Oct 31, 2013

Tedung Selar Jaga Bayi Tidur



Lazimnya anak kecil dijaga oleh pengasuh ketika ibu bapa keluar bekerja. Namun, lain pula halnya bagi satu keluarga di India apabila mereka menyerahkan tugas tersebut kepada ular tedung selar.

Pengawal Keselamatan Curi Emas Sedulang


KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan bersenjatakan pistol melarikan sedulang barang kemas dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Setapak, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Oct 30, 2013

Baju Koyak Ditumbuk Perokok


GEORGETOWN – “Kalau orang lain tak ada di sini, dah lama aku bunuh hang (engkau)”. Itu ugutan yang diterima seorang pelajar dari sebuah sekolah menengah di Balik Pulau setelah memberi senarai nama pelajar yang disyaki merokok di sekolah berkenaan.

Oct 29, 2013

Brunei Darussalam Laksana Hukum Hudud


Negara Brunei Darussalam hari ini melakar sejarah besar apabila mengazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.

Oct 28, 2013

Wanita Didenda Kerana Pandu Kereta


RIYADH - Seramai 16 wanita Arab Saudi didenda kerana memandu pada hari kempen menentang larangan memandu terhadap wanita di negara berkenaan, kata polis semalam.

Oct 27, 2013

Motor Terbakar Ketika Isi Minyak



Sebuah video dimuatnaik ke Facebook telah menarik perhatian penulis. Selama ini, ramai orang mengabaikan ciri² keselamatan apabila mengisi minyak kenderaan mereka. Ada yang masih merokok, tidak memadamkan suis kenderaan malah mengisi minyak ke dalam bekas yang tidak sesuai.

Oct 26, 2013

Harga Gula Naik 34 Sen


KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek berkata harga gula akan dinaikkan 34 sen ekoran potongan subsidi gula yang diumumkan dalam Bajet 2014.

Oct 25, 2013

Penghantar Rokok Mengamuk Di LRT Gombak


KUALA LUMPUR – Seorang budak penghantar barang tiba-tiba mengamuk apabila dia menikam mati dua orang sementara dua lagi cedera dalam satu kejadian di sini.

Oct 24, 2013

Pegawai AmBank Mati Ditembak


SUBANG JAYA - Kejam! Hanya itu yang dapat digambarkan apabila seorang pengawal keselamatan tergamak menembak mati pekerja wanita sebuah bank di USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari peti besi bank berkenaan, petang semalam.

Banjir Kilat Di Ringlet


CAMERON HIGHLANDS – Tiga terbunuh – dua daripadanya lemas manakala seorang lagi akibat serangan jantung – dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet di sini awal hari ini.

Oct 23, 2013

Mayat Perempuan Dalam Beg Pakaian


KLANG: Polis menemui mayat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak semalam, di tepi Jalan Kebun Nenas 1A/KS7, di sini, kira-kira 9 malam tadi.

Oct 22, 2013

Remaja Mogok Demi Nenek


Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang menuntut di sebuah sekolah berasrama di Nelson, New Zealand melakukan mogok lapar bermula semalam sebagai tanda bantahan apabila tidak dibenarkan pulang menziarahi neneknya yang sakit di Malaysia.

Oct 21, 2013

Juruukur Hina Sultan Johor Didenda


Seorang juruukur kuantiti berusia 27 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini dengan menghina Sultan Johor dilaman sosial, Facebook.

Oct 20, 2013

Pukul Bapa Kerana Harta


KUALA SELANGOR - Bagaikan dirasuk syaitan, empat beradik dan seorang menantu perempuan sanggup membelasah bapa kandung mereka sendiri menggunakan pengunci stereng kereta hanya kerana berebut harta pusaka selepas lelaki itu berkahwin lain.

Oct 19, 2013

Mata Jemaah Pulih Di Madinah


SUBHANALLAH, pelbagai kekuasaan Allah dapat kita lihat berlaku di mana-mana jua di dunia ini. Banyak juga kisah istimewa berlaku di Makkah dan Madinah kerana ketika ini masih berlangsung musim haji dengan kini pada jemaah sedang giat melakukan ibadah melontar.

Besi Tertusuk Di Tengkuk


SICHUAN – Ngeri dan menakutkan, Sesiapa juga yang melihat Long Chao pasti tidak menyangka yang dia masih hidup meskipun lehernya tercucuk dengan tujuh batang besi.

Oct 18, 2013

Lembu Korban Bangun Melawan


AIDILADHA lalu, macam-macam pula kejadian melibatkan lembu berlaku. Antaranya video orang kena sondol dengan lembu korban dan ada pula, tentang lembu yang sempat melarikan diri daripada disembelih ikut lebuhraya.

Oct 17, 2013

Letupan Gas Oksigen Dari Kenderaan


Kuching: Letupan kuat menggemparkan penduduk di sekitar Jalan Petanak di sini, semalam yang disangkakan bom sebenarnya berpunca daripada ledakan akibat kebocoran silinder gas oksigen yang dibawa sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Oct 16, 2013

Budak Ditembak Di Tekak


Perak Tengah: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun parah di bahagian leher terkena tembakan pistol milik seorang anggota polis dalam kejadian di Kampung Belanja Kiri, Parit, di sini, petang kelmarin.

Oct 15, 2013

Tunggang Skuter Dalam Hospital


Kuching: Pengunjung dan pesakit di Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini, gempar apabila seorang lelaki menunggang skuternya masuk ke pekarangan lobi hingga hampir melanggar seorang pesakit di atas pengusung.

Tertumpah Kopi Atas Bayi


Bayi 9 bulan melecur di tangan ketika tinggal di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Boon Lay. Ibunya telah diberitahu oleh penjaga bahawa mereka tidak sengaja tertumpah kopi di atas kanak-kanak itu.

Oct 14, 2013

Batal Majlis Kahwin Melalui Radio Tempatan


Sepasang pengantin mengumumkan bahawa majlis perkahwinan mereka telah dibatalkan melalui stesen radio tempatan selepas perancang perkahwinan mereka gagal menguruskan persiapan untuk majlis mereka.

Oct 13, 2013

Wanita Ditembak Di Lampu Isyarat


Kota Bharu: Seorang suri rumah yang ditembak lima das ketika memberhentikan kereta di persimpangan lampu isyarat bersebelahan Balai Polis Binjai, di sini, kelmarin, mungkin menjadi mangsa tersilap sasaran berikutan tidak mempunyai masalah dengan sesiapa.

Oct 12, 2013

Maut Dijerut Jerat


Kuala Krai: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang melakukan eksperimen menjerat ayam dengan menjadikan dirinya sebagai bahan uji kaji, maut apabila lehernya terjerut selepas dipercayai memasukkan kepala ke dalam perangkap itu di Kampung Bedal, Bukit Sireh, dekat sini, semalam.

Oct 11, 2013

Pesawat MasWings Terhempas Di Kudat


KOTA KINABALU: Sekurang-kurang tiga orang cedera apabila sebuah pesawat ringan jenis twin Otter milik MASWINGS tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di lapangan terbang Kudat di bahagian Utara Sabah.

Bomba Selamatkan Gelandangan Bawah Jambatan


Kuala Lumpur: “Ketika kami sedang tidur, saya terasa seperti air mengenai badan dan apabila terjaga didapati air Sungai Klang sudah mulai naik,” kata Shah, 26, seorang gelandangan yang terpaksa berpaut pada tebing tinggi hampir empat jam di bawah Jambatan Warisan berdekatan Pasar Seni, di sini, petang semalam.

Berubah Jadi Makcik Kerana Mahu Cantik


China – “Muka awak terlalu kurus menyebabkan awak kelihatan seperti orang yang papa kedana". Kata-kata berkenaan telah mengubah hidup seorang wanita, Xiao Lian untuk selama-lamanya.

Roti Benggali Diuli Guna Kaki


PENANG – Dua belas premis makanan kotor termasuk sebuah kilang roti diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang setelah gagal mematuhi peraturan kebersihan.

Pengusaha Restoran Nafi Caj Harga Tinggi


PADA 8 OKTOBER lalu, sebuah akhbar menyiarkan berita berkenaan sebuah kedai makan di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, Kelantan diserbu penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) susulan laporan pemiliknya mengenakan bayaran RM6,000 bagi sarapan pagi sekumpulan VIP.

Oct 10, 2013

Lukisan Cantik Pada Lubang Pokok


Seorang pelajar seni berusia 23 tahun, Wang Yue, mempunyai cara tersendiri untuk mempersembahkan bakat melukisnya. Gadis berkenaan telah menggunakan lubang pada batang pokok di seluruh bandar Shijiazhuang, China, sebagai kanvas untuk menghasilkan karyanya.

Warga Asing Dikisar Mesin Simen


Sandakan: Seorang lelaki warga asing maut selepas tubuhnya dikisar mesin pembancuh simen ketika membersihkan sisa simen di dalam tangki lori berkenaan di tapak pembinaan rumah di Kampung Cahaya Baru Batu 3 di sini, semalam.

Oct 9, 2013

Anak Disambut Atas Rumput


Oaxaca (Mexico): Seorang wanita melahirkan anak seorang diri di sebuah taman dekat luar sebuah klinik umum di Mexico.

Mangsa Rompakan Ditembak Di Tangan


TELUK INTAN- Seorang pemborong kelapa sawit cedera ditembak di tangan kanannya selepas cuba menyerang perompak yang menceroboh rumahnya di Taman Impian, Jalan Changkat Jong, di sini, awal pagi semalam.

Bayar Harga Tinggi Untuk Sarapan Pagi


KOTA BHARU - Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).

Oct 8, 2013

Indra Putra Terima Ugutan Bunuh


Kota Bharu: “Korang (anda) semua ada tak lubang-lubang kongsi gelap yang ada pembunuh upahan. Aku nak upah bunuh ref (pengadil) dengan Indra Putra (Mahayuddin, penyerang pasukan bola sepak Kelantan).

Penonton Mati Dirempuh Trak Gergasi


Chihuahua: Sebuah trak raksasa hilang kawalan merempuh penonton satu pertunjukan membunuh 13 orang dan mencederakan 70 yang lain di di Mexico, semalam.

Oct 7, 2013

Enam Bersaudara Ditinggalkan Ibu Bapa


KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.

Paha Koyak Dirotan Ustaz



PUCHONG – Hanya kerana gagal menjawab soalan yang ditanya, seorang pelajar di sebuah madrasah di Jengka, Pahang didakwa telah dirotan sehingga tisu pahanya koyak dan terpaksa menerima 30 jahitan.

Oct 6, 2013

Rangka Manusia Beli Makanan Segera



Jika anda bekerja sebagai petugas makanan segera di bahagian pandu lalu, apakah yang akan lakukan apabila pelanggan yang datang memesan makanan pada waktu malam adalah rangka manusia dan bukannya orang biasa??

Abang Tetak Adik Kerana Anak


BESUT - Bagaikan dirasuk iblis, seorang lelaki menetak tangan dan badan adiknya dengan parang di Kampung Tembila, dekat sini, kelmarin.

Oct 5, 2013

Jururawat Lempar Pesakit


Jururawat sebuah pusat perubatan swasta di Singapura dikesan melakukan perbuatan yang cukup kejam apabila melempar seorang pesakit warga emas ke katil sebelum menamparnya.

Oct 4, 2013

Pencari Besi Buruk Terkena Renjatan Elektrik


Sandakan: Seorang pengutip besi buruk mati apabila terkena renjatan elektrik ketika cuba mengambil kabel yang disangka terbuang di Kawasan Perindustrian Ringan SEDCO, Batu 3 1/2, di sini, semalam.

Bila Doktor Jadi Predator


Seorang lelaki mencuri tumpuan awam apabila dia tampil di balai polis dengan berpakaian seumpama watak utama dalam filem sains fiksyen Amerika tersohor 1987, Predator.

Oct 3, 2013

Pemuda Ditikam Kerana Perempuan


MARANG - Gara-gara berebut seorang wanita, sekumpulan lelaki sanggup bergaduh sebelum salah seorang daripada mereka mati ditikam, dalam satu kejadian di hadapan kedai makan Ali Baba Corner, Kampung Bukit Parit, di sini, malam kelmarin.

Oct 2, 2013

Pelajar Dirempuh Dalam Khemah


Kuala Lipis: “Saya lihat kereta itu mengundur dengan laju dan cuba mengelak, namun tidak sempat,” kata Siti Aisyah Mohd Ridzuan, 13, seorang daripada tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benta, yang parah akibat dilanggar seorang pelajar lain di tapak perkhemahan Kampung Lalang, di sini, kelmarin.

Oct 1, 2013

Tetamu Mati Makan Lauk Kenduri


Alor Setar: “Arwah mengadu sakit perut sebaik pulang dari majlis kenduri kahwin sepupunya dan kami bercadang membawanya menerima rawatan, namun tengah hari tadi (semalam), dia ditemui dalam keadaan tertiarap tidak sedarkan diri,” kata Hairul Azhar Harun, 33, sepupu kepada Nurshazana Mohd Rashid, 24, yang meninggal dunia dipercayai keracunan makanan.