Feb 28, 2013

Pelajar Perempuan Selamatkan Al-Quran


Pantai Timur dilanda banjir lagi. Kanak-kanak antara yang paling gembira bermain air apabila bah tiba. Namun, lain pula halnya bagi pelajar tahun 5, Nurul Natasha Mohd Yasin, 11, apabila dia meredah banjir untuk menyelamatkan naskhah Al-Quran daripada ditenggelami banjir.

Lori Kemek Dihempap Balak


Sebuah treler yang dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke kilang kayu di Lubok Jong, Pasir Mas terbalik selepas gagal dikawal ketika membelok ke kanan untuk ke Jalan Parit Air, Rantau Panjang. Kejadian pukul 1.30 pagi itu mengakibatkan kayu balak berkenaan bergolek ke rumah penduduk.

Feb 27, 2013

Wordless Wednesday #89


Feb 26, 2013

Kembar Yoona Ada Di Malaysia


Salah seorang penyanyi terkenal dari kumpulan Girls Generation, Yoona tidak menyangka bahawa dia mempunyai kembar dari Malaysia. Walaupun berbeza bangsa, agama dan budaya, namun rupa paras kedua-dua gadis ini seiras sehingga boleh membawa watak adik-beradik di dalam drama Korea.

Feb 25, 2013

Bas Terbabas Rempuh Kedai Kasut


Sebuah bas persiaran yang mengalami masalah brek terbabas lalu menyeret enam buah kenderaan lain sebelum merempuh sebuah kedai kasut. Nahas itu berlaku berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan 6/9, Kampung Tasik Tambahan berhampiran susur keluar Jalan Ampang-Hulu Langat, semalam.

Muka Ditampar, Rantai Disambar


Seorang warga emas yang tinggal sendirian, Mek Ya, 75, bukan sahaja ditampar oleh seorang lelaki malah lehernya turut diacu parang dalam satu kejadian samun di Kampung Parit Tanjung Piandang Tengah, Parit Buntar, pada pukul 6 pagi semalam.

Feb 24, 2013

Perompak Tawar Diri Buat Susu Bayi


Tiga orang perompak bertopeng memecah masuk ke rumah Imam Masjid Kampung Bukit Diman, Mustafa Khatib Mohamad, 67, pada pukul 3 pagi. Mereka yang bersenjatakan pisau kemudiannya mengarahkan Mohd Nasrudin, 34, mengejutkan bapanya sebelum mengikat semua ahli keluarga mangsa bersama di dalam sebuah bilik.

Nyawa Melayang Kerana Pisang


Seorang lelaki berusia 37 tahun, Mohd. Khairul Azman Mohd. Shaufi, mati akibat dibelasah menggunakan kayu oleh sekumpulan lelaki di Kampung Rahmat Luar, Tanah Merah, malam kelmarin kerana disyaki mencuri pisang. Mangsa yang cedera parah di kepala setelah dibelasah pada pukul 8 malam telah meninggal dunia di Hospital Jeli pada pukul 11.50 malam.

Feb 23, 2013

Mata Kail Tidak Tanggal


Seorang guru yang baru bersalin nyaris tertelan mata kail ketika makan hidangan nasi bungkus berlauk singgang ikan haruan yang dibeli oleh suaminya, Abdul Rizal Anzah, 35, di kafe Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS). Guru wanita yang bersalin enam hari lalu itu menikmati juadah berkenaan pada pukul 6.45 petang, Rabu lalu di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), HoSHAS.

Lima Tahun Gagal Dikesan


Tiada lafaz seindah 'Alhamdulillah ya Allah' yang mampu diungkapkan oleh sepasang suami isteri apabila anak yang hilang 5 tahun lalu kembali ke pangkuan mereka. Mat Salleh Abbas, 73, dan Ramlah Yaakob, 54, tidak menemui anak mereka yang menghidap sindrom down, Riduan Mat Salleh, 33, sejak 28 Februari 2008 apaabila dia gagal dikesan.

Feb 22, 2013

Suspek Kes Rogol Terlantar Di Hospital


Seorang lelaki yang dipercayai merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun terlantar koma di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat dibelasah oleh keluarga mangsa. Lelaki yang berusia 28 tahun itu melakukan jenayah itu ketika mangsa meminta perlindungan di rumahnya di Bukit Puchong.

Kuliah Jumaat #81



Pendakwah : Ustaz Don Daniyal
Topik : Pelihara Nama Baik Kawan

Feb 21, 2013

Padah Lengah Bedah


Seorang bapa, Nazihan Rohani, 36, membuat laporan polis ekoran tindakan doktor di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang melengahkan proses pembedahan anaknya sehingga menyebabkan keadaan anaknya, Nurnatasya, 11, bertambah kritikal. Dakwanya pada 28 Januari lalu, anaknya itu dibawa ke HTF untuk rawatan kerana dipercayai menghidapi apendiks.

Sakit Perut Lepas Rehat


Sekurang-kurangnya 75 orang murid Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar, Meru, Klang mengalami sakit perut, muntah dan cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan selepas mereka rehat pagi semalam. Pelajar yang terlibat di dalam kejadian itu adalah dari tahun empat hingga enam.

Rempuh Kereta Keluarga Angkara Sengketa


Hanya kerana berlaku salah faham antara dua beradik ketika jamuan Tahun Baru Cina,, salah seorang daripada mereka bertindak ganas apabila merempuh kereta ahli keluarganya sendiri untuk melampiaskan amarah. Kejadian itu berlaku di Taman Angsana, Kulim. Kedua-dua beradik berusia lingkungan 20an.

Feb 20, 2013

Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Runtuh Lagi


Kerangka lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang sedang dalam proses baik pulih runtuh lagi siang tadi. Runtuhan itu menyebabkan lima pekerja binaan cedera dengan tiga daripadanya parah. Kerangka yang sama pernah runtuh pada 2 Jun 2009 sehingga menjadi buah mulut di serata dunia.

Wordless Wednesday #88


Feb 19, 2013

Lancar Mogok Kerana Gaji Pokok


Sekumpulan 500 orang pekerja sebuah kilang pengeluar komponen komputer Kawasan Perindustrian Senai melancarkan mogok mengenai isu penyelarasan gaji asas minimum RM900 yang ditetapkan kerajaan pada awal Januari lalu. Mereka mendakwa pihak syarikat cuba memutarbelitkan fakta berkenaan tanpa memberikan hak mereka yang sebenar.

Feb 18, 2013

Amah Lambung Anak Majikan


Sepasang suami isteri mungkin tidak akan mempercayai mana-mana lagi individu untuk menjaga anak mereka selepas anak lelaki mereka didera oleh pembantu rumah warga Indonesia. Mohd. Harez Mohd. Zamri, 4 bulan, cedera di badan akibat dilambung seperti anak patung oleh amah yang menjaganya.

Perut Ditusuk Ikan Todak


Ikan todak sinonim dengan cerita rakyat yang mahsyur zaman dahulu iaitu Singapura Dilanggar Todak sehingga ianya difilemkan. Namun, kali ini si todak tidak menyerang Temasik tetapi seorang nelayan menjadi mangsanya. Nelayan terbabit, Abu Bakar Bachik, 57, cedera di perut akibat tusukan si todak berkenaan.

Sofea Hana Godam Laman Web Parlimen Malaysia


Laman web rasmi Parlimen Malaysia telah digodam oleh pihak yang menamakan diri mereka sebagai Sofea Hana. Terdahulu, laman Jabatan Agama Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendaftaran Negara turut digodam oleh penggodam yang sama.

Feb 17, 2013

Trak Polis Terbalik


Sekurang-kurangnya 12 Orang Kena Tuduh (OKT) cedera ringan selepas trak polis yang mereka naiki terbalik di Jalan Pandan Utama, Pandan Indah berhampiran susur keluar ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada pukul 11.30 pagi. Trak itu dinaiki oleh 25 orang OKT sedang dalam perjalanan pulang dari Mahkamah Ampang ke Balai Polis Pandan Indah selepas mendapatkan perintah reman.

Cucu Dukung Nenek Dari Api Marak


Tindakan pantas seorang cucu yang mendukung neneknya untuk menyelamatkan diri berjaya menyelamatkan nyawa warga emas itu. Pemuda berani itu, Asyraf Ibrahim, 20, membawa neneknya, Kuna Abu, 87, lari sejauh 50 meter apabila rumah yang mereka diami di Jalan Kemboja 19, Kampung Semabok Dalam, Melaka musnah dijilat api pada pukul 1.30 petang kelmarin.

Feb 16, 2013

Tahi Bintang Jatuh Di Russia


Pada hari Jumaat, 15 Februari 2013, masyarakat dunia dikejutkan dengan khabar bahawa sebutir meteor atau tahi bintang telah jatuh di kawasan padat dengan penduduk di bandar Chelyabinsk, pergunungan Ural, kira-kira 1,500 kilometer dari Moscow, Russia. Bencana pada pukul 9.20 pagi waktu tempatan mengakibatkan 1,000 orang cedera manakala banyak bangunan rosak teruk.

Feb 15, 2013

Kuliah Jumaat #80



Pendakwah : Ustaz Zulkifli Ahmad
Topik : Roti Telur Kedai Mamak

Feb 14, 2013

Terima Padah Kerana Isyarat Lucah


Seorang juruukur bahan berusia 29 tahun, Leong Pei Koe, dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau selepas membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan ekoran menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis pada Isnin lepas.

Feb 13, 2013

Kucing Ada Kening


Jika sebelum ini penulis pernah menulis tentang kucing mata juling yang menjadi terkenal kerana keunikannya itu. Ada seekor lagi kucing turut menjadi popular ekoran mempunyai kening di atas matanya. Kucing berkenaan diberi nama Sam.

Wordless Wednesday #87


Feb 12, 2013

Emak Tendang Musang Kerana Anak Diserang


Seorang bayi berusia 5 minggu, Denny Dolan, nyaris maut apabila diserang oleh seekor musang. Tangisan Denny menyebabkan ibunya, Hayley Cawley, 28, bergegas mendapatkannya. Ketika itu, musang berkenaan sedang menggonggong Denny dan cuba membawanya lari menerusi pintu hadapan. Hayley menendang musang berkenaan dengan kuat menyebabkan haiwan liar itu beredar.

Feb 11, 2013

Penculik Tebusan Ditembak Polis Perempuan


Seorang polis wanita boleh dianggap sebagai 'heroin' apabila berjaya menembak penjenayah yang menjadikan orang awam sebagai tebusan. Malah, tembakan itu dilakukannya ketika sedang berunding dengan penjenayah berkenaan. Jika sasarannya tersasar, pasti nyawa wanita yang menjadi tebusan bakal terancam.

Feb 10, 2013

Karangan Lucu : Cinderella


Penulis tertanya-tanya apa agaknya reaksi ibu bapa pelajar ini jika karangan sebegini ditulis oleh anak mereka. Betapa besarnya pengaruh artis sehingga dijadikan watak dalam penceritaan karangan. Mungkin karangan ini berbentuk fantasi sehingga ia digarap sebegini rupa.

Feb 9, 2013

Digigit Lintah Kerana Penjenayah


Seorang ahli perniagaan beruia 34 tahun dikelar dan ditikam oleh penjenayah yang menculiknya di Jalan Kamunting. Lebih memburukkan keadaan, dia juga menderita akibat digigit lintah besar yang menghisap darah di lehernya ketika dia menyorok dalam paya di sebuah belukar.

Feb 8, 2013

Ahli Sihir Mati Dibakar


Seorang wanita berusia 20 tahun yang dituduh mengamalkan sihir dihukum oleh penduduk kampung selepas didakwa menyebabkan kematian
seorang budak lelaki berusia enam tahun dengan ilmu sihir. Mangsa, Kepari Leniata, dikatakan mengaku bertanggungjawab di atas kematian budak itu yang dirawat di hospital selepas sakit perut dan dada.

Kuliah Jumaat #79



Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Hukum Lelaki Pakai Cincin Suasa

Feb 7, 2013

Belasungkawa Azli Paat


Pakar ICT Malaysia yang terkenal, Azli Paat, 46, telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7 malam di rumahnya. Menurut anak kedua arwah, Ahmad Naim, 23, bapanya hanya mengalami demam panas dan mendapatkan rawatan di klinik sebelum meninggal dunia. Azli merupakan Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012.

Naik Keretapi Sempena Hari Jadi


Hadiah hari lahir yang diingini oleh seorang kana-kanak sempena hari lahirnya yang ketiga ialah menaiki keretapi. Justeru, si ayah berusaha memenuhi impian anaknya pada hari istimewa itu. Keterujaan Madeline Dubois ketika menaiki keretapi buat kali pertama telah dirakamkan oleh ayahnya.

Gigi Reput Kerana Coke


Seorang lelaki yang baru berusia 25 tahun kehilangan semua giginya ekoran ketagihan terhadap minuman bergas terutamanya Cola. Walaupun telah diberi amaran oleh doktor gigi, William Kennewell tetap mengambil 8 liter Cola sehari. Natijahnya, giginya mulai mereput dan semua giginya perlu dibuang.

Feb 6, 2013

Karangan Lucu Budak Terengganu


Cuba anda baca baca karangan yang ditulis ini. Adakah anda faham maksud tersirat yang cuba disampaikan melalui tulisannya?? Jika ya, anda tidak akan ada masalah untuk berkomunikasi dengan penulis kerana penulis berasal dari negeri yang sama. Namun, penulis sedikit musykil apabila loghat seharian diterjemahkan secara terus melalui pena oleh pelajar ini.

Wordless Wednesday #86


Feb 5, 2013

Kepala Anak Dipijak Bapak


Seorang remaja perempuan terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) setelah kepalanya dipijak oleh bapanya sendiri. Bapa zalim berkenaan dipercayai berbuat demikian ekoran berang dengan kejujuran anaknya yang memberitahu orang lain bahawa dia malas bekerja.

Feb 4, 2013

Mesin Pizza Segera


Mesin Pizza segera sudah berkembang pesat di Eropah. Kini, ia cuba menembusi pasaran negara Uncle Sam pula. Mesin pizza yang dinamakan Let's Pizza ini dijangka akan beroperasi di pasaraya, hospital, lapangan terbang dan lain-lain tempat yang menjadi tumpuan orang awam.

Feb 3, 2013

Android Apps : Dam Haji


Sewaktu kanak-kanak dahulu, tentu ada di antara kalian yang gemar bermain dam haji. Betul tak?? Kini, anda boleh bermain dam haji di telefon pintar anda. Ya, dam haji ini dibangunkan dengan ringkas tanpa grafik yang menarik agar pemain dapat menumpukan perhatian ketika mengalihkan buah.

Feb 2, 2013

Aznil Nawawi Bergelar Datuk


Tahniah! Akhirnya pengacara no.1 Malaysia, Aznil Haji Nawawi telah dikurniakan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) bergelar Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena Hari Wilayah Persekutuan pada Jumaat.

Feb 1, 2013

Kuliah Jumaat #78



Pendakwah : Ustaz Zahazan Mohamed
Topik : Hajat Dan Doa