Apr 30, 2010

Koleksi Tulisan Dari Simply The Best Fonts


Nak tambah font dalam komputer anda?? Anda sudah bosan dengan font² lama?? Apa kata anda menambah koleksi font² anda dengan memasukkan font² baru. Ada pelbagai jenis pilihan font yang boleh dimuatturun untuk Pc atau Mac.

Apr 29, 2010

Happy Birth.Day


Okey. Hari ini kita layan lagu pula. Asyik belajar sahaja mana boleh, kena juga berhibur sekali sekala. Betul tak?? Lagu yang penulis pilih kali ini adalah sebuah lagu hari lahir yang bertajuk Happy.Birth.Day dari kumpulan popular Taiwan, Mayday.

Apr 27, 2010

Cari Ikon Dengan FindIcons


Anda mahu mencari ikon?? Anda boleh mencarinya di web FindIcons. Ada banyak pilihan ikon yang disediakan di bahagian Browse. Jika anda mahukan ikon tertentu, taip sahaja di kotak carian dan mulakan pencarian anda. Selain itu, anda juga boleh menekan butang Excite Me untuk melihat ikon yang dipaparkan secara rawak.

Apr 24, 2010

Cara Membatalkan Akaun Facebook


Adakah anda ingin membatalkan akaun Facebook anda? Mungkin anda sudah bosan dengan Facebook atau ada sebab musabab lain yang lebih kukuh untuk anda memadamkan terus akaun Facebook anda. Awas, jika anda sudah memadamkannya, anda tidak boleh mendapatkannya semula melainkan membuat akaun baru.

Apr 23, 2010

Memasang Widget Dari Google


Jika anda penggemar Google, anda tentu teringin memasukkan pelbagai jenis widget Google yang menarik. Kini, anda boleh memasukkannya dengan mudah dengan adanya web Google Elements. Antara widget² yang disediakan ialah Calendar, Conversation, Custom Search, Maps, News, Presentations, Spreadsheets, YouTube dan News.

Apr 19, 2010

Lukis Dan Kongsi Lakaran Di Twitter


Original sketch by JamesDownes

Anda mahir melukis?? Walaupun tanpa berus dan cat air, anda masih boleh melukis dengan baik dengan menggerakkan tetikus (mouse)?? Apa kata anda cuba melukis di web Penolo sekaligus memaparkan lukisan anda tadi di Twitter.

Apr 18, 2010

Permainan Online : Peribahasa Tingkatan Dua


Anda mendakwa diri anda sebagai seorang yang pandai meneka peribahasa?? Apa kata anda mencuba permainan suai dan padan untuk Tingkatan 2. Anda pasti akan menepuk dahi kerana ada di antara pilihan jawapan peribahasa ini tidak pernah anda dengar.

Apr 16, 2010

Tambah Dogpile Pada Enjin Pencarian Firefox


Selain pakcik Google dan makcik Yahoo, anda tentu lebih suka mencari sesuatu menggunakan enjin pencarian lain. Penulis misalnya gemar melayari enjin pencarian Dogpile selain dua enjin pencarian di atas. Namun, ianya tidak tersedia di carian pada browser Firefox. Justeru, penulis perlu menambahnya sendiri. Cara ini lebih menjimatkan masa dan tenaga.

Apr 13, 2010

Label Berawan Dari Tagul


Penulis ingin memperkenalkan label berawan yang menarik kepada anda semua. Malah label berawan ini sangat sesuai digunakan jika anda mempunyai kategori blog yang banyak. Anda juga boleh memilih warna kegemaran anda sendiri untuk setiap pautan kategori.

Apr 12, 2010

Paparan Blog Di Facebook


Penulis yakin ramai di antara bloggers yang mendaftar di Facebook. Umum mengetahui buat masa kini Facebook menjadi medium utama para pengguna untuk berinteraksi antara satu sama lain. Justeru, apa kata kita mengambil peluang untuk memaksimakan penggunaan Facebook dengan memaparkan topik² menarik di blog di Facebook pula. Nak tahu cara²nya?

Apr 10, 2010

Eriyza's Novella



Hari ini 10 April 2010. Penulis mengambil kesempatan ini untuk melancarkan perasmian blog baru penulis iaitu Eriyza's Novella. So, penulis tidak mahu bercerita panjang. Untuk mengetahui jalan ceritanya, anda perlulah membaca novel online ini. Buat pengemar² novel di luar sana, terimalah bingkisan terbaru dari penulis.

Apr 9, 2010

Tweet Ala Diari Dengan Mood Tweet


Kepada kaki² Twitter, kini anda boleh menulis tweet anda seumpama menulis diari. Anda boleh memasukkan keadaan cuaca ketika tweet anda ditulis. Selain itu, anda juga dapat memasukkan mood anda pada hari itu. Ada beberapa mood boleh dipilih seperti Moo'd, Bleak, The Blues, Okay, Optimistic dan Hot Stuff. Selepas itu, klik sahaja butang Update.

Apr 3, 2010

Coklat Rokok


Ketika zaman kanak² ribena dahulu, penulis pernah melihat coklat (coklat atau gula²) rokok ini. Penulis menggelarkannya coklat rokok kerana ianya dibuat menyerupai rokok malah dibungkus di dalam kotak seumpama rokok juga. Malah nama yang tertera di kotak itu juga seperti rokok iaitu Pally (Pall Mall), Kemt (Kent), Marlbovo (Marlboro) dan lain² lagi. Ketika itu, coklat ini berperanan seperti chewing gum yang hanya boleh dikunyah tetapi tidak boleh ditelan. Tidak lama kemudian, ianya seperti diharamkan (tidak pasti) kerana ianya tiada lagi di pasaran.

Baru² ini ketika penulis ke sebuah kedai runcit di Chukai, penulis ternampak coklat rokok dipamerkan di atas rak. Setelah sekian lama, coklat ini muncul kembali. Namun penulis tidak mengesyorkan coklat rokok ini dijual di pasaran kerana ia semacam menggalakkan kanak² 'merokok' walaupun ia sekadar coklat. Umum mengetahui kanak² adalah golongan yang mudah terpengaruh. Mereka bermula dengan coklat rokok tetapi akhirnya menjadi perokok. Penulis membangkang sekeras²nya pengeluaran dan penjualan coklat rokok. Anda pula bagaimana??

Apr 1, 2010

Soal Dan Jawab Di Formspring



Sekejap rasanya masa berlalu. Kini kita sudah berada di bulan April. Ada yang sambut April Fool ke? Jangan memperbodohkan bulan April seperti budaya barat, kalau sambut hari bersejarah bolehlah diraikan. Sebelum penulis terus merapu, sebenarnya penulis hendak memberitahu bahawa penulis sudah berdaftar di laman Formspring.