Jul 27, 2008

Hubungan Terlarang

Lazimnya kita mendengar perbuatan sumbang mahram antara bapa dengan anak perempuan atau abang dengan adik perempuannya tetapi jarang sekali berlaku antara ibu dengan anak lelaki. Kejadian yang tidak diingini ini berlaku di Jambi.

Hubungan terlarang yang berlaku antara seorang anak dan ibu telah menjadi buah mulut masyarakat setempat. Cerita bermula apabila si anak jatuh sakit dan mendapat jagaan dari ibunya. Oleh kerana tertewas dengan nafsu, kedua²nya terjebak di dalam kancah maksiat sehingga menyebabkan si ibu kini hamil lapan bulan.

Berikut penulis paparkan sebahagian berita ringkasnya.

Cerita bermula saat Perianto jatuh sakit dan dirawat sang ibu. Saat tidur di pelukan ibunya, nafsu pun muncul. Gayung bersambut maka jadilah. Sumini pun kini mengandung delapan bulan.

Institusi kekeluargaan sudah semakin pincang. Sumbang mahram berlaku secara berleluasa. Hal ini perlu dibendung dengan tegas dan pelakunya perlu dihukum agar menjadi iktibar kepada orang lain. Anda boleh membaca berita penuhnya di Liputan6.Com.

Jul 20, 2008

Hanya Ingin Kau Tahu

Terlalu banyak topik menarik yang ada di dalam simpanan penulis untuk dikongsi bersama pembaca blog ini tetapi penulis tidak mempunyai perasaan (mood) untuk menulis tentangnya. Justeru, penulis akan membiarkan blog ini bersawang tanpa entri terkini. Penulis mahu bercuti seketika meskipun penulis pernah berhasrat untuk berhenti menulis di blog ini.

Repvblik - Hanya Ingin Kau Tahu

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo

Jul 17, 2008

Serban vs Subang

Penulis menjengah akhbar di dalam talian sebentar tadi untuk melihat berita menarik untuk hari ini. Belek punya belek, penulis tertarik pada satu topik yang berjudul Hanya Tuntutan Watak. Rupa²nya ia berkisar tentang filem baru yang dilakonkan oleh Awal Ashaari. Penulis tidak mahu mengulas mengenai filem ini tetapi tentang kombinasi aksesori yang tidak sesuai yang dipakai dek jejaka ini.

Watak yang dibawa Awal ialah tentang pemuda yang mendalami agama tetapi lucunya di dalam busana jubah serba putih yang dipakainya, mengapa terselit juga subang di telinga?? Samada kru produksi filem ini tidak menyedari tentang itu atau sememangnya Awal sendiri cetek ilmu agama, ia tidak seharusnya berlaku. Sesungguhnya usah mempermainkan watak pemuda alim dengan aksesori subang yang menjolok mata. Maaflah, penulis memang meluat dengan lelaki yang bersubang apatah lagi jika ia cuba dipersendakan dengan serban.

Berita lanjut di Kosmo! Online.

Jul 16, 2008

Yahoo Messenger Online Status II

Ada pembaca blog ini bertanyakan tentang ikon Yahoo Messenger online status penulis. Sebelum ini penulis pernah menulis tentang topik Yahoo Messenger Online Status tetapi hanya satu ikon yang penulis perkenalkan. Justeru, kali ini penulis suka untuk berkongsi dengan para bloggers lain pelbagai lagi ikon versi yang lain.

Anda perlu menukar tulisan berwarna biru dengan id Yahoo Messenger anda dan tulisan berwarna merah pula adalah jenis² ikon yang boleh anda pilih mengikut citarasa anda sendiri.

Kemaskini 30 Oktober 2009

Sumber / Kredit : Ien's Blog

Jul 15, 2008

Kalendar

Satu lagi widget kalendar yang penulis kira menarik untuk dikongsi bersama para pembaca dan bloggers yang lain. Kalendar ini amat ringkas dan sesuai untuk anda yang gemarkan sesuatu yang bersahaja. Anda boleh mengubah tema, warna teks malah boleh meletakkan gambar latar belakang mengikut citarasa anda sendiri.

Jika anda berhasrat untuk menggunapakai kalendar ini, anda boleh mendapatkannya di Yourminis. Selamat mencuba.

Jul 14, 2008

Lindungi Email Dari Spammers II

Sekiranya anda mengiklankan email peribadi anda di mana² blog / laman web, tidak mustahil jika email anda akan diserang dengan pelbagai email sampah (spam). Justeru, adalah disyorkan agar anda meletakkan email anda di dalam bentuk imej dan bukannya tulisan teks agar ia lebih sukar untuk ditembus masuk oleh penyebar email yang tidak bertanggungjawab.

Anda cuma perlu mengisi beberapa maklumat yang diperlukan. Kemudian, anda perlu klik pada butang Generate Spam Proof Email Address! untuk membuat imej bagi email anda. Email anda akan ditukar dari teks kepada imej seperti contoh dibawah.

Anda boleh mencuba perkhidmatan ini di Generate Spam Proof Email Address!

Jul 12, 2008

Enjin Pencarian Untuk Ikon

Andainya anda sedang mencari ikon² yang menarik untuk diletakkan pada pautan tertentu di blog / laman web anda, penulis ingin memperkenalkan sebuah laman pencarian yang sesuai untuk anda. Anda boleh mencari apa saja ikon yang dikehendaki dan kemudian boleh digunapakai pula di blog / laman web anda.

Enjin pencarian ikon yang penulis maksudkan ialah Search Icon. Mulakan pencarian ikon² kegemaran anda sekarang.

Jul 11, 2008

Sms Percuma

Kehabisan kredit telefon bimbit?? Tiada telefon rumah untuk menelefon?? Anda perlu menghubungi seseorang kerana hal yang sangat penting?? Jangan kalut jika anda punya talian internet di rumah, kini anda boleh menggunapakai perkhidmatan sms percuma dari laman web. Anda cuma perlu mendaftar dulu dan selepas itu bolehlah mula menghantar sms kepada orang yang anda kehendaki.

Anda boleh menghantar sehingga 15 sms setiap hari. Panjang sms itu pula sehingga 80 patah perkataan. Penerima sms anda akan menerima sms anda beserta iklan dari laman web tersebut. Pastikan anda menulis nama anda di penghujung sms, jika tidak pihak satu lagi akan menyangka anda cuba hendak mempermainkannya pula. Hantarlah sms percuma kepada penulis dan rakan² anda yang lain di Chawt.

Jul 10, 2008

Buat Gambar Slideshow

Kali ini penulis ingin memperkenalkan sebuah laman web yang membolehkan anda memuatnaik gambar dan seterusnya menjadikan gambar² tersebut sebagai sebuah slideshow. Ia didatangkan di dalam pelbagai bentuk yang menarik seperti Revolution, Spiral, Twister dan lain² lagi.

Anda juga boleh menambah pelbagai aksesori tambahan. Antaranya ialah skins, decorations, glitter, size dan borders. Anda juga boleh menikmati pelbagai lagi tawaran yang bagus dari laman web Picture Trail ini. Selamat meneroka.

Jul 7, 2008

11 Januari

Sunyi dan sepi. Kadangkala bila bersendirian perasaan sebegitu sangat dirasai. Cemburu melihat orang lain bahagia bersama insan² yang dikasihi sedangkan penulis masih bersendirian meniti titian perjalanan sebuah kehidupan. Teringin benar hidup bahagia seperti rakan² yang lain.

11 Januari by Gigi

Sebelas Januari bertemu
Menjalani kisah cinta ini
Naluri berkata engkaulah milikku
Bahagia selalu dimiliki
Bertahun menjalani bersamamu
Kunyatakan bahwa engkaulah jiwaku

Akulah penjagamu
Akulah pelindungmu
Akulah pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Pernahku menyakiti hatimu
Pernah kau melupakan janji ini
Semua karena kita ini manusia

Akulah penjagamu
Akulah pelindungmu
Akulah pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Chorus:
Kau bawa diriku
Kedalam hidupmu
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang
Senyummu juga sedihmu adalah hidupku
Kau sentuh cintaku dengan lembut
Dengan sejuta warna

Jul 6, 2008

Penghias Skrin Menarik

Jika anda seorang yang berbakat di dalam penghasilan penghias skrin (wallpapers), adalah lebih baik jika anda berkongsi hasil karya anda itu bersama orang lain. Anda pasti tersenyum lebar andai mengetahui hasil penat lelah anda dipaparkan oleh orang lain di komputer mereka. Selain itu, anda juga dapat memuattturun penghias skrin kegemaran anda secara percuma.

Ada pelbagai tema penghias skrin disediakan untuk pemilik komputer yang gemar menukar penghias skrin masing² dua atau tiga kali sebulan. Antara tema yang ada ialah Anime, Cars, Nature, Technology dan pelbagai lagi. Anda boleh memuatnaik penghias skrinbuatan sendiri dan memuatturun penghias skrin secara percuma di Desktop Nexus.

Jul 4, 2008

Permainan Online : Double Digits

Hai anak² didikku. Kali ini penulis kembali dengan permainan menguji minda matematik untuk kanak². Permainan ini sangat sesuai untuk dimainkan oleh kanak² yang berada di sekolah rendah samada berada di tahap 1 atau pun tahap 2. Kalau anak anda seorang yang pintar, budak tadika pun boleh bermain permainan ini.

Jangan buang masa lagi, mari penulis perkenalkan kepada anda laman web yang amat bermanfaat ini. Anda boleh menyuruh anak² anda mencuba pengiraan tambah dan tolak di Double Digits. Pilih saja jawapan di kotak sebelah kanan. Jika jawapan anda betul, perkataan Yes akan tertera dan perkataan No, Try Again akan terpapar jika salah. Selamat bermain kira².

Jul 3, 2008

Kaunter Pengiraan

Jika anda sedang mencari widget kaunter pengiraan (web counter) untuk blog anda, penulis kira anda boleh mencuba widget pengiraan ini. Ianya dihadirkan di dalam beberapa tema, anda boleh mengubahsuai saiz, warna, tinggi, lebar dan lain² lagi. Sekiranya anda penggemar kaunter pengiraan yang berstail, widget ini sangat sesuai untuk anda.

Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Antara fungsinya ialah mengira jumlah pelawat anda, pelawat sedang melawat dan negara asal pelawat. Dapatkan widget ini di 99Counters.

Jul 2, 2008

Cipta Mesej Amaran Sendiri

Cuba anda lihat kotak mesej amaran di atas, ikon dan teksnya berlainan sekali iaitu penggunaan bahasanya ialah Bahasa Melayu. Untuk pengetahuan anda, mesej amaran di atas di hasilkan sendiri oleh penulis. Walaubagaimanapun, ianya tidaklah dapat anda gunakan sebagai kotak mesej amaran tetap jika berlaku sebarang kesilapan kerana ia cuma bertujuan untuk suka² saja. v7

Adakah anda juga ingin membuat kotak mesej amaran anda sendiri?? Silalah berkunjung ke laman web Error Message Generator untuk memilih ikon dan teks anda sendiri. Selamat mencuba. v7

Jul 1, 2008

Pindahkan Email Ke Gmail

Jika anda sudah menukar email tetap anda daripada Yahoo atau Hotmail kepada Gmail, anda boleh memuatnaik semula email yang anda rasa sangat penting. Anda cuma perlu memuatturun dahulu email² tersebut dari Yahoo / Hotmail dan simpan di dalam komputer anda. Kemudian, anda boleh memuatnaiknya dengan mudah ke akaun Gmail anda yang baru. v7

Caranya cukup mudah. Penulis kira tidak perlulah penulis memberitahu cara² memuatnaik ke akaun Gmail kerana anda tentu maklum untuk melakukannya. Pastikan email² penting anda disimpan dengan baik agar dapat dijadikan rujukan pada masa akan datang. v7