Sep 30, 2013

Bumbung Wad Bersalin Hospital Serdang Runtuh


SERDANG – Siling bumbung Hospital Serdang sekali lagi dilaporkan runtuh namun kali ini membabitkan bahagian kaunter jururawat Jabatan Kecemasan dan Trauma Zon Merah menyebabkan tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan wanita cedera dalam kejadian 2.45 pagi, semalam.

Harga Rokok Naik RM1.50


Lambakan rokok haram yang dijual lebih murah di pasaran menyebabkan kerajaan tidak senang duduk. Justeru, mereka telah bersetuju untuk menaikkan harga rokok sebanyak RM1.50 sekotak menjadikan ianya berharga RM12.00 berbanding RM10.50 sebelum ini.

Kaki Jerlus Dalam Tandas


Pasir Mas: Malang buat seorang suri rumah apabila terpaksa menahan sakit lebih sejam apabila kaki kanannya tersepit di dalam lubang tandas di bilik air rumahnya di Kampung Tanjung Chenok, Bunut Susu, di sini, kelmarin.

Sep 29, 2013

Bumbung Masjid Kampung Tebauk Runtuh


KUALA TERENGGANU – Kejadian bumbung masjid runtuh sekali lagi berulang di Terengganu melibatkan masjid di Kampung Tebauk, Bukit Tunggal hari ini.

Tikam Jururawat Kerana Janggut


Seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan hasil pembedahan plastik yang dibuatnya telah menyerang tiga orang jururawat dengan pisau di sebuah hospital di Changsha, Wilayah Hunan pada hari Isnin lalu.

Sep 28, 2013

Hukum Tikus Makan Fulus


Seorang lelaki Palestin telah bertindak 'menghukum' tikus yang makan wang gajinya dengan mengikat tangan dan kaki haiwan berkenaan sebelum menggantungnya lalu fotonya dimuatnaik pada Facebooknya.

Sep 27, 2013

Budak Dibedah Kerana Getah


Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas kemaluannya membengkak dan sel kulit rosak akibat diikat dengan getah oleh rakan sekolah selama lebih empat jam.

Sep 26, 2013

Bini Nor Shahrul Pukul Pengawal


SUBANG – Kejadian seorang isteri pemain bola sepak kebangsaan memaki hamun seorang pengawal keselamatan menjadi viral apabila video yang dimuat naik oleh wanita tersebut mendapat perhatian ramai hari ini. Pelbagai kata biadap yang dilemparkan oleh isteri Nor Shahrul Idlan Tallaha atau dikenali sebagai Mat Yo terhadap pengawal di Lapangan Terbang Subang Skypark, di sini.

Belasungkawa Tan Sri Azizan


ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, akibat komplikasi jantung kira-kira jam 11.05 pagi tadi.

Perogol Kena Bedal



Seorang ibu yang berang dengan tindakan lelaki yang cuba merogol anaknya telah menghukum lelaki itu dengan tangannya sendiri. Ibu dari Moradabad, India itu memukul bertubi-tubi lelaki berkenaan dengan rotan ekoran tindakannya mengajak anak perempuan mangsa yang baru berusia 5 tahun masuk ke dalam selimut ketika cuaca panas terik.

Sep 25, 2013

Pelumba Motor Sujud Syukur Di Litar



Rider Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin mencipta sejarah sebagai anak Malaysia pertama yang menjadi juara podium di Eropah dalam mana-mana kejohanan dan kelas pelumbaan motosikal di Eropah.

Sep 24, 2013

Makanan Disangkut Pada Janggut


Jika Datuk K terkenal dengan kumis lebatnya, Isaiah Webb dari San Francisco pula popular dengan fesyen janggutnya. Terbaru, lelaki berusia 29 tahun itu menggunakan janggutnya untuk dijadikan bekas makanan mee segera.

Sep 23, 2013

Polis Mati Dihentak Pencuri


MELAKA: Seorang anggota polis maut dihentak batu di mukanya oleh seorang penjenayah yang cuba melarikan diri dalam Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng di sini, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Polis Diserang Dengan Parang


PEKAN – Tindakan agresif seorang lelaki yang cuba melibas parang ke arah beberapa anggota polis ketika cuba ditahan berakhir dengan tembakan mengenai perut dan dadanya kira-kira jam 5.45 petang kelmarin.

Sep 22, 2013

Bayi 4 Bulan Jadi Tebusan


Bukit Mertajam: “Saya lihat polis cuba memujuk lelaki mendukung bayi itu, tapi dia bertindak agresif dengan melibas parang ke arah polis sebelum polis menembak kakinya.”

Peniaga Makanan Putus Tangan


Kuala Lumpur: Dua penjenayah menceroboh masuk ke sebuah rumah pada jam 3.15 pagi semalam dan terus menetak penghuni rumah itu sehingga putus pergelangan tangan kanannya.

Sep 21, 2013

Kaki Berlubang Terkena Tembakan


Kuantan: Seorang ibu yang hamil empat bulan tidak menyedari kecederaan pada kaki kirinya akibat ditembusi peluru tembakan orang tidak dikenali ketika tidur di rumahnya di Kampung Seberang Sungai Ular, di sini, tengah malam kelmarin.

Makcik Maimunah Terima Ijazah


GEORGETOWN - Seorang warga emas berusia 65 tahun membuktikan usia bukan satu penghalang baginya untuk mencapai kejayaan dalam akademik apabila menerima Ijazah Sarjana Instruksi Multimedia pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-48, di sini, semalam.

Sep 20, 2013

15 Hari Terperangkap Dalam Perigi


Seorang wanita Cina ditemui masih hidup selepas terperangkap selama 15 hari dalam perigi tinggal sebelum diselamatkan. Su Qixiu, 38, ditemui di bahagian bawah perigi di wilayah Henan, China,

Sep 19, 2013

Kampit Baja Jadi Jalan Raya


Kuantan: Terdesak selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas akibat treler terbalik merentangi laluan di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan di Sungai Karang, di sini pagi semalam, segelintir pengguna jalan raya bertindak membina jalan alternatif dengan menutup sebahagian longkang menggunakan kampit berisi baja yang dibawa treler berkenaan.

Sep 18, 2013

Amah Tendang Anak Majikan



Kanak-kanak memang kuat meragam, apatah lagi kalau ditinggalkan bersama orang lain selain ibu bapanya. Seorang amah yang kurang sabar telah menendang dan menampar anak majikannya setelah budak berusia 3 tahun itu tidak berhenti menangis.

Sep 17, 2013

Budak Maut Dalam Peti Sejuk


Tiga kanak-kanak Afrika Selatan telah ditemui mati selepas terperangkap di dalam peti sejuk yang ditinggalkan ketika mereka bermain berhampiran rumah mereka.

Sep 16, 2013

Wanita Ditembak Peluru Sesat


Cubaan polis untuk menangkap lelaki yang mengamuk di luar Terminal Bas Lembaga Pelabuhan pada malam Sabtu lalu mengakibatkan dua orang wanita cedera terkena peluru sesat.

Sep 15, 2013

Nota Mohon Maaf Dari Penagih Dadah


Sebuah keluarga yang menjalankan perniagaan runcit di Nashville terkejut apabila menerima sepucuk surat berserta wang tunai daripada seseorang yang mendakwa bahawa dia pernah merompak kedai tersebut sedekad yang lalu.

Konvoi Motor Rempuh Toyota Hilux Di Chendor


KUANTAN – Lima penunggang motosikal cedera setelah terlibat dalam satu kemalangan membabitkan kumpulan konvoi dan sebuah pacuan empat roda di Chendor berhampiran Cherating, di sini.

Sep 14, 2013

Dua Kad Pengenalan Kerana Nama Panjang


Seorang wanita, Janice 'Lokelani' Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele terpaksa menunujukkan kad pengenalan selain lesen memandu jika diminta berbuat demikian oleh polis. Hal itu berlaku ekoran tiada nama pertama dan tengah pada lesen memandunya.

Budak Mati Dihempap TV


Gombak: Seorang bayi perempuan maut selepas kepalanya dipercayai dihempap televisyen berukuran 29 inci (73.6 sentimeter) di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Taman Bersatu, Rawang, dekat sini, semalam.

Sep 13, 2013

Tolak Suami Dari Tebing Tinggi


Seorang pengantin baru didakwa atas tuduhan membunuh suaminya hanya selepas 8 hari mereka berkahwin. Jordan Linn Graham, 22, menolak suaminya Cody Lee Johnson, 25, yang berasal dari Kalispell , Montana, dari tebing tinggi.

Sep 12, 2013

Adik Dilanggar Ketika Ambil Selipar


PARIT BUNTAR - “Ayah, adik dekat belakang mati kena langgar!” Hanya itu mampu diungkapkan kakak kanak-kanak berusia dua tahun yang maut dirempuh kereta bapanya di kediaman mereka di Taman Kerian di sini, semalam.

Jatuh Tebing Kerana Anak Anjing


Seorang pemilik anjing mati dan tunangnya cedera parah apabila mereka jatuh sambil berpegangan tangan ke bawah tebing setinggi 150 kaki ketika cuba menyelamatkan anjing mereka.

Sep 11, 2013

Isi Kicap Dalam Botol Arak


Kuala Lumpur: Sebuah kilang memproses kicap bukan sahaja memaparkan logo halal yang tidak diiktiraf, malah bertindak ‘biadab’ menggunakan botol arak yang dikitar semula bagi menghasilkan produk keluarannya.

Sep 10, 2013

Tungku Elektrik Meletup Atas Lutut


ALOR SETAR - Gara-gara mahu menuam lutut, seorang pesara guru melecur separuh badan apabila tungku elektrik yang digunakannya tiba-tiba meletup di rumahnya, di Taman Uda dekat sini baru-baru ini.

Kereta Terbabas Rempuh Warga Emas


KAMUNTING - Seorang warga emas maut dalam keadaan mengerikan akibat tangan kanan mangsa putus selepas terlibat dalam kemalangan di sini, semalam.

Sep 9, 2013

Sungai Diredah Untuk Ke Sekolah


Seorang guru di India sanggup berenang meredah sungai sejauh 12 kilometer (km) setiap hari seawal pukul 9 pagi untuk ke sekolah di perkampungan Malappuram di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Sep 8, 2013

Putera Arab Saudi Bunuh Gadis Berani


Sebuah kisah tragis berlaku pada 30 Mei 2013. Seorang gadis berusia 25 tahun dihumban keluar daripada kereta JMC dalam keadaan tidak berpakaian di Samer, pinggir bandar Jeddah. Saksi yang menyaksikan kejadian itu segera membaluti tubuh gadis berkenaan dengan selimut dan menghubungi polis.

Sep 7, 2013

Budak Lima Tahun Pandu Pesawat Ringan


Seorang budak lelaki Cina yang berumur 5 tahun mungkin menjadi orang termuda di dunia yang telah berjaya menerbangkan pesawat ringan satu tangan.

Sep 6, 2013

Ratusan Kenderaan Kemalangan Atas Jambatan


Satu kemalangan dahsyat berlaku di New Sheppey Crossing Bridge apabila sekurang-kurangnya 100 kenderaan berlanggar sesama sendiri. Polis menyifatkan malapetaka itu sebagai ajaib apabila tiada mangsa yang maut walaupun banyak kenderaan remuk teruk.

Sep 5, 2013

Paha Terbelah Kena Terjah


Perlawanan bolasepak persahabatan antara Alvechurch Youth dan Coldland Colts dicemari tragedi buruk sehingga pihak polis terpaksa masuk campur. Penjaga gol Coldland Colts, Kavan Ryan, 13, tidak sedarkan diri selepas diterjah keras dengan but bilah oleh pihak lawan.

Sep 4, 2013

Harga Ron97 Naik 15 Sen


Isnin lalu, harga petrol RON 95 dan diesel dinaikkan 20 sen, esok bermula kenaikan secara menyeluruh untuk harga bahan api apabila RON97 turut dinaikan sebanyak 15 sen seliter.

Pelajar Patah Tangan Jatuh Dari Bangunan


KUANTAN - Seorang pelajar perempuan tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Sira di sini parah selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah itu, tengah hari, semalam.

Celur Tangan Untuk Sangkal Tuduhan


Sibu: Tidak tahan dengan tuduhan ibu mentua mengatakan dia curang terhadap suami, seorang wanita hamil tiga bulan nekad mencelup tangannya ke dalam air mendidih sebagaimana dicabar mentuanya itu bagi membuktikan dia tidak bersalah.

Sep 3, 2013

Budak Cedera Teruk Dilambung Air Pancut


Jika disebut tentang air pancut, tentu tergambar di fikiran tentang keindahan persembahannya. Namun, pertunjukan air pancut menjadi detik hitam bagi seorang budak lelaki berusia 5 tahun apabila dia dilambung setinggi 8 kaki setelah dia bermain di kawasan air pancut tersebut.

Sep 2, 2013

Harga Petrol Ron95 Dan Diesel Naik 20 Sen


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Wanita Curi Basikal Sendiri


Vancouver - Seorang wanita tempatan Kayla Smith mempunyai cara tersendiri menghadapi pencuri basikalnya. Kayla kehilangan basikalnya yang berharga $1,000 (RM3,118) ketika diparkir dekat Kampung Olimpik minggu lalu.

Sep 1, 2013

Beri Ciuman Untuk Lulus Peperiksaan


Perbuatan tidak bermoral seorang guru lelaki terbongkar pada 20 Ogos 2013 apbila seseorang memuatnaik ke internet gambar-gambar guru berkenaan yang memaksa para pelajarnya menciumnya jika mahu lulus peperiksaan.

Panah Ganja Ke Penjara


Washington: Seorang lelaki membalut ganja pada anak panah dan melepaskannya dari busur ke arah tingkat dua bangunan penjara untuk membekalkan dadah itu kepada banduan, lapor media semalam.