Jan 31, 2008

Yeh Lai Siang Versi Korea


Kebiasaannya lagu Yeh Lai Siang dinyanyikan di dalam bahasa Mandarin atau Kantonis. Bagaimana bunyinya jika ia dinyanyikan di dalam versi Korea?? Yeh Lai Siang versi Korea ini dinyanyikan oleh pelakon kecil molek tersohor iaitu Moon Geun-Young. Dengarkan suara merdu pelakon merangkap penyanyi ini. Semoga anda terhibur. sengihnampakgigi



Ini lagu asal Yeh Lai Siang dendangan Teresa Teng.

Wo wei ni ge chang....
Wo wei ni si liang...

#
Na nan feng chui lai qing liang na ye ying ti sheng qi chuang
Yue xia de hua 'er dou ru meng zhi you na ye lai xiang
Tu lu zhe fen fang wo ai zhe ye se mang mang
Ye ai zhe ye ying ge chang geng ai na hua yi ban de meng
Yong bao zhe ye lai xiang wen zhe ye lai xiang

*
Ye lai xiang wo wei ni ge chang
Ye lai xiang wo wei ni si liang
Awo wei ni ge chang wo wei ni si liang

Repeat # *

Ye lai xiang ye lai xiang ye lai xiang

Layannn. menari

Jan 30, 2008

Tetapkan Tarikh Email Dihantar


Hari lahir sahabat anda bakal menjelang tidak lama lagi. Anda teringin untuk menghantar ucapan hari lahir melalui email kepadanya tetapi anda tidak mempunyai internet di rumah. Justeru, untuk menghantar email terlalu awal, nanti tiada kejutan. Hendak dihantar terlalu lewat, anda pula bimbang dia berkecil hati. Alangkah bagusnya jika ada email yang membolehkan anda menetapkan tarikh email tersebut dihantar. rindu


Usah gusar jika anda tiada masa untuk ke cyber cafe. Gunakan saja perkhidmatan email Letter Me Later yang membolehkan anda memilih sendiri tarikh email itu dihantar. Email akan sampai tepat pada masanya dan si dia yang menerima email daripada anda pasti tersenyum lebar. cium

Jan 29, 2008

Hero Kesayanganku


Entah bagaimana bisa penulis luahkan rasa hati ini. Akhir² ini ayahanda penulis kurang sihat. Lututnya sakit dan dia tetap bekerja seperti biasa. Bayangkan di dalam kesakitan yang amat sangat, dia masih juga mahu menyiapkan tugasannya sama seperti hari lain. Jika orang lain, sudah tentu mereka akan mengambil cuti sakit. Semangatnya masih kuat biarpun badannya sakit. Semangatnya itu amat penulis kagumi, sukar untuk dilakukan jika tiada jati diri yang kuat. star


Ayahanda berjalan perlahan dan terhencot². Penulis cuba untuk memegangnya agar dia tidak jatuh tetapi dia berkeras tidak mahu. Luluh hati penulis melihat ayahanda yang dikasihi tetap berusaha berjalan meskipun sakit. Penulis pernah sakit kaki dan penulis tahu bagaimana rasanya sakit itu. Hanya Allah lebih mengetahui, ia tidak dapat diungkapkan dengan perkataan.

Lazimnya ayahanda dan bonda tidur tanpa katil, jadi agak sukar untuk dia bangun dari tilam yang rendah di dalam keadaan begitu. Penulis menawarkan bilik penulis yang mempunyai katil untuk dia tidur tetapi dia tidak mahu kerana katanya bilik penulis jauh dari bilik air. Akhirnya, bilik bujang adinda penulis menjadi persinggahan sementara ayahanda. sedih

Bonda yang setia menemani ayahanda tidur di lantai kerana bilik itu cuma mempunyai katil bujang. Itulah kali pertama ayahanda tidur di dalam bilik anak lelakinya. Menitis airmata penulis mengenangkan kasih sayang kedua ibu bapa penulis. Kasih sayang yang suci murni, tidak bisa ditukar ganti dengan apa² pun. Di dalam sujud akhir penulis, tidak putus² penulis berdoa memohon agar ayahanda kembali sihat seperti sediakala.

Penulis mahu melihat senyuman ayahanda, bukan kerutan menahan sakit. Penulis mahu mendengar gelak ketawa ayahanda, bukan berdiam diri kerana sakit. Penulis mahu mendengar larangannya yang tidak mengizinkan penulis ke mana², bukan arahan supaya dihantar ke klinik. Penulis mahu ayahanda sihat sejahtera, bukan sakit. Ya Allah, berikanlah kesihatan yang berpanjangan buat ayahanda kesayanganku. peluk

Kalau dulu, penulis sering berkecil hati apabila ayahanda penulis tidak mengizinkan penulis untuk pergi ke mana² atau keluar bersama kawan² tetapi kini penulis berasa janggal bila tidak kedengaran perkataan "Tak boleh, tak diizinkan pergi." Penulis berjanji pada diri sendiri bahawa penulis akan menjadi anak yang taat, penulis takkan merajuk lagi jika ayahanda melarang. Penulis cuma mahu ayahanda sihat selalu.

Penulis tinggalkan segala yang penulis ingini. Penulis pendamkan hasrat untuk menyambung pelajaran, biarlah penulis terus disisi ayahanda walaupun tidak dapat menjadi seorang yang berilmu. Biarlah, penulis redha. Penulis rela korbankan impian penulis asalkan penulis dapat melihat ayahanda setiap hari. Dapat berkhidmat kepada ayahanda bonda adalah perkara terindah di dalam hidup penulis.

Hati ini resah gelisah, risau jika ayahanda tidak sempat melihat penulis berkahwin. Penulis mahu ayahanda walikan pernikahan penulis, alangkah elok kalau ayahanda boleh jadi jurunikah bagi penulis. Penulis mahu ayahanda mengenali suami penulis dan juga bermain dengan anak² penulis. Kalau boleh, penulis juga mahu kedua² adinda penulis dikahwinkan oleh ayahanda bonda kami. Anak² kami dapat bermanja dengan datuk dan neneknya pula. Itu doa dan harapan penulis. doa

Akhirnya, petang tadi penulis telah pergi membeli sebuah katil untuk ayahanda dan bonda. Penulis memilih katil kayu berwarna hitam. Mudah²an ayahanda akan tidur dengan selesa di atas katil baru itu. Katil itu dibeli hasil perkongsian wang kami tiga beradik. Terima kasih adinda²ku diatas kerjasama kalian. Sayang kamu berdua. cium

Penulis tidak berdaya hendak menaip lagi. Airmata makin deras mengalir, lajunya bagai hujan yang turun di musim tengkujuh. Ya Allah, berikanlah kami sekeluarga kebahagiaan di dunia dan akhirat, rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik. Amin.

Jan 28, 2008

Bina Carta Dan Graf Online


Adakah anda sedang mencari laman web yang boleh digunakan untuk membuat carta atau graf?? Penulis sebenarnya mencari contoh² carta dan graf, secara tidak sengaja laman web ini pula yang penulis temui. Walaupun ia disarankan untuk kanak² tetapi penulis rasa ia juga bermanfaat buat orang dewasa. ihikhik


Laman web ini menawarkan pelbagai rekabentuk carta atau graf. Ia didatangkan di dalam lima pilihan seperti carta bar, pai dan lain². Kemudian, anda boleh masukkan data yang diperlukan. Selepas itu buat label tertentu. Anda boleh membuat prasiar sebelum menyimpan atau mencetaknya. Buatlah carta dan graf anda di Create A Graph. sengihnampakgigi

Jan 27, 2008

Lepasi Larangan Klik Kanan Untuk Muatturun Gambar


Ketika bersembang dengan Musafir Kerdil siang tadi, penulis bertanyakan padanya tentang cara yang digunakan untuk mengambil gambar dari blog / laman web yang tidak membenarkan klik kanan. Beliau mengatakan bahawa cara yang biasa digunakan ialah dengan mengambil maklumat kodnya (view source) atau pun mencetak saja skrinnya (print screen). Penulis pasti, anda juga berbuat demikian bukan?? setan


Justeru, penulis suka untuk berkongsi cara yang sering penulis gunapakai di browser Firefox jika blog / laman tersebut tidak membenarkan klik kanan.
  • Klik menu Tools.
  • Kemudian pilih Page Info.
  • Selepas itu, pilih tab Media.
  • Pilih gambar dikehendaki di dalam kotak Address / Type .
  • Kemudian Save As untuk disimpan.
Inilah cara yang penulis sering gunapakai. Anda bolehlah mencubanya pula. menari

Jan 26, 2008

Buat Risalah Online


Mungkin anda sedang mencari laman web untuk membuat risalah (brochure atau flyer). Ada sesetengah orang memanggilnya sebagai pamplet. Seringkali risalah dibuat ketika sekolah / syarikat mahu mengadakan majlis tertentu. Tujuannya ialah untuk menerangkan agenda yang bakal diadakan. Ianya diedarkan secara percuma kepada orang ramai. encem


Jika anda sedang ditugaskan untuk membuat risalah, anda boleh menggunakan khidmat laman web My Brochure Maker. Terdapat pelbagai pilihan tema yang disediakan mengikut tiga kategori utama. Anda cuma perlu mengedit isi kandungannya dan boleh dicetak setelah anda berpuas hati dengan hasilnya. jelir

Site Map






Sila tunggu...










Widget by Betabloggerfordummies.

Jan 25, 2008

Enjin Pencarian Untuk Torrent


Ramai orang gemar memuatturun dari torrent. Adakah anda juga tergolong di dalam kelompok yang suka menoron?? Tentu anda sering mencari cerita² kegemaran anda di enjin pencarian tertentu untuk dimuatturun. Kali ini, penulis ingin memperkenalkan enjin pencarian yang boleh digunakan untuk mencari fail² torrent. marisini


Menariknya, enjin pencarian ini mendapatkan maklumat daripada beberapa laman web popular seperti Mininova, the Pirate Bay, Vuze dan lain² lagi. Pencarian anda akan menjadi lebih mudah dengan Youtorrent. topi

Jan 24, 2008

Logo Dan Jenama Percuma


Jika anda sedang mencari logo dan jenama syarikat, produk atau sesuatu yang berkaitan, penulis fikir anda patut mencuba laman web ini. Kadangkala buntu juga untuk mencari logo dan jenama yang dikehendaki, apatah lagi jika anda memerlukannya segera. Laman web ini menawarkan beribu² logo dan jenama merangkumi pelbagai negara. tepuktangan


Selain itu, anda juga boleh memuatnaik logo dan jenama syarikat atau produk anda untuk dikongsi bersama rakan² siber yang lain. Silalah buat pencarian anda di Best Brands Of The World. senyumkenyit

Jan 23, 2008

Sembunyikan Kotak Sembang Yahoo Messenger


Kotak Yahoo Messenger yang muncul secara tiba² sewaktu penulis khusyuk menulis bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala boleh menyebabkan idea yang digarap hilang. Selain itu, ia juga amat mengganggu jika penulis sedang asyik menonton anime Slam Dunk. Justeru, penulis menggunakan kaedah tertentu untuk menghilangkan kotak tersebut dari skrin komputer penulis. Anda mahu tahu caranya?? tanduk


Apabila ada rakan² yang ingin bersembang, kotak tersebut secara automatik akan berada pada penjuru bawah belah kanan komputer penulis. Cara untuk menyembunyikannya sangat mudah.
  • Buka Yahoo Messenger.
  • Pilih Messenger pada tab menu.
  • Kemudian pilih Preferences.
  • Selepas itu, pilih Messages.
  • Tanda kotak Minimize the message window to the taskbar.
  • Tekan Apply dan OK.
Kini, anda boleh membuat tugasan anda dengan mudah. Tiada lagi gangguan dari kotak sembang Yahoo Messenger. Selamat mencuba. ihikhik

Jan 22, 2008

Kecilkan Imej Secara Online II


Bosan menunggu gambar yang terlalu lama untuk disiapkan apabila melayari blog / laman web?? Seeloknya anda mengecilkan dahulu gambar² yang anda ingin muatnaik sebelum ianya dipaparkan kepada umum. Selain ianya memudahkan para pelawat untuk melihat koleksi gambar² anda, ia juga dapat menjimatkan masa. encem


Anda boleh menggunakan laman Web Resizer untuk mengecilkan gambar. Selain mengecilkan gambar, anda juga boleh menambah border dan mengubah kualiti gambar tersebut. menari

Jan 21, 2008

Mutiara Hatiku


Ada waktunya bibir tidak dapat berbicara tentang apa yang dirasa, hati tidak mampu menahan getaran sayu, hanya titisan airmata menjadi saksi sebuah kehampaan. Syahdukan?? Penulis sibuk dengan kelas, tidak sempat mencari bahan untuk santapan minda bagi pengunjung blog ini. Justeru, penulis hidangkan sebuah lagu romantik untuk halwa telinga anda. peluk


Mutiara Hatiku by Memes

Sekian lama kita bahagia
Berbagi keindahan diantara kita
Kuserahkan sluruh cintaku
Penuh keajaiban disetiap waktu

Senandung lagumu untukku
Lembut mesra dalam hatiku
Kau hembuskan nafas hidupku
Kau mutiara hatiku

Segalanya
Semakin nyata
Kita rengkuh bersama
Abadinya cinta

Senandung lagumu untukku
Lembut mesra dalam hatiku
Kau hembuskan nafas hidupku
Selamanya tak kan terpisah

Setulus cintaku untukmu
Semurni kasihmu untukku
Kau satu didalam hidupku
Kau mutiara hatiku

Senandung lagumu untukku
Lembut mesra dalam hatiku
Kau hembuskan nafas hidupku
Selamanya tak kan terpisah

Setulus cintaku untukmu
Semurni kasihmu untukku
Kau satu didalam hidupku
Kau mutiara hatiku

Memori indah itu tetap segar di dalam ingatan. love

Jan 20, 2008

Proses Fail PDF Lebih Pantas


Anda perasan atau tidak, setiap kali anda membuka fail berformat .pdf, fail tersebut mengambil masa yang agak lama untuk dibuka berbanding fail berformat .doc. Apa kata anda mengubah masa membukanya dari lambat kepada cepat. Mungkin semudah membuka notepad. Sesungguhnya menunggu sangat membosankan. blur


Berikut adalah cara² untuk mempercepat proses membuka fail .pdf. Sebelum memulakan proses ini, sila tutup semua fail .pdf dahulu.
  • Buka My Computer dan pilih Local Disk (C:)
  • Pilih Program Files -> Adobe -> Acrobat -> Reader
  • Di dalam fail Reader, cari folder plug_ins.
  • Klik kanan folder plug_ins dan pilih cut.
  • Cari fail Optional dan paste plug_ins tersebut di dalamnya.
Sekarang anda buka fail .pdf anda dan lihat sendiri perbezaannya. Selamat maju jaya. peace

Jan 19, 2008

Kecilkan Javascript


Kepantasan sesebuah blog / laman web untuk disiapkan (loading) bergantung kepada skrip² yang ada di dalamnya. Jika skrip itu besar saiznya, maka lambatlah ia. Antara skrip yang sering digunapakai ialah skrip .js. Untuk pengetahuan anda, penulis mempunyai cara mengecilkan skrip .js. marisini


Anda boleh menjimatkan saiznya sehingga 80%. Jika anda banyak menggunakan skrip berbentuk ini, penulis amat menyarankan agar anda menggunakan Bananascript untuk mengecilkannya. gile

Jan 18, 2008

Print Screen Desktop


Topik kali ini adalah untuk membayar hutang tag yang belum penulis lunaskan kepada Kelat. Tag tersebut meminta supaya penulis memaparkan print screen Wallpapers yang penulis gunapakai sekarang. Justeru, penulis paparkan wallpapers yang menghiasi desktop buat masa sekarang. Selalunya wallpapers penulis bertukar ganti mengikut citarasa penulis. ihikhik


Penulis adalah antara jutaan peminat anime Slam Dunk dan watak dari anime tersebut yang menjadi penghias skrin Desktop. Penulis tidak bercadang untuk memanjangkan tag ini kepada bloggers lain dan ia ditamatkan disini. Namun, jika ada bloggers yang teringin membuatnya, penulis tiada halangan. Diharapkan Kelat berpuashati dengan jawapan tag ini. kenyit

Jan 17, 2008

Kongsi Link


Virus tag menular lagi. Kali ini penulis telah ditag oleh dua orang rakan bloggers iaitu Encik Taiko dan Cik Kelat. Penulis akan usaikan tag yang pertama iaitu tag berkenaan kongsi link yang diserahkan oleh Taiko. Tag ini seumpama tambahan link, setiap orang yang kena tag, perlu menambah 5 link baru disamping mengekalkan link yang sedia ada. Jom kita lihat siapa yang kena. setan


Inilah antara blog² yang telah berkongsi link.

1.The Strategist Notebook
2.Link Addiction
3.Ardour of the Heart
4.When Life Becomes a Book
5.The Malaysian Life
6.Yogatta.com
7.What goes under the sun
8.Ubuntu For Malaysian
9.Arsenal Malaysia
10. Malaysian Computer Technical Blog
11.TeqEdge
12.Qubix Blog
13.Silent Blogger
14.Senyuman Sedekah
15.Teranung.blogspot
16.Aku tetap aku
17.Taszara.com
18.Eriyzaqistina
19.Kelat
20.Jaloee
21.Edittag
22.En. Perisik

23. Khai - Ada gossip, ada gambar dan ada Nieza.
24. Hawra - Apabila Baby Hawra yang comel menulis.
25. Honey - Rutin kehidupan suka-duka si gadis manis.
26. Musafir Kerdil - Hamba Allah yang tersadai di Perak.
27. Konsesi Dakwah - Pemuda yang penuh semangat juang.

Blog penulis disenaraikan di tempat kelapanbelas. Terima kasih diucapkan. Para bloggers dari Nombor 23 sehingga 27, sila jawab taggie masing². peace

Jan 16, 2008

Ikon Tanpa Nama Di Desktop


Penulis ingin mengajar anda cara² untuk memadamkan nama pada setiap ikon di Desktop. Walaupun tips ini tidaklah penting sangat tetapi tidak salah rasanya kalau anda mahu mencuba ilmu baru. Maklumlah, setiap hari kita pelajari benda yang baru. Jika berminat, jom penulis ajarkan. marisini


Anda cuma perlu ikuti langkah² di bawah.
  • Pastikan butang Num Lock menyala
  • Highlight Ikon yang anda ingin ubah
  • Klik kanan dan pilih Rename
  • Tekan butang ALT tanpa lepas dan taip 0160
  • Kini Ikon anda sudah tiada nama
Mudah sajakan?? Selamat mencuba. Tips ini mungkin tidak sesuai untuk pengguna Windows Vista kerana anda tidak dapat menamakan semula namanya selepas memadamkannya. senyumkenyit

Jan 15, 2008

Anak² Didik


Januari sudah dilewati selama lima belas hari. Bermakna sudah hampir dua minggu penulis meneruskan rutin sebagai guru di lembaran 2008 ini. Kalendar 2007 penulis tinggalkan dengan seribu satu kisah yang tersendiri. Setakat topik ini ditulis, penulis mengajar lima hari seminggu dan kemungkinan satu kelas lagi akan bermula pada Februari nanti. Meskipun penulis ditawarkan untuk melengkapkan semua hari dengan kelas, namun penulis bercadang untuk bercuti satu hari. Tidak seperti tahun lepas, penulis bolot semua sekali kelas. setan


Sebelum ini penulis ditugaskan mengajar pelajar Tahun 2, 3 dan 4 tetapi tahun ini penulis dipertanggungjawabkan juga untuk mendidik pelajar Tahun 5. Setakat ini, penulis berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar Tahun 2, 3 dan 4 tetapi pelajar Tahun 5 nampak bermasalah sedikit. Nampaknya penulis perlu memikirkan alternatif lain untuk membantu pelajar² ini. Harapan yang disandarkan oleh ibu bapa mereka terbeban di bahu guru. Justeru, penulis akan berusaha sedaya-upaya untuk membantu mereka. Mudah²an mereka boleh menerima dengan baik ilmu yang penulis ajarkan. cium