Dec 31, 2009

Sorotan 2009


Akhirnya 2009 tiba juga ke penghujungnya. Pelbagai momen suka duka berlangsung sepanjang 12 bulan ini di dalam hidup masing². Sama ada jalan cerita anda tahun ini manis atau masam, jadikan ia sebagai satu pengalaman yang sukar dicari ganti. Penulis sendiri menjalani rutin hidup biasa sepanjang tahun ini tetapi banyak perkara baru telah penulis pelajari.

Dec 30, 2009

Penghias Skrin 2010

Kredit : Hemisferio

Ramai pembikin penghias skrin telah mula membenarkan para pengguna komputer seluruh dunia untuk memuatturun penghias skrin untuk tahun 2010. Ada pelbagai saiz dan rekabentuk yang boleh dipilih bersesuaian dengan kehendak anda. Penulis cuma memaparkan lima penghias skrin untuk santapan mata anda. Teruskan membaca untuk melihat kesemuanya.

Dec 29, 2009

Template Blog Rekaan Boonto


Kita sudah berada di penghujung tahun 2009. Mungkin ada di antara anda yang ingin menukar template baru sempena tahun 2010 nanti. Apa kata anda mencuba template hitam menawan hasil kreativiti bloggers Malaysia juga iaitu Boonto??

Dec 28, 2009

Koleksi Rekabentuk Sandwich

upload pictures

Anda penggemar sandwich?? Bagaimanakah rupa sandwich yang biasa anda makan selain bentuk segiempat dan segitiga?? Mahukah anda makan sandwich tersebut jika ia dibuat dalam bentuk hello kitty, tetikus komputer, zirafah, piano atau spongebob?? Kalau ditanya pada penulis, tentu agak sukar untuk menyuap makanan yang berbentuk haiwan tetapi tidak mengapa jika hanya bersifat benda.

Dec 27, 2009

Salin Fail Lebih Pantas Dengan TeraCopy


Jika anda menyalin sejumlah fail dari folder A ke folder B atau dari komputer ke pendrive, ada waktunya ia mengambil masa yang agak lama. Apatah lagi jika fail² berkenaan adalah lagu atau pun video. Anda harus mencari alternatif untuk mempercepatkan proses penyalinan fail² tersebut.

Dec 26, 2009

Buat Gambar Animasi Dengan Picasion

upload pictures

Anda mahu membuat gambar animasi seperti di atas?? Himpunkan beberapa keping gambar dan jadikannya satu animasi yang menarik malah ia juga menjimatkan ruang di blog anda terutamanya di bahagian sidebar kerana tidak perlu memuatnaik banyak gambar. Cara ini juga berbaloi untuk menghalang gambar² kesayangan anda daripada dicuri satu persatu.

Dec 25, 2009

Teknik Gambar Vektor Dengan Vector Magic


Anda ingin memaparkan gambar peribadi anda di blog tetapi tidak mahu gambar itu berbentuk asal?? Apa kata anda cuba transformasikan gambar anda kepada bentuk vektor?? Sudah pasti pengunjung blog anda akan teruja untuk melihat wajah pemilik blog di dalam bentuk vektor kerana ia bukan sahaja unik malah menarik.

Dec 24, 2009

Selamat Hari Lahir


24 Disember muncul lagi, tarikh keramat di mana seorang lelaki meraikan hari lahirnya. Ketika ini, lelaki itu berada jauh di Puchong sedang menunaikan tugasannya sebagai pelajar praktikal di Intestmal Corporation. Khabarnya dia perlu bertugas di Melaka pada hari ini. Untuk adinda lelaki kesayangan kami sekeluarga, ucapan hari lahir ini tulus ikhlas dari kami.

Dec 23, 2009

Bermain Sambil Belajar Sifir


Anda selalu melayan anak anda bermain?? Apa kata anda mengajak anak anda bermain sambil belajar?? Hanya dengan menggunakan jari, anda boleh mengajar anak anda cara mudah menghafal sifir 9. Selain mengeratkan hubungan antara abah ummi dengan anak, anda juga menjadi guru secara tidak langsung.

Dec 22, 2009

Penghias Skrin Dari Drama Dyesebel


Duyung sedang menyamar di daratan. Dia yang asalnya jelita telah berubah menjadi hodoh sebaik menjejakkan kaki ke daratan. Awas, jika anda bertemu dengan makhluk yang kelihatan naif dengan parut di muka, itu mungkin duyung yang sedang menjalankan misinya di dunia kita. Itu rentetan drama Filipina yang sedang menjadi fenomena di Astro Prima iaitu Dyesebel.

Dec 20, 2009

Ahli Rasmi Nuffnang


Akhirnya selepas 5 tahun lebih menjadi bloggers, inilah kali pertama penulis mendaftar dengan iklan untuk menjana pendapatan. Bersempena dengan tahun hijrah 1431, penulis juga ingin melakukan penghijrahan ke atas blog ini lalu blog ini didaftarkan sebagai ahli Nuffnang pada 1 Muharam lalu. Justeru, buat julung² kalinya iklan Nuffnang terpapar megah di blog ini.

Dec 19, 2009

Maal Hijrah 1431H


Awal Muharam tahun 1431 Hijriah jatuh pada hari Jumaat. Hari yang penuh barakah kerana ianya penghulu segala hari. Tahun 1430 meninggalkan pelbagai kenangan suka duka di dalam hidup setiap individu. Penulis ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua muslimin muslimat yang membaca blog ini.

Dec 18, 2009

Memasang Google Translate


Anda mempunyai blog yang berinfomasi?? Seharusnya blog anda dikunjungi oleh pelbagai bangsa dari berlainan negara agar ilmu yang bermanfaat dapat dikongsi bersama. Sayang sekali jika ianya terbiar begitu sahaja dek kerana bahasa yang menjadi penghalang. Nah, inilah masanya untuk anda memasang terjemahan dari Google agar isi kandungan blog anda dapat diterjemahkan ke bahasa asing.

Dec 17, 2009

Catat Masa Dengan Stopwatch


Semasa bersekolah dahulu jika ada aktiviti sukan di padang, cikgu akan menggunakan stopwatch yang digantung di leher untuk mencatat masa. Stopwatch seringkali digunakan di dalam acara balapan seperti lari 100 meter dan lain². Kini, stopwatch juga terdapat di dalam talian. Ia memudahkan anda untuk membuat pertandingan kuiz, isi tempat kosong dan sebagainya bersama ahli keluarga anda.

Dec 16, 2009

Masukkan Foto Dalam Gmail


Kalau anda pembaca tegar blog ini, tentu anda masih ingat penulis pernah memberitahu cara untuk masukkan foto dalam email tanpa attachment. Hari ini penulis juga mahu berkongsi topik yang lebih kurang serupa tetapi tanpa teknik salin (copy) dan tampal (paste) sebaliknya menggunakan menu di dalam email itu sendiri.

Dec 15, 2009

Memasang Back To Top


Ada sesetengah blog yang memaparkan terlalu banyak topik dalam satu masa. Ia membuatkan blog itu menjadi terlalu panjang untuk diskrol dari atas ke bawah dan sebaliknya. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika setiap topik juga melebihi 300 patah perkataan tanpa penggunaan baca selanjutnya. Justeru, penggunaan back to top atau lebih dikenali sebagai kembali ke atas akan memudahkan pelawat melihat semula bahagian atas blog anda.

Dec 14, 2009

Cari Gambar di Flickr Dengan Menggunakan Tag


Tentu kebanyakan dari anda mencari gambar dari Flickr untuk dimuatnaik ke blog. Flickr menjadi pilihan kerana ia menawarkan banyak gambar yang menarik. Pencarian menjadi lebih mudah jika anda tahu menggunakan tag dengan betul ketika proses mencari dijalankan. Tahukah anda bahawa diwujudkan satu laman khusus untuk mencari tag dari Flickr??

Dec 13, 2009

Hoskan Javaskrip Di Yourjavascript


Seandainya anda masih mencari² tempat yang paling sesuai untuk menghoskan fail² javaskrip, anda boleh mencuba laman sesawang ini. Anda tidak perlu mendaftar untuk menggunakan perkhidmatannya. Namun, ia tidak menempatkan kesemua fail anda secara berturutan tetapi anda masih diberi pautan.

Dec 12, 2009

Tukarkan Ayat Post A Comment


Anda bosan dengan ayat Post a Comment yang sekian lama terpampang di blog anda?? Ingin sekali anda mengubah ayat itu dengan ayat yang lebih anda gemari seperti Katakan Sesuatu, Engkau Tanya, Aku Jawab atau lain². Selain itu, boleh pula diselitkan gambar sebagai penyeri agar tidak kelihatan terlalu kosong.

Dec 11, 2009

E-Novel : Biarkan Ia Berlalu



Stok novel dari Perpustakaan Awam Negeri Terengganu sudah kekeringan berikutan sepupu kesayangan sudah bercuti sekolah. Jadi, tiada alasan untuknya ke sana lagi. Justeru, terpaksalah penulis mencari alternatif lain iaitu membaca e-novel yang bertebaran berada di ruangan maya ini. Buat masa ini penulis sedang mengikut cerita Biarkan Ia Berlalu karya Sha Ibrahim.

Dec 10, 2009

Buang Ayat Showing Posts With Label


Apabila anda mencari kesemua topik dengan menekan label tertentu pada bahagian kategori, satu kotak Showing posts with label akan terpapar. Kalau anda tidak suka akan kotak itu, anda boleh membuangnya tetapi kalau hendak membiarkannya pun tidak mengapa.

Dec 9, 2009

Tukar Template Baru Tanpa Kehilangan Widget


Topik ini ditulis khusus untuk fitrahufiddin. Setiap kali anda mahu menukar template baru, anda akan kehilangan widget² yang telah anda buat sebelum ini. Justeru, kali ini penulis berkongsi cara untuk menghalang widget hilang setiap kali template ditukar. Sila baca dengan teliti atau berulangkali agar anda lebih mudah faham.


Penulis sarankan anda membuat satu blog baru bagi tujuan percubaan. Di blog baru anda, letakkan semua widget² sama seperti blog asal. Sekarang kita akan memulakan pembelajaran seterusnya.

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML.

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari <b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'> dan salin (copy) semua widget² yang berada di sidebar itu. Jika anda meletakkan widget² di bahagian lain sama ada header, main blog atau footer, salin semua sekali. Selalunya widget ditulis seperti <b:widget id='Followers1' locked='false' title='Fellows' type='Followers'/>. Untuk memudahkan pencarian anda, perhatikan title pada setiap widget. Contohnya title='Fellows' membawa maksud nama yang anda tulis bagi widget Followers.

5. Tampal (paste) kesemua widget² tadi ke dalam Notepad.

6. Seterusnya browse template baru dan upload macam biasa. Akan keluar nota seperti berikut :-

Widgets are about to be deleted. Please confirm that the following widgets should be deleted. All the widgets' configuration data will be lost.

Biarkan sahaja, jangan berbuat apa². Abaikan butang Confirm and Save.

7. Selanjutnya cari semula <b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'> dan tampal widget² yang telah anda letakkan di Notepad tadi.

8. Sekarang Save Template. Jika template tidak dapat disimpan kerana berlakunya persamaan id pada HTML seperti HTML1 ada dua, maka tukarkan ia kepada HTML11. Anda cuma perlu pastikan tiada id yang sama pada setiap id HTML.

Selepas anda berpuashati dengan hasil yang anda lakukan di blog percubaan, anda bolehlah mempraktikkannya pula di blog sebenar. Paling penting, sentiasa Download Full Template sebagai langkah waspada seandainya anda tersilap mengedit blog. Baca dan fahamkan dahulu sebelum anda mengubah template.

Selamat mencuba. Anda pasti berjaya. Jika penulis boleh membuatnya, mengapa tidak anda??

Via : Muncet

Dec 8, 2009

Tukarkan Tajuk Blog Kepada Tajuk Topik


Biasanya browser akan memaparkan tajuk blog terlebih dahulu sebelum tajuk topik bagi sesebuah blog. Apa kata anda menukarkan kedudukan antara kedua²nya agar tajuk topik terpapar dahulu barulah diikuti dengan tajuk blog. Lagipun cara membuatnya tersangatlah mudah.


1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML.

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari <title><data:blog.pagetitle/></title> dan tukarkannya dengan kod di bawah.

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/></title>
</b:if>

5. Save template.

Siap. Selamat mencuba.

Via : Anshuldudeja

Dec 7, 2009

Memasang Cursor Pilihan Dalam Blog


Penulis pernah ditanya cara² untuk memasang cursor di dalam blog. Pembaca tersebut menanyakan soalan di shoutbox tetapi penulis sudah lupa siapakan gerangan nickname tersebut. Jadi, hari ini penulis tunaikan permintaannya. Penulis berharap pembaca tersebut membaca topik ini. Harus diingat, cursor sebegini hanya kelihatan pada browser tertentu sahaja seumpama Firefox.


Mula² sekali anda perlu mencari cursor yang sesuai dengan citarasa anda. Penulis akan menggunakan cursor kegemaran penulis untuk tutorial kali ini.

1. Masuk ke laman sesawang 123cursor. Pilih satu cursor dan klik kanan pada cursor tersebut dengan memilih copy image location save image as. Kemudian hoskan cursor tersebut di hosting anda sendiri.

2. Login ke Blogspot.

3. Pilih Layout - Edit HTML.

4. Download Full Template sebelum mengedit blog.

5. Cari ]]></b:skin> dan tampal kod cursor tadi di atasnya.

body { cursor:url("http://www.web.com/cursor.gif"),default;}
Tukarkan alamat http://www.web.com/cursor.gif dengan alamat cursor anda sendiri.

6. Save template.

Itu sahaja. Selamat berjaya.

Via : MariBinaBlog

Dec 6, 2009

Sosial Ikon Berbentuk Hati


Ramai bloggers mempunyai akaun di pelbagai laman sosial. Jadi, anda sangat digalakkan untuk meletakkan butang sosial ikon di blog masing² bagi memudahkan anda menjalinkan hubungan sosial dengan pembaca anda yang lain. Set ikon yang ingin penulis kongsikan ini dihadirkan di dalam bentuk hati yang comel.


Set ikon hati ini didatangkan di dalam 22 jenis beresolusikan saiz 16×16, 32×32, 64×64. Semestinya ia berformat .png. Anda bolehlah memuatturun kesemua sosial ikon hati ini di The Design SuperHero.


Dec 5, 2009

Buang Ayat Subscribe To Posts


Mari kita godek kod blog lagi. Ada sesetengah orang tidak suka dengan ayat Subscribe to: Posts (Atom). Ada sesetengah yang lain pula telah meletakkan pautan Subscribe yang lebih menarik di blog masing², jadi ayat itu sudah tidak penting lagi. Ayuh, kita buang sahaja ayat tersebut.


1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML (Tanda kotak Expand Widget).

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari kod di bawah dan buangkannya.

<b:include name='feedLinks'/>
5. Preview dan save template jika berpuashati.

Itu sahaja. Selamat mencuba.

Dec 4, 2009

Sembunyikan Navbar Blog


Dua tahun lalu, penulis membuat topik tentang hilangkan navbar blog. Jika anda menggunakan kod tersebut di dalam blog, navbar tersebut tidak akan muncul sama sekali. Akan tetapi kod navbar yang ingin penulis kongsikan hari ini berlainan sedikit. Navbar tersebut tersembunyi dan hanya muncul bila cursor dihalakan ke arahnya.


1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML.

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari ]]></b:skin> dan letakkan kod ini di atasnya.

#navbar-iframe {
height:5px;
}

/* IE7, IE8, IE6 */
#navbar-iframe { height/*\**/: 30px\9; }


#navbar-iframe:hover {
height:40px; !important;
}

5. Save template.

Siap. Itu sahaja.

Via : Allblogtools

Dec 3, 2009

Jemputan Google Wave


Sembilan November lalu, penulis telah menyertai pertandingan tweet untuk memenangi jemputan ke Google Wave. Tanpa disangka penulis telah dinobatkan sebagai pemenang di hari ketujuh. Terima kasih kepada Jacob Yap. Wo ai ni. Justeru, penulis juga berbesar hati untuk memberikan jemputan ke Google Wave kepada 8 orang yang bertuah.


Cara untuk menjadi rakan jemputan Google Wave sangat mudah. Anda cuma perlu melakukan beberapa perkara mudah untuk mendapatkan jemputan ini.

1. Follow @eriyza di Twitter.

2. Hantar email kepada penulis dengan menulis tajuk "Saya Mahu Google Wave!" di ladyqistina@gmail.com. Sertakan sekali alamat email yang ingin anda gunakan nanti.

Penulis akan memilih 8 orang pembaca bertuah mengikut kehendak hati penulis. Jadi, keputusan adalah muktamad.

Mudah sahajakan?? Selamat mencuba. Semoga andalah tetamu jemputan yang penulis cari.

Dec 2, 2009

Enjin Pencarian ImHalal


Mutakhir ini ramai orang yang gemar mencari bahan tidak bermoral di internet. Untuk itu, warga kerja dari AZS Media Group LTD telah membangunkan enjin pencarian bercirikan Islam khusus buat muslim sejagat. Pujian wajar diberikan buat semua warganya.



Enjin pencarian I'mHalal ini dilengkapi beberapa penapis untuk menapis kandungan seperti pornografi, kartun Nabi Muhammad atau apa pun yang mungkin haram menurut Syariah. Jika anda mencari maklumat tentang sesuatu yang dianggap kurang bagus, keluar mesej seperti di bawah sebagai peringatan.

Warning!

Your search query contains terms with a Haram level of 2 out of 3.
That means that the search results could contain Haram content.

Are you sure you want to continue to the search results?


Bahan kandungan yang dianggap haram mempunyai 3 tahap. Mungkin pendekatan memeranginya berbeza² mengikut tahap yang telah diklasifikasikan.

Namun begitu, pencarian untuk gambar masih belum dapat dikekang sepenuhnya dan satu mesej amaran diberikan seperti berikut :-

Our image filter is still in early beta and we cannot garantee the safety of the image results. Are you sure you want to search for images?


Mungkin akan muncul gambar seksi jika anda menggunakannya untuk tujuan itu. Jadi, tekan papan kekunci, tanya iman. Berterima kasihlah kepada saudara seagama yang berusaha menjulang tinggi syiar Islam.

Dec 1, 2009

Blogspot Memperkenalkan Takrifan Terjemahan


Satu lagi penambahan fungsi yang hebat dimasukkan ke dalam Blogspot. Kali ini ia menambah Define / Translate untuk mencambahkan lagi keseronokkan berblog. Anda boleh melihat fungsi ini jika menggunakan Blogger In Draft.



Gunakan mod Compose, ikon ini terletak paling hujung. Anda cuma perlu highlight perkataan yang ingin ditukarkan maksudnya dan klik pada ikon tersebut. Ia terbahagi kepada dua tab iaitu Define dan Translate. Define maksudnya lebih kurang dengan mencari takrifan untuk sesuatu perkataan lain. Ia juga berkait rapat dengan perkataan sinonim. Translate pula bermakna terjemahan untuk perkataan yang kita cari.

Selain menulis bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, apa salahnya anda selitkan pula ayat berbahasa Itali, Filipina dan sebagainya. Rakan² anda pasti akan bangga kerana menyangka anda fasih berbahasa asing.

Blogspot, ti amo. ♥

Via : Blogger in Draft

Nov 30, 2009

Tema Baru Di Template Baru


Watch out! I'm back! Topik ini auto publish kerana penulis sedang dalam perjalanan ke Puchong. Penulis akan mengedit semula topik ini selepas pulang dari sana. See ya!


Kemaskini

Penulis sudah pulang dari Puchong. Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana semua urusan sudah usai. Beberapa hari lalu penulis menutup blog ini kerana mendapat aduan bahawa sebahagian besar tutorial dan template blog diplagiat. Setelah penulis melihat bukti di blog tersebut, penulis memutuskan untuk menukar template blog ini. Selain itu penulis juga menukar taglinenya dari Tanggapan Tentang Topik Tertentu kepada Bloggers Tutorial Centre atas saranan seorang pembaca sebelum ini. Memandangkan blog ini banyak berkisar tentang ilmu, tagline itu sudah tidak relevan.

Kalau ikutkan hati mahu sahaja penulis privasikan blog ini dengan menjemput pembaca setianya sahaja tetapi bak kata pepatah melayu, jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Sebenarnya pembaca setia yang banyak memberi galakan agar blog ini terus bertahan. Terima kasih kerana masih setia membaca setiap bahan yang penulis paparkan.

Kali ini penulis ingin memberi sedikit 'tips' kepada pemelagiat. Anda mungkin menyangka penulis asal blog tersebut tidak tahu tentang kemunculan blog plagiat anda tetapi jangan lupa dunia bloggers ni luas. Boleh jadi orang yang masuk ke blog anda adalah pembaca tegar blog lain. Jika olahan ayat hampir sama dan template pun bagaikan kembar, mana mungkin tiada yang perasan. Jadi, jangan pernah kedekut untuk menyatakan sumber rujukan jika anda merujuk hasil kerja orang lain.

Penulis tidak mahu mengaibkan bloggers tersebut. Penulis tidak akan meletakkan alamat blognya di sini. Penulis cuma berharap kes seperti ini tidak akan berulang lagi. Sekian.

Nov 28, 2009

Through My Window


Lagu ini popular dengan cepat apabila ia menjadi lagu tema bagi iklan TM Streamyx yang bersaing dengan iklan double meaning potong Wimax P1. Pada asalnya penulis menyangka lagu ini didendangkan oleh pemuzik dari barat tetapi sangkaan itu meleset sama sekali.


Rupa²nya lagu yang diberi judul Through My Window ini dinyanyikan oleh kumpulan Bunkface. Selamat mendengar.

Nov 25, 2009

Jam Berserta Tarikh


Sudah agak lama juga penulis tidak memberikan widget jam sebagai aksesori tambahan kepada para pengunjung blog ini. Hari ini penulis ingin berkongsi widget jam yang agak biasa tetapi sesuai untuk digunakan oleh bloggers yang sukakan kesederhanaan di dalam menghias blog.


Okey, seperti biasa masukkan kod jam ini ke dalam blog anda.

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Page Elements.

3. Pilih Add a Gadjet - HTML / Javascript.

4. Kemudian, tampal kod ini ke dalamnya.

<div style="BORDER-RIGHT: medium none; PADDING-RIGHT: 5px; BORDER-TOP: medium none; PADDING-LEFT: 5px; PADDING-BOTTOM: 5px; BORDER-LEFT: medium none; PADDING-TOP: 5px; BORDER-BOTTOM: medium none" align="center"><form name="clock"><input style="BORDER-RIGHT: 0px; BORDER-TOP: 0px; BORDER-LEFT: 0px; BORDER-BOTTOM: 0px" size="8" value="hh:mm:ss" name="face"> </form><script src="http://kunoichi.info/bloggerbuster_templates/time.js"></script></div>
5. Save.

Siap. Selamat mencuba.

Nov 24, 2009

Semak Indeks Blog Di Google


Anda seorang bloggers?? Pernahkah anda memeriksa status blog kesayangan anda itu sama ada terindeks di enjin carian tersohor iaitu Google?? Jika tidak tersenarai di Google, anda perlu berbuat sesuatu. Anda boleh menyenaraikan blog anda di enjin pencarian Google.


Anda boleh menyemak status blog anda sama ada tersenarai di dalam Google atau tidak di Indexed by Google. Selamat menyemak.

Nov 23, 2009

Teknik Gambar Kolaj Dengan Shape Collage


Anda pernah membuat bentuk kolaj untuk gambar² anda?? Jika belum pernah, anda boleh mencuba teknik kolaj ini. Suka penulis ingatkan teknik kolaj amat sesuai untuk diaplikasikan pada sejumlah gambar yang banyak. Lagi banyak gambar yang anda masukkan, lagi menarik gambar kolaj anda.


Teknik kolaj yang ingin penulis perkenalkan ini mempunyai dua versi iaitu di dalam talian dan juga dimuatturun ke komputer. Untuk membuat kolaj di dalam talian, anda cuma perlu membuka laman sesawang Shape Collage dan letakkan alamat pautan laman sesawang yang mempunyai gambar di Step 1. Anda boleh memasukkan beberapa pautan sekaligus dengan hanya meletakkannya satu persatu. Seterusnya, pilih bentuk kolaj yang anda mahu di Step 2. Akhir sekali, klik Create di Step 3.

Bagi mendapatkan teknik kolaj yang lebih banyak, penulis menggalakkan anda memuatturun Shape Collage ke dalam komputer anda. Anda boleh merujuk video di bawah untuk gambaran jelas cara menggunakannya.



Selamat mencuba. Anda pasti seronok mengolah gambar dengan kolaj. Perisian ini percuma, anda boleh menggunakannya dengan senang hati.

Nov 22, 2009

Google Translate Semakin Menarik


Bagus! Itu reaksi pertama penulis ketika melihat perubahan terkini yang dilakukan terhadap laman sesawang Google Translate. Kalau dahulu, hanya pilihan bahasa Indonesia disediakan untuk orang melayu tetapi kini bahasa kebanggaan kita iaitu Malay telah dimuatkan. Terjemahan dari English ke Malay menjadi lebih mantap dengan kaedah baru ini.


Selain itu, banyak lagi pilihan bahasa yang boleh diterjemahkan malah disertakan sekali dengan ejaan pinyin bagi pilihan bahasa tertentu misalnya dari English ke Chinese. Ia akan memudahkan pengguna untuk menyebut perkataan tersebut dengan betul.


Seperkara lagi yang menarik, kebanyakan perkataan yang diterjemahkan ke English akan disertakan audio bagi memudahkan pengguna mendengar kembali sebutan tersebut. Justeru, perkhidmatan yang mereka sediakan kali ini memang jauh lebih baik dari dahulu.


Penulis secara peribadi sering menggunakan Google Translate. Justeru, anda juga patut mencuba Google Translate.

Via : Googleblog

Nov 20, 2009

Ymail Dan Rocketmail Dari Yahoo


Hampir setiap orang daripada kita mempunyai akaun email Yahoo. Tahukah anda bahawa Yahoo mempunyai dua lagi domain email iaitu ymail dan rocketmail?? Jika nickname idaman anda untuk yahoo telah diambil orang, maka anda tidak harus melepaskan peluang kali ini.


Sama seperti yahoo.com, anda juga ditawarkan perkhidmatan yang sama di domain ymail.com dan rocketmail.com. Anda akan memiliki kapasiti email yang besar, penggunaan nickname sebagai ID di Yahoo Messenger dan lain² lagi. Daftarlah nickname kegemaran anda dengan segera di Yahoo.

Nov 19, 2009

Memasang Badge Facebook


Mutakhir ini, Facebook mencetuskan fenomena di seluruh dunia. Justeru, ramailah pengguna internet di seluruh dunia yang turut mengambil kesempatan untuk menjadi sebahagian dari warganya. Penulis baru sahaja berjinak² dengan laman sosial tersohor ini pada 11 November lalu. Kebanyakan penggunanya telah memasang badge (lencana) Facebook di blog masing². Jika anda belum tahu cara²nya, mari penulis ajarkan.


1. Masuk ke laman sesawang Facebook Widgets.

2. Klik pada Profile badge. Tandakan maklumat yang anda kehendaki di bahagian Create a badge. Kemudian save.

3. Pilih lokasi blog anda untuk memasukkan badge tersebut. Kalau anda pengguna Blogspot, klik saja butang Blogger tetapi jika anda menggunakan platform blog lain, tekan butang Other untuk menyalin kodnya.

Itu sahaja. Jangan lupa tambah Eriyza sebagai rakan baru di Facebook anda.

Nov 18, 2009

Tukarkan Ikon Recycle Bin


Hari ini penulis teringin berkongsi cara untuk menukar ikon pada Recycle Bin. Kalau sebelum ini ikonnya berupa tong sampah biasa, anda boleh menukarnya dengan ikon tong sampah yang lebih menarik. Okey, jom kita belajar sama².


1. Klik kanan pada Desktop anda, pilih Properties.

2. Pada tab Desktop, klik Customize Desktop.

3. Di tab General, pilih folder yang ingin diubah iconnya. Sebagai contoh, penulis memilih Recycle Bin. Seterusnya klik Change Icon.

4. Browse dan muatnaik ikon pilihan anda. Klik OK. OK dan OK lagi.

Siap. Selamat mencuba.

Nov 17, 2009

Kecilkan Gambar Dengan ResizePic


Kalau anda ingin mengecilkan gambar² yang ada di dalam komputer, anda boleh menggunakan laman sesawang dalam talian. Walau sebesar mana pun saiz gambar tersebut, anda boleh mengecilkannya dengan mudah tanpa merosakkan kualiti sebenar gambar tersebut.


Anda cuma perlu memuatnaik gambar yang ingin dikecilkan. Kemudian masukkan saiz untuk width (lebar) dan height (tinggi). Seterusnya klik butang resize image. Selamat mengecilkan gambar di Resize Pic.

Nov 15, 2009

Cara Menggunakan Tulisan

Impact
Forte
Algerian
Kristen ITC
Monotype Corsiva


Kali ini penulis mahu berkongsi cara untuk menggunakan tulisan tertentu di dalam blog. Caranya mudah saja. Anda cuma perlu mengikuti arahan di bawah untuk melakukannya. Anda boleh melihat contoh² tulisan yang telah penulis sediakan.


Salin kod di bawah dan tampal di tab Edit HTML New Post anda.

<span style=";font-family:Monotype Corsiva; font-size:20px;" >Monotype Corsiva</span>
font-family:Monotype Corsiva = jenis tulisan
font-size:20px = saiz tulisan

Caranya sangat mudah. Penulis berharap anda dapat melakukannya. Selamat mencuba.

Nov 14, 2009

Memasang Mesej Twitter


Atas permintaan Midi di Shoutbox, penulis akan berkongsi cara² untuk memasukkan widget Twitter ke dalam blog. Jika ada pembaca lain yang belum tahu caranya, bolehlah belajar bersama². Jom kita mulakan.


1. Login ke akaun Twitter.

2. Pilih Settings - Account. Klik pada Have a homepage or a blog? Put the address here.(You can also add Twitter to your site here) di bawah perkataan More info URL.

3. Di Select Your Widget pilih My Website - Profile Widget. Ada empat tab di bahagian ini iaitu Settings, Preferences, Appearance dan Dimensions. Anda boleh mengedit kesemuanya mengikut citarasa sendiri. Setiap kali selesai mengedit, tekan Test Settings. Setelah berpuashati dengan hasilnya, klik pula Finish & Grab Code. Salin kod tersebut.

4. Login ke Blogspot.

5. Pilih Layout - Page Elements.

6. Pilih Add a Gadjet - HTML / Javascript.

7. Kemudian, tampal kod tadi ke dalamnya.

Contoh kod :-

<script src="http://widgets.twimg.com/j/2/widget.js"></script>
<script>
new TWTR.Widget({
version: 2,
type: 'profile',
rpp: 4,
interval: 6000,
width: 250,
height: 300,
theme: {
shell: {
background: '#333333',
color: '#ffffff'
},
tweets: {
background: '#000000',
color: '#ffffff',
links: '#4aed05'
}
},
features: {
scrollbar: false,
loop: false,
live: false,
hashtags: true,
timestamp: true,
avatars: false,
behavior: 'all'
}
}).render().setUser('eriyza').start();
</script>

8. Save.

Siap. Selamat mencuba.

Nov 13, 2009

Koleksi Tulisan Dari Urbanfonts



Anda sudah jemu dengan bentuk tulisan biasa yang ada di dalam komputer anda?? Ingin sekali mevariasikannya dengan pelbagai jenis tulisan yang menarik?? Anda boleh memuatturun pelbagai jenis tulisan yang mempunyai pelbagai bentuk sama ada menegak atau condong.


Okey, anda boleh memuatturun tulisan² kegemaran anda di Urbanfonts. Ianya tidak terhad kepada pengguna Windows sahaja kerana ada juga tulisan yang disediakan untuk pengguna MAC. Ketahui cara² untuk memasukkan tulisan ke dalam komputer.

Nov 11, 2009

Human Calendar


Pernahkah anda melihat kalendar seperti di atas di blog rakan² anda?? Anda teringin untuk meletakkan kalendar seumpamanya di dalam blog anda?? Kalendar ini dinamakan Human Calendar kerana ia menggunakan watak² manusia sebagai latar utamanya.


Ia didatangkan di dalam beberapa saiz. Anda boleh memilihnya mengikut kesesuaian saiz sidebar anda. Dapatkan kodnya di Human Calendar.

Nov 9, 2009

Twitter Bertema Pantai


Comelnya! Itu perkataan pertama yang terbit dari bibir mungil penulis apabila melihat koleksi ikon² Twitter ini. Justeru, anda sangat digalakkan untuk menggunakan ikon² Twitter bertemakan pantai ini di blog masing².


Ikon² ini mempunyai dua set Vektor berformat .png dan .eps. Jadi, anda boleh memilih sama ada mahu memilih set pertama atau kedua. Terserah kepada anda. Untuk memuatturunnya, sila ke Elmastudio.

Nov 8, 2009

Masukkan Latarbelakang Pada Email Gmail


Lazimnya latarbelakang email Gmail hanya berwarna putih. Kelihatannya sangat simple tanpa sebarang kombinasi warna lain atau gambar yang menarik. Apa kata kalau anda menceriakan sedikit latarbelakangnya agar tidak terlalu suram.


1. Login ke email Gmail.

2. Pada sudut atas bahagian kanan email, klik pada Settings - Themes.

3. Pilih sahaja tema yang anda suka. Jika anda memilih tema bergambar, anda perlu memasukkan data lokasi untuk penukaran kali pertama sahaja.

Siap. Selamat mendekorasi Gmail anda.

Nov 6, 2009

Lindungi Gambar Dengan Watermarktool


Anda mahu meletakkan watermark pada setiap gambar anda?? Ianya antara lain adalah untuk melindungi gambar² anda daripada diplagiat secara tidak bermoral oleh orang lain.


Anda cuma perlu memuatnaik gambar anda ke Watermarktool, sepuluh gambar bersaiz tidak melebihi 200kb dibenarkan dimuatnaik di dalam satu masa. Selepas itu, isikan maklumat yang berkaitan di bahagian Personalise. Jika anda mahu watermark itu memenuhi segenap ruang gambar, tandakan pada kotak Text Repeat. Kemudian klik sahaja butang Generate. Akhir sekali, klik kanan pada gambar yang telah siap diedit dan simpan ke dalam komputer anda. Siap.

Nov 5, 2009

Koleksi Logo Google



Ramai di antara pengguna internet di seluruh dunia menggunakan Google sebagai enjin pencarian utama. Kita juga sedia maklum bahawa Google sentiasa meraikan pelbagai perayaan di seluruh dunia dengan logo² tertentu. Justeru, mari kita menyelongkar 'almari' Google untuk melihat logo² yang pernah dihasilkan.


Anda cuma perlu masuk ke Google Logos. Anda akan disajikan dengan semua logo² menarik yang dicipta berdasarkan perayaan atau peristiwa tertentu setiap negara termasuk negara kita, Malaysia.

Nov 4, 2009

Pamer Graffiti Di Twitter


Anda gemar melukis?? Apa kata anda bikin lukisan graffiti yang cantik bertemakan bebas dengan memasukkan warna² yang bersesuaian. Kemudian, anda pamerkan graffiti anda tadi di Twitter. Pasti rakan² anda akan teruja melihat hasil kerja anda.


Anda masuk ke laman sesawang TwitDraw. Mulakan melukis apa saja yang anda mahu dengan menggunakan warna yang telah disediakan. Ia turut disertai dengan kemudahan seperti Width, Opacity, Undo dan Start Over. Anda juga boleh memilih graffiti dari galeri sedia ada dan melukis dari graffiti tersebut. Setelah berpuas hati dengan graffiti anda, klik pada butang Post to Twitter agar lukisan itu dapat dikongsi bersama rakan² yang lain. Selamat berseronok.

Info : Graffiti bermaksud sejenis seni seperti lukisan yang lazimnya ditulis di dinding² bangunan menggunakan komposisi warna, garis, bentuk dan volume.