Feb 5, 2008

Cetak Skrin


Tahukah anda bahawa kebanyakkan paparan gambar yang penulis letakkan di blog ini diambil dengan menggunakan perisian cetak skrin (screenshot)?? Bagi penulis, perisian ini mudah untuk digunakan dan paparannya juga menarik. Perisian ini adalah antara bahan penting yang menjadi kegemaran penulis ketika membuat blog. Jadi, anda mungkin berminat dengan perisian ini. kenyit


Perisian ini membolehkan anda mencetak skrin pada desktop / blog / laman web. Ianya boleh dilaras dan anda boleh memilih kawasan yang anda ingin cetak saja. Selain itu, anda juga boleh menambah anak panah, teks, bingkai dan mewarnakan gambar tersebut. Kemudian, anda boleh memilih untuk menyimpannya di screencast, flickr, ftp dan fail. Justeru, kerja anda menjadi semakin mudah dengan perisian ini. Selain boleh dicetak sebagai imej, ia juga boleh dijadikan video. Muatturun dan nikmati kemudahan ini di Jing Project. Anda pasti berpuashati. menari

4 Comment

Anonymous

Terima Kasih pada eriyza, kerana memberi tunjuk ajar pada saya untuk memasukkan muzik latar dlm blog saya.. Sekarang saya nak minta pada saudari bagaimana pula caranya untuk setkan blog saya supaya ada beberapa bahasa terjemahan asing supaya mereka yang boleh membaca laman blog saya.. Harap Saudari sudi membantu.. Saya juga ada membaca beberapa kiriman posting saudari termasuk agak peribadi.. Saya doakan saudari bertemu sinar kebahagiaan bersama si dia...

Eriyza Thu Feb 07, 10:07:00 PM

Anda boleh merujuk pada topik http://eriyzaqistina.blogspot.com/2007/06/terjemahan-blog.html. Selamat mencuba. :)

Unknown Tue Mar 17, 11:29:00 AM

ambik nuu...tqvm.

Eriyza Wed Mar 18, 11:33:00 PM

Matkapak : Sesama. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.