Feb 29, 2012

Tubuh Dibedung Ketat, Mulut Ditampal Pita Pelekat


Peribahasa ada menyebut marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Peribahasa tersebut tepat mengenai empunya diri pemilik Taska Taman Kota Masai, Johor apabila dua pekerjanya bertindak membedung bayi dengan ketat manakala mulut mereka pula ditampal dengan pita pelekat. Perbuatan jahat mereka turut dirakamkan sebelum dipertontonkan kepada orang lain. Pengasuh berusia 22 dan 23 tahun itu dipercayai sengaja melakukan hal sedemikian dek kerana marah kepada majikan mereka.

Bayi Orang Beri Sebenarnya Anak Sendiri


Jumaat lalu, wanita berusia 23 tahun mendakwa seorang warga emas sengaja meninggalkan seorang bayi di atas alas kaki di hadapan pintu rumahnya di Kampung Beladau, Terengganu. Tanpa menunggu lebih lama, gadis itu memberitahu hal berkenaan kepada keluarga angkatnya lalu memanjangkan kes itu ke pengetahuan pihak polis. Namun, hasil penyiasatan pihak polis mendapati bahawa bayi malang itu adalah anak wanita berkenaan.

Ford Ranger Rempuh Butik Pakaian


Dentuman kuat yang disangka bunyi bangunan runtuh sebenarnya bunyi perlanggaran antara kenderaan dan bangunan. Sebuah pacuan 4 roda jenis Ford Ranger telah merempuh sebuah butik pakaian di Dataran Pahlawan Mega­mall, Jalan Merdeka. Kenderaan tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia lingkungan 30an tidak mengalami kecederaan parah selain berdarah di bahagian dahi.

Wordless Wednesday #37



Feb 28, 2012

Penghias Skrin : Taming of the Heir


Drama Korea Taming of the Heir [천하무적 이평강] sedang ditayangkan di saluran 391. Penulis sering menontonnya pada pukul 3.24 petang setiap hari Isnin hingga Khamis. Anda boleh memuatturun wallpapers drama ini untuk hiasan desktop anda.

Hadiah Dari Graduan Untuk Kawan


Sekumpulan graduan jurusan Environmental Engineering, UFMS, Brazilian Federal University telah mengejutkan para tetamu yang berada di dalam dewan Rock Theatre Glauce apabila tampil dengan imej botak pada hari graduasi mereka. Sebenarnya mereka sepakat mencukur rambut masing² sebagai satu kejutan dan tanda sokongan buat rakan seperjuangan mereka yang juga botak tetapi kerana kanser. Jaito Mazutti Michel yang berusia 24 tahun dikesan mendapat kanser sebulan sebelum dia tamat pengajian.

Feb 27, 2012

Filem Pendek : Sitai Dan Bapak


VIDEO SITAI DAN BAPAK

Antara keperluan dan kehendak, sebagai seorang individu yang dikurniakan akal seharusnya lebih maklum yang mana perlu dipenuhi dahulu. Begitulah juga dengan Sitai, watak anak kecil yang mengalas tanggungjawab besar di dalam keluarga kecilnya. Hanya punya ayah tanpa ibu, Sitai mencari wang untuk menanggung kehidupannya dan bapak yang kurang upaya.

Le Tour de Langkawi 2012


Jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 telah pun membuka tirai pada hari Jumaat bersaman 24022012 yang lalu. Sebanyak 10 peringkat laluan perlu ditempuhi oleh pelumba basikal professional sebelum layak dinobatkan sebagai juara LTdL 2012.

Tarian Ala Robot Dari World Order


Sekumpulan lelaki dari negara matahari terbit menggelarkan diri mereka World Order yang mengetengahkan muzik elektronik bersama tarian ala robot yang unik. World Order diterajui oleh mantan peninju terkenal Jepun iaitu Genki Sudo bersama 6 lagi pemuda lain iaitu Takashi Jonishi, Yusuke Morisawa, Ryo Noguchi (koreografer), Masato Ochiai, Akihiro Takahasi dan Hayato Uchiyama.

Feb 26, 2012

Wan Shades Saman Blog Rotikaya


Gara² menyasarkan 'suspek' secara sembrono, laman blog hiburan terkenal RotiKaya bakal berdepan saman dari Wan Shades. Pada 20022012 lalu, pihak RotiKaya menulis sebuah artikel berjudul Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama 7 Tahun? yang jelas merujuk kepada empunya nama malah gambarnya turut disertakan sekali.

Rupa Social Network Zaman Dahulu


Nenek moyang kita dahulu tidak sempat menikmati teknologi maklumat secanggih yang kita semua gunakan sekarang. Pernahkah anda terfikir bagaimanakah agaknya rupa antaramuka Social Network yang akan mereka buat sekiranya sudah wujud Internet di zaman itu??

Penoreh Getah Menang Kereta Mewah


Pepatah tersohor sering menyebut tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak nampak di dahi. Tuah ternyata menyebelahi seorang wanita Orang Asli dari Bera, Pahang apabila dia memenangi sebuah kereta mewah berjenama Mercedes-Benz E200 CGI. Sapiah Aping yang bekerja sebagai penoreh getah sukar mempercayai bakal mendapat sebuah kenderaan mewah.

Feb 25, 2012

Majlis Akad Nikah Ana Raffali ♥ Aznaim


Berbusana sedondon berwarna kelabu, pasangan Ana Raffali ♥ Ahmad Aznaim telah sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz sahaja. Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, menjadi saksi penyatuan dua hati yang saling menyintai sejak 7 tahun lalu pada jam 11.55 pagi tadi.

Ibu Jari Tangan Diganti Dengan Ibu Jari Kaki


Seorang lelaki kehilangan ibu jari kiri tangannya ketika melakukan kerja pemotongan kayu pada penghujung Disember 2011. Usaha untuk menyambung semula ibu jari kiri telah dibuat tetapi aliran darah gagal berfungsi dengan baik dalam tempoh sebulan. Justeru, James Bryne, 30, telah membuat keputusan yang mengejutkan semua orang demi masa hadapannya nanti.

Feb 24, 2012

Sambutan Hebat Solat Jumaat


Di sebalik kerancakan aktiviti ekonomi di Kota London, masih terdapat ramai umat Islam yang tidak melupakan tuntutan ibadat masing². Buktinya, ramai umat Islam membanjiri Masjid Brune Street di Spitalfields, East London sehingga menyebabkan sebahagian daripadanya terpaksa solat Jumaat di luar kawasan masjid. Bayangkan, di celah² bangunan pencakar langit, ada sekumpulan manusia yang sujud sebagai tanda mengEsakan Allah Taala. Alhamdulillah.

Kuliah Jumaat #29


Pendakwah : Ustaz Kazim Elias
Topik : Kisah Nabi Dengan Badwi


Feb 23, 2012

Majlis Akad Nikah Yusry ♥ Lisa Surihani


Alhamdulillah, sekali lafaz sahaja, Yusry Abdul Halim telah menjadikan Lisa Surihani sebagai isterinya yang sah. Majlis akad nikah pasangan sepadan ini telah dilangsungkan di Hotel Marriot Putrajaya. Pasangan ini dinikahkan oleh abang sulung Lisa sendiri iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa. Lisa menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin manakala jumlah hantaran dirahsiakan.

Emak Dipenjara Kerana Anak


Hanya kerana 'mengajar' anaknya sendiri, seorang ibu berdepan hukuman penjara 6 bulan atau pun denda wang ringgit. Akibat mencubit lengan anak lelakinya yang berumur lima tahun sehingga mengalami kecederaan seperti lebam dek kemalasan anak itu menukar bajunya, maka Maszuridah Kuming, 34, telah dijatuhkan hukuman denda RM7000 oleh Hakim Zaharah Hussain.

Kompaun Duit Kerana Baju Lengan Pendek


Penulis kagum dengan undang² unik yang dibuat oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang mendenda peniaga wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Kod etika pakaian itu ternyata dilaksanakan dengan tegas apabila seorang gadis yang memakai baju-T lengan pendek ketika berniaga telah dikompaun sebanyak RM500.

Feb 22, 2012

Wordless Wednesday #36



Lisa Surihani Mandi Bunga


1Malaysia sudah dicanang tentang pernikahan pasangan popular Yusry ♥ Lisa Surihani pada pagi Khamis, 23 Februari di Hotel Marriott, Putrajaya. Menjelang momen indah diijabkabulkan, Lisa mempersiapkan diri untuk kelihatan menarik sebelum bergelar isteri kepada Yusry yang dicintai. Justeru, tiga adat lama perlu dilalui olehnya sebagai tanda bersedia untuk berkahwin.

Misha Omar Bertunang


Cik mek molek yang merupakan pelantun bagi lagu Bunga-bunga Cinta akhirnya bertunang dengan pilihan hatinya. Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah@Aisah Omar, 30, telah melangsungkan pertunangan dengan Firos Ezzwan Rossly, 30, di rumahnya yang berlokasi di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Hong Yi Melukis Menggunakan Kopi


Setelah berjaya bereksperimentasi dengan lukisan dari bola keranjang, gadis manis Red Hong kembali menggemparkan dunia dengan lukisan dari kopi pula. Jika sebelum ini dia menggunakan Yao Ming sebagai model, kali ini artis versatile Jay Chou pula menjadi percaturan Hong Yi.

Feb 21, 2012

Toyota Vios Terbang Atas Bumbung


Sebelum ini Myvi terbang ke atas Ford, kini satu nahas membabitkan 'kenderaan terbang' berlaku lagi. Kali ini, Toyota Vios yang dipandu oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Robert, 30, terbabas kerana keadaan jalan yang licin akibat hujan. Kejadian ini berlaku di Jalan Rock, Kuching pada pukul 12 malam.

Adele Edwards Gemar Makan Span Sofa


Ibu kepada 5 orang cahayamata mempunyai menu makanan harian yang pelik iaitu span dari sofa. Adele Edwards, 32 tahun yang berasal dari Bradenton, Flrida didiagnosis mempunyai sindrom pica yang menyebabkan mereka menggemari makanan yang tidak boleh dimakan misalnya kapur, pemadam dan lain². Hobi memakan span sofa itu bermula sejak dia berusia 10 tahun.

Natalie Irish Melukis Menggunakan Bibir


Natalie Irish yang datangnya dari Houston, Texas gemar melukis. Uniknya, dia tidak menggunakan berus tetapi bibirnya sendiri. Ceritanya bermula pada suatu hari apabila dia yang memakai gincu warna merah melekapkan sedikit kesan gincunya pada sekeping kertas. Dari situ, timbul ilham untuk menghasilkan lukisan berasaskan bibir. Natalie memilih ikon seksi, Marilyn Monroe sebagai model lukisan bibirnya.

Feb 20, 2012

Belasungkawa Latiff Ibrahim


Artis era 80an, Latiff Ibrahim telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 6.10 petang tadi. Turut berada di sisi arwah ketika itu ialah ahli keluarganya. Berita itu disahkan sendiri oleh adik allahyarham iaitu Datuk Khatijah Ibrahim. Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari IJN pada Sabtu lalu.Jenazah Allahyarham kini berada di IJN dan akan dibawa ke kediaman allahyarham di No 1, Jalan AU 3/16B, Taman Keramat, Kuala Lumpur dan dijangka akan dikebumikan pada malam ini juga.

Jimmy Palikat - Anak Kampung


Gara² minggu muzikal Raja Lawak 6, lagu yang dinyanyikan dek Kumpulan Zero berjaya mencuri tumpuan penulis, lalu tanpa sebarang maklumat penulis memulakan pencarian lagu ini. Bayangkan mencari sebuah lagu tanpa nama penyanyi dan tajuk lagu, ibarat mencari kilauan intan di dalam timbunan kaca. Akan tetapi, penulis berjaya juga mencari lagu yang sering kali diputarkan di Radio Sabah ini.

Feb 19, 2012

Restoran Di Kaki Air Terjun


Bila berbicara tentang air terjun, kita pasti membayangkan air yang sejuk lagi segar. Jika ingin berkelah bersama keluarga di air terjun, sudah tentu makanan perlu dibawa bersama andai tidak mahu kelaparan. Lain pula ceritanya di Air Terjun Labasin yang terletak di wilayah, Quezon, Filipina kerana wujudnya sebuah resort penginapan iaitu Villa Escudero yang menyediakan restoran di kaki air terjun khas untuk pengunjungnya.

Kitten Kay Sera Obses Warna Merah Jambu


Ramai perempuan suka warna pink atau nama melayunya, merah jambu. Namun, selain pakaian atau beg, tidak semua benda perlu berwarna merah jambu. Lain pula halnya dengan Kitten Kay Sera yang obses dengan warna merah darah jambu. Hampir semua barangan peribadi sehingga perabot rumahnya haruslah berwarna pink. Dia digelar The Pink Lady kerana minatnya yang melampau terhadap merah jambu.

Feb 18, 2012

Kasut Roda Zaman Lama


Penulis fikir kasut roda ini mungkin antara kasut roda yang terawal dicipta. Penulis tidak berani mengesahkannya kerana tiada maklumat tepat. Namun, hobi bermain kasut roda atau roller skate bermula pada tahun 70an di Amerika Syarikat dan sangat digilai para remaja sehingga merebak ke negara² lain.

Feb 17, 2012

Lelaki Beraksi Seksi Ala Wanita


Biasanya model perempuan yang menggayakan pelbagai pose menggoda lagi seksa seksi dalam setiap sesi fotografi. Akan tetapi, bagaimana jadinya apabila tugasan sedemikian diberi kepada model lelaki?? Adakah ianya tetap seksi menggoda atau seksa mata??

Hudud Tidak Jumud


VIDEO HUKUM HUDUD

Penulis fikir ramai di antara kita kurang jelas tentang makna sebenar HUDUD. Apa yang bermain di benak kita tentang potong kaki dan tangan yang selalu dimomokkan oleh pihak tertentu tidak sama dengan hukuman HUDUD yang sebenar.

Kuliah Jumaat #28


Pendakwah : Ustaz Don Daniyal
Topik : Punca Masalah Keluarga


Feb 16, 2012

Naik Tangga Dengan Kepala


Sun Xi Zhong dari China berjaya mencatat rekod dunia dalam acara naik tangga dengan menggunakan kepala. Dia perlu menghabiskan 'pendakian' 15 anak tangga sebelum dinobatkan sebagai pemegang takhta naik tangga tanpa kaki dengan kepala.

Gadis Remaja Bertukar Menjadi Nenek Tua


Jika dilihat dari Mykadnya yang tertera nombor 960412-02-0058, Puan Binti Ahmad adalah seorang remaja yang berusia 16 tahun tetapi tatkala menemui wanita tersebut, anda pasti tidak percaya kerana hakikatnya dia adalah seorang nenek yang sudah pun berusia hampir satu abad. Nenek yang tinggal di Kampung Padang Keria, Kuala Sanglang, Perlis ini tidak menyedari Mykadnya bermasalah sehinggalah mendapatkan rawatan di hospital.

Feb 15, 2012

Permainan Online : Questions Words Tahap 1


Buat para pelajar tahap 1 yakni Tahun 1 hingga Tahun 3, jika tiada kerja sekolah untuk disiapkan, eloklah anda bermain permainan Questions Words ini. Selain berfaedah, boleh juga menambah ilmu yang sedia ada.

Kaki Melepuh Angkara Selipar Buatan China


Kerry Stiles membeli selipar flip flop (nampak macam selipar Jepun) yang murah di Wal-Mart untuk dipakai ketika bersiar-siar di pesisir Pantai Long Boat Key. Namun, selipar tersebut telah membuatkan kakinya melepuh teruk sehingga meninggalkan parut. Selipar dari China itu didapati mengandungi plumbum yang digunakan dalam mainan kanak² dan pemakainya akan mengalami 'chemical burn'. Kes ini berlaku pada Jun 2007.

Wordless Wednesday #35



Feb 14, 2012

Farhan AF4 Bertunang


Setelah 3 tahun melalui denai cinta jarak jauh yang penuh pancaroba, Farhan Azizan atau lebih dikenali sebagai Farhan AF4 akhirnya menjadi tunangan kepada kekasihnya, Ahmad Rashdan Shuhaimi. Majlis pertunangan mereka yang sederhana telah diadakan pada pukul 3.30 petang bertarikh 12.2.2012 di The Flora, Ampwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Feb 13, 2012

Polis Trafik Menari Ketika Bertugas


RAMIRO HINOJAS MENCETUS FENOMENA APABILA
MENGAWAL LALULINTAS DENGAN TARIAN BILLIE JEAN

Jika polis trafik 1Malaysia mengawal lalulintas dengan wajah yang serius lain pula ceritanya di Filipina. Polis trafik atau pengawal lalulintas yang bertugas bukan sahaja murah senyuman malah turut menari ketika mengawal trafik. Ramiro Dinojas, 56, hanyalah polis trafik biasa yang bertugas di Jalan Edessa dan Jalan Macapagal di Pasay, Filipina tetapi tarian trafiknya menyebabkan dia dikenali ramai dengan begitu cepat.

Chery Rempuh Hilux Ke Dalam Kedai Petronas


Selepas kes makcik Wira merempuh kedai motorsikal, berlaku satu lagi rempuhan kenderaan. Kali ini kereta jenis Chery yang dipandu oleh guru wanita pula melanggar Toyota Hilux sehingga kenderaan tersebut merempuh kedai 'Mesra' Petronas. Kejadian ini terjadi di Stesen Minyak Petronas Pasir Puteh Dua, Pasir Puteh, Kelantan.

Hong Yi Melukis Menggunakan Bola Keranjang


Seorang gadis dari Sabah, Hong Yi menjadi terkenal dalam sekelip mata apabila keunikannya melukis wajah pemain bola keranjang professional Houston Rockets, Yao Ming dengan menggunakan sebiji bola keranjang dan cat merah telah tersebar meluas di dada akhbar dan juga Youtube.

Feb 12, 2012

Whitney Houston Meninggal Dunia


Selebriti berkulit hitam yang mempunyai lantunan vokal yang tinggi, Whitney Houston ditemui tidak sedarkan diri di bilik mandi oleh pengawal peribadinya di hotel Beverly Hilton. Sekumpulan paramedik cuba menyelamatkan Whitney dengan melakukan CPR tetapi gagal, mendiang disahkan meninggal dunia pada pukul 3.55 petang hari Sabtu hanya beberapa jam sebelum tampil dalam persembahan di Grammy Awards ke-54. Punca sebenar kematian artis berusia 49 tahun ini belum dapat dipastikan tetapi Whitney terlibat dengan dadah.

Feb 11, 2012

Hamza Kashgari Diekstradisi Kerana Hina Nabi


Seorang kolumnis akhbar Arab Saudi yang juga seorang blogger, Mohammad Najeeb A.Kashgari atau lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, telah ditahan sejurus tiba di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari Khamis lalu. Penangkapan Hamza telah disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Feb 10, 2012

Iklan Kreatif Pada Lori Trak


Adakah anda biasa melihat iklan yang ditampal di lori² trak di negara kita?? Biasanya walaupun ada tulisan dan gambar tentang iklan tersebut tetapi ia kurang menarik. Sebentar lagi, anda akan dibawa melihat iklan² produk tertentu yang dilukis pada lori trak dan kelihatan seumpama produk itu dalam keadaan sebenar, bukannya iklan. Faham tak?? Errr, kalau tak faham, sila tengok gambar² ini.

Kuliah Jumaat #27


Pendakwah : Ustaz Zulkifli Ahmad
Topik : 4 Golongan Dilaknat


Feb 9, 2012

Adira Pegang Anjing, Diana Peluk Kambing


Pergh! Artis² 1Malaysia suka benar mencari publisiti murahan. Terbaru, bekas peserta realiti Akademi Fantasia 8 (AF8) iaitu Adira pula menayangkan aksinya bergambar dengan anjing. Sebaik tersebar gambar tersebut, maka gadis kecil molek ini dikritik teruk oleh masyarakat. Kes artis muslim memegang anjing bukan perkara baru malah sudah ramai artis lain pernah berbuat demikian. Sebenarnya hukum memegang anjing yang dalam keadaan anda atau anjing kering tidak haram kecuali memakannya. Anjing tergolong dalam najis Mughollazoh iaitu najis berat. [Tolong betulkan kalau penulis salah memberikan fakta.]

Feb 8, 2012

Pekerja Kentucky Fried Chicken Pukul Pelanggan


Kentucky oh kentaki. Kenapalah pekerja restoran makanan segera yang satu ini sering menjatuhkan reputasi majikan mereka?? Ini belum lagi dikira dengan strategi pemasaran Double Zinger Burger yang memakan diri sehingga pelanggan memaki. Tempat cari makan jangan pula dijadikan pentas melampiaskan amarah. Banyakkan bersabar walaupun hati sebal. Walaupun ada 'pepatah' yang mengatakan 'customer always right' tetapi penulis selaku orang yang sudah lama terjebak dalam bidang pemakanan kurang bersetuju dengan slogan tersebut.

Wordless Wednesday #34



Feb 7, 2012

Leuniey Putus Tunang Bukan Kerana Khairul Fahmi


Atlit pujaan gadis² 1Malaysia, Khairul Fahmi atau Apek sekali lagi terpalit gossip apabila ikatan pertunangan Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau lebih dikenali sebagai Leuniey dengan seorang anak usahawan terkenal di Kelantan terlerai pada bulan lalu. Malah, Apek turut dituduh meninggalkan Dahlia Teck untuk bersama gadis ini.

Hikmat Daun Sirih Untuk Kertas Bahasa Inggeris


Mungkin manusia zaman sekarang sudah tidak peduli malah tidak kenal azimat dan tangkal yang sering kali dikaitkan dengan kuasa yang memberi kekuatan kepada si pemakainya. Di dalam memacu zaman moden, masih ada segelintir orang yang percaya kepada 'kuasa' azimat malah ianya bukan golongan tua tetapi pemuda yang bergelar mahasiswa. Mereka sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkan azimat daun sirih. Inilah kisahnya dalam Edisi Siasat Bersama Eriyza.

Feb 6, 2012

Fasih Bahasa Korea Selepas Nahas Jalanraya


Seorang pelajar tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang terbabit di dalam nahas jalanraya apabila motorsikal abang yang diboncengnya telah dirempuh oleh sebuah lori kecil di persimpangan lampu isyarat Alor Lintang sewaktu pulang dari sekolah pada 13/1/2012 lalu. Ekoran dari tragedi itu, Noraini Ismail 'dianugerahkan' kebolehan berbahasa Korea dan Mandarin dengan fasih walhal tidak pernah mempelajari dua bahasa itu sebelum ini.

Hafalan Shalat Delisa


Jika 1Malaysia ada filem Ombak Rindu, negara tetangga juga menghasilkan filem yang berkisarkan ombak. Maaf, tidak boleh bercerita lanjut tentang Ombak Rindu kerana belum pernah menontonnya. Bezanya, ombak kita khabarnya dipenuhi dengan adegan menjolok mata sedangkan ombak mereka dihiasi momen memilukan hati. Persamaan yang ada hanyalah kedua²nya diangkat ke layar perak daripada novel yang mencatat jualan tinggi.

Feb 5, 2012

30 Minit Ustaz Don : Cinta Rasul


VIDEO CINTA RASUL : KELAHIRAN RASULULLAH

Sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, mari kita sama² menonton video sirah kehidupan Rasulullah sambil menghayati keindahan akhlaknya. Nabi Muhammad adalah insan pilihan yang diutuskan untuk menunjukkan jalan yang lurus kepada sekalian umat manusia.

Maulidur Rasul 1433H


NOWSEEHEART - SELAWAT KE ATASMU

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. Lelaki yang mempunyai akhlak terpuji seindah namanya. Suami yang paling adil di dalam mentadbir rumahtangga bersama isteri²nya. Pemimpin yang adil lagi bijaksana. Baginda Rasulullah adalah sebaik² idola untuk semua umat manusia.

Feb 4, 2012

Ani Maiyuni Cedera Dibelasah Suami


Kes keganasan rumahtangga tidak pernah susut. Kali ini, penyanyi dangdut yang pernah menyertai program Sehati Berdansa iaitu Ani Maiyuni pula dikasari oleh suaminya sendiri. Ani atau Aishah An Nur Osman, 33, mendakwa dibelasah oleh suaminya, Zairi Azmi atau Ayie, 37, bekas anggota kumpulan muzik Arrow dalam kejadian di rumah mereka di Desa Rejang, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Suami Lenyek Myvi Isteri Dengan Lori


Kawasan kejiranan Taman Suria, Kampung Desa Aman, Sungai Buloh gempar apabila seorang lelaki bagaikan hilang akal kerana merempuh kereta Myvi isterinya dengan lori seberat dua tan. Lelaki itu melakukan perlanggaran sebanyak 40 kali dengan sengaja akibat gagal mengawal nafsu amarahnya yang mengesyaki si isteri ada hubungan sulit dengan lelaki lain. Sejurus sebelum insiden itu berlaku, jiran mendakwa berlaku perbalahan antara pasangan suami isteri tersebut.

Feb 3, 2012

Padang Bola Menjadi Medan Perang Di Mesir


Ketaksuban apakah ini?? Hanya kerana perlawanan bolasepak, maka padang bola berubah menjadi lokasi rusuhan umpama medan perang yang mengakibatkan 74 nyawa melayang dan beratus-ratus lagi (1000) manusia lain cedera di Stadium Port Said, Mesir. Tragedi berdarah ini berlaku sejurus wisel penamat ditiupkan apabila tuan rumah, Al Masry mencatat kemenangan 3-1 ke atas kelab bolasepak popular Mesir, Al Ahly. Penyokong Al Masry yang bersenjatakan kayu dan pisau menyerbu padang lalu bertindak agresif ke atas pemain dan penyokong Al Ahly.