Dec 30, 2013

Nenek Gembira Menang Satu Juta


Seremban: “Sebaik mengetahui saya memenangi wang bernilai RM1 juta, saya menangis kerana gembira ditambah takut memikirkan keselamatan diri selepas ini,” kata suri rumah, Rokeah Mohd Sidek, 77, yang menerima ‘durian runtuh’ sebaik diumumkan pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), kelmarin.

Bapak Hukum Anak


Remaja nakal seringkali dikaitkan dengan kes buli. Seorang ayah mempunyai cara tersendiri untuk menghukum anaknya yang menjadi kaki buli di sekolah.

Dec 29, 2013

Lori Halang Polis Memotong


Entah apa lokomotifnya sebuah lori bertindak menghalang kenderaan polis daripada memotongnya. Penulis tidak pasti samada polis berkenaan mengejarnya atau pemandunya sengaja mencabar polis.

Cermin Remuk Dihantuk Lelaki Mabuk


Seorang lelaki mabuk dipercayai telah menumbuk pintu kaca sebuah bas sehingga menyebabkan pintu berkenaan retak sebelum remuk berkecai.

Dec 28, 2013

Tumpang Tangan Pada Kaki Sebelum Dicantum


Sekumpulan doktor membuktikan kepakaran mereka apabila berjaya menyelamatkan tangan seorang lelaki yang putus supaya terus berfungsi dengan 'menumpangkan' tangan tersebut ke pergelangan kaki pesakitnya.

Dec 27, 2013

Ikan Pirana Serang Pantai Parana


Barcelona – Umpama cerita dalam filem, namun kejadian ini benar-benar berlaku. Kira-kira 60 orang termasuk seorang budak perempuan kehilangan jari selepas mereka diserang ikan pirana ketika mandi Pantai Parana, berhampiran Rosario, iaitu bandar kelahiran bintang bola sepak Lionel Messi.

Dec 26, 2013

Polis Lari Lepas Langgar Pejalan Kaki


Sebuah kenderaan polis bukan sahaja dipandu di laluan salah malah terus melarikan diri apabila terlibat dalam kemalangan dengan seorang pejalan kaki di garisan kuning berkembar.

Dec 25, 2013

Lenovo A3000 Tablet


Quad-Core Performance
The IdeaTab A3000's quad-core CPU accelerates performance and makes it perfect for virtually all forms of tablet gaming.

Remaja Ganas Serang Kereta Polis


KUANTAN - Sekumpulan remaja yang dipercayai berkumpul untuk meraikan Hari Natal bertindak liar dengan melakukan khianat ke atas kenderaan awam termasuk sebuah kereta peronda polis yang berada di sekitar pusat peranginan Pantai Teluk Chempedak, di sini malam kelmarin.

Dec 24, 2013

Ribuan Ikan Tamban Di Kampung Tambisan


LAHAD DATU: Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.

Dec 23, 2013

Cari Pasangan Melalui Iklan Pada Kenderaan


Orlando: Seorang lelaki dari Florida, Amerika Syarikat yang terdesak ingin mencari calon isteri berbuat demikian dengan meletakkan iklan di belakang keretanya.

Dec 22, 2013

Rumah Ranap Ditimpa Pokok


ROMPIN - Sebuah keluarga di Kampung Batu 7, Janglau 4, di sini melalui detik cemas selepas rumah mereka dihempap dua pokok sekali gus selepas angin kencang melanda kampung itu kira-kira jam 11.45 malam, Selasa lalu.

Dec 21, 2013

Siling Panggung Hempap Penonton


London: Lebih 75 orang cedera termasuk tujuh parah selepas siling sebuah panggung teater di bandar raya ini yang sesak dengan penonton runtuh semalam.

Lelaki Terhumban Dalam Lubang Jalan


CHUKAI – “Saya terasa tubuh melayang sebelum pengsan,” kata penunggang motosikal, Shamsul Herman Abdul Rashid, 32, yang nyaris maut apabila terhumban dalam lubang jalan yang mendap sedalam kira-kira 1.5 meter, malam semalam.

Dec 20, 2013

Kereta Berlanggar Ketika Tol Dibayar


Dua buah kenderaan berlanggar ketika berebut mahu membayar tol. Kejadian ini dipercayai berlaku di Plaza Tol Sungai besi pada pukul 7 pagi tadi. Jika dilihat pada keadaan kereta yang teruk, perlanggaran ini berlaku agak kuat. Tidak dapat dipastikan kecederaan yang dialami oleh pemandu kenderaan-kenderaan tersebut.

Bakar Kawan Tiru Kartun


Beijing: Mahkamah China semalam memutuskan penerbit rancangan kartun popular patut dipersalahkan ekoran kecederaan dialami dua kanak-kanak yang diikat kawan mereka di pokok sebelum dibakar.

Lapan Bulan Buluh Tertusuk Di Rahang


Beijing: Seorang wanita China tidak menyedari terdapat batang buluh sepanjang 13 sentimeter terperangkap dalam mukanya selama lapan bulan.

Dec 19, 2013

Rantai Emas Dalam Perut Ramos


Miami: Seorang pencuri terjerat selepas mesin pengimbas di penjara menunjukkan terdapat dua rantai emas di dalam perutnya.

Wanita Mangsa Peragut Berkereta


Kuala Terengganu: Hasrat seorang pelajar kolej menduduki ujian percubaan akhir tahun terbantut apabila dia diragut sekumpulan lelaki ketika menunggang motosikal mengakibatkan dia mengalami kecederaan di kepala dalam kejadian di Kampung Tok Jembal, di sini, semalam.

Dec 18, 2013

Fenomena Belalai Air Di Johor Bahru


Satu fenomena belalai air telah dikesan berlaku pada pukul 6.30 petang tadi di Selat Tebrau yang turut boleh dilihat dengan jelas dari arah Johor Bahru.

Belasungkawa Azean Irdawaty


KUALA LUMPUR: Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 8.25 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Dec 17, 2013

Luahan Jujur Syafik Yahya Kepada Sultan Johor


Seorang anak muda yang dikenali sebagai Syafik Yahya telah mencuri tumpuan masyarakat apabila secara jujurnya menulis surat terbuka kepada Sultan Johor di laman facebook miliknya. Anda boleh membaca sendiri petikan tulisannya di bawah.

Dec 16, 2013

Raja Jordan Tolak Kereta Rakyat


AMMAN - Pemerintah Jordan, Raja Abdullah II bin Al-Hussein mengejutkan rakyat jelata kelmarin apabila baginda dilihat membantu menolak sebuah kereta yang tersangkut di dalam salji di sebatang jalan raya di sini.

Dec 15, 2013

Polis Diserang Pekerja Ladang


Betong: Sekumpulan pekerja warga asing menyerang sepasukan polis menggunakan parang dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit, kira-kira jam 4 petang tadi.

Dec 14, 2013

Isteri Tikam Suami


Batu Pahat: Tertekan dengan budaya dan tanggungjawab sebagai isteri di negara asing, seorang wanita warga Vietnam bertindak kejam dengan menikam suaminya di dada kiri hingga mati di rumah mereka di Taman Flora di sini, semalam.

Perdana Menteri Dapat Proton Perdana Baru


PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Dec 13, 2013

Bas RapidKL Rempuh Kedai


KUALA LUMPUR - “Bas yang dipandu sangat laju sejak mula-mula saya naik. Terasa melayang-layang macam mahu terbang.”

Adu seorang penumpang sebuah bas Rapid yang terbabas sebelum menghentam dan menembusi bangunan kedai menjual pam air dan alat-alat jentera di Jalan Pudu, lewat petang hari ini.

Dec 12, 2013

Bakar Kenderaan Kerana Disaman


Kapar: Berang disaman polis kerana melanggar lampu isyarat merah dan tidak memakai topi keledar, seorang lelaki nekad membakar kereta Toyota Vios milik seorang anggota polis berpangkat konstabel dalam kejadian di sebuah taman perumahan di daerah ini, kelmarin.

Dec 11, 2013

Rumah Pusaka Tinggal Tangga


KEMAMAN: Bagaikan tsunami kecil apabila sebuah rumah dihanyutkan arus sejauh hampir 100 meter dan hanya meninggalkan tangga di kediaman asal seorang buruh yang dilanda banjir di Kampung Air Putih, Chukai, dekat sini.

Kaki Dijangkiti Kuman Ketika Harungi Banjir


KEMAMAN - “Gelap mata (hampir pitam) makcik tengok kaki yang teruk melecet seperti terkena minyak panas,” kata seorang nenek, Meryam @ Zainun Kasim, 64, selepas kulit betis kirinya terkoyak akibat terkena jangkitan kuman semasa mengharungi banjir.

Dec 10, 2013

Kesan Sampingan Suntikan Vaksin


Seorang bayi menanggung sengsara apabila bahagian belakang badannya seolah-olah terbakar. Ibu bayi malang berkenaan mendakwa kecederaan tersebut bahana suntikan vaksin kanak-kanak.

Tangisan Tepi Longkang


Ipoh: “Bayi itu pasti mati jika saya dan rakan tidak menjumpainya,” kata Chong Lean Fatt, 48, yang menemui bayi baru dilahirkan dibuang dalam keadaan bogel di tepi longkang berhampiran Jalan Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia, di sini, pagi semalam.

Dec 9, 2013

Tentera Bina Jambatan Taktikal Di Sungai Limbong


KEMAMAN: Laluan di pusat bandar Chukai yang terputus akibat Jambatan Sungai Limpong runtuh pada Khamis lepas, kini dibuka semula selepas satu jambatan taktikal siap dibina oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) pada 3 petang tadi.

Dec 8, 2013

Bas Terbalik Di Bukit Kuang


KEMAMAN - Seramai 30 penumpang nyaris maut apabila bas yang mereka naiki terbalik di Kilometer 140.8 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Bukit Kuang di sini awal pagi tadi.

Dec 7, 2013

Menteri Besar Agih Roti Di Chendor


Ketika Menteri Besar Terengganu melalui jalan pulang dari Kuala Lumpur ke Kemaman untuk bersama rakyat menghadapi banjir, beliau tersekat di kawasan Chendor bersama dengan ramai pemandu bersama ahli keluarga, anak, isteri dan lain-lain yang tersekat sama di situ dalam keadaan kelaparan, kerana situasi yang amat sukar dalam serba kekurangan hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu betapa susahnya menghadapi situasi ketika itu.

Nelson Mandela Meninggal Dunia


BEKAS Presiden Afrika Selatan, Nelson Rolihlahla Mandela, meninggal dunia pada usia 95 tahun di rumahnya, Johannesburg pada Khamis, 05122013, selepas hampir tiga bulan menjalani rawatan jangkitan paru-paru.

Dec 6, 2013

Tiga Lamborghini Terbakar Di Lebuhraya


SEREMBAN - Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi.

Myvi Rempuh Ducati


Lorong kecemasan sewajarnya digunakan untuk tujuan yang sesuai dengan namanya sahaja. Akan tetapi, ada segelintir pemandu yang kurang sabar dengan kesesakan lalu lintas telah menggunakan lorong tersebut untuk kepentingan sendiri.

Tumpang Kahwin Di Rumah Jiran


RANTAU PANJANG - Sepasang pengantin baru dari Kampung Pusu Sireh, Lubok Setol, di sini terpaksa menumpang rumah jiran untuk melangsungkan perkahwinan mereka apabila rumah pengantin perempuan yang menjadi lokasi majlis tersebut dinaiki air paras pinggang, sejak semalam.

Dec 5, 2013

Jambatan Sungai Limbong Runtuh


Sana sini orang bercerita tentang Jambatan Chukai yang telah runtuh. Penulis ada singgah di beberapa blog dan ada di antara mereka tidak memberikan fakta yang benar, mungkin mereka juga mengambil info dari sumber lain.

Kuantan Terputus Bekalan Elektrik


KUANTAN: Sebahagian besar bandar ini mengalami masalah gangguan elektrik apabila 200 pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa ditutup selepas paras air banjir meningkat dengan mendadak.

Dec 4, 2013

Banjir Besar Di Kemaman 2013


Tanggal 3.12.13 (Selasa), banjir melanda banyak kawasan di Pantai Timur. Antara tempat yang paling teruk terjejas di Terengganu ialah Kemaman. Saudara-mara penulis juga turut terlibat dalam musibah ini.

Dec 3, 2013

Suami Toreh Isteri


Seremban: "Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat,” kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.

Dec 2, 2013

Sultan Hassanal Bolkiah Kawal Lalu Lintas


Gambar di atas menunjukkan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sedang berdiri di tepi sebuah jalan raya dan mengawal lalu lintas selepas dua anggota pengiring baginda kemalangan selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju seorang wanita.

Tiga Beradik Mati Tragik


ALOR SETAR: Polis pada Ahad berkata, kematian tiga beradik dari Jalan Datuk Kumbar di sini dipercayai akibat dibunuh. Dua daripada mayat adik-beradik itu iaitu Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan adiknya Puteri Nurul Akma, 3 tahun, ditemui beberapa pemancing ikan di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela kira-kira pukul 4 petang Ahad.

Bangkai Tikus Dalam Udang Salut Tepung


Di Stoneyburn, Barat Lothian, Scotland, seorang tukang paip kehilangan selera makan hingga mampu minum jus sahaja selepas menemui bangkai tikus dalam udang salut tepung yang digorengnya.

Dec 1, 2013

Polis Cedera Lengan Dilibas Parang


KLANG - Seorang inspektor polis cedera di lengan selepas terkena libasan parang ketika membuat serbuan Ops Cantas Khas Narkotik di sebuah rumah di Jalan Telok Gong, Kampung Nelayan, di sini, malam kelmarin.