Jun 30, 2012

Kekasih Wanita Curang Dibelasah Orang Kampung


Seorang lelaki berusia 22 tahun bengkak pada muka dan calar di badan akibat dibelasah penduduk kampung kira-kira pukul 10 malam yang menyangkanya pencuri setelah melihatnya lari lintang pukang. Cerita sebenar, lelaki itu melarikan diri dari rumah kekasihnya setelah bergelut dengan suami wanita itu yang pulang tiba-tiba.

Ambiga Mati Dibakar


Seorang gadis India menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila dibakar hidup-hidup oleh tiga orang penyerang di hadapan rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran. Mangsa, P Yoga Ambiga, 27, kerani bank di Medan Pasar, Kuala Lumpur melecur seluruh badannya sehingga bertukar warna putih.

Lee Chong Wei Bergelar Leftenan Komander Kehormat


Raja badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei menerima pemakaian pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jun 29, 2012

Majlis Akad Nikah Irma Hasmie ♥ Redza Syah Azmeer


Petang tadi telah berlangsung majlis akad nikah pelakon cantik manis, Irma Hasmie Ibrahim, 30, dan pasangannya Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, di Dewan Persidangan (Dewan Sri Melati) Kompleks Perbadanan Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sekali lafaz sahaja, Irma menjadi milik Redza pasa pukul 3.55 petang. Pasangan ini diwalikan serta dinikahkan oleh bapa Irma sendiri iaitu Ibrahim Othmandi hadapan Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Muhd Redza Ahmad.

Pejabat Microsoft Corp Dibakar


Rabu lalu (27062012), pejabat perisian komputer terkenal di dunia yang diasaskan oleh Bill Gates dan Paul Allen, Microsoft Corp di Athens, Greece telah dibakar oleh sekumpulan penyerang. Mereka merempuh pintu masuk dengan sebuah van mini sebelum bertindak membakar van berkenaan yang telah diisi dengan tong gas.

Kuliah Jumaat #47


Pendakwah : Ustaz Abu Hassan Din
Topik : Wuduk Untuk Orang Daimulhadas (Sering Berhadas)


Jun 28, 2012

Satar Kuala Kemaman

Jemput makan semua...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Anak Mati Ditolak Suami


Seorang lelaki dan sepasang anaknya ditemui mati dipercayai terjatuh daripada tingkat 21 Kondominium Hulu Langat Jaya, Batu 9, Cheras. Kejadian menyayat hati itu berlaku pada pukul 8.40 malam sebelum mayat ketiga-tiga mangsa dilihat oleh Sharizuraidah Ridzuan yang bergegas ke tempat kejadian dari rumah ibunya di Bandar Tun Razak, Cheras pada pukul 9 malam.

Jun 27, 2012

Lelaki Tua Tikam Teman Wanita


Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Mohd Zaki Abdul Wahab, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang warga tua berusia 61 tahun setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh Ratna Sufizzahriyanti Omar, 23, di bilik, sebuah rumah di Taman Mahkota, Jalan Stadium, di sini antara jam 8.45 malam 2 Mei 2011 hingga 12.45 pagi 3 Mei 2011.

Wordless Wednesday #54



Kerabat Diraja Serang Peninju Negara


Seorang kerabat diraja dan seorang lagi rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhamad Farkhan Mohd Haron, 24, pada 6 Mei 2012. Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 27, dituduh bersama Alex Foo Hee Wee, 41, bersama empat lagi suspek yang masih bebas telah menyebabkan kecederaan parah terhadap peninju negara itu pada bulan lalu.

Jun 26, 2012

Tangan Remaja Patah Ketika Bantu Ayah


Remaja lelaki berusia 17 tahun, yang mahu dikenali sebagai Amir telah patah tangan kirinya akibat dihumban ke lantai ketika cuba membantu ayahnya yang terjatuh kerana ditolak oleh jiran. Berlaku perbalahan antara ayah mangsa dan jiran yang berusia 40an pada malam tersebut sebelum kes itu berlaku. Pada jam 3 petang hari yang sama, ibu mangsa turut diugut akan dicederakan jika dua beranak itu lalu di hadapan rumah mereka malah wanita berkenaan turut diludah di muka.

Jun 25, 2012

Mohamed Morsi Dilantik Presiden Mesir Pertama


Wakil Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi telah disahkan sebagai Presiden Mesir yang pertama oleh jawatankuasa pilihan raya untuk menggantikan bekas Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan oleh rakyat. Keputusan yang diumumkan pada 24 Jun 2012 itu telah dibaca oleh Ketua Suruhanjaya Pemilihan Presiden, Farouk Sultan.

Cedera Dibelasah Peminta Sedekah


Seorang wanita berusia 28 tahun terbaring di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama dua hari akibat cedera teruk di muka dan retak di dahi kerana dibelasah oleh penyamun yang menyamar sebagai peminta sedekah. Nurhayati Kamisan menyedekahkan 50 sen kepada lelaki bertongkat yang disangkanya pengemis.

Jun 24, 2012

Filem Pendek : Rebut


Bukan saja kanak-kanak suka berebut, malah orang dewasa pun adakalanya tidak terlepas dari sifat suka berebut, merebut dan direbut. Lazimnya budak-budak suka berebut makanan wal mainan. Kalau orang dewasa pula, rebut apa agaknya ye?? Apa lagi kalau bukan pangkat mahu pun harta. Setuju??

Keluarga Xiwang Derma Buah Pinggang


Sepasang ibu bapa merelakan anak kesayangan mereka 'pergi' buat selama-lamanya dengan tangisan yang bukan sedikit. Anak kecil berusia 2 tahun dari Mongolia yang mengidap penyakit hypoxic-ischemic cerebral palsy ini sudah tidak berpeluang untuk hidup. Namun, kematian si kecil bernama Xiwang yang bermaksud harapan ini tidak sia-sia kerana ibu bapanya memutuskan untuk menderma hati dan buah pinggangnya kepada dua pesakit kanak-kanak yang lain.

Antara Pasangan Dan Perlawanan


Biasanya kain pemidang dipasang untuk memberikan informasi kepada masyarakat tentang sesuatu acara yang akan diadakan. Tetapi apa pula impaknya kalau kain pemidang yang sama digunakan untuk melepaskan kemarahan terhadap seseorang?? Seseorang bernama Chris telah mendapat mesej ringkas daripada pasangannya dengan cara yang unik.

Jun 23, 2012

Suri Rumah Mati Dibom Musuh Suami


Nasib malang menimpa seorang suri rumah dan anak lelakinya yang berusia 11 tahun selepas mereka terlibat dalam letupan bom buatan sendiri yang dipercayai dihantar oleh musuh perniagaan suaminya. Ledakan bom itu menyebabkan perut wanita itu terburai, kedua-dua belah mata buta dan tangannya hampir putus.

Gadis Kritikal Dibakar Dengan Petrol


Gadis berusia 23 tahun melecur hampir 90 peratus badannya setelah dsimbah petrol lalu dibakar hidup-hidup oleh kekasihnya sendiri. Suspek yang berusia 35 tahun bertindak sedemikian setelah berlaku perbalahan di antaranya dan mangsa.

Jun 22, 2012

Kajol Kelantan Gagal Dalam Rayuan


Penyanyi dikir barat moden Kelantan yang menggelarkan dirinya sebagai Kajol Bollywood mencuri tumpuan orang ramai ketika tampil persis 'lelaki sejati' dengan mengenakan pakaian lelaki dan berkopiah putih. Kajol hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk mendengar keputusan rayuan terhadap kesnya yang dibicarakan tahun lepas.

Kuliah Jumaat #46


Pendakwah : Ustaz Kazim Elias
Topik : Wasiat


Lin Dan Rampas Gelaran Lee Chong Wei


Musuh tradisi Raja badminton Malaysia, Lin Dan merampas carta pemain nombor 1 badminton dunia daripada Datuk Lee Chong Wei. Dalam ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Super Dan berjaya tampil sebagai pendahulu selepas mengutip 93,313 mata, mengatasi Chong Wei 91,898 mata.

Perompak Masuk Islam Kerana Akhlak Seorang Muslim


Seorang lelaki cuba merompak pasar mini Shirley Express pada Mei 2009 dengan bersenjatakan pemukul bola lisut. Malangnya, cubaannya gagal tatkala diacu senjata api oleh pemilik kedai tersebut. Perompak tersebut melutut sambil menangis lalu berkata "Saya minta maaf, saya tidak mempunyai makanan. Saya tidak ada duit. Seluruh ahli keluarga saya sedang kelaparan. Jangan memanggil polis. Jangan menembak saya."

Mendengarkan rintihan sang perompak, timbul simpati di hati Mohammad Sohail, lalu dia memberikan wang sebanyak $40 dan sebungkus roti. Dia juga menyuruh perompak itu berjanji bahawa dia tidak akan merompak lagi. Walaupun perompak tersebut berpeluang untuk lari tetapi dia tidak berbuat demikian. Dek kerana akhlak terpuji seorang muslim, terbuka hati perompak untuk memeluk agama Islam. Kalimah syahadah dilafaz lalu Sohail menamakannya Nawaz Sharif Zardari.

Jun 21, 2012

Bapak Juntai Anak Tepi Tingkap


Kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun mengalami detik cemas apabila bapanya menjuntainya di tepi tingkap di tingkat enam sebuah rumah pangsa. Lelaki tersebut tergamak 'bermain' dengan nyawa anaknya hanya kerana bertengkar dengan isterinya. Kes itu berlaku pada 18 Jun lalu di Guangzhou, wilayah Guandong, hanya beberapa hari selepas pasangan itu berpindah ke rumah pangsa tersebut.

Microsoft Melancarkan Tablet Surface


Sekian lama bertapak, syarikat komputer terkenal di dunia iaitu Microsoft telah membangunkan sebuah komputer tablet Windows. Pada hari Isnin lalu, Microsoft telah melancarkan Surface, sebuah tablet PC yang akan menggunakan versi sistem operasi Windows yang dipanggil Windows 8.

Jun 20, 2012

Atuk Sedih Ditipu Kekasih


Seorang atuk yang berusia 60 tahun membuat laporan di Balai Polis Chembong setelah menyedari dirinya ditipu oleh kekasih yang berusia 16 tahun. Mohd Adnan Hamid mendakwa gadis sunti yang bernama Fidah memungkiri janji untuk mengahwininya setelah menjalin hubungan dengan teman lelaki baru. Remaja itu bukan sekadar menipunya setelah banyak wang ringgit dilaburkan malah hamburan kata-kata kesat dilemparkan terhadap warga tua itu.

Azree Shahrel Dilantik Felo Universiti Cambridge


Anak watan Terengganu, Azree Shahrel Ahmad Nazri mencatat sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai felo penyelidik bidang matematik gunaan di Universiti Cambridge, United Kingdom. Azree dipilih berdasarkan pencapaian cemerlangnya sepanjang sesi pengajian doktor falsafah (PhD) dalam bidang matematik di universiti yang sama sejak tahun 2008. Pelantikannya diadakan di Trinity College.

Belasah Pelanggan Tukar Saluran Televisyen


Dek penangan Euro 2012, seorang lelaki cedera apabila dipukul oleh seorang pelanggan lain di sebuah pusat hiburan di Lebuh Naning ekoran tindakannya menukar saluran televisyen ketika perlawanan bola sepak berlangsung.

Wordless Wednesday #53



Jun 19, 2012

Daniyar Nazarbayev Terlibat Dalam Penipuan


Daniyar Nazarbayev, anak tiri Bolat Nazarbayev yang juga merupakan abang kepada Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev telah didakwa di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat. Menurut pertuduhan, dia telah menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

Jun 18, 2012

Penternak Berkahwin Atas Trak


Sepasang pengantin dari Wattsburg, Pa memilih untuk melangsungkan perkahwinan mereka di atas pikap. Perkahwinan di antara Beth Meabon ♥ Drew Robinson telah diadakan pada hari Sabtu, 16 Jun 2012.

Suami Cucuh Api Pada Isteri


Mahkamah Majistret Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang suami yang telah memukul isterinya menggunakan kerusi dan mencucuh mata kiri mangsa dengan wang kertas RM1 yang dibakar sehingga melecur. Wan Mustafa Mamat, 40, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Rohana Abdullah, 40, di rumah mereka di Kampung Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan pada pukul 9.30 malam 2 Februari 2012.

Kad Kahwin Irma Hasmie ♥ Redza Syah Azmeer


Pelakon ayu, Irma Hasmie yang bertunang dengan Redza Syah Azmeer pada 24 Mac lalu akan menamatkan zaman bujangnya pada 29 Jun ini. Kad kahwin pasangan ini ringkas tetapi menarik. Pada 8 Jun lalu, Irma Hasmie berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah dan dijadualkan pulang pada 20 Jun nanti.

Jun 17, 2012

Peristiwa Israk Mikraj


Alhamdulillah, sekali lagi kita dipertemukan dengan 27 Rejab 1433 Hijriah. Tarikh ini menjadi titik tolak perjalanan Nabi Muhammad S.A.W ke langit pada tahun ke-10 kenabian Baginda.

Israk bermaksud perjalanan waktu malam Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, manakala Mikraj pula bermaksud perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha melalui Baitul Makmur.

Budak Mati Pada Hari Jadi


Seorang pelajar Tahun Satu, Muhammad Faris Faizal Noor Hissham dari Sekolah Kebangsaan Pohon Tanjung, Pasir Mas terbunuh setelah tertembak pistol milik bapa saudaranya, Saufi Abd Wahab, 42. Peluru daripada pistol jenis Walter itu telah menembusi kepalanya malah turut mengenai dada seorang lagi bapa saudaranya, Helmi Ghazali, 32. Kes malang ini berlaku di rumah neneknya di Ketereh setelah selesai majlis kenduri kahwin ibu saudaranya, Syakirah Rifa’in, 25. Mangsa sempat menyambut hari jadinya secara kecil-kecilan beberapa jam sebelum nahas ini berlaku.

Jun 16, 2012

Kekasih Tinggal Bersama Harimau Bengal


Sepasang kekasih dari Brakpan, Afrika Selatan menyukai haiwan lalu mengambil keputusan luar biasa untuk memelihara seekor harimau bengal dan 14 ekor anjing di rumah mereka. Michael Jamison, 37, dan Jackie Smit, 29, membeli harimau bengal yang diberi nama Enzo ketika haiwan itu berusia 9 minggu.

Katak Berkahwin Untuk Panggil Hujan


Penduduk kampung di wilayah Chhattisgarh, Takhatpur, India telah memilih dua ekor katak untuk dikahwinkan dalam sebuah ritual perkahwinan luar biasa kerana mereka berpendapat cara ini dapat menyelesaikan 'sumpah kemarau' yang melanda kawasan itu sejak beberapa bulan lalu hingga mengakibatkan kekurangan bekalan air.

Simbah Air Panas Kerana Marah


Seorang remaja lelaki bernasib malang apabila disimbah air panas oleh ibunya yang berang. Ibu yang berusia 47 tahun itu bertindak sedemikian setelah anaknya tidak bangun dari tidur untuk ke tempat kerja walaupun sudah dikejutkan berulang kali.

Jun 15, 2012

Gadis Tidak Pulang Kerana Samsung Corby Hilang


Seorang anak gadis berusia 19 tahun, Wan Amirah Wan Zaki tidak pulang ke rumahnya di Rusila, Marang sejak 1 Jun lalu. Dia yang mendakwa mahu ke rumah kawan di Bukit Gasing pada jam 11 pagi tidak balik ke rumah sehingga lewat petang. Bapanya, Wan Zaki Wan Ngah, 45, menghubungi rakan anaknya tetapi dia diberitahu Wan Amirah tiada di situ. Risau dengan keselamatan anaknya, Wan Zaki membuat aduan di Balai Polis Marang pada malam hari yang sama.

Sultan Johor Murka Terhadap Mohammad Nizar


Ekoran isu bidaan plat WWW 1 oleh Sultan Ibrahim yang disensasikan oleh Mohammad Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu akhirnya bersedia menghadap Sultan Johor untuk memohon ampun. Namun, Sultan Johor yang murka dengan Nizar menyuruhnya meminta maaf dengan seluruh rakyat Johor selain baginda sendiri.

Kuliah Jumaat #45


Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Solat Subuh Tanpa Qunut


Jun 14, 2012

Guru Lekap Seterika Pada Budak Tadika


7 orang budak tadika mengalami nasib malang apabila dilekapkan dengan seterika panas di pipi oleh guru mereka kerana bersembang. Guru tersebut yang hanya dikenali sebagai Yi telah ditahan polis ekoran kesemua budak tersebut mengalami kesan melecur di pipi masing-masing. Kes ini berlaku di sebuah tadika di wilayah Jiangsu.

Pemuda Ganas Tolak Warga Emas Dari Bas


Seorang pemuda yang dikenali sebagai Alex Ong, 25, memarahi seorang warga emas berusia 76 tahun kerana lambat menekan loceng menyebabkan bas berhenti jauh dari perhentiannya. Jawapan nenek tua tersebut menaikkan darah Alex sehingga dia mengangkat tangannya untuk menampar nenek itu tetapi tidak jadi. Berlaku 'perang' mulut antara mereka lalu Alex menolak warga emas itu dari bas tanpa belas kasihan. Tindakan tidak bermoral Alex yang dilakukannya di dalam bas SMRT 167 di laluan Upper Thomson Road pada jam 3.15 petang, 5 Jun 2012 telah mengundang kemarahan orang ramai.

Jun 13, 2012

Cat Hijau Melekat Di Kulit


Gara-gara mahu kelihatan seperti watak Superhero Incredible Hulk, Paulo Henrique Dos Santos dari Vila Cruzeiro menghadapi masalah kerana warna hijau tersebut sukar dipadamkan dari tubuhnya. Paulo, 35, yang bertugas sebagai penjaga kolam dan DJ radio di Rio de Janeiro memilih imej Incredible Hulk untuk menghadiri satu majlis.

Masjid Shanke Yadem Tinggalan Khairuddin


Di Malaysia, kita sering melihat masjid yang tersergam indah dengan kos jutaan ringgit. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan, para arkitek saling berlumba untuk membina masjid unik bagi menonjolkan kehebatan seni bina masing-masing. Akan tetapi, tahukah anda bahawa ada sebuah masjid di Turki yang jauh lebih 'unik' mengatasi masjid² yang lain di seluruh dunia.

Wordless Wednesday #52



Jun 12, 2012

Gelang Nenek Fatimah Disamun Jiran Sebelah Rumah


Seorang warga emas tidak menduga kunjungan anak jirannya ke rumah adalah untuk menyamun gelang emas miliknya. Suspek yang dipercayai penagih dadah mengumpan isterinya ke rumah nenek Fatimah Md Salleh pada jam 8 malam dengan alasan ingin berurut kerana baru lepas bersalin.

Pelantar Minyak Perairan Tukau Terbakar


Mei lalu, Loji Pemprosesan Gas Petronas di Paka meletup mengakibatkan seorang maut, kali ini pemampat udara di pelantar minyak di perairan Tukau pula terbakar. Sekurang-kurangnya 5 orang pekerja syarikat Petronas Carigali cedera. Seorang daripadanya, Bernad Christopher, 39 dilaporkan cedera 70 peratus bahagian badan dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 pagi itu.

Ahli Perniagaan Dicucuh Besi Kimpalan


Seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hamzi terpaksa menanggung kesakitan yang sepatutnya dilalui oleh orang lain. Mangsa diseksa selama 3 jam di sebuah rumah berhampiran hutan sebelum dibebaskan oleh sekumpulan 5 orang penjenayah yang menyedari mereka telah menculik orang yang salah.

Jun 11, 2012

Plat WWW 1 Milik Satria Neo


Teka-teki mengenai kereta yang bakal digunakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim untuk plat paling mahal di Malaysia akhirnya terjawab apabila terpampang WWW 1 di Satria Neo jingga. Tentu tidak ramai yang menyangka kereta buatan tempatan menjadi pilihan Sultan Johor kerana umum beranggapan sebuah kereta mewah bakal menggunakan WWW 1.

Jun 10, 2012

Berkahwin Berhampiran Ribut Taufan


Sepasang pengantin yang berkahwin ala koboi di Harper, Kansas mengalami detik mendebarkan tetapi unik apabila ribut taufan melanda kawasan berhampiran mereka mengadakan majlis perkahwinan. Pengantin perempuan, Candra Pence yang berasal dari Nebraska berkesempatan menyaksikan ribut taufan buat pertama kali di dalam hidupnya. Ketika ribut taufan melanda kawasan sejauh 8 batu dari majlis perkahwinan, Candra dan suaminya, Caleb sedang bertukar ikrar.

Keputusan Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2012


Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-55 yang telah berlangsung selama 5 hari telah pun berakhir. Qari dari Kelantan, Muhamad Anuar Ghazali, 36, dan qariah dari Wilayah Persekutuan, Che Aminah Che Awang, 57, telah disahkan sebagai juara. Qari yang bertugas sebagai guru Pendidikan Islam dan qariah yang mengajar Al-Quran menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, pakej menunaikan ibadat haji beserta cenderamata dan sijil penyertaan.

Jun 9, 2012

Ganjaran Lumayan Untuk Pencabar Tang Shuquan


Pemegang Rekod Dunia Guinness dari China untuk kategori muka paling hodoh, Tang Shuquan menawarkan ganjaran lumayan kepada sesiapa sahaja yang boleh menyainginya membuat memek muka hodoh sepertinya. Sesiapa yang berjaya menyahut cabaran lelaki berusia 43 tahun itu bakal menerima wang sebanyak 10,000 pound (RM49,000).

Khalid Ismath Digantung 3 Semester


Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Mohd Ismath telah digantung 3 semester oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula sesi akademik September ini. Hukuman itu diputuskan setelah penuntut jurusan undang-undang itu dibicarakan pada pagi Jumaat (8 Jun 2012) oleh lembaga tatatertib.