Dec 31, 2010

Sorotan 2010


Dec 27, 2010

Buat Slideshow Dari Gambar Dan Video


Satu lagi perkhidmatan menyimpan gambar dan video di dalam bentuk slideshow telah penulis temui. Menariknya, ia juga boleh diterbitkan di blog, dimuaturun ke dekstop komputer malah pelbagai lagi fungsi lain.

Dec 26, 2010

Enjin Pencarian KidRex


Mutakhir ini, semakin ramai kanak² yang melayari internet. Justeru, ada baiknya jika mereka menggunakan enjin pencarian yang sesuai untuk mereka bagi mencari maklumat berkaitan pendidikan.

Dec 25, 2010

Dengar Lagu Percuma Di Grooveshark


Kebanyakan dari kita gemar bersantai sambil mendengar muzik, bukan?? Tahukah anda bahawa anda boleh mendengar muzik secara langsung tanpa memuatturunnya jika anda tidak mempunyai kapasiti hard disc yang besar. Ianya umpama sebuah gedung muzik yang besar kerana banyak lagu dimuatkan di dalamnya.

Dec 24, 2010

Khu Chiwit


Hari ini adinda lelaki penulis menyambut ulang tahun kelahirannya. Seiring dengan penambahan usianya, penulis berharap dia juga matang menghadapi arus kehidupan yang semakin mencabar. Mudah²an adinda sentiasa murah rezeki, panjang umur dan sihat sejahtera.

Dec 23, 2010

Kotak Penulis Atas Kotak Komen


Beberapa hari lalu, penulis ditanya tentang kotak penulis yang penulis paparkan di bahagian atas kotak komen di blog ini. Tahun sudah, penulis ada menerbitkan topik kotak pesanan admin atas kotak komen. Justeru, pos ini juga masih berkisar tentang intipati yang sama tetapi caranya sedikit berbeza. Seperkara lagi, kotak penulis ini lebih kemas dan menarik.

Dec 22, 2010

You Wouldn't Answer My Calls


[:: 2AM ::]

Sebelum ini ada kumpulan dari Korea Selatan yang bernama 2PM, kali ini muncul pula kumpulan lain yang mempunyai nama hampir serupa iaitu 2AM. Hmmm... sudah kehabisan idea untuk letak nama kumpulankah??

Dec 21, 2010

Memasang Sweet Title Tooltips


Topik ini sudah terperuk di dalam draft penulis sejak setahun lalu. Penulis fikir sudah menerbitkannya tetapi rupa²nya ia masih menunggu giliran. Buat anda yang ingin membuat sweet title tooltips, bolehlah rujuk pada cara² di bawah.

Dec 20, 2010

Blogspot Memperkenalkan Template Telefon Pintar


Pertumbuhan pesat teknologi telefon pintar turut menyebabkan para pembangun blog berpelantarkan Blogspot bekerja lebih keras. Mereka menyedari pada masa kini, blog² mula diakses melalui telefon pintar. Oleh kerana skrin telefon pintar terlalu kecil untuk memaparkan keseluruhan isi blog, kru Blogspot telah mengeluarkan template khusus untuk para pembaca yang mengakses blog² melalui telefon pintar.

Dec 19, 2010

Catat Idea Di Manage My Ideas


Pernahkah anda terfikirkan idea tentang sesuatu yang menarik tetapi ianya hilang begitu sahaja kerana tidak dicatat sama ada di dalam buku nota atau pun telefon?? Apa kata kalau anda catatkan apa sahaja buah fikiran yang terlintas di minda anda??

Dec 18, 2010

Jam Penggera Internet


Kebanyakan dari kita menggunakan telefon bimbit sebagai penggera waktu untuk bangun pagi. Sekiranya anda membiarkan komputer anda terbuka 24/7, maka anda bolehlah mencuba penggera waktu dari komputer pula.

Dec 16, 2010

Kecilkan Gambar Dengan Resize Your Image


Penuli sedikit pelik kenapa laman sesawang ini dinamakan resize image kerana fungsinya lebih kepada crop image. Apatah lagi setiap gambar yang dimuatnaik sudah tersedia peralatan untuk membuang bahagian yang kita tidak suka.

Dec 15, 2010

Memasang Shoutbox Buka Tutup


Setelah dua hari tidak mengonlinekan diri, hari ini penulis kembali dengan tutorial baru. Untuk makluman, tutorial ini dibuat atas permintaan pelawat ini di shoutbox. Soalannya juga berkait rapat dengan shoutbox iaitu cara memasang shoutbox buka tutup di sidebar. Berapa banyak perkataan shoutbox daa...

Dec 14, 2010

I'm Movin' On


Entah mengapa penulis sangat menyenangi melodi lagu ini. Liriknya juga mengajak kita agar bangkit semula meneruskan kehidupan dengan meninggalkan memori silam yang menyakitkan.

Dec 12, 2010

Kai Bu Liao Kou


Ini antara lagu Mandarin yang menjadi kegemaran penulis. Tidak dinafikan lagi, Jay Chou sering berjaya membuatkan penulis terbuai-buai dengan melodinya yang mendayu dan liriknya yang syahdu.

Dec 11, 2010

Word Search Dari Great Day Games


Antara kegemaran masa lapang penulis adalah bermain Word Search. Walaupun ianya kadangkala agak rumit untuk mencari sesuatu perkataan tetapi bagi penulis ia tetap permainan yang menyeronokkan. Lagi pula, ia merangsang mata agar bertindak dengan pantas.

Dec 10, 2010

Congrats To The Riches


[- Richard Hardin + Richard Herrera -]

Seperti ramalan ramai, pasukan pilihan dari awal yang dikatakan berpotensi untuk memenangi The Amazing Race Asia 4 akhirnya menepati jangkaan. Trio dari Filipina yang mempunyai nama serupa iaitu Richard Herrera dan Richard Hardin memijak karpet terlebih dahulu sekaligus mengalahkan dua lagi pasukan iaitu Michelle & Claire (Singapura) serta Natasha & Hussein (Indonesia). Penulis antara peminat setia siri pengembaraan merentasi dunia yang hebat ini bersorak riang ketika Allan Wu mengumumkan mereka sebagai pemenang.

Dec 9, 2010

Pusingkan Blog Dengan Rotateme


Agak² anda boleh baca tak blog yang melintang seperti ini?? Barangkali boleh tapi perlu bersusah payah menyengetkan kepala. Betul, tak?? Blog peribadi penulis itu telah dihack ditunggang terbalikkan oleh pemiliknya sendiri.

Dec 8, 2010

Dari Facebook Ke Blogspot

Hi readers! Topik kali ini penulis bawakan kepada anda secara langsung dari Facebook. Sekiranya anda dapat membaca coretan ini di blog penulis, bermakna penulis telah berjaya di dalam eskperimen ini.

Alang² menulis, biar penulis nukilkan sedikit kisah sedih yang berlaku pada 1 Muharram 1432 Hijriah. Permulaan tahun baru dalam kalendar Islam, penulis menerima khabar bahawa motosikal LC milik adinda bongsu telah dicuri orang. Adinda menelefon kira² jam 8 lebih malam memaklumkan kepada kami bahawa motosikalnya didapati hilang pada waktu petang. Ayahanda menasihatkannya agar melaporkan kejadian itu ke balai polis dengan segera.

Hari ini adinda bongsu terpaksa ke pejabatnya dengan berjalan kaki. Kasihan juga. Doa dan harapan penulis semoga motosikalnya dikembalikan semula di dalam keadaan baik. Doa dari kalian juga kami mohon.

Semoga adinda bongsu sentiasa tabah. Sesungguhnya setiap musibah mengandungi hikmah.

Dec 7, 2010

Maal Hijrah 1432H


Kalendar Islam masuk ke fasa baru lagi. Tahun 1431H penulis tinggalkan dengan hajat yang belum tercapai. Bagaimana dengan kalian pula?? Doa dan harapan semoga tahun baru 1432 ini, segala impian penulis akan berjaya direalisasikan.

Dec 6, 2010

Facebook Memperkenalkan Profail Baru

Klik gambar untuk ke Facebook Aman Firdaus

Laman sosial tersohor ketika ini iaitu Facebook terus menambahbaik lagi perkhidmatan mereka dengan memperkenalkan antaramuka Profail terbaru. Antara perubahan yang dilakukan ialah informasi pemilik akaun berada di atas di bahagian tengah malah ditulis seperti karangan. Gambar senarai rakan lebih besar dari dahulu.

Dec 5, 2010

Hoot


[:: SNSD ::]

Penulis suka video klip ini sebab ada Choi Siwon. Errr, kira kukuh tak alasan untuk suka sesebuah muzik video?? Lagu ini pun kira boleh masuk dengan halwa telinga penulis.

Dec 4, 2010

Blogspot Menambah 40 Tulisan Baru


Memandangkan ramai bloggers gemar memasukkan tulisan berbeza ke dalam blog mereka, maka warga kerja Blogspot telah menambah koleksi tulisan yang boleh digunakan di dalam blog anda. Ada kira² 40 jenis tulisan baru ditawarkan dan akan ditambah lagi nanti. Anda dapat menikmati kemudahan ini melalui Blogger in Draft.

Dec 3, 2010

Majlis Konvokesyen Ke-73 UiTM


Tarikh bersejarah di dalam kehidupan seorang pelajar termaktub lagi pada tarikh 2 Disember 2010. Dua tahun lepas, adinda lelaki penulis telah menerima diplomanya di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Akan tetapi kali ini isitadat konvokesyen dilakukan di UiTM Dungun, tempat adinda menamatkan pengajiannya.

Dec 2, 2010

Pameran Proton Pahlawan


Sana sini warga internet sibuk bercerita tentang Proton Pahlawan yang dikatakan bakal menggantikan Proton Persona. Maka, penulis dengan gigihnya telah mencari gambar² Proton Pahlawan tersebut. Ketika ini kesemua kenderaan tersebut dipamerkan di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010. Diberitakan concept car ini mendapat maklum balas positif dari penggemar kereta. Tidak dinafikan rekaannya agak menarik walaupun masih dibayangi oleh pengeluar kereta popular yang lain seperti Lotus dan Mitsubishi Lancer.

Dec 1, 2010

Permainan Online : Kata Ganti Nama Diri Tahun Tiga


Permainan ini mengandungi 15 soalan di dalam satu set. Setiap soalan mempunyai tempat kosong yang perlu diisi dengan diikuti empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang yang anda rasakan paling tepat. Respon akan diberi dengan pantas sama ada anda berjaya atau gagal.