Jun 30, 2013

Kelantan Juara Piala FA 2013


KUALA LUMPUR - Kelantan membenam skuad Harimau Selatan 1-0 seterusnya mempertahankan gelaran juara dalam saingan Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Keputusan itu sekali gus melayakkan pasukan bimbingan Bojan Hodak itu bergelar johan untuk kali kedua berturut-turut. Gol tunggal Kelantan dijaringkan oleh Mohd Norfarhan menerusi hantaran kapten pasukan, Mohd Badhri Radhzi (Piya) pada minit ke-16.

Jun 29, 2013

Bayi Kepala Dua Lahir Di Indonesia


Jogjakarta: Sepasang suami isteri tetap reda menerima ketentuan Ilahi apabila dikurniakan anak istimewa yang memiliki dua kepala.

Pelajar Perempuan Dibelasah Dek Jiran


KUALA TERENGGANU - Hanya kerana tidak berpuas hati dengan kedua ibu bapanya, seorang pelajar perempuan tingkatan dua menjadi mangsa keadaan apabila dibelasah dengan kerusi oleh jirannya, dalam satu kejadian di Kampung Pengkalan Setar, Gelugor Kedai, Isnin lalu.

Jun 28, 2013

Kuliah Jumaat #99



Pendakwah : Ustaz Nazmi Karim
Topik : Tiga Waktu Anak Tak Boleh Masuk Bilik Tidur

Bazir Duit Demi Tiket


Kota Bharu: “Ini yang dikatakan ‘Semangat Kelate’. Walaupun tiket berharga RM80 saya tetap beli demi memberi sokongan kepada pasukan kesayangan.

Jun 27, 2013

Disangka Penagih Kerana Pakaian Selekeh


DUNGUN – Gara-gara berpakaian mencurigakan, seorang penganggur nyaris bermalam di lokap apabila dia dicekup polis ketika berkeliaran berhampiran sebuah bank dekat sini.

Jun 26, 2013

Belasungkawa Dr Abdul Rahman Mokhtar


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr Abdul Rahman Mokhtar meninggal dunia, kira-kira pukul 10 pagi, Rabu. Beliau meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat kanser paru-paru.

Syura Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2013


KUALA LUMPUR: Penyanyi Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron diumumkan MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua selepas berjaya menentang saingannya iaitu pengacara Celina Khor.

Kaki Bernanah Didera Penagih Dadah


KUALA TERENGGANU - Apa dosaku? Itulah mungkin pertanyaan yang ingin diluahkan oleh kanak-kanak berusia 7 tahun, dipercayai didera dengan begitu kejam sekali oleh bapa tirinya dalam kejadian di Taman Perumahan Gong Badak, di sini, kelmarin.

Jun 25, 2013

Buruh Indonesia Culik Isteri Juruteknik


Kuantan: Seorang juruteknik syarikat minyak berpangkalan di Qatar buntu memikirkan misteri kehilangan isterinya yang dipercayai dilarikan warga Indonesia, sejak Jumaat lalu.

Jun 24, 2013

Demonstrasi Jalanan Di Hadapan Parlimen


Sekumpulan kira-kira 50 orang aktivis yang disuraikan dari tapak perkhemahan mereka di Padang Merbok pagi ini mengadakan perhimpunan di satu kawasan di jalan utama yang menuju bangunan Parlimen.

Datuk Husam Ditahan Atas Akta Hasutan


1Malaysia sudah maklum bahawa Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa telah ditahan pada 22 Jun 2013 ekoran ucapannya pada perhimpunan aman Black 505 yang diadakan di Ketereh pada 12 Jun 2013 dikatakan ada unsur hasutan. Justeru, penulis paparkan teks penuh ucapannya berserta video untuk kita sama-sama fikirkan maksud tersirat di sebalik amanat yang tersurat.

Budak Perempuan Diselamatkan Pekerja Penghantaran


Seorang budak perempuan berusia 2 tahun setengah bernasib baik apabila selamat walaupun terjatuh dari tingkat 4, pangsapuri kediamannya. Difahamkan kanak-kanak itu ditinggalkan sewaktu sedang tidur oleh kedua ibu bapanya. Apabila dia bangun, dia memanjat tingkap rumahnya. Kes ini berlaku di Ninghai, wilayah timur Zhejiang, China.

Jun 23, 2013

Supermoon Pada 23 Jun


KUALA LUMPUR: Fenomena bulan paling hampir ke bumi, yang dikenali sebagai Preigee atau Supermoon, akan dapat disaksikan hari ini, demikian menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa).

Jun 22, 2013

Bergaduh Dengan Merempuh


Rakaman video CCTV telah menjadi perhatian ramai apabila ayah dan anak saling berbalah dengan melanggar kenderaan antara satu sama lain. Kes itu dilaporkan berlaku pukul 10.50 pagi pada hari Rabu lalu ketika lalulintas di Ma'anshan, di Wilayah Anhui timur China sedang sibuk.

Jun 21, 2013

Kuliah Jumaat #98



Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Kuih Tak Sama Timbangan

Guru China Mengajar Dari Angkasa


BEIJING - Guru pertama yang dihantar ke angkasa oleh pemerintah China dijadualkan memberi kuliah kepada para pelajarnya melalui satu sidang video hari ini, lapor rangkaian Televisyen Pusat China (CCTV).

Jun 20, 2013

Anak Tipu Emak


AYER KEROH - Padah menipu wang ibu sendiri membabitkan lebih RM13,000, seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai E-Kasih dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Jun 19, 2013

Tiket Bas Raya Naik 10 Peratus


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersetuju supaya pengusaha semua syarikat bas ekspres mengenakan surcaj tambahan sebanyak 10 peratus kepada pembeli tiket pada musim Hari Raya Aidilfitri ini.

Jun 18, 2013

Android Apps : Dropwords


Penulis suka bermain dengan perkataan. Maka, antara permainan kegemaran penulis ialah menyusun abjad menjadi perkataan tertentu. Jadi, penulis memilih untuk bermain Dropwords di Samsung penulis.

Jun 17, 2013

Pegawai Penguatkuasa Pijak Muka Pekerja


Pada petang 31 Mei 2013, telah berlaku konflik antara pegawai penguatkuasaan Chengguan dengan pemilik kedai basikal. Kejadian itu terjadi di bandar Yan'an, Wilayah Shaanxi, China. Pergaduhan tercetus selepas pegawai-pegawai penguatkuasaan tersebut cuba membuang lima buah basikal yang diletakkan secara haram di luar kedai.

Jun 16, 2013

Tarian Aerobik Dari Banduan


Jika banduan di Filipina diberi kebebasan mempersembahkan tarian kepada umum, lain pula ceritanya dengan para banduan di Peru. Sekurang-kurangnya 1200 orang banduan telah menyertai tarian aerobik di Penjara Lurigancho, Peru. Banduan-banduan berkenaan dikumpulkan dari Penjara Peru, Venezuela, Ecuador dan Colombia untuk mencipta rekod bagi acara banduan paling ramai menari aerobik.

Keputusan Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2013


KOTA BHARU - Johan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-56, Hanimzah Jalaluddin, menyifatkan kemenangannya sebagai rezeki keluarga yang banyak membantu kejayaannya itu. Hanimzah, 31, qariah dari Pahang adalah anak kepada bekas qari Allahyarham Jalaluddin Zainal Abidin dan ibunya qariah Rogayah Abdul Rahman, kedua-duanya pernah mewakili Pahang.

Jun 15, 2013

Petani Dihukum Kerana Alien


Beijing: Seorang lelaki China yang mendakwa mempunyai makhluk asing dalam peti sejuknya dipenjarakan kerana menipu. Li Kai berkata, dia menemui makhluk angkasa yang terkena kejutan elektrik dan menyimpannya dalam peti sejuk bagi mengawetnya.

Jun 14, 2013

Kuliah Jumaat #97



Pendakwah : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Topik : Paksa Lawan Nafsu

Antena Menara Umno Tumbang Di Pulau Pinang


GEORGETOWN - Sembilan orang cedera dan dua maut dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada jam 6.45 petang semalam.

Jun 13, 2013

Cara Budak Afrika Buat Bola


Setahun sebelum Piala Dunia 2010 berlangsung di Afrika Selatan, seorang jurugambar kelahiran Belgium, Jessica Hilltout telah memulakan perjalanan selama tujuh bulan di seluruh benua Afrika untuk melihat sendiri keterujaan masyarakat setempat dengan sukan bola sepak yang menjadi permainan paling popular di dunia.

Tinggal Hidup Mewah Demi Bumi Madinah


Bandar raya Kuwait: Seorang puteri Kuwait mengetepikan harta dan meninggalkan negara untuk kekal menetap di Arab Saudi bagi merasa dekat dengan makam Nabi Muhammad SAW, mengatakan ia menjadi impiannya sejak bertahun-tahun lamanya, lapor akhbar kelmarin.

Jun 12, 2013

Pesara Pulang Semula Wang Bukan Miliknya


Haassen: Seorang pekerja bank yang mengantuk dengan tidak sengaja memasukkan wang berjumlah €222,222,222.22 (RM928,888,888) ke dalam akaun seorang pesara selepas tertidur dengan jarinya menekan pada butang ‘2’.

Mahir Jahitan Walaupun Kudung Tangan


Tumpat: Seorang warga emas berusia 63 tahun layak digelar orang kelainan upaya (OKU) istimewa kerana walaupun kudung kedua-dua tangan dan hanya mempunyai kaki kiri sejak lahir namun dia mampu menjahit lima pasang baju kurung sehari.

Jun 11, 2013

BMW BeautifulNara Dicuri Di Aman Puteri


SUNGAI BULOH - Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, di sini petang semalam.

Cuping Telinga Dipotong Tanpa Kebenaran


SEREMBAN – Seorang gadis terpaksa menanggung malu gara-gara tindakan seorang doktor pakar dari sebuah hospital swasta yang memotong sebahagian cuping bawah telinganya sehingga menyebabkan ia kelihatan seperti cacat.

Jun 10, 2013

Belasungkawa Latifah Omar


PETALING JAYA: Seniwati Latifah Omar disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad.

Ginseng Berbentuk Homer Simpson


Masyarakat Cina percaya ginseng dapat merawat pelbagai jenis penyakit. Justeru, tidak hairanlah jika ginseng banyak ditanam di negara China. Uniknya, petani bernama Zhang menjumpai ginseng yang berbentuk watak kartun popular iaitu Homer Simpson.

Jun 9, 2013

Tampal Lidah Untuk Kurus


Beverly Hills – Pelbagai cara telah digunakan untuk membolehkan manusia kelihatan kurus, selain ubat-ubatan, diet atau kaedah sedut lemak. Terbaru seorang doktor bedah plastik, Dr. Nikolas Chugay telah mencipta kaedah mengurangkan berat badan dengan menjahit pelekat di lidah.


Jun 8, 2013

Wanita Tua Panjat Pokok Kelapa



Kuala Kangsar: Seorang warga emas layak digelar ‘nenek kental’ apabila mampu memanjat pokok kelapa setinggi kira-kira 20 meter dalam tempoh tidak lebih dua minit sejak 43 tahun lalu, bagi menyara kehidupan tujuh anak dengan pendapatan tambahan antara RM40 hingga RM50 sehari.

Jun 7, 2013

Kuliah Jumaat #96



Pendakwah : Ustaz Don Daniyal
Topik : Kisah Biawak

Jun 6, 2013

Penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh


BAYAN LEPAS - Jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini runtuh kira-kira jam 7.15 malam tadi.

Jun 5, 2013

Belasungkawa S Shamsudin


Pemergian pelawak veteran Allahyarham S. Shamsudin semalam benar-benar mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya, malam sebelum Allahyarham meninggal dunia, ramai rakyat Malaysia yang tertawa sakan kerana filem lakonannya Bujang Lapok disiarkan di televisyen.

Jun 4, 2013

Bawa Lari Kereta Audi Pandu Uji


Kangar: Dua beradik antara tiga suspek yang dicekup polis selepas berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa kerana melarikan sebuah kereta mewah Audi R8 dari sebuah bilik pameran kereta di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Jun 3, 2013

Kaki Putus Kena Libas


Seorang pencuri besi putus pergelangan kaki kiri selepas bergelut dengan pemilik sebuah kolam ikan di Kampung Gong Puyuh, Kelantan pagi tadi.

Ibu Muda Lahir Kembar Lima


Alexandra Kinova, 23, cukup gembira apabila mengetahui dirinya hamil, apatah lagi jika kandungan itu adalah kembar. Namun, dia tidak menduga bahawa anak yang dikandungnya bukan 2 malahan 5 sekaligus. Ibu muda berasal dari Milovice, utara timur Prague, Republik Czech itu melahirkan 4 kembar lelaki dan seorang kembar perempuan melalui kaedah Caesarean pada 2 Jun 2013.

Jun 2, 2013

Harga Rokok Naik 30 Sen


KUALA LUMPUR – British American Tobacco Malaysia (BAT) mengumumkan harga rokok tertentu akan dinaikkan bermula esok, 3 Jun 2013.

Pengetua Menari Demi Tunai Janji


WARRINGTON - Pengetua Sekolah Menengah Penketh, Jeff Hughes, berjanji kepada pelajar-pelajarnya untuk tampil dengan gaya tarian popular Gangnam Style pada majlis akhir tahun sekiranya mereka mencapai sasaran dalam pelajaran.

Jun 1, 2013

Pesawat Ringan Rempuh Apartmen


Herndon, Virginia - Sebuah pesawat ringan dua tempat duduk merempuh dinding dan siling sebuah bangunan apartmen di sini awal semalam, kata pihak berkuasa.

Budak Hampir Lemas Kerana Cuaca Panas


SUNGAI PETANI - Tindakan seorang wanita meninggalkan anak perempuannya yang berusia setahun empat bulan di dalam kereta jenis Proton Saga BLM dengan enjin yang masih hidup mengundang suasana panik apabila kanak-kanak tersebut nyaris lemas selepas terperangkap selama 30 minit.