Jan 31, 2009

Radio Widget


Anda suka mendengar radio?? Penulis yakin ramai diantara kita gemar untuk mendengar radio samada di rumah, pejabat malah di dalam kereta sekalipun. Jika anda teringin hendak mendengar radio tetapi tiada radio mahupun astro di tempat tersebut, anda boleh memilih radio dari internet sebagai alternatif. ihikhik


Pastikan komputer anda dilengkapi internet. Selain internet, kena juga ada speaker. Selepas itu berkunjunglah ke Muncet's Entertainment. Radio ini didatangkan di dalam empat kategori.Pilih saja stesen radio kegemaran anda. Lazimnya penulis memilih THR Gegar Permata Pantai Timur kerana ianya stesen radio yang popular di sini.

Penulis juga mengesyorkan agar anda meletakkan radio ini di blog masing². Justeru, ini lebih memudahkan anda untuk mendengar radio pada bila² masa saja. Masukkan saja kod di bawah ini ke dalam blog anda.

<IFRAME SRC="http://malaysia-radio-widget.blogspot.com" TITLE="Malaysian Online Radio" SCROLLING="no" WIDTH="210" HEIGHT="320" FRAMEBORDER="no" style="border:5px outset #cccccc"><br />
</IFRAME>

Terima kasih buat wargakerja Muncet's Entertainment yang telah berusaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua penggemar radio di internet. love

Jan 27, 2009

Tiga Kolum Di Ruangan Bawah


Atas permintaan Along Arman, kali ini penulis akan memberikan tutorial berkenaan dengan menambah tiga kolum di bahagian footer. Penulis difahamkan dia telah mendapat kod untuk tiga kolum tersebut tetapi kod asas yang diberi tiada warna latarbelakang (background) dan garisan (border) untuk setiap tajuk. Ayuh, masuk kelas tutorial. Pastikan anda membaca berulangkali agar mudah difahami.


1. Pindahkan semua widget yang ada di bahagian footer.

2. Login ke Blogspot.

3. Layout - Edit HTML.

4. Download Full Template sebelum mengedit blog.

5. Cari kod di bawah.

<div id='footer-wrapper'>
<b:section class='footer' id='footer'/>
</div>

6. Tukarkan kod yang berwarna merah dengan kod di bawah.

<div id='footer-column-container'>

<div id='footer2' style='width: 30%; float: left; margin:0; text-align: left;'>

<b:section class='footer-column' id='col1' preferred='yes' style='float:left;'/>
</div>

<div id='footer3' style='width: 40%; float: left; margin:0; text-align: left;'>
<b:section class='footer-column' id='col2' preferred='yes' style='float:left;'/>
</div>

<div id='footer4' style='width: 30%; float: right; margin:0; text-align: left;'>

<b:section class='footer-column' id='col3' preferred='yes' style='float:right;'/>
</div>

<div style='clear:both;'/>
<p>
<hr align='center' color='#5d5d54' width='90%'/></p>
<div id='footer-bottom' style='text-align: center; padding: 10px; text-transform: lowercase;'>

<b:section class='footer' id='col-bottom' preferred='yes'>
<b:widget id='Text2' locked='false' title='' type='Text'/>
</b:section>

</div>
<div style='clear:both;'/>

</div>

Nota : <hr align='center' color='#5d5d54' width='90%'/> adalah satu garisan lurus yang bertujuan membahagikan ruangan footer dengan ruangan paling bawah. Anda boleh mengubah warnanya mengikut warna latarbelakang blog. Jika tidak mahu garisan itu, anda cuma perlu buang kodnya sahaja.

7. Seterusnya cari pula kod </b:skin>.

8. Tambah kod ini sebelum </b:skin>.

#footer-column-container {
clear:both;
}

.footer-column {
padding: 10px;
}

Nota : Kod footer-column-container { di atas ialah kod asas bagi tiga kolum di footer yang diajar oleh Amanda. Penulis telah melakukan pengubahsuaian dengan menambah #footer-column-container h2 { di antara #footer-column-container { dan .footer-column { berdasarkan tutorial empat kolum ruangan atas tulisan Ien.

Inilah kod yang penulis gunakan untuk bahagian footer-column-container { milik penulis. Ia dilengkapi dengan warna latarbelakang dan garisan pada setiap tajuk dan juga kotak utama kolum tersebut.

#footer-column-container {
clear:both;
background: #ffbbbb;
line-height: 1.4em;
margin:auto;
height: 200px;
border: 1px solid #cc0000;
width: 900px;
margin-bottom: 10px;
}

#footer-column-container h2 {
margin: .5em 0 .5em;
padding: 4px 5px;
font-size: 12px;
font-family: verdana;
color: #ffffff;
background: #333333;
padding: 5px;
margin-top: -1px;
}

.footer-column {
padding: 10px;
}

Nota: Anda boleh mengubah setiap kod yang penulis tebalkan mengikut kesesuaian blog anda.

9. Save template.

Kini, anda sudah siap memasukkan tiga kolum di footer. Anda perlu memastikan ianya berfungsi dengan baik agar widget baru dapat dimasukkan.

1. Layout - Page Elements.

Di bahagian bawahnya, anda akan melihat tiga kolum baru sudah tersedia. Tugas anda seterusnya hanyalah memasukkan widget² kegemaran anda. Pastikan anda membaca dengan teliti sebelum mencuba tutorial ini. Semoga sukses.

Via : Amanda
Via : Ien


Jan 25, 2009

Menu Buka Tutup Di Sidebar


Budak bernama Firdaus telah meminta penulis agar mengajar cara untuk membuat menu buka tutup atau lebih dikenali sebagai hide show. Untuk itu, penulis akan memberi tutorial yang lengkap agar mudah difahami. Bersedialah untuk membaca entri yang agak panjang.


Sila Download Full Template sebelum memulakan sebarang pengubahsuaian pada blog. Berikut adalah cara² untuk membuatnya.

1. Login ke Blogspot.

2. Layout - Edit HTML.

3.
Download Full Template sebelum mengedit blog.

4.
Cari kod </head>, tambahkan kod ini di atasnya.

<style type="text/css">
.texthidden {display:inline}
.shown {display:block}
</style>


<script type="text/javascript">
document.write('<style>.texthidden {display:none} </style>');
</script>


<script type="text/Javascript">
function expandcollapse (postid) {
whichpost = document.getElementById(postid);
if (whichpost.className=="shown") {
whichpost.className="texthidden";
}
else {
whichpost.className="shown";
}
}
</script>

5. Kemudian, cari pula kod h2 {

Contoh :-

h2 {
margin:1.5em 0 .75em;
font:$headerfont;
line-height: 1.4em;
text-transform:uppercase;
letter-spacing:.2em;
color:$sidebarcolor;
}

6. Tambahkan kod baru di bawah tanda }

h4 {
background: #ffdddd;
color: #666666;
margin-left: -1px;
margin-right: -1px;
margin-top: 0px;
margin-bottom: 1px;
padding-left: 10px;
padding-bottom: 5px;
padding-top: 5px;
border: 2px solid #996666;
font-size: 11px;
}

7. Save template.

Sekarang, kita perlu memasukkan kod ke Sidebar pula.

1. Page Element - Add A Gadget - HTML / Javascript.

2. Masukkan pula kod² di bawah ini.

<ul><a href="javascript:void(0);" onclick="expandcollapse('keyword')"> <h4>[+/-] Web Blog</h4></a></ul>

<ul class="texthidden" id="keyword">

<li><a href="http://link.com">Link 1</a></li>

<li><a href="http://link.com">Link 2</a></li>

<li><a href="http://link.com">Link 3</a></li>

<li><a href="http://link.com">Link 4</a></li>

<li><a href="http://link.com">Link 5</a></li>

</ul>

Penting!!! Anda mesti meletakkan katakunci yang sama pada onclick="expandcollapse ('keyword') dan <ul class="texthidden" id="keyword">

Penulis akan memberikan contoh agar anda lebih faham.

<ul><a href="javascript:void(0);" onclick="expandcollapse('Sources')"> <h4>Sumber Rujukan</h4></a></ul>

<ul id="Sources" class="texthidden">

<li><a href="http://muncet.blogspot.com/" target="_blank">Ien</a></li>

<li><a href="http://makeuseof.com/" target="_blank">Make Use Of</a></li>

<li><a href="http://sembangkomputer.com/" target="_blank">Sembang Komputer</a></li>

</ul>

3. Save.

Siap. Anda perlu teliti sewaktu memasukkan kod untuk mengelakkan widget bermasalah. Selamat mencuba. Semoga berjaya.

Update 20 Februari 2009

Sekiranya anda ingin menambah ikon seperti sebelum perkataan Sumber Rujukan, anda perlu memasukkan kod gambar selepas
<h4>.

<ul><a href="javascript:void(0);" onclick="expandcollapse('Sources')"> <h4><img src="http://www.gambar.com/icon.png">[+/-] Sumber Rujukan</h4></a></ul>
Via : Muncet

Jan 24, 2009

Kemaskini Followers Twitter


Buat penggemar Twitter, kali ini penulis kembali lagi dengan satu lagi web menarik. Web ini memudahkan anda untuk Follow kembali rakan² anda yang telah lama menjadi pengikut kepada anda. Hanya dengan menekan anak panah kiri, anda akan menjadi Followers kepada rakan anda manakala anak panah kanan pula untuk mengabaikan rakan yang anda tidak mahu ikut.


Selain itu juga, anda boleh klik butang More Details untuk mengetahui maklumat lanjut tentang rakan² anda. Apa tunggu lagi?? Marilah cuba Tweepler.

Jan 23, 2009

Pilih Dulu Sebelum Cetak


Ramai orang mengambil maklumat dari internet sebagai bahan rujukan utama. Ada waktunya maklumat² tersebut perlu anda cetak untuk simpanan. Namun, bukan semua isi dari web atau blog penting untuk anda, mungkin sebahagian sahaja yang anda perlukan. Jadi, mengapa perlu dibazirkan dakwat cetak untuk bahan yang anda tidak mahu??


Justeru, anda boleh menggunakan khidmat PrintWhatYouLike untuk mencetak bahan² yang anda perlukan sahaja. Anda boleh membuatnya dengan tiga langkah mudah. Letakkan alamat web atau blog. Edit dan ambil bahan yang anda mahu. Kemudian, cetak saja bahagian yang anda sudah edit. Paling bagus, anda boleh menggabungkan isi dari beberapa laman web dan blog untuk dicetak di dalam satu halaman sahaja. Ayuh, jimatkan masa, kertas A4 dan dakwat.

Jan 21, 2009

Goodbye's The Saddest Word




Hanya linangan airmata yang mampu meluahkan ekspressi perasaan penulis di kala video ini diputarkan. Hanya insan² seperti Zariel, Kamezaim dan Adry yang bisa menyelami perasaan penulis. Mungkin anda yang telah kehilangan ibu seperti kami juga boleh mendalami rasa itu. Video ini penulis persembahkan untuk anda semua. nangih


Kasih sayang penulis pada Ummi kekal abadi selamanya. cium
Al-Fatihah untuk arwah Hajah Zaliha Binti Abdullah. doa

Jan 20, 2009

Lindungi Gambar Dengan Watermark


Jika anda perasan, kebanyakan gambar yang dipaparkan di blog ini mempunyai ayat eriyza's blog. Tujuannya tidak lain adalah untuk memberitahu kepada umum bahawa gambar itu diambil dari blog ini jika anda menemui gambar yang sama di blog orang lain. Namun, semua gambar itu bukan hak milik penulis cuma penulis meletakkan tanda nama penulis kerana penulis yang membuat tutorial atau menguar²kan tentang laman web tertentu. setan


Jika anda punya banyak koleksi gambar peribadi dan ingin dipaparkan kepada umum, anda sememangnya patut membuat tanda nama pada gambar² tersebut. Usah biarkan hasil kerja anda dimanipulasi sesuka hati oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, anda perlu meletakkan watermark sebagai hak cipta anda. Buat watermark anda di Picmarkr. Anda boleh memilih Text Watermark, Image Watermark atau Tiled Watermark. Menariknya, selain anda boleh memuatturun gambar itu ke komputer, anda juga dapat mengambil gambar dari Flickr dan menyimpannya semula di Flickr. Cepat, lindungi koleksi gambar² anda di Picmarkr. Semestinya, ianya percuma. menari

Nota : Sila berikan kredit kepada blog ini jika anda mengambil sebarang gambar dari blog ini yang mempunyai tanda nama eriyza's blog. Terima kasih.

Jan 19, 2009

Penghias Skrin Firefox

by Eriyza

Anda pengguna Firefox yang setia?? Selain dari menggunakan browsernya yang bagus, cuba anda hiaskan komputer anda dengan penghias skrinnya sekali. "Wow!", itulah reaksi pertama penulis sewaktu melihat koleksi penghias skrin berasaskan Firefox ini. menari


Penulis beranggapan anda juga pasti akan suka dengan penghias² skrin ini. Ia didatangkan di dalam pelbagai warna yang menarik. Semuanya berjumlah seratus lebih. Nah, terpulang pada anda untuk memilih penghias skrin Firefox tersebut mengikut citarasa masing². pokpok

Via : Kid Tech Guru

Jan 18, 2009

Cara Buat Highlight Teks


Anda berminat hendak membuat highlight teks di dalam blog anda?? Tentu ada perkataan atau ayat tertentu yang sangat penting di dalam penulisan anda untuk anda highlight dan maklumkan kepada para pembaca. Baiklah, usah buang masa, mari kita belajar untuk membuat highlight pada teks. marisini


Kod highlight ini anda perlu masukkan ke dalam layout. Cara untuk membuat highlight teks adalah seperti berikut :-

1. Login ke Blogspot.

2. Layout - Edit HTML.

3. Cari kod </head>.

4. Masukkan kod ini sebelum </head>.

<style type="text/css">
span.highlight
{
background-color:yellow
}
</style>

5. Save template.

Cara untuk menulis di dalam blog pula adalah seperti berikut :-

1. Posting - Create.

2. Pilih tab Edit HTML.

3. Masukkan kod di bawah ke dalam blog.

<span class="highlight">Contoh highlight teks.</span>
Nota : Anda boleh menukar background-color:yellow dengan warna lain. Jika latarbelakang blog anda gelap, gunakan warna terang, begitu juga sebaliknya. kenyit


Jan 16, 2009

Simpan Web Blog Kegemaran


Penulis mempunyai terlalu banyak laman web dan blog kegemaran. Kebiasaannya penulis menyimpannya di tab Bookmarks Firefox sahaja. Namun apabila komputer milik penulis dan adik bertukar tempat, sebahagian laman web dan blog tersebut tidak dapat penulis akses. Maklumlah, penulis tidak menghafal semua alamat web blog itu semua.


Justeru, penulis mencari alternatif untuk menyimpan kesemua web blog itu di dalam satu laman web. Penulis dapat mengaksesnya dari mana² komputer asal saja ada internet di situ. Web ini membolehkan anda meletakkan web blog tersebut di dalam kategori tertentu. Malah, paparan web blog itu juga disertakan sekali. Anda juga boleh mengalih web blog tersebut ke mana sahaja sesuka hati anda. Jom letakkan web dan blog kegemaran masing² di Only2Clicks.

Jan 14, 2009

Tema Untuk Twitter


Ramai bloggers yang menggunakan Twitter. Penulis juga mempunyai akaun Twitter tetapi jarang dikemaskini. Untuk pengguna Twitter yang tegar, penulis ingin memperkenalkan tema yang menarik khusus untuk anda. Ianya sangat mudah untuk anda gunakan.


Anda cuma perlu masuk ke laman web Twitter Gallery. Pilih tema yang anda kehendaki dan pasang. Anda akan diberi dua pilihan samada mahu memasangnya secara automatik atau pun secara manual. Selain itu, butang Twitter juga disediakan untuk anda pasang pada blog anda. Ia didatangkan dengan pelbagai saiz dan bentuk.


Menarik bukan?? Ubahlah tema Twitter anda hari ini juga. Jangan lupa follow penulis.

Jan 12, 2009

Membuat Menu Navigasi Online


Blogspot tidak menyediakan perkhidmatan untuk membuat halaman menu pada blognya. Justeru, ramai yang memilih untuk meletakkan halaman tentang penulis, hubungi penulis malah pautan rakan² di postingan masing². Selepas itu, barulah halaman² tersebut dipautkan sebagai menu utama. Bagi bloggers yang ingin membuat menu sendiri, anda boleh menggunakan servis percuma yang ditawarkan oleh sebuah web. kenyit


Penulis akan membantu anda untuk membuat menu ini.

1. Anda masuk ke laman web List O Matic.

2. Initial setup
- Pilih jumlah link yang anda mahu.

3. Enter the link details in the table below
- Penulis akan bagi contoh untuk mengisi ruang² kosong berdasarkan blog penulis.

* Link Text - Home
* Link Title - Utama
* Link Destination (href) - http://eriyzaqistina.blogspot.com

Anda boleh mengisinya mengikut kemahuan anda sendiri.

4. This is your basic, unformatted list
- Sekarang pilih stail menu yang anda suka.

* Vertical Styles untuk menu menegak.
* Horizontal Styles untuk menu melintang.

Penulis menyarankan anda memilih Vertical Styles.

5. How to identify and style the menu
- Pilih salah satu.

6. Your list-based navigation is complete!
- Anda akan diberi samada satu atau dua kod berdasarkan pilihan anda di nombor 5.
-Tugas anda seterusnya ialah untuk mengisi kod HTML dan kod CSS ke dalam blog.

7. Cara untuk mengisi kod HTML adalah seperti berikut. Penulis akan memberi contoh berdasarkan kod yang penulis buat. Anda cuma perlu menukarnya dengan kod HTML anda sendiri.

- Login - Layout - Page Element - Add A Gadget - HTML / Javascript.
- Tampal kod HTML di bawah ini.

<div id="navcontainer">
<ul id="navlist">
<li><a href="http://eriyzaqistina.blogspot.com/" title="Utama">Home</a></li>
<li><a href="http://eriyzaqistina.blogspot.com/2007/07/tentang-seseorang.html" title="Penulis">About Me</a></li>
<li><a href="http://eriyzaqistina.blogspot.com/2007/10/contact.html" title="Hubungi">Contact</a></li>
<li><a href="http://eriyzaqistina.blogspot.com/2007/10/pautan.html" title="Rakan">Friends</a></li>
<li><a href="http://eriyzaqistina.blogspot.com/search/label/Tutorial" title="Tutorial">Tutorials</a></li>
</ul>
</div>

Tarik saja menu tersebut ke tempat yang anda inginkan.

8. Tugas anda sekarang ialah mengisi kod CSS ke dalam layout pula. Penulis juga akan memberi contoh berdasarkan kod CSS penulis.

- Login - Layout - Edit HTML.
- Cari ]]></b:skin>. Tampal kod CSS ini sebelum ]]></b:skin>.

/* Eric Myer's Simple List Separators
http://www.meyerweb.com/eric/talks/2003/commug/commug.html */
#navlist
{
padding-left: 0;
margin-left: 0;
border-bottom: 1px solid gray;
width: 200px;
}

#navlist li
{
list-style: none;
margin: 0;
padding: 0.25em;
border-top: 1px solid gray;
}

#navlist li a { text-decoration: none; }

9. Save template. Siap.

Aduh! Penat jari buat tutorial ini. Penulis berharap ianya bermanfaat buat anda. Lain kali penulis akan kongsi menu navigasi yang lain pula. senyumkenyit

Via : Isnaini

Jan 10, 2009

Masukkan Kod Ke Dalam Blog


Kod html atau css amat penting di dalam sebuah blog tutorial. Anda perlu memasukkan kod² tertentu sewaktu menyediakan tutorial agar lebih mudah difahami oleh bloggers yang membuat rujukan. Penulis juga kerap ditanya cara² untuk memasukkan kod ke dalam setiap tutorial yang penulis tulis di sini. Jadi, penulis mengambil kesempatan ini untuk berkongsi tips dengan bloggers yang belum tentang cara untuk menulis kod di dalam blog. tension


Kod html atau css tidak boleh ditulis secara terus menerus di dalam blog. Anda perlu encode kod tersebut terlebih dahulu. Anda boleh menggunakan dua cara untuk melakukannya.

1. Cara pertama ialah anda perlu menukar sendiri kod tersebut ke dalam bentuk encode. Berikut ialah kod dan cara untuk menukarnya.





"
&quot;
&
&amp;
<
&lt;
>
&gt;

Selain kod² asas di atas, penulis selitkan juga kod ekstra khusus untuk anda.




Space
&nbsp;
©
&copy;
®
&reg;

2. Cara kedua ini lebih mudah. Anda cuma perlu salin semua kod tersebut dan masukkan ke dalam web Opiniongeek. Tekan butang Encode. Sekelip mata saja kod² akan ditukar sepenuhnya. Tugas anda seterusnya hanyalah menampal kod² tersebut di dalam blog anda.

Selamat mencuba. Semoga berhasil. love

Jan 9, 2009

Menulis Blog Dari Web Lain


Setelah beberapa jam menutup blog ini, penulis kembali lagi dengan topik terbaru. Ada ramai yang bertanya tentang penutupan blog penulis baru² ini, sebenarnya penulis cuma mencuba skrip baru. Jangan panik wahai pembaca blog ini, selagi penulis punya "mood", insyaAllah blog ini akan beroperasi. Mungkin juga suatu masa nanti, apabila penulis sudah malas, blog ini akan ditutup dan ianya hanya akan menjadi arkib sejarah. Jom kembali ke topik asal. menari


Seandainya anda ingin menulis blog tetapi anda tidak dapat masuk ke blog anda, maka penulis mempunyai alternatif lain untuk tujuan itu. Anda masuk saja ke web WriteToMyBlog. Di web ini, anda boleh menulis blog anda seperti biasa, malah fungsi yang tersedia melebihi apa yang anda jangkakan. Antaranya anda boleh memasukkan gambar dari Flickr dan video dari Youtube dengan mudah.

Anda juga boleh melihat prebiu blog anda sebelum mengeposnya. Disimpan sebagai draf pun boleh. Paling mengujakan penulis, anda juga dapat mengedit pos² anda yang lepas. Malah, jika anda mempunyai dua blog, kedua²nya akan dipaparkan. Seperkara lagi, ianya bukan dikhususkan untuk Blogspot saja, malah beberapa platform lain juga tersedia seperti Wordpress, Typepad dan lain². Semestinya web ini percuma, tidak perlu didaftar. Penulis boleh memberi jaminan bahawa anda akan terasa seperti berada di pelantar blog anda sendiri. Tidak percaya?? Cubalah sendiri menulis blog dari WriteToMyBlog. cium

Jan 6, 2009

Jadi Followers Pada Blog Tiada Widget Followers


Merujuk pada topik terdahulu berdasarkan tajuk yang penulis paparkan sebelum ini, kali ini penulis juga ingin berkongsi tajuk yang sama tetapi dengan pendekatan yang lebih mudah. Topik terdahulu penulis gunakan cara yang agak payah tetapi bagus juga bagi bloggers yang suka bermain kod. Ianya memberikan anda satu kepuasan. Idea ini dicetuskan oleh Eykahamasuba berdasarkan komennya di sini. cium


Okey, jom ikuti cara yang mudah pula untuk menjadi Follower pada blog yang tidak menyediakan widget ini.

1. Login.

2. Pada bahagian Dashboard, cari Reading List. Di bahagian bawahnya nanti, akan kelihatan butang Add dan Manage.

3. Anda klik pada butang Add dan masukkan alamat blog kegemaran anda. Selepas itu klik Next.

4. Anda boleh memilih Follow publicly atau Follow anonymously.

5. Siap, sekarang blog kegemaran anda sudah tersenarai di Reading List.

Mudah sajakan?? Selain dari menambah blog yang berpelantarkan blogspot, anda juga boleh boleh menambah blog atau web dari pelantar lain. Nak tau apa beza antara blog yang berhostingkan blogspot dan bukan blogspot?? Bezanya cuma tiada jumlah Followers dipaparkan pada blog bukan blogspot jika anda klik butang Manage. Itu saja. senyumkenyit

Jan 5, 2009

Masukkan Widget Alexa Dalam Blog


Topik kali ini Eriyza ingin berkongsi dengan bloggers cara² untuk memasukkan widget Alexa ke dalam blog. Alexa menghitung setiap kemasukan trafik pelawat ke blog anda. Mungkin sudah ramai yang tahu caranya tetapi tutorial ini khusus untuk panduan bloggers yang tidak tahu. Jangan berlengah lagi, ayuh kita mulakan pembelajaran. marisini


1. Masuk ke laman Alexa.

2. Kemudian, pilih Webmaster's Corner.

3. Pilih kategori Widgets.

4. Pada halaman ini, anda perlu memilih jenis widget yang anda kehendaki samada Alexa Traffic Graph, Alexa Site Stats Button atau Alexa Traffic Rank Button. Masukkan alamat blog / web anda misalnya www.eriyza.aeropama.com. Klik pada Build Widget.

5. Seterusnya, salin kod yang diberi dan tampal pada blog anda.

Nah, sekarang anda sudah menyiapkan widget Alexa anda. Selamat mencuba. kenyit

Jan 3, 2009

Berkaraoke Dari Komputer


Anda suka berlibur bersama rakan² di karaoke?? Anda punya suara yang merdu untuk dialunkan?? Anda ingin berkaraoke tetapi tiada rakan mahu menemani anda?? Jangan risau wahai kawan, kini anda boleh berkaraoke di rumah sahaja. Asalkan anda mempunyai mikrofon, komputer dan talian internet, semuanya ditanggung beres.


Eriyza memperkenalkan kepada anda sebuah laman web yang membolehkan anda menyanyi sepuas hati di rumah. Anda cuma perlu memilih lagu yang anda gemari dan mulakan berkaraoke. Buat masa sekarang, hanya lagu Inggeris disenaraikan dan pilihannya agak terhad tetapi Eriyza percaya, sedikit masa lagi lebih banyak lagu dari pelbagai negara akan ditambah. Paling bagus, anda akan diberi markah selepas selesai menyanyi. Ayuh, kita berkaraoke di KaraokeParty.

Jan 2, 2009

Kad Dari Queen Dan AliyaAnnuar

Kad Dari Queen
Kad Dari AliyaAnnuar

Sempena tahun baru 2009, dua orang bloggers iaitu Queen dan AliyaAnnuar telah bermurah hati untuk memberikan kad rekaan sendiri kepada Eriyza. Kadangkala Eriyza cemburu dengan orang yang kreatif. fs04


Terima kasih buat kedua²nya kerana tidak melupakan Eriyza lantas melayangkan kad yang comel ini. Lain kali bagilah lagi. fs11

Jan 1, 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran


Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat Wan Eriyza. Sepatutnya permulaan tahun baru ini Eriyza sambut dengan gembira tetapi Eriyza sedikit hiba. Lazimnya, hari lahir diraikan bersama bonda tercinta tetapi kini Eriyza keseorangan. Kami dilahirkan pada tarikh yang sama. Bukan mudah untuk mempunyai tarikh kelahiran sama dengan ibu. doa


Al-fatihah Eriyza hadiahkan buat bonda, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang soleh. Doa dan harapan agar Eriyza dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki halal yang murah, bertambah keimanan dan mendapat jodoh yang soleh. Doakan Eriyza. cium