May 30, 2011

Smooth Criminal


Dua anak muda telah memberikan nafas baru kepada lagu Smooth Criminal dengan sentuhan cello yang begitu memukau. Lagu ini pernah dipopularkan oleh lagenda yang telah pergi, siapa lagi kalau bukan Michael Jackson. Mereka yang lebih dikenali sebagai 2 Cello's merupakan jejaka yang diberi nama Stjepan Hauser dan Luka Sulic.

May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Di Hulu Langat


Petang semalam, satu tragedi tanah runtuh telah berlaku di Rumah Anak-anak Yatim Madrasah Al-Taqwa di Batu 14,Hulu Langat. Kejadian ini telah menyebabkan 16 orang terkorban manakala 9 lagi berjaya diselamatkan. Penulis merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan al-fatihah kepada semua arwah. Kesemua korban terbabit adalah lelaki.

May 20, 2011

Lindungi Gambar Dengan Watermark


Anda mencari laman web online untuk membuat watermark?? Aha, anda berada di laluan topik yang betul. Kali ini penulis suka untuk berkongsi satu lagi laman web yang menarik.

May 19, 2011

Barang Baru


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah Maha Pemberi Rezeki. Dikurniakan 'buah hati' baru bertarikh 19/05/2011 bersamaan 15 Jamadil Akhir 1432 pada jam 10.30 malam. Mudah²an semuanya berjalan lancar untuk tahun² mendatang.

May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011


Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia khususnya guru² penulis yang telah memberi banyak memberi tunjuk ajar. Tanpa kalian, diri ini hanya manusia tanpa ilmu. Cikgu, doakan anak muridmu ini terus istiqomah di dalam berbuat kebaikan.

May 15, 2011

Fotofit Suspek Simbah Asid


Mutakhir ini, 1 Malaysia digemparkan dengan tindakan nekad tanpa motif sahih yang dilakukan oleh sang pelaku yang menyimbah asid kepada wanita. Gambar di atas adalah fotofit suspek yang dikeluarkan oleh pihak polis kepada orang awam berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di mana kejadian itu pernah berlaku.

May 14, 2011

Blogger Kembali Pulih Setelah Bermasalah Selama Sehari


Semalam, 13/05/2011 bersamaan hari Jumaat, hampir seharian suntuk Dashboard Blogger tidak boleh diakses. Akan tetapi blog² yang dinaunginya masih beroperasi seperti biasa. Penulis terus menulis topik ini sebaik sahaja laman Blogger kembali pulih.

May 10, 2011

Harga Gula Naik 20 Sen Mulai 10 Mei


Harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen mulai hari Selasa, 10 Mei 2011. Harga baru gula ialah 2.30 berbanding 2.10 sebelum ini. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Mohd Zain Mohd Dom, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi pada Isnin.

May 9, 2011

Cara Memadamkan Group Facebook


Sebelum ini penulis pernah membuat sebuah group khusus untuk peminat drama Taiwan berjudul Huan Zhu Ge Ge di Facebook. Akan tetapi group itu bersawang tanpa sebarang kemaskini terbaru daripada penulis. Justeru, penulis memutuskan untuk memadamkan sahaja group tersebut. Biar penulis ajar anda cara² untuk memadamkan sesebuah group.

May 7, 2011

Facebook Membenarkan Tag Nama Ringkas


Buat anda yang gemar mengetag nama rakan² di Facebook, kini ada khabar baru lagi. Selepas membenarkan nama rakan ditag di komen, Facebook membenarkan pula anda mengetag nama rakan anda secara ringkas. Jelas tak penyampaian penulis?? Masih tak faham??

May 6, 2011

Bila Rindu




May 5, 2011

Simpan 25,000 Senarai Rakan Di Gmail


Sebelum ini Gmail hanya membenarkan anda menyimpan 10,000 orang senarai rakan dalam satu masa tetapi kini rangkaian itu diperluaskan lagi. Buat anda yang mempunyai terlalu ramai musuh kenalan, anda boleh menambah sehingga 25,000 orang di dalam senarai rakan anda.

May 2, 2011

Obama Bunuh Osama


Dunia sejagat hari ini dikejutkan dengan berita kematian Osama Bin Laden (Usamah bin MuḼammad). Khabarnya, pemimpin Al-Qaeda itu telah dibunuh di Abbottabad, Pakistan dalam satu operasi yang diketuai oleh sebilangan kecil tentera Amerika dengan bantuan CIA (Central Intelligence Agency). Maka bersorak kerianganlah warga Amerika sebaik mengetahui tentang berita tersebut yang dilaporkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Malah Presiden tersebut sempat mengungkapkan 'justice has been done'.

May 1, 2011

Iklan Mudah.my Di Televisyen


Kalau anda gemar membeli barang dari internet, tentu anda pernah singgah di laman web Mudah.my. Laman ini memudahkan anda untuk mencari pelbagai jenis barangan untuk dibeli dari sebesar barang seperti kereta sehingga sekecil barang seumpama memory card. Memandangkan perkhidmatan jual beli mereka semakin mendapat perhatian, maka mereka mengambil inisiatif untuk mengiklankan web mereka di televisyen.