Oct 31, 2009

Yahoo Messenger Status Generator


Julai tahun lepas, penulis ada menulis tentang topik Yahoo Messenger Online Status II yang menawarkan banyak ikon² yang comel untuk anda gunakan di blog. Kali ini penulis berbesar hati untuk berkongsi generator khusus untuk Yahoo Messenger.


Anda masuk ke laman sesawang YMGen. Isikan ID YM anda di kotak yang disediakan, kemudian klik pada ikon yang anda mahu. Selepas itu anda akan diberi kod untuk ditampal di blog seperti contoh di bawah :-


Selamat memasukkan status Yahoo Messenger ke dalam blog masing².

Oct 28, 2009

Memasang Blogger Login Form


Jika Wordpress memudahkan penggunanya dengan membenarkan mereka login ke dashboard masing² terus dari blog, kini pengguna Blogspot juga berpeluang menikmati kemudahan seumpama itu dengan memasang widget blogger login form ke dalam blog.


1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Page Elements.

3. Pilih Add a Gadjet - HTML / Javascript.

4. Kemudian, salin kod di bawah ini ke dalamnya.

<form action="https://www.google.com/accounts/ServiceLoginBoxAuth" method="post" onsubmit="onlogin()"><input value="http://www.blogger.com/loginz?d=%2Fhome&p=http%3A%2F%2Fwww.blogger.com%2F" name="continue" type="hidden"/><input value="blogger" name="service" type="hidden"/><input value="8" name="nui" type="hidden"/><input value="8" name="naui" type="hidden"/><input value="2" name="fpui" type="hidden"/><input value="3" name="uilel" type="hidden"/><input value="true" name="skipvpage" type="hidden"/><input value="false" name="rm" type="hidden"/><input value="true" name="alwf" type="hidden"/><input value="http://www.blogger.com/login.g" name="roeu" type="hidden"/><input value="0" name="alinsu" type="hidden"/><input value="WbQ8QiJfUvA" name="GA3T" type="hidden"/><div><label for="Email"> Username: <br/><input id="Email" tabindex="1" value="" name="Email" size="20" type="text"/></label></div><div><label for="Passwd"> Password: (<a href="https://www.blogger.com/forgot.g" target="_top" title="Forgot your password?">?</a>) <br/></label><input id="Passwd" tabindex="2" autocomplete="off" name="Passwd" size="20" type="password"/></div><br/><input id="signin-btn-ns" tabindex="0" value="Sign in" class="ubtn ubtn-block" name="submit" type="submit"/></form>
5. Save.

Untuk memastikan widget di atas dapat digunakan, keluar (logout) dari dashboard anda dan cuba masuk (login) semula ke akaun blog menerusi login form yang terdapat di blog anda. Selamat mencuba.

Via : MrPiratz

Oct 27, 2009

Lindungi Email Dengan TxtNinja


Banyak kali berlaku alamat email yang anda paparkan di blog berjaya dikesan oleh spam bot sehinggakan kotak email anda dibanjiri dengan ratusan email yang tidak diundang. Lantas pelbagai cara digunakan untuk melindungi email masing² termasuklah dengan menulisnya seperti eriyza[at]gmail[dot]com atau eriyza(@)gmail(.)com.


Selain dari cara di atas, anda juga boleh menjadikan alamat email anda sebagai gambar. Selain itu, anda juga boleh menjadikan teks lain sebagai gambar. Lihat contoh email yang penulis buat untuk blog ini.

Generated by TxtNinja.com

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, silalah berkunjung ke TxtNinja.

Oct 26, 2009

Adobe Reader Untuk PDF


Tidak lama dahulu, pc cabuk milik penulis ini tidak mampu membaca sebarang dokumen berformat .pdf, maka terpaksalah penulis menukarnya ke format lain. Justeru, penulis perlu mencari inisiatif agar penulis dapat membaca semua fail² berformat .pdf. Bantuan kemanusiaan yang dihulurkan oleh Amanz telah memudahkan kesulitan yang penulis alami.


Bagi anda yang menghadapi masalah yang sama, cubalah muatturun Adobe Reader dan masukkan ke dalam komputer anda. Semoga ianya dapat membantu anda membaca fail² .pdf.

Oct 25, 2009

Template Blog Dari All Blog Tools



Lagi template Blogspot yang menarik untuk anda muatturun dan seterusnya gunapakai di blog anda. Kebanyakan tema Blogspot yang disediakan di sini dirip daripada Wordpress. Temanya menarik dan kemas sesuai untuk semua orang.


Untuk melihat gambaran tema yang lebih jelas, silalah berkunjung ke All Blog Tools.

Oct 22, 2009

AutoFill Dalam Microsoft Excel



Okey, hari ini penulis ingin berkongsi sedikit tips mengenai Microsoft Excel. Bagi anda yang mahir menggunakan MS Excel, topik ini terlalu remeh temeh buat anda tetapi amat berbaloi untuk dibaca oleh sesiapa yang belum tahu akan fungsi memasukkan data secara automatik. Apa tunggu lagi?? Jomlah masuk kelas.


1. Buka Microsoft Excel 2003 anda.

2. Pada kolum A tulis Bulan manakala pada kolum B tulis Bilangan. Di bawah Bulan isikan pula
1/1/2009 dan di bawah Bilangan isikan 100.

3. Anda highlightkan 1/1/2009 dan 100 yang anda buat tadi sehingga di hujung sebelah kanannya terbentuk tanda + berwarna hitam. Tarik sahaja tanda + itu ke bawah sebanyak mana yang anda mahu.

Ini adalah kaedah pertama untuk membentuk autofill yang berturutan seperti bulan dari Januari hingga Disember manakala bilangannya pula hanya bertambah 1 untuk setiap bulan.

Seterusnya kita buat pula autofill untuk tarikh yang berturutan di dalam sebulan. Penulis memilih bulan 1 sebagai contoh manakala jumlahnya pula penulis tambahkan 500 untuk setiap hari.

4. Pada kolum D masukkan Tarikh dan kolum E pula masukkan Jumlah. Di bawah
Tarikh letakkan 1/1/2009 dan 2/1/2009 manakala di bawah Jumlah pula letakkan 1000 dan 1500.

5. Anda highlightkan 1/1/2009, 2/1/2009, 1000 dan 1500 yang anda buat tadi sehingga di hujung sebelah kanannya terbentuk tanda + berwarna hitam. Tarik sahaja tanda + itu ke bawah sebanyak mana yang anda mahu.

6. Siap.

Cara ini sangat efisien untuk digunakan di dalam sesuatu yang berturutan terutamanya tarikh, bulan, nombor dan sesuatu yang statik bilangannya.

Nah, kini anda sudah menyiapkan kerja² mengisi data dengan lebih cepat. Anda juga lebih cekap selain menjimatkan masa. Sebarang pertanyaan, sila ajukan di bahagian komen.

Oct 21, 2009

Permainan Online : Savanna Blocks


Barangsiapa yang gemar bermain Tetris tentu akan suka dengan permainan ini. Nak tahu kenapa?? Sebabnya permainan ini seumpama Tetris cuma corak permainannya sahaja yang sedikit berbeza. Kalau bermain Tetris anda perlu membuat bentuk menegak, memanjang atau menyenget, permainan ini juga begitu cuma lebih menarik.


Permainan ini anda perlu menggunakan tetikus (mouse) sepenuhnya untuk membentuk sebarang bentuk asalkan warnanya sama dan melebihi dua blok. Contohnya anda boleh membuat abjad seperti W, N, A atau huruf seperti 1, 7 dan 8. Anda juga akan diberi 3 jenis blok ekstra seperti bintang, masa dan bom yang mempunyai keistimewaan sendiri.

Seperkara yang jelas, jangan biarkan seme blok pelbagai warna itu menggunung tinggi dan anda akan tersingkir. Selamat bermain Savanna Blocks.

Oct 20, 2009

Ingati Tarikh Penting Dengan Reminderfox


Semua orang mempunyai agenda tersendiri di dalam kehidupannya. Ada orang yang sibuk memanjang manakala ada juga yang banyak masa santai. Walau siapa pun kita, banyak agenda perlu dilakukan, ada walimah perlu dihadiri dan hari istimewa untuk diraikan. Namun, mampukah kita mengingat kesemuanya sekaligus tanpa bantuan kalendar??


Dulu penulis ada menulis tentang Desktop Calendar tetapi kali ini penulis memilih Reminderfox pula. Ianya adalah addon yang disediakan oleh pihak Firefox. Justeru, anda cuma perlu memasukkan tarikh untuk peristiwa² penting yang perlu anda buat. Ia akan berada di sudut kanan status bar Firefox anda. Setiap kali anda membuka Firefox, ia akan memberitahu sama ada anda mempunyai sebarang program pada hari tersebut. Mudah dan senang.


Oct 16, 2009

Paparan Tarikh Pada Topik Sama Hari


Kerapkali berlaku apabila anda membuat lebih dari satu topik di dalam satu hari yang sama, hari dan tarikh untuk topik yang terdahulu tidak ditunjukkan. Sedikit sebanyak ia mencacatkan pemandangan blog anda yang sememangnya menarik. Kali ini, kita belajar untuk membuatkan hari dan tarikh pada topik yang diterbitkan pada hari yang sama terpapar semua sekali.


1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML (Tanda kotak Expand Widget).

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari kod ini.

<b:if cond='data:post.dateHeader'>
<h2 class='date-header'><data:post.dateHeader/></h2>
</b:if>

5. Gantikan kod tersebut dengan kod ini pula.

<b:if cond='data:post.dateHeader'>
<script>var ultimaFecha = &#39;<data:post.dateHeader/>&#39;;</script>
<h2 class='date-header'><data:post.dateHeader/></h2>
<b:else/>
<h2 class='date-header'>
<script>document.write(ultimaFecha);</script>
</h2>
</b:if>

6. Preview dan Save template jika berpuashati.

Nah, sekarang kesemua topik yang anda tulis sudah mempunyai semua hari dan tarikh walaupun ditulis pada hari yang sama. Cubalah.

Via : Blogspot Tutorial

Oct 14, 2009

Alihkan Blog Lama Ke Blog Baru Secara Automatik


Anda membuat blog baru sama ada di Wordpress atau Blogspot juga tetapi anda tidak mahu kehilangan pengunjung setia anda yang sering menaikkan trafik blog. Anda boleh menguar²kan tentang kewujudan blog baru anda dan di dalam masa yang sama tidak perlu menghapuskan blog lama. Anda cuma perlu bertindak cerdik dengan mengalihkan pautan blog lama ke blog baru.


Cara²nya juga cukup mudah.

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML.

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari <head> dan dan letakkan kod ini di bawahnya.

<meta content='0;url=http://eriyza.aeropama.com' http-equiv='refresh'/>
Tukarkan tulisan berwarna merah dengan kesesuaian anda sendiri. Ia bererti masa di dalam kiraan saat untuk mengalihkan blog lama ke blog baru secara automatik. Anda digalakkan memilih di antara skala 0 (cepat) - 5 (lambat). Manakala tukarkan alamat blog yang berwarna ungu dengan alamat blog anda sendiri.

5. Preview dan save template jika berpuashati.

Selamat mencuba.

Via : The Tricks

Oct 12, 2009

Buat Logo Ala Twitter


Jika anda pengguna Twitter, tentu anda biasa melihat logonya yang berwarna biru muda. Anda juga boleh mengimplementasikan teks seumpama itu pada perkataan yang anda mahu. Misalnya gunakan ia untuk nama blog anda atau lain² perkataan.


Logo rekaan anda tidak semestinya berwarna senada seperti warna asal kerana anda boleh menukar Font Size, Font Color dan Outline Color mengikut kesesuaian anda sendiri di bahagian advance options. Tulis perkataan yang anda mahu dan tekan butang make. Kemudian, muatturun sahaja logo yang telah anda buat. Anda boleh mencuba perkhidmatan ini di Twitlogo.

Oct 10, 2009

Auto Correct Dalam Microsoft Word

video

Berapa ramai daripada kita yang menggunakan AutoCorrect sewaktu menaip di Microsoft Word?? Mungkin anda adalah antara penggunanya dan mungkin juga tidak menghiraukan langsung fungsinya. Apa kata anda mencuba keseronokan menggunakan perkhidmatan AutoCorect. Di samping itu, ia juga menjimatkan masa jika anda perlu mengulang perkataan yang sama banyak kali.




1. Buka Microsoft Word 2003 anda.

2. Klik pada Tools - AutoCorrect options.

3. Di tab AutoCorrect, masukkan perkataan ringkasan pada Replace dan masukkan perkataan penuh pada With.

Contoh :-

Penulis menggunakan blog1 (Replace) untuk http://eriyza.via.my (With) manakala blog2 (Replace) untuk http://eriyza.aeropama.com (With). Justeru, penulis cuma perlu menaip blog1 atau blog2 sahaja bagi menggantikan alamat penuh blog² penulis.

4. Klik Add dan seterusnya OK.

Anda boleh mula menaip seperti biasa dan gunakan perkataan ringkasan tadi untuk menggantikan perkataan penuh. Cara ini amat berbaloi untuk perkataan yang panjang misalnya nama jabatan seperti Polis Diraja Malaysia sebagai PDRM.

Sekiranya, anda tidak mahu menggunakan perkataan ringkasan itu lagi, anda cuma perlu highlightkan perkataan tadi dan Delete sahaja di menu Tools - AutoCorrect options.

AutoCorrect juga boleh digunakan untuk membetulkan perkataan yang tersalah dieja. Misalnya eriza kepada eriyza.

Selamat mencuba. Semoga sukses.

Oct 9, 2009

Hoskan Fail Di Supload


Topik kali ini penulis ingin berkongsi satu lagi laman sesawang yang membolehkan anda menghoskan fail² seperti gambar, audio dan juga video. Anda boleh memberikan pautannya kepada rakan² lain untuk dimuatturun. Ianya boleh digunakan secara percuma dengan atau tanpa mendaftar.


Anda boleh memuatnaik gambar dari komputer atau mengambilnya dari laman sesawang lain. Gambar² itu juga boleh dimuatnaik dalam bentuk zip. Ia menyokong fail berformat .wmv, .mov, .qt, .mpg, .mpeg, .avi, .asx, .asf, .3gp untuk video dan .wav, .midi, .mp2, .mp3, .ram, .wma, .m4a, .mp4 untuk audio.

Ini adalah contoh fail yang telah penulis muatnaik. Silalah muatturun.

Video - Richie Ren

Audio - Simply Sunday

Dengan kebolehannya menyimpan pelbagai format, ia memudahkan kerja anda untuk memuatnaik fail² yang berlainan. Anda bolehlah mencuba perkhidmatan ini di Supload.

Oct 5, 2009

Semak Kelajuan Blog


Pernah atau tidak anda menyemak kelajuan blog milik anda sewaktu ianya hendak dipaparkan. Ada masanya kita merasakan blog kita sudah dibuka dengan pantas tetapi adakah tekaan itu benar?? Untuk memastikan kesahihannya, kita perlu menyerahkan tugas tersebut kepada yang pakar.


Justeru, anda boleh menyemak kepantasan blog anda di Iwebtool. Anda boleh memasukkan sebanyak 10 pautan di dalam satu masa dan tekan butang Check.

Oct 4, 2009

Lindungi Gambar Dengan Roflbot


Satu lagi laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan watermark pada gambar. Sebelum ini penulis pernah menulis tentang topik lindungi gambar dengan watermark yang mempunyai fungsi lebih kurang sama. Setakat ini ada sepuluh jenis tulisan boleh dipilih berserta lima saiz.


Anda boleh memilih gambar dari laman sesawang lain atau memuatnaiknya dari komputer anda sendiri. Mereka juga menyediakan perkhidmatan gambar rawak untuk anda gunakan sebagai contoh semasa membuat watermark. Anda boleh mencubanya di Roflbot.

Oct 3, 2009

Masukkan Lagu Ke Dalam Blog


Soalan ini sudah lama diajukan oleh My Mummy's Dobi dan REZUAN+FAIZA NOR = NUR UMAIRAH di bahagian komen topik muatturun lagu dari imeem. Penulis hampir terlupa untuk menunaikan permintaan mereka yang ingin mengetahui cara² untuk meletakkan lagu di blog. Kali ini penulis akan menggunakan lagu dari 4Shared kerana laman ini menyediakan kemudahan untuk mengambil kod lagu dan boleh juga dimuatturun.



1. Masuk ke laman sesawang 4Shared. Cari lagu yang anda kehendaki. Klik pada lagu tersebut. Di bahagian Share, pilih kod yang berada di dalam kotak Embed. Salin semua kod tersebut.

Contoh kod :-

<embed src="http://www.4shared.com/embed/25262980/ee6e8708" allowfullscreen="true" allowscriptaccess="always" height="250" width="450"></embed>
Jika anda tidak mahu saiz kotak lagu tersebut terlalu besar, anda perlu mengubah kod yang berwarna merah iaitu height 250 kepada 20 dan width 450 kepada 250.

Hasilnya :-


2. Seterusnya, tampal kod tersebut di dalam tab Edit HTML di dalam New Post anda.

3. Preview dan publish post jika berpuashati.

Itu sahaja. Ianya mudah dan ringkas.