Nov 30, 2011
Nov 29, 2011
Nov 28, 2011
Pelukis Google Doodles
Ingat lagi tak dulu penulis pernah menulis tentang koleksi logo Google?? Masa itu penulis tidak tahu logo tersebut digelar Doodle, almaklumlah kurang ilmu. Tahukah anda siapa yang bertanggungjawab melakar doodle² Google yang menarik itu?? Nak berkenalan?? Jom! ♥*~*♥
Nov 27, 2011
Law Kana Bainana Al Habib | لو كان بيننا الحبيب
Kenalkah anda pada jejaka di atas?? Jika kalian biasa menonton rancangan Law Kana Bainana Al Habib [If The Beloved Were Among Us] di TV AlHijrah, anda pasti mengenali lagu temanya. Ya, jejaka inilah pelantun suara bagi lagu latar rancangan tersebut. Pertama kali mendengar alunan lagu ini, penulis sudah jatuh hati.
Tokoh Maal Hijrah 1433H
DR. ABDUL SHUKOR BIN HUSIN
Sempena ketibaan awal Muharam 1433 Hijriyah, seorang lagi Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan telah dipilih iaitu Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Bin Husin. Belaiu merupakan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKA).
Tags :
Local Stories
Maal Hijrah 1433H
Dalam catatan amalan pahala dan dosa yang dihitung setiap hari oleh dua malaikat Atiq dan Raqib, akhirnya setahun kita tinggalkan pergi. Tarikh yang telah berlalu takkan berulang kembali, jika banyak keburukan yang kita lakukan pada tahun lalu maka marilah cambahkan azam baru untuk membina kehidupan yang lebih baik pada tahun ini. Mudah²an penulis dan kalian akan sentiasa diberkati Allah.
Tags :
Daily Notes
Nov 26, 2011
Dari Basikal Ke Motorsikal
Repost : Dari Basikal Ke Motorsikal
via Inspirasi Dari Kisah Benar by admin on 11/18/08
Basikal bukanlah kenderaan yang asing bagi penulis. Sejak berusia 2 tahun lagi, penulis telah belajar mengayuh basikal. Meskipun ketika itu, basikal hanya berfungsi sebagai alat mainan. Seterusnya, bila berada di tadika, penulis mula belajar mengayuh basikal yang mempunyai dua roda kecil di bahagian belakang. Oleh kerana penulis agak lasak orangnya, penulis telah terjatuh banyak kali sebelum pandai mengayuh basikal dengan kadar yang cepat. Pada pertengahan era 80an, penulis mula menjejakkan kaki ke sekolah. Ketika itu, antara kenderaan yang penulis naiki untuk ke sekolah ialah beca dan van sebelum beralih ke basikal. Penulis mula berbasikal ke sekolah ketika berada di tahun empat.
Tags :
Daily Notes
Nov 25, 2011
Luahan Hati Ahmad Fakri Saarani
Belum sampai seminggu kilauan emas digenggam oleh kontinjen bola sepak negara yang menjuarai Sea Games 2011 di Indonesia, masih ada lagi berita kurang enak yang dilemparkan kepada anak² buah Ong Kim Swee. Pemain yang paling banyak menerima kritikan peminat sukan nombor satu di dunia itu tentulah Ahmad Fakri Saarani. Beliau yang ternyata berkecil hati dengan tohmahan liar terhadapnya telah meluahkan isi hatinya kepada
Tags :
Local Stories
Kuliah Jumaat #16
Pendakwah : Ustaz Don Daniyal
Topik : Nama Syaitan Dalam Surah Al-Fatihah
Tags :
Kuliah Jumaat
Nov 24, 2011
Tukar Player Hitam Youtube Kepada Warna Putih
Ingat tak dulu Youtube menyediakan pelbagai jenis warna tema untuk digunakan pada video playernya?? Penulis sendiri pernah meletakkan pelbagai tema berlainan pada setiap video yang penulis paparkan. Akan tetapi, fungsi warna tema itu tidak lagi digunakan malah setiap player Youtube berwarna hitam. Kali ini, penulis ingin berkongsi dengan anda cara untuk menukar player gelap kepada cerah.
Minta Cepat, Diberi Lambat
Repost : Minta Cepat, Diberi Lambat
via Inspirasi Dari Kisah Benar by admin on 11/16/08
Suatu hari, seorang anak berbual dengan ibunya. Antara lain, dialog yang dituturkan adalah seperti berikut.
“Mi, beli beskal se.”
“Bakpe pulok?? Tak mboh gi sekoloh naik ven doh ke??”
“Lening kelah tambohan mula doh. Ven dok tunggu kalu balik lambak.”
“Dakpelah. Kekgi mi kabo ke apak.”
Tags :
Daily Notes
Nov 23, 2011
Nov 22, 2011
Sea Games 2011 : Malaysia Tewaskan Indonesia
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Hanya ungkapan itu yang mampu penulis ucapkan sewaktu sepakan Baddrol Bakhtiar berjaya membolosi penjaga gol, Kurnia Meiga Hermansyah walaupun pada mulanya sudah berjaya ditangkap tetapi terlepas lalu terus menerjah masuk ke gawang lawan ketika sepakan penalti dalam perlawanan akhir Malaysia menentang Indonesia semalam. Malaysia muncul sebagai juara menerusi sepakan penalti 4-3 setelah terikat 1-1 sehingga permainan tamat.
Tags :
Daily Notes
Nov 21, 2011
Nov 20, 2011
Rahsia Desktop Wallpaper Windows XP
Ramai di antara pengguna Microsoft di dunia menggunakan Windows XP sebelum beralih ke Windows 7 termasuklah penulis. Anda tentu sangat maklum akan imej asal desktopnya yang menggunakan gambar bukit yang menghijau dan awan nan membiru. Gambar yang paling banyak ditonton di dunia ini sebenarnya telah dirakamkan oleh Mr. Chuck O’Rear di Sonoma, Napa, North California. Beliau merupakan bekas jurugambar untuk National Geographic.
Tags :
Wallpapers
Windows XP
Nov 19, 2011
Nov 18, 2011
Kuliah Jumaat #15
Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Cara Untuk Menguatkan Ingatan
Tags :
Kuliah Jumaat
Nov 17, 2011
Nov 16, 2011
Nov 15, 2011
Tukar Ayat Asal LinkWithin
Penulis perhatikan ramai bloggers yang menggunakan widget LinkWithin. Secara asasnya perkataan yang biasa tertera ialah You may also like these stories atau Anda mungkin juga meminati. Barangkali anda mempunyai ayat yang lebih bagus untuk mengajak pembaca anda membaca topik yang lain. Justeru, hari ini, penulis akan berkongsi dengan anda cara² untuk melakukannya.
Nov 14, 2011
Latah Lucah
Repost : Latah Lucah
via Inspirasi Dari Kisah Benar by admin on 11/8/08
Kamu tentu pernah melihat situasi dimana seseorang yang mempunyai tabiat melatah diusik oleh seseorang yang lain. Lazimnya latah dikaitkan dengan wanita yang berusia namun masih boleh berlaku pada mana-mana jantina, peringkat usia dan latar belakang sosial. Pelatah akan bertindak balas secara spontan apabila mereka terkejut atau dicuit. Orang yang melatah itu akan menyebut perkataan atau meniru tingkah laku orang lain di sekelilingnya terus-menerus dan berulang-ulang.
Tags :
Daily Notes
Nov 13, 2011
Halang Klik Kanan Pada Gambar
Sila klik kanan
Hari ini penulis nak kongsi dengan anda semua satu ilmu yang ringkas iaitu cara² untuk menghalang gambar anda daripada diklik kanan. Trik ini hanya berguna untuk orang yang kurang mahir mencuri gambar melalui cara lain selain klik kanan. Kalau orang yang cekap, mereka boleh mencuri gambar anda melalui pelbagai taktik lain.
Nov 12, 2011
Nov 11, 2011
111111
Ramai sungguh yang 'mengistimewakan' tarikh 11.11.11 ini. Antaranya ada yang mengikat tali pertunangan, melangsungkan pernikahan, melakukan sesuatu yang bermakna dan macam² lagi. Pada penulis tarikh ini hanya sekadar cantik disebut dan dipandang selain mudah diingati tetapi tidak menghadirkan sebarang erti khusus. Cuma, ia jatuh pada hari Jumaat iaitu penghulu segala hari dan yang istimewanya ialah hari itu sendiri bukannya tarikh. Ketika berada di masjid tadi pun, penulis melihat ramai jemaah yang menunaikan solat Jumaat pada hari yang cukup istimewa ini. Alhamdulillah.
Tags :
Daily Notes
Nov 10, 2011
Fenomena Abang, Kakak Dan Adik Angkat
Repost : Fenomena Abang, Kakak Dan Adik Angkat
via Inspirasi Dari Kisah Benar by admin on 11/4/08
Masa penulis bersekolah dahulu, hubungan adik angkat / abang angkat / kakak angkat sangat popular. Boleh dikatakan hampir 80 peratus dari rakan sekelas penulis mempunyai hubungan seperti itu. Hal ini juga berjangkit kepada penulis. Zaman itu penulis belum mengerti lagi apa rasionalnya hubungan sedemikian. Namun yang pasti, penulis sememangnya pernah mempunyai beberapa orang abang angkat / kakak angkat dan juga adik angkat.
Tags :
Daily Notes
Nov 9, 2011
Nov 8, 2011
Nov 6, 2011
Nov 4, 2011
Kuliah Jumaat #13
Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Hukum Pakai Seluar Senamrobik
Tags :
Kuliah Jumaat