satu. Kali ini penulis sempat melihat tragedi itu lebih dekat.

Sebenarnya ketika itu, ada dua sekatan polis trafik tidak jauh dari tempat kejadian. Kebetulan pula, di arah kiri lampu isyarat tersebut, dua orang polis trafik sedang memantau keadaan lalulintas. Mungkin sedang menjalankan ops sikap. Polis trafik segera ke situ dan kes itu mungkin dibawa ke balai. Penulis dan keluarga kesal dengan sikap sesetengah pemandu yang tidak mengikuti peraturan jalan raya. Natijahnya, bukan pemandu tersebut saja yang terlibat, orang lain yang tidak bersalah juga terheret sama. Walaupun tiada kemalangan jiwa berlaku tetapi kerosakan keretanya nampak teruk juga. Berhati²lah di jalanraya, patuhilah arahan lalulintas. Kat televisyen pun ada banyak iklan tentang panduan lalulintas, jangan sekadar dipandang tetapi tidak dipraktikkan.

Ratapan Anak Tiri



Untukmu Ibu by Amanda Rachel
( OST Ratapan Anak Tiri )

Pahit getir..
Hidup yang aku jalani
Berpeluh debu dan caci
Tuk sesuap nasi

Ibu pergi..
Sungguh terlalu pagi..
Tak ada yang menyayangi
Dan menjaga diri..

Sering aku menangis..
Di tengah larutnya malam..
Lelah lapar kedinginan..
Tak henti menghadap

Doakanlah kami ibuu..
Agar selalu bertahan..
Menjalani hidup ini..
Yang penuh rintangan..

Oh ibu...
Untukmu...
Doaku...
Oh ibu..

Sedikit demo dari sinetron Ratapan Anak Tiri yang sedang ditayangkan di tv3. Lagu ini hanya dalam versi drama, mp3 penuhnya belum penulis dapat. Jika penulis mempunyainya kemudian, penulis akan kongsi di sini. Bagi penulis, drama ini agak menarik kerana wataknya diwarnai dengan penampilan kanak² yang memegang teraju utama. Justeru, penderitaan yang dialami mereka bagaikan menarik penulis untuk melekat di kerusi bagi menyaksikannya. Sesungguhnya di dalam hidup kita, banyak hal yang berlaku di luar kawalan. Bersedialah untuk menghadapi sesuatu yang tidak kita sangka.

Feb 18, 2007

Jiwang Karat



Dedicated to whom it may concern.


Penulis gemarkan lagu ini. Harapan penulis agar anda juga gemarkan lagu ini, bukan kerana penyanyinya dari negeri kelahiran penulis tetapi kerana kombinasi melodi dan liriknya. Layannn.

Feb 16, 2007

Galeri Gambar


Sebahagian daripada para pelajar penulis. Walaubagaimanapun, tidak semua wajah mereka penulis paparkan disini. Ada yang malu apabila lensa kamera telefon bimbit penulis disuakan ke arah muka mereka. Justeru, penulis tidak memaksa pelajar yang tidak mahu wajahnya dirakamkan. Inilah wajah² polos pelajar yang menjadi kesayangan penulis.

Feb 10, 2007

Dua Jiwa Satu Hati

Petang tadi, penulis dan keluarga menghadiri majlis pernikahan rakan kepada adik penulis. Sewaktu memasuki selekoh ke kawasan rumahnya, penulis dapati tiada bunga manggar sebagai isyarat kenduri kawen diadakan di kawasan itu. Walaupun sedikit musykil, penulis teruskan juga pemanduan sehingga ke kawasan rumahnya.

Penulis melihat ada beberapa kelompok insan di hadapan rumahnya, namun khemah tuk majlis perkahwinan tidak kelihatan. Penulis makin resah, risau juga kalau tersilap tarikh, tetapi bonda penulis beria² meyakinkan yg tarikhnya ialah 10 Februari. Dah betul laa hari ini. Tapi kenapa suasananya berlainan benar?? Kemudian, ayahanda penulis ditugaskan tuk bertanya adakah benar terbinanya sebuah "masjid" di sini pada hari ini.

Sahih. Memang pernikahan sedang berlangsung ketika kami sedang kebingungan memikirkan situasi itu. Inilah kali pertama penulis menghadiri resepsi pernikahan yang benar² mengikut lunas islam iaitu cuma bernikah tanpa sebarang majlis perkahwinan yang besar. Penulis difahamkan, mereka ini orang miskin dan mungkin tidak mampu untuk mengadakan majlis yang lebih baik. Terasa sebak di jiwa penulis sewaktu melihat pengantin pompuan yang kelihatan ayu dengan busana biru muda. Tersenyum manis pula disamping suami tersayang. Penulis membalas balik senyumannya sambil berdoa di dalam hati, mudah²an kedua² mempelai ini bahagia hingga hujung nyawa dan dikurniakan zuriat yang soleh.

Selamat Pengantin Baru Roslinda dan pasangannya.

Feb 8, 2007

This Old Man



This old man, he played one
He played knick-knack on my thumb
With a knick-knack paddywhack, give a dog a bone
This old man came rolling home

This old man, he played two
He played knick-knack on my shoe
With a knick-knack paddywhack, give a dog a bone
This old man came rolling home

This old man, he played three
He played knick-knack on my knee
With a knick-knack paddywhack, give a dog a bone
This old man came rolling home

This old man, he played four
He played knick-knack on my door
With a knick-knack paddywhack, give a dog a bone
This old man came rolling home

This old man, he played five
He played knick-knack on my hive
With a knick-knack paddywhack, give a dog a bone
This old man came rolling home

This old man, he played six
He played knick-knack on my sticks
With a knick-knack paddywhack, give a dog a bone
This old man came rolling home

This old man, he played seven
He played knick-knack up in heaven
With a knick-knack paddywhack, give a dog a bone
This old man came rolling home

This old man, he played eight
He played knick-knack on my gate
With a knick-knack paddywhack, give a dog a bone
This old man came rolling home

This old man, he played nine
He played knick-knack on my spine
With a knick-knack paddywhack, give a dog a bone
This old man came rolling home

This old man, he played ten
He played knick-knack on my hen
With a knick-knack paddywhack, give a dog a bone
This old man came rolling home


Lagu ini bakal anak² didik penulis persembahkan pada 25 Februari nanti. Pertandingan ini bakal diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman. Buat masa ini, mereka sedang giat berlatih untuk memastikan persembahan pada hari tersebut berjalan lancar. Jom nyanyi.

Feb 2, 2007

Seribu Satu Ragam

Kengkadang penulis terasa geli hati juga dengan perangai bebudak nih, kengkadang pula penulis terasa geram. Ragam mereka yang pelbagai membikin penulis lebih memahami mereka. Sewaktu penulis sibuk menanda buku di hadapan, mereka sibuk pula membuat bising di belakang. Walaupun begitu, setiap kali penulis merenung tajam atau memukul rotan ke meja, kecut juga mereka. Tanpa berlengah, mereka segera kembali ke tempat duduk masing².

Ada yang mengadu pembaris diambil rakan, pensil warna dicuri, buku aktiviti tertinggal di rumah dan seribu satu macam alasan lagi. Kalo mahu diterima semua aduan ini, mahu pengsan penulis untuk menghakimi dan menjatuhkan hukuman. Hehe!pe

Penulis tidak nafikan, bebudak ini nakal tetapi satu hal yang penulis suka tentang mereka ialah mereka tidak berdendam meski pun kerap kali dimarahi atau pun sesekali dirotan kerana kedegilan mereka. Lucunya, murid yang membawa rotan untuk penulis pula yang kena penangan rotan. Setakat ini, penulis sudah mempunyai tiga batang rotan yang diberi pelajar.