Aug 31, 2013

Tema Hari Kemerdekaan 56 Malaysia


Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’ akan menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-56 pada 31 Ogos tahun ini.

Aug 30, 2013

Tiada Parking Untuk Orang Islam


Sebuah notis yang melarang umat Islam memarkir kenderaan mereka kelihatan di sebuah pusat membeli-belah yang terletak di Houston, Texas, Amerika Syarikat.

Bayi Perempuan Dalam Loji Kumbahan


TELUK GADUNG – Warga kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi ditemui dalam loji kumbahan berdekatan Kolej Redang, dekat sini, pagi semalam.

Dua Lelaki Tetak Pekerja TNB


SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di Kuala Lumpur semalam.

Aug 29, 2013

Polis Trafik Iringi Itik



Kira-kira 50 ekor itik berkeliaran di laluan A3 Milford, Surrey pada pagi 15 Ogos 2013. Kehadiran haiwan-haiwan berkenaan telah menyebabkan lalu lintas menjadi perlahan. Orang ramai yang mahu ke tempat kerja menjadi marah kerana risau lewat sampai ke pejabat.

Organ Aliah Diderma Oleh Tahirah


GEORGE TOWN – Demi melihat kanak-kanak lain yang mempunyai masalah organ hidup gembira semula, seorang ibu bersetuju mendermakan organ anak perempuannya yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kulim, Kedah.

Aug 28, 2013

Tikam Rusuk Tukang Urut


KUALA KRAI – Seorang tukang urut berdepan detik cemas apabila terpaksa bergelut dengan lelaki tidak dikenali untuk mempertahankan beg tangannya daripada dilarikan suspek dalam kejadian di Guchil Empat, kira-kira jam 8. 10 malam kelmarin.

Aug 27, 2013

Buat Perisai Bayang Lindungi Pelajar Perempuan


Pelajar lelaki sering dikaitkan dengan sifat nakal tetapi ada waktunya mereka boleh menjadi pelindung yang baik. Fenomena ini dapat dilihat di Sekolah Tinggi Zhengzhou No.19, China apabila sekumpulan pelajar lelaki membuat 'perisai bayang-bayang' untuk melindungi pelajar perempuan dari sinar terik matahari.

Aug 26, 2013

Hulur Telefon Ketika Siaran Langsung


Insiden lucu boleh berlaku di mana saja tanpa mengira masa. Hal ini berlaku pada seorang pembaca berita Medi 1 TV Maghribi apabila anak perempuannya muncul sambil menghulurkan telefon bimbit ketika dia sedang membaca berita secara langsung.

Bas Mengundur Dirempuh Treler


Sebuah bas pelancongan terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Lebuhraya Jinhua-Lishui-Wenzhou yang menghala ke arah Jinhua, China pada 2 Ogos 2013.

Aug 25, 2013

Potong Kuku Ketika Memandu


Kuku pendek dan bersih adalah amat penting, akan tetapi anda haruslah memilih masa dan tempat yang sesuai untuk memotong kuku. Seorang pemandu bas di Singapura telah dibuang kerja ekoran memotong kuku ketika sedang memandu.

Berkahwin Dalam Tren


KUALA LUMPUR - Bagi pensyarah dan bekas pelajarnya, majlis perkahwinan mereka di atas kereta api KTM Intercity serta resepsi di platfrom Stesen Kuala Lumpur, pastinya suatu kenangan yang tidak boleh dilupakan.

Aug 24, 2013

Suspek Dicekup Di Surau Kampung Besut


CHUKAI – Seorang penganggur berusia 47 tahun yang menjadikan Surau Kampung Besut, dekat sini, sebagai port mengedar dan menagih dadah, dicekup polis hasil maklumat daripada kariah surau yang tidak mahu rumah ibadat itu terus dicemari dengan kegiatan jijik itu. Dalam serbuan kira-kira jam 1.15 pagi kelmarin itu, lelaki itu ditangkap dalam keadaan khayal sementara seorang rakannya berjaya meloloskan diri.

Beri Salam Sebelum Samun


MARAN - Seorang suri rumah tidak menyangka ucapan salam dari seorang lelaki tidak dikenali berniat menyamun rumahnya di Kampung kabut dekat sini, kira-kira jam 11.30 pagi, semalam.

Ahli Perniagaan Tolak Tawaran Lumayan


Seorang ahli perniagaan, Afzal Khan menolak tawaran lumayan berjumlah £6 juta (RM30.9 juta) daripada seorang hartawan untuk membeli nombor plat pendaftaran F1 pada Bugatti Veyron yang dimilikinya.

Aug 23, 2013

Bas Genting Highlands Jatuh Dalam Gaung


Seramai 37 orang terkorban dalam nahas bas terburuk di negara ini apabila bas yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.5 Jalan Genting Highlands hari ini.

Aug 22, 2013

Pasangan Berperang Guna Parang


Sungai Siput: Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin.

Aug 21, 2013

Pakai Topi Anti Penipuan Ketika Menduduki Peperiksaan


Kontroversi tercetus di sebuah universiti terkenal Thailand apabila para pelajarnya dikehendaki memakai topi anti penipuan ketika menduduki peperiksaan. Ada pihak telah memuatnaik gambar tersebut di Facebook dan pelbagai reaksi diberi oleh orang ramai.

Aug 20, 2013

Budak Perempuan Tidur Atas Bagasi Pakaian


Apabila seseorang itu terlalu mengantuk, mereka boleh melelapkan mata di mana sahaja asalkan boleh tidur. Seorang budak perempuan tidur nyenyak di atas bagasi sambil ditarik oleh ayahnya. Fenomena itu dilihat di sebuah lapangan terbang.

Mercun Meletup Ketika Kira Duit


Seorang kanak-kanak hancur tangan kiri selepas sebuah bungkusan yang jatuh dari siling rumah tiba-tiba meletup ketika sedang mengira duit raya di ruang tamu rumah neneknya di Kampung Bukit Awang, Pasir Puteh, Jumaat lalu.

Aug 19, 2013

Budak Cedera Di Rumah Terbuka


“Sebaik terdengar bunyi letupan kuat, saya bergegas ke tingkat bawah. Pada masa sama, kakak sepupu saya masuk dalam rumah dalam keadaan berlumuran darah sebelum disusuli adik saya memegang lengan yang berlubang dengan kesan darah yang banyak.

Parkir Kenderaan Di Tengah Jalan


Sebuah kereta sport Maserati berwarna putih dikesan telah diparkir di garisan berkembar kuning di tengah-tengah jalan pada petang 9 Ogos lalu. Saksi, Cik Wang mendakwa bahawa kereta mewah itu telah diletakkan selama 1 jam di situ.

Aug 18, 2013

Wanita Bersalin Dalam Tesco


Seorang ibu mengandung tidak menyangka hasratnya untuk membeli-belah di pasaraya Tesco berakhir dengan mendapat seorang bayi perempuan. Chanelle Mackay, 25, melahirkan bayinya dua minggu lebih awal dari jangkaan doktor dengan bantuan kakitangan Tesco.

Aug 17, 2013

Ustaz Azhar Idrus Kemalangan


Pendakwah yang terkenal dengan lawak jenaka, Ustaz Azhar Idrus terbabit dalam nahas jalanraya awal pagi tadi ketika mahu bertolak ke Kuala Lumpur bersama isteri ketiganya.

Aug 16, 2013

Telur Siput Menetas Dalam Lutut


Seorang budak lelaki berusia empat tahun, Paul Franklin terkejut selepas mendapati bengkak di lututnya sebenarnya mengandungi siput laut.

Aug 15, 2013

Pukul Bekas Isteri Dengan Tukul Besi


Seorang wanita, Lim Pui Lee menerima 30 jahitan di kepalanya akibat dipukul bertubi-tubi dengan tukul besi oleh bekas suaminya, Siow Poh Kong, 33, pada hari Ahad lalu di Taman Jasper Jaya.


Aug 14, 2013

Penjawat Awam Enggan Jawab Panggilan


Sekeping gambar tentang penjawat awam yang tidak menjalankan tugas di dalam pejabat tersebar luas di laman sosial. Penjawat awam berkenaan dilihat makan buat pir yang telah dikupas sambil menggunakan komputer.

Aug 13, 2013

Katak Guna Daun Sebagai Payung


Apabila hujan berhenti, katak akan saling bersahut-sahutan membuat bising untuk memanggil hujan turun semula. Ini jelas menggambarkan bahawa haiwan itu gemar akan hujan. Lain pula halnya bagi seekor katak apabila dia memilih untuk berpayungkan daun tatkala hujan membasahi bumi.

Aug 12, 2013

Lin Dan Juara Badminton Dunia 2013


Harapan rakyat Malaysia untuk melihat Datuk Lee Chong Wei muncul sebagai pemenang badminton dunia berkecai apabila atlit kebanggaan negara itu terpaksa menarik diri di set ketiga ketika ketinggalan 17 - 20 dalam perlawanan akhir Kejohanan Dunia 2013 di Guangzhou, China pada hari Ahad, 11 Ogos 2013.

Aug 11, 2013

Mangsa Letupan Putus Pergelangan Tangan


Seorang kerani sekolah maut selepas bungkusan dipercayai bahan letupan yang diambil di atas bumbung Naza Citra milik abang iparnya meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, kampung periuk, di sini, kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Hilang Jari Di Aidilfitri


Kota Bharu: Malang buat seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dari Kampung Cabang Empat, Tumpat apabila terpaksa beraya di hospital selepas sebahagian ibu jari kanannya hancur terkena mercun bola yang didakwa dilempar rakannya di Taman Seri Periuk, Tumpat ketika Aidilfitri pertama, Khamis lalu.

Aug 10, 2013

40 Tahun Tinggal Dalam Hutan


Hanoi: Seorang bapa dan anaknya ditemui tinggal di dalam hutan di Vietnam 40 tahun selepas mereka menghilangkan diri ketika perang negara itu dengan Amerika Syarikat.

Aug 9, 2013

Lelaki Dipenjara Semalaman Kerana Aduan Makanan


Seorang lelaki, Lorenzo Riggins, menelefon 911 untuk membuat aduan tentang pekerja McDonald di East Albany, Georgia yang tidak memberi makanan mengikut pesanan yang dibuatnya. Dia membuat bayaran untuk tujuh McDoubles, satu McChicken dan kentang goreng sebaliknya kekurangan sebiji McDoubles ketika dia memeriksa semula pesanannya.

Aug 8, 2013

Salam Aidilfitri 1434 Hijrah



Salam lebaran buat semua pembaca blog ini. Terima kasih kerana terus setia menjadi pembaca di sini. Tahun ini, umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Khamis, 080813. Penulis memohon maaf seandainya ada tulisan penulis yang mengguris hati mana-mana pihak.

Aug 7, 2013

Wajah Suspek Seiras Pegawai Polis


PETALING JAYA – Ramai yang tidak percaya apabila melihat Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Ku Chin Wah memegang gambar suspek kes bunuh, Kong Swee Kwan pada Selasa semuanya gara-gara gambar mereka berdua nampak seiras.

Aug 6, 2013

Pemuda Malaysia Berjuang Di Syria


Seorang pemuda warga Malaysia yang pada mulanya hanya pergi menghantar bantuan kemanusiaan di Syria mengambil keputusan untuk terus tinggal di sana dan mengangkat senjata menentang tentera rejim syiah Basyar Assad.

Aug 5, 2013

Kumpulan Hitam Mahu Tawan Istana Negara


LEBIH kurang jam 4.10 pagi tadi, sekumpulan individu telah berhimpun di hadapan pintu 1 Istana Negara Kuala Lumpur. Kumpulan ini terdiri seramai lapan orang lelaki dan dua wanita berpakaian serba hitam, menaiki tiga buah kereta.

Kudung Tangan Angkara Mercun


KUALA PILAH – "Saya menyesal," kata Che Jum Che Harun, 13, pelajar tahfiz yang kehilangan tiga jari kanan akibat bermain mercun di Rumah Rakyat Senaling, Kampung Batang Pilah, dekat sini, malam kelmarin.

Aug 4, 2013

Masak Makanan Atas Jalan


Kebanyakan wilayah di China kini dilanda cuaca panas yang melampau sehingga suhu mencatatkan lebih 40 darjah Celsius iaitu yang tertinggi sejak 140 tahun lalu. Suhu lebih 40 darjah Celsius itu dicatatkan di 40 buah bandar dan daerah kebanyakannya di bahagian selatan dan timur negara ini.

Aug 3, 2013

Orang Tua Mangsa Mercun Bola


Kota Bharu: Padah mencuba menyalakan mercun bola yang ditemui di luar rumah, seorang bapa tunggal empat anak cedera di tangan kiri dan badan, malah mengalami masalah pendengaran apabila mercun itu tiba-tiba meletup ketika dinyalakan sebelum sempat dilempar dalam kejadian di Kampung Lubok Jong, Pasir Mas di sini, kelmarin.

Aug 2, 2013

Jonathan Yabut Juara The Apprentice Asia 2013


Jonathan Allen Yabut bukanlah seorang selebriti terkenal atau atlit popular, namun namanya melonjak naik apabila anak muda dari Filipina itu menjuarai musim pertama rancangan The Apprentice Asia. Episod akhir yang bersiaran pada 31 Julai 2013 menyaksikan pemuda berusia 27 tahun itu menewaskan Andrea Loh, 25, peserta dari Singapura.

Aug 1, 2013

Bilal Meninggal Dunia Ketika Sujud


Arwah Ruslan Ishak, meninggal ketika Sujud solat sunat Zohor tadi di Surau siak Desa Surada Bangi. Allah, dalam keadaan berwudhu, bersolat, dalam surau, bulan Ramadhan.