Jan 31, 2011

Carian Waktu Seluruh Dunia


Anda mahu melancong ke luar negara?? Sudah pasti anda mahu mengetahui perbezaan waktu antara negara kita, Malaysia dan juga negara tersebut. Misalnya, seorang 'teman tapi mesra' penulis dahulu pernah tinggal di negara asing. Justeru, penulis perlu mengetahui perbezaan masa untuk bercinta bersembang dengannya.

Jan 30, 2011

Enjin Pencarian DuckDuckGo



Tiada hal yang khusus hendak dicoretkan hari ini, penulis cuma ingin memperkenalkan sebuah lagi web pencarian. Menariknya, anda boleh menggunakan sintaks tertentu untuk hasil carian anda. Misalnya, anda boleh menggunakan kata kunci beserta sintaks seperti eriyza !i untuk mencari gambar atau eriyza !yt untuk carian video. Web ini juga menghantar anda terus ke lebih 100 web carian lain berdasarkan menu pilihan anda di sebelah kotak carian.

Jan 27, 2011

Gmail Melancarkan Email Notis Desktop


Kebanyakan bloggers profesional menggunakan Gmail sebagai email peribadi mereka. Justeru, pihak Gmail telah memasukkan fungsi baru ke dalam menu email mereka bertujuan untuk memudahkan para pengguna mereka yang setia. Mereka baru saja melancarkan notis HTML5 desktop yang memaparkan pop-up setiap kali mesej chat atau email yang baru tiba.

Jan 26, 2011

Buat Email Palsu Di MyTrashMail


Katakanlah anda mahu mendaftar di web yang baru anda temui tetapi anda tidak tahu web tersebut bagus atau tidak, adalah tidak berbaloi jika anda menggunakan email tetap anda. Justeru, anda disarankan untuk menggunakan email tipu sementara untuk tujuan tersebut.

Jan 25, 2011

Koleksi Logo Kereta Berbentuk Bulat



Adakah anda tahu bahawa kebanyakan kereta mewah mempunyai logo berbentuk bulat?? Tak perasan?? Tidak mengapa, mari kita buktikan kesahihannya. Lihat sahaja kereta tersohor seperti Mercedes dan BMW yang popular di Malaysia, mereka menggunakan logo berbentuk bulat.

Jan 24, 2011

Bloggers Perlu Bayar Cukai


Melongo sebentar penulis apabila mengamati berita ini tadi. Akhirnya para bloggers yang menjana pendapatan ribu riban sebulan bakal dikenakan cukai mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 dibawah seksyen 7. Apakah pendedahan demi pendedahan yang dikemukakan oleh bloggers tersohor di laman blog masing² menjadi isu penting sehingga kerajaan memutuskan untuk mengutip hasil darinya?? Harus diingat, pendapatan setiap bloggers adalah berbeza² malah ianya tidak pula tetap. Lantas, bagaimana kerajaan mahu mengira punca pendapatan yang tidak stabil ini??

Jan 23, 2011

Relaks Dengan Do Nothing For Two Minutes


Semasa penulis lepak di Twitter tadi, Adlan menulis tentang sebuah web yang khusus untuk lepak tanpa berbuat apa² di komputer. Dalam bahasa mudahnya, rehat sebentar dari melakukan kerja harian anda. Hanya 2 minit diperuntukkan untuk anda menguji diri dengan relaks seketika sambil berpeluk tubuh.

Jan 22, 2011

Tukar Gambar Anda Ke Mosaic Excel


Pernahkah anda membuat lakaran imej mosaic di Excel?? Tak berapa pandai nak buat?? Alah, buat apalah susah², gunakan saja software yang ada untuk membuatnya. Lebih mudah untuk anda convert Bitmaps, Jpegs, GIFs dan PNG ke bentuk mosaic sekelip mata saja. Pilih saja gambar yang anda mahu untuk tujuan tersebut. Nak gunakan gambar Cik Eriyza pun boleh, itu pun kalau anda ada gambar penulis laa.

Jan 21, 2011

Koleksi Logo Berasaskan Haiwan


Jika anda seorang pereka logo, apakah material yang anda akan gunakan sebagai lambang yang bakal mewakili syarikat tersebut?? Jangan main², logo memainkan peranan penting dalam penjenamaan sesuatu produk. Cuba lihat iklan di atas, ia cuma dihasilkan berasaskan seekor tikus. Agaknya pereka iklan tersebut sudah ketandusan idea untuk mencipta sesuatu yang baru.

Jan 20, 2011

Semak Kata Laluan Dengan Password Meter


Satu ribu. Ya, satu ribu. Apa yang satu ribu?? Sebenarnya topik ini adalah entri yang bernombor 1000 secara rasmi di blog ini. Hmmm, terlalu perlahankah entri di blog ini bergerak atau kecerewetan penulis di dalam memilih topik yang menyebabkannya begitu?? Setelah enam tahun lebih berblogging, akhirnya entri yang ke satu ribu memasuki carta. Bercerita tentang blog, tentu anda maklum sebelum mula menulis, anda perlu mendaftar username dan juga password. Justeru, topik hari ini agak istimewa kerana ia ada kaitan dengan password.

Jan 18, 2011

Enjin Pencarian Veezzle


Penulis antara golongan bloggers yang gemar memasukkan gambar yang mempunyai hubung kait dengan topik yang ditulis. Pada penulis, cara ini amat bersesuaian dengan konsep blog penulis kerana pembaca akan mendapat gambaran awal tentang sesuatu yang penulis ceritakan.

Jan 17, 2011

Convert Youtube Dengan ClipConverter


Selalunya apabila penulis mengepos web berbentuk online tools seperti ini, ada suara sumbang mambang yang mengatakan web ini bukan yang terbaik kerana web X lebih bagus atau pun web Z tak perlu mendaftar untuk menggunakannya.

Ingin penulis tegaskan bahawa blog ini bukan bertujuan untuk mempromosi mana² produk atau syarikat malah penulis tidak memperolehi pendapatan dari mana² pihak, ianya sekadar perkongsian sesuatu yang berguna untuk manfaat bersama. Harap mesej penulis kali ini jelas.

Jan 16, 2011

Penghias Skrin : Jang Geun Suk Versi 2


Sebelum ini penulis pernah memberikan wallpapers Jang Geun Suk kepada anda. Kini, penulis memberikan wallpapers Jang Geun Suk yang lebih menarik untuk anda letakkan di desktop masing². Jom kita tengok.

Jan 15, 2011

Jadikan Browser Dual Screen


Hai semua. Apa khabar?? Semoga sihat sejahtera hendaknya. Anda bertuah kerana melihat blog ini dikemaskini kerana sebelum ini komputer penulis menghadapi masalah malah penulis hilang mood untuk menulis. Baiklah, hari ini penulis cuma ingin berkongsi tips ringkas untuk anda.

Jan 11, 2011

Drag Dan Drop Fail Ke Gmail



Ramaikah pengguna Gmail yang membaca blog ini?? Itu semua tidak penulis ketahui tetapi hari ini penulis ada berita bagus untuk anda. Sekiranya anda adalah pengguna setia Gmail, anda tentu pernah menghantar dokumen mahu pun gambar kepada rakan² dengan cara mengupload gambar dari komputer. Betul tak??

Jan 10, 2011

Chat Facebook Di Yahoo Messenger 11


Sudah agak lama penulis tidak bercerita tentang Yahoo Messenger di blog ini. Bagi kaki² chat di Facebook yang masih aktif menggunakan Yahoo Messenger, ini berita baik untuk anda. Versi terbaru Yahoo Messenger 11 Beta kini berintegrasi dengan Facebook. Dengan kata lain, anda dapat berchatting dengan rakan Facebook anda hanya melalui Yahoo Messenger.

Jan 8, 2011

Edit Gambar Dengan Pixer


Anda mahu mengedit gambar dengan cepat?? Sekiranya anda cuma memerlukan peralatan yang ringkas seperti Resize, Crop, Rotate dan Flip, maka web ini sesuai untuk anda. Anda cuma perlu upload gambar dari komputer dan mulakan proses mengedit.

Jan 6, 2011

Enjin Pencarian Pipl


Adakah anda sedang mencari rakan sekolah atau saudara-mara yang sudah lama terputus hubungan?? Mereka mungkin berada di dunia internet tetapi anda tidak mengetahui lokasi laman sosial yang disertainya. Anda boleh mencuba enjin pencarian yang dikhususkan untuk mencari orang bagi menjejak sesiapa sahaja yang anda mahu.

Jan 4, 2011

Buat Poster Motivasi


Anda mahu buat poster motivasi?? Inilah masanya untuk anda mencuba perkhidmatan ini. Anda boleh memuatnaik gambar dari komputer atau web, seterusnya tuliskan kata-kata motivasi yang anda kehendaki di bawahnya.

Jan 1, 2011

1111

Myspace text generator