Jun 26, 2007

Cute Wallpapers


Anda teringin menggunakan wallpaper berlatarbelakangkan Windows Vista tetapi anda bukan pengguna Windows Vista?? Mungkin saja anda penggemar wallpaper bercorak abstrak. Jangan risau, penulis ingin memperkenalkan website yang mempunyai banyak wallpapers, themes, skins dan bermacam² lagi untuk menjadikan komputer anda lebih menarik.


Anda cuma perlu klik website Adni18 dan muattturun apa saja yang anda suka. Jom laa mekapkan komputer anda.

Jun 24, 2007

Ekspedisi Redang 07


Rindunya penulis kat blog nih. Tiga hari menjadi "orang pulau" membuatkan penulis rindu²an pada daratan. Anda perlu bersedia untuk membaca entri kali ini kerana ia mungkin merupakan entri paling panjang pernah penulis tulis. Penulis akan bercerita tentang Ekspedisi Redang 07 yang telah penulis lalui pada 21/06/07 - 23/6/07.

Penulis berkumpul di SK Ibok pada jam 9.45 pagi. Setelah menghabiskan segelas sunquick di kantin, penulis menaiki bas Yayasan Terengganu pada jam 10.15 pagi. Kami menuju ke Kuala Terengganu. Perjalanan kami melalui jalan Ayer Jerneh dan seterusnya keluar ikut Kemasik sebelum melalui jalan utama.

Suatu perjalanan yang baru bagi penulis kerana penulis tidak pernah melaluinya. 12.30 tengahari, kami berhenti minum di Kelulut. Penulis dan Cikgu Rohani minum air kelapa muda di gerai seberang jalan, kemudian diikuti pula oleh Cikgu Mohamad Amin. 12.55 tengahari kami meneruskan perjalanan. Kami tiba di Kuala Terengganu pada jam 2 petang. Bas berhenti di Dataran Syahbandar dan kami mengarahkan pelajar untuk makan tengahari di situ. Setelah itu, kami berkumpul di Jeti sementara menanti Cikgu Roziah dan Cikgu Rakirah menguruskan pembelian tiket.

Jam 3.09 petang kami menaiki feri. Penulis duduk bersama Cikgu Nurul Hidayah sementara suaminya duduk di kerusi lain. Hati penulis berdebar kencang. Penulis takut menaiki feri meskipun ini bukan kali pertama penulis menaiki feri kerana pernah ke Pulau Langkawi. Di dalam debaran, penulis tidak putus² berdoa mudah²an kami semua selamat tiba ke destinasi pilihan.

Kami tiba di Jeti Pulau Redang pada jam 4.27 petang. Alhamdulillah, leganya hati penulis tatkala kaki menjejak daratan. Kali pertama menjejakkan kaki ke Pulau Redang, penulis seakan tidak percaya berada di sebuah pulau yang dikelilingi lautan luas.

Kami dijamu dengan jemput pisang dan teh o panas pada petang itu. Malamnya pula, kami diperkenalkan kepada BA (jaket keselamatan) dan juga mask dan j tube. Encik Abdul Razak selaku ketua jurulatih memberikan penerangan penggunaan alatan tersebut.

Hari 2

Penulis bangun seawal 5.45 pagi. Selepas membersihkan diri, penulis mengambil kudapan pada jam 7.15 pagi. Setelah semua pelajar dan guru² selesai berkudapan, kami menuju ke bot yang telah sedia menanti di jeti. Penulis menaiki bot A bersama sekumpulan pelajar dan beberapa orang guru. Bot yang penulis naiki seumpama bot nelayan cuma boleh memuatkan ramai penumpang. Penulis memilih untuk berdiri sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Perjalanan kami ke Taman Laut Redang tidak lama, cuma kira² 25 minit saja.

Setibanya di Taman Laut Redang, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Penulis sekumpulan dengan Cikgu Rohani, Faizal dan sepuluh orang murid. Kumpulan kami mendapat tunjuk ajar dari ketua jurulatih iaitu Encik Abdul Razak. Setelah memanaskan badan, kami diarahkan masuk ke dalam air laut separas pinggang ketiak penulis. Kami diajar terapung seperti gabus dan meniarap seperti superman di air. Alhamdulillah, penulis boleh melakukannya meskipun terdapat sedikit kesukaran. Rasa cam tak percaya, penulis melalui semua ini. Penulis kira orang gemuk seperti penulis tentu sukar untuk melakukannya tetapi dengan izin Allah, dapat juga penulis lakukan.

Setelah itu, kami diajar pula menggunakan mask dan j tube dengan betul sebagai persediaan untuk aktiviti snorkling nanti. Penulis cuba bernafas di dalam air menggunakan j tube tetapi tidak berjaya pula. Nampaknya penulis tidak tahu cara untuk menggunakannya. Kebetulan pula, seorang pelajar penulis tidak mempunyai j tube, maka penulis berikan j tube penulis kepadanya. Penulis berendam di dalam air bersama guru² yang lain menyaksikan pelajar kami bersnorkling.

Taman Laut Redang cukup cantik, airnya jernih dan bersih. Batu karangnya sangat cantik. Sesuai benar untuk berbulan madu. Penulis sendiri kagum dengan ciptaan Allah. Di jetinya, penulis sudah dapat melihat dengan jelas ikan² pelbagai spesis berenang bebas.

Hujan rintik² mula turun ketika kami sedang asyik berendam di lautan. Namun, tiada seorang pun di antara kami samada guru atau pelajar yang naik ke daratan.

Bersambung....

Jun 19, 2007

Maaf



Tengahari tadi, penulis membasuh pakaian seperti biasa. Beberapa helai baju dan seluar ayahanda yang berada di dalam bakul pakaian kotor penulis ambil dan basuh sekali dengan pakaian penulis. Setelah selesai dibasuh, penulis mengambilnya untuk disidai. Sewaktu penulis mengambil salah satu baju ayahanda, penulis perasan ada sesuatu di dalam poket bajunya.


Setelah memeriksa isi kandungan poket itu, penulis teperanjat. Buku bank ayahanda telah renyuk sama sekali dimamah mesin basuh. Penulis menggigil ketakutan. Perlahan² penulis menghampiri ayahanda dan memaklumkan kecuaian penulis. Penulis bersedia untuk dimarahi tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Ayahanda cuma berkata, lain kali pastikan dalam poket tiada wang atau barang² penting, baru laa masukkan baju ke dalam mesin basuh. Penulis lega. Petang itu, penulis mengajak ayahanda ke bank untuk menukar buku banknya. Maafkan saya, ayahanda. Lain kali saya akan berhati².

Jun 18, 2007

Scukz TV Online


Kali ini penulis ada buah tangan yang menarik untuk pembaca blog ini (ada ke orang baca?). Bagi sesiapa yang selalu berebut siaran kegemaran di televisyen dengan penghuni rumah yang lain, sekarang anda mempunyai alternatif lain untuk menonton cerita kegemaran anda.

Anda hanya perlu klik pada website Scukz Online TV dan pilih saluran kegemaran anda. Pastikan anda mempunyai Windows Media Player 11 ( paling koman pun WMP 9). Tunggu apa lagi?? Jom, tengok tv online. Sewaktu entri ini ditulis, penulis sedang menonton siaran kartun network cerita Popeye. Hehehe!!!

Jun 17, 2007

Screenshot For Your Blog / Website


Pernah tak anda terfikir untuk melihat screenshot blog / website anda secara keseluruhan?? Bermula daripada atas sehingga ke bawah?? Bagaimana agaknya rupa blog / website anda bila dilihat secara keseluruhan?? Penulis mempunyai jawapan untuk soalan itu dan buktinya dapat anda lihat pada gambar yang penulis lampirkan.

Perisian yang akan penulis perkenalkan pada kali ini membolehkan anda melihat screenshot blog / website anda secara menyeluruh. Seperti biasa, anda cuma klik pada website Pearl Crescent ini dan download perisiannya. Menariknya, plugin ini disediakan untuk pelayar browser Firefox. Cubalah.

Contoh screenshot lain - Tranungkite.Net

Jun 15, 2007

Flash Script



Semalam, penulis berkesempatan berconference di Yahoo Messenger dengan beberapa orang kenalan yang penulis kenali di dunia maya ini. Bermula dengan topik pelaburan yang penulis langsung tidak faham butir perbualannya sehinggalah topik bertukar pula kepada peristiwa 13 Mei 1969, akhirnya beralih lagi kepada topik sejarah seorang tokoh yang penulis kira hebat. Biarlah rahsia siapa tokoh tersebut.


Berada di kalangan pemikir yang punya cetusan idea bernas membuatkan penulis berasa terlalu kerdil. Penulis sekadar menjadi pemerhati dari turut serta dalam perbualan mereka. Tidak tahu entah dimana penulis bisa mencelah.

Penulis kagum dengan semangat jitu mereka yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam memperjuangkan kebenaran. Meskipun mereka dicemuh, difitnah dan ada kalanya diajak berbalah di gelanggang pergaduhan, mereka tidak pernah gentar menghadapi semua itu. Semoga Allah permudahkan jalan buat mereka. Terima kasih kerana mengajak penulis turut serta dalam conference meski pun penulis banyak diam dari melontarkan perkataan. Lain kali, ajak laa lagi ye.

Okey, kat atas sana ada penulis letakkan flash berunsur nasihat, kalau anda berminat untuk meletakkannya di blog anda, dapatkannya di Friendsterkit.Com.

Jun 14, 2007

Desktop Calendar


Jadual kerja anda padat?? Kadangkala anda kehilangan diari yang anda catatkan pelbagai rancangan harian anda?? Jangan risau, penulis akan memperkenalkan satu kalendar yang mempunyai fungsi terbaik untuk anda install di komputer mahu pun laptop anda. Kalendar ini membolehkan anda mengingati tarikh² penting.

Selain itu, ia juga mempunyai fungsi "alarm" di mana anda akan diberi peringatan semula tentang jadual anda yang perlu anda lakukan. Penulis telah mencuba khidmat kalendar ini dan penulis suka akannya. Jika anda berminat untuk memuatturun kalendar ini, sila ke laman Rainlendar.

Jun 12, 2007

Terjemahan Blog [-Updated-]


Blog anda dikunjungi oleh ramai orang?? Kadangkala mereka tidak faham Bahasa Melayu?? Jangan risau, masalah ini boleh diatasi apabila anda meletakkan terjemahan di blog anda agar pelawat bukan Melayu boleh membacanya. Anda cuma perlu mengikuti tutorial ringkas untuk meletakkannya ke dalam blog. Terjemahan ini didatangkan dalam 9 bahasa dan sangat mudah untuk digunakan.

Ikuti langkah² dibawah untuk memasukkannya ke dalam blog.

1) Login blogspot (beta) anda, ambil template.
2) Pilih add page element.
3) Kemudian klik HTML/javascript.
4) Tampal code translation ini dan save.

Selamat mencuba.

Jun 10, 2007

Eriyza Jadi Wartawan



Wow! Cam tak caya je penulis diberi peluang tuk menulis di dalam akhbar tersohor di Malaysia. Bukan setakat dapat menulis aje, malah dapat membuat liputan pernikahan Perdana Menteri Malaysia lagi tu. Cayalah Eriyza. Hehehe! Tentu ada yang tekujat bila membaca ayat penulis kat ataskan??


Cam biasa, penulis akan kongsi website yang menarik ngan korang. Kali nih, website yang penulis nak promosi ialah The Newspaper Clipping Generator. Website ini membolehkan korang menulis berita untuk dimuatkan ke dalam akhbar korang seniri. Pendek kata, korang laa tuan punya surat khabar tuh. Hehehe!!! Selamat menjadi wartawan tanpa gaji.

Jun 9, 2007

Selamat Pengantin Baru



Selamat Pengantin Baru Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pasangannya Datin Seri Jeanne Abdullah. Perdana Menteri Malaysia ini telah selamat dinikahkan pada pukul 2.50 petang tadi di Seri Perdana. Pernikahan beliau hanya dihadiri oleh kaum kerabat dan sahabat handai terdekat saja. Dengan sekali lafaz saja, Jeanne Abdullah sah menjadi isteri kepada Pak Lah dan menyandang gelaran Datin Seri.


Mudah²an Datuk Seri kekal bahagia hingga hujung nyawa. Semoga Malaysia berada di dalam keadaan aman tenteram di bawah pemerintahannya.

Jun 8, 2007

Mutiara Kata



Penulis ternampak mutiara kata bergambar nih kat TKO. Selepas memohon keizinan dari TokJongos, penulis meletakkan gambar tersebut di blog ini. Semoga ianya dapat dijadikan peransang wat penulis dan kengkawan yang lain. Walaupun bukan mudah untuk sukses di dalam hidup ini, namun kita perlu berusaha untuk menggapai apa saja yang kita impikan, bukan sekadar berangan tetapi perlu dilaksanakan.


Koleksi mutiara kata bergambar seterusnya.






Jun 6, 2007

Selamat Ulang Tahun



Tanggal 6 Jun 1985, seorang bayi perempuan dilahirkan di Hospital Kemaman oleh seorang ibu. Bayi comel itu kemudiannya dinamakan _______. Seterusnya bayi comel itu membesar dengan penuh kasih sayang dan diberi ilmu dunia akhirat. Hari ini, bayi itu telah menjadi seorang anak gadis yang cantik. Si gadis sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mencapai cita²nya.


Selamat Hari Ulang Tahun buat adinda tersayang. Semoga adinda sihat sejahtera. Sentiasa berada di dalam perlindungan Allah. Diberikan rezeki yang melimpah ruah. Panjang umur untuk beribadah kepada Tuhan. Bertemu jodoh dengan lelaki yang beriman. Hadapilah setiap dugaan yang mendatang dengan penuh kesabaran. Kakak sayang kamu infiniti selamanya.

Jun 2, 2007

Yahoo Messenger Online Status



Nur Anna bertanya kepada penulis bagaimana mahu meletakkan ikon yahoo messenger online atau offline pada blognya seperti yang penulis wat pada blog ini. Actually, senang saja nak wat benda nih. Cuma perlu masukkan kodnya dan ia akan terpapar pada blog anda. Ok, sekarang penulis akan ajar cara² nak meletakkan ikon tersebut ke dalam blog korang. Jom kita belajar cemana nak wat benda nih.


Salin kod dibawah dan tampal di dalam template blog anda. Sila tukar perkataan id_ym yang telah penulis boldkan kepada id yahoo messenger anda. Selamat mencuba Nur Anna.

<a href="ymsgr:sendim?id_ym"><img src="http://opi.yahoo.com/online?u=id_ym&m=g&t=2" border="0" a></a>