Sep 29, 2007

Tukarkan Lebar Dan Tinggi Gambar


Apabila anda hendak meletakkan gambar di dalam laman web, anda disarankan untuk mengecilkan dahulu gambar anda supaya laman web anda mudah untuk dilayari oleh orang lain. Selain dari menggunakan perisian mengedit gambar, anda juga boleh mengedit didalam kod yang sedia ada. celebrate


Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu ikuti langkah² yang penulis sediakan di bawah.

<img src="http://www.websiteanda.com/gambar.jpg" width="lebar" height="tinggi">

Gantikan lebar dengan saiz kelebaran imej seperti 450.
Gantikan tinggi dengan saiz ketinggian imej, contohnya 500.


Ini adalah contoh gambar yang telah penulis kecilkan.

Mudah saja bukan?? Anda bolehlah mencubanya di blog anda pula. topi

Sep 26, 2007

Kongsi Fail Dari Mana Saja


Antara fail yang susah diupload ke sesetengah laman web adalah fail yang melibatkan dokumen. Dengan menggunakan FolderShare, anda boleh berkongsi sebarang dokumen dengan orang lain. Menariknya, perisian ini berfungsi seperti peer to peer di mana anda boleh menjemput rakan anda untuk turut serta. Anda juga tidak perlu risau lagi jika fail yang anda mahu berada di komputer orang lain. siul

Anda cuma perlu menginstall perisian ini dan mula berkongsi fail anda. Anda juga boleh mengupload fail bersaiz besar sehingga 2GB. Tiada sebarang had dikenakan untuk berkongsi fail. Paling bagus, ianya adalah perisian percuma. Ayuh, kita berkongsi fail di FolderShare. peace

Sep 25, 2007

Tukarkan Web Kepada PDF


Adakah anda sukar untuk mencari laman web yang menawarkan khidmat PDF?? Ada sesetengah orang gemar menggunakan PDF untuk membuat kerja. Sekiranya anda ingin melihat sesebuah laman web di dalam bentuk PDF, anda perlu melihat sama ada laman web tersebut mempunyai icon seperti contoh di atas. duit

Jika anda seorang pemilik laman blog / web dan ingin meletakkan converter PDF di laman web, anda cuma perlu mendaftar di laman webnya. Setelah itu, masukkan kodnya ke dalam laman web anda. Apabila pengunjung web anda ingin menukar keseluruhan web anda kepada PDF, mereka cuma perlu tekan butang itu sahaja. Dapatkan maklumat lanjut di Web2PDF. xpasti

Sep 24, 2007

Enjin Pencarian Untuk Rapidshare Dan Megaupload


Mencari fail yang dihostkan oleh Rapidshare dan Megaupload kadangkala menyukarkan. Anda perlu memasuki laman web tertentu untuk mencari fail yang anda kehendaki. Kebiasannya, fail yang dihostkan di Rapidshare atau pun Megaupload ialah drama bersiri, filem atau lagu. tension

Penulis menyarakan anda untuk menggunakan enjin pencarian yang telah dikhususkan untuk mencari fail di Rapidshare dan juga Megaupload. Selain daripada itu, ia juga memberikan anda link fail yang ada di 4shared dan Badongo. Kini, anda cuma perlu menaip apa saja yang anda mahu dan tunggu hasilnya. Mulakan pencarian anda sekarang di Filecrop. gigil

Sep 22, 2007

Jalur Raya


Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, penulis telah meletakkan Jalur Raya seperti mana yang anda dapat lihat pada sudut kanan bahagian atas blog ini. Jalur Raya ini adalah hasil kreativiti seorang rakan blog. tepuktangan


Sekiranya anda berminat untuk meletakkan Jalur Raya ini di blog / web anda, silalah dapatkan kodnya di laman blog Hafreze. Jangan lupa letakkan link blog beliau setelah anda mengambil hasil kerjanya. Hargailah daya seninya. Jangan kedekut untuk memberikan sedikit penghargaan kepadanya. senyumkenyit

Credit : Hafreze

Sep 21, 2007

Carian Akronim


Akronim bermaksud perkataan yang dibentuk berdasarkan huruf hadapan atau sebahagian daripada huruf yang terdapat di dalam sesuatu perkataan. Contohnya UKM merujuk pada Universiti Kebangsaan Malaysia. Adakalanya penulis tidak memahami maksud sesetengah akronim. gile

Kini, dengan menggunakan perisian tertentu, penulis boleh mengetahui maksud sesuatu akronim dengan mudah. Perisian ini boleh digunakan secara online atau pun dimuatturun ke komputer anda. Saiznya cuma 636KB. Untuk keterangan lanjut, sila lawati laman Acronym Genie. celebrate

Sep 20, 2007

Puasa Dan Raya


Taggie merebak lagi. Kali ini berkenaan dengan Ramadan dan Syawal pula. Apa tujuannya tag ini dikenakan?? Mungkin sekadar untuk suka² atau hanya untuk mengimbau kembali kenangan penulis berkenaan bulan yang mulia ini. Jom, kita lihat soalan apa yang perlu penulis jawab. Sediakan kertas dan pensil untuk menyalin. Hehehe!!! kenyit


Tag ini mudah. Ianya berkenaan puasa dan raya. Anda perlu menjawab dengan jujur.

Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
Masa sekolah rendah. Kalau tak silap masa darjah 4.

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
Errrr, pernah masa kecil dulu. Kononnya gastrik. Hehehe!!! senyumkenyit

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
Tersangatlah pernah, macam² bunga api dan mercun pernah main. Best banget. Cuma meriam je tak tesenarai. ihikhik

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
Semestinya makanan berasaskan mee seperti mee goreng, mee kari, mee rebus. Jangan hidangkan nasi putih dengan lauk masa berbuka, tak selera nanti.

Lagu raya manakah yang anda suka??
Banyak sangat tapi lebih suka lagu raya zaman dulu, lagu raya kini tak berapa menusuk kalbu. Paling suka lagu Ahmad Jais, P Ramlee, Saloma dan lain².

Tahun ini anda beraya di mana??
Kat rumah ini juga. Maklum laa belum ada kampung mentua. Kekeke!!! rindu

Pernahkah anda bertugas di hari raya??
Owh, langsung tidak pernah. Boleh beraya sakan.

Apakah kenangan paling manis di hari raya??
Dapat beraya dengan semua orang yang disayangi. Bermaaf²an antara satu sama lain. Syahdunya. cium

Sebarkan tag ini kepada 8 orang sahabat bertuah pilihan anda.
  • Zalin
  • Honey
  • Ien
  • Nur Anna
  • Khai
  • Musnaz
  • Abah
  • Delang
Silakan menjawab tag masing² ya. Jawab jangan tak jawab. peace

Sep 18, 2007

Berkongsi Foto Dari Komputer, Web Dan Telefon


Ada banyak perisian untuk berkongsi foto ditawarkan di internet. Penulis terjumpa satu perisian yang agak berbeza dari laman perkongsian foto yang lain. Perisian ini perlu dimuatturun ke dalam komputer anda. Anda tidak perlu lagi mengupload foto anda ke mana² laman web sebaliknya ia akan dilakukan secara automatik. kenyit


Perisian ini juga membolehkan anda meletakkan foto anda ke dalam kumpulan tertentu. Rakan² anda juga dapat memberikan komen terhadap foto anda. Bagi penulis, perisian ini bagus untuk orang yang sukakan sesuatu yang mudah. Mungkin juga ia sesuai untuk anda. Muatturun perisiannya dan nikmati khidmatnya. Anda boleh menjelajah khidmatnya di sini. Dapatkan Sharpcast anda sekarang. menari

Sep 17, 2007

Tulis Nota Misteri Online


Anda ada sesuatu untuk dilafazkan kepada si gadis pujaan anda tetapi tiada keberanian untuk melakukannya?? Mungkin juga anda seorang wanita yang pemalu tetapi ingin berkenalan dengan jejaka idaman?? Jangan risau, kini anda boleh menggunakan nota online untuk meluahkan isi hati anda. cium

Anda cuma perlu mendaftar di laman tersebut. Tulis satu nota untuk sesiapa saja yang anda mahu. Kemudian anda boleh memilih dua cara untuk menghantar nota tersebut. Seterusnya, si penerima akan mendapat message seperti contoh di atas. Setelah message id dan nombor pin dimasukkan, penerima bolehlah membaca mesej yang anda tinggalkan untuknya. Cara ini sangat menarik. Cubalah sendiri di Had To Say. senyumkenyit

Sep 16, 2007

Enjin Pencarian Pelbagai Format


Kadangkala mencari lagu di enjin pencarian menghampakan. Lain format yang kita cari, format lain pula yang keluar. Kini, ada enjin pencarian yang menawarkan pelbagai jenis format untuk memudahkan pencarian anda. Antara format yang ditawarkan ialah .avi, .mid, .mp3, .mpg, .wav dan pelbagai lagi. pokpok

Tugas anda menjadi lebih mudah dengan enjin pencarian seperti ini. Anda cuma perlu menaip apa saja dan kemudian tekan saja butang format yang anda kehendaki. Tentu pencarian anda lebih mudah. Ayuh, mulakan pencarian sekarang di Search Hacker.

Note : Gambar diatas telah penulis edit untuk memaparkan contoh format yang diberikan. xpasti

Sep 15, 2007

Google Sebagai Kalkulator


Tahukah anda bahawa enjin pencarian Google juga boleh bertindak sebagai kalkulator?? Kedengarannya seperti menarikkan?? Anda cuma perlu masukkan nombor Matematik ke dalam kotak pencariannya dan Google akan menjawab soalan anda. Wah, nampaknya Google bukan setakat berfungsi sebagai enjin pencarian saja. diam

Untuk membuktikan kebenarannya, anda perlu membuat ujikaji ke atas Google. Sila masukkan sebarang nombor Matematik ke dalam kotak carian dan tekan butang search. Sebagai contohnya, penulis masukkan nombor seperti berikut :

7*8
Jawapannya = 56

Anda patut mencubanya sendiri. Jadikan Google sebagai mesin kira-kira anda pada waktu mesin kira-kira anda hilang. sigh

Sep 12, 2007

Selamat Datang Ramadan



Ramadan muncul lagi. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang dijanjikan Allah pahala berlipat kali ganda. Bulan ini, kami para guru bersepakat untuk bercuti sebulan bagi menjalani ibadah. Kami akan kembali bertugas semula setelah aidilfitri berlalu pergi. Penulis menatap wajah anak² didik penulis satu persatu. Terasa sayu di hati. Wajah² yang comel ini akan penulis rindui selama tempoh kami tidak bersua. cium


Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Marhaban Ya Ramadan. Semoga kita semua diberi kesihatan yang bagus untuk melakukan amal ibadat sepanjang bulan ini. Penulis ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas semua kekhilafan penulis terhadap anda. Semoga ukhwah yang terjalin antara kita berkekalan hingga hujung nyawa. InsyaAllah. senyumkenyit

Sep 11, 2007

Kiss Youtube


Mungkin ada yang sudah tahu cara mudah untuk mendownload video dari Youtube. Penulis hendak memaklumkan kepada sesiapa yang belum tahu cara untuk mendownload dengan pantas dari Youtube. Anda cuma perlu menaip perkataan kiss di hadapan perkataan youtube untuk mendownload video tersebut. Anda masih kurang faham?? Penulis akan memberikan contoh bagaimana untuk melakukannya. senyumkenyit


Sekiranya anda tidak mempunyai player yang boleh memainkan fail di dalam bentuk .flv, anda boleh mendapatkan player tersebut di sini. Nikmatilah video kegemaran anda pada bila² masa tanpa perlu ke laman youtube lagi. senyum

Sep 10, 2007

Setem Berimejkan Wajah Sendiri


Posto! Posto! Jadikan wajah anda sendiri sebagai setem. Tentu penerima surat anda akan tersenyum lebar apabila menerima surat yang bersetemkan wajah pengirimnya. Kali ini penulis menggunakan gambar sendiri untuk mencuba setem maya ini. Pada siapa penulis nak hantar surat maya bersetemkan wajah penulis?? Biarlah rahsia. ihikhik

Anda juga boleh meletakkan gambar anda sendiri sebagai imej pada setem. Tentu seronok melihat wajah anda sendiri terpampang sebagai setem. Untuk mencubanya, anda bolehlah melawat laman web Photostamps. Tunggu apa lagi?? Cubalah. banyakckp

Source : Technical Hackz And Trickz