Mar 31, 2012

Tasha Manshahar - Be Mine


Ada khabar gembira untuk kami sekeluarga hari ini. Doa dan harapan penulis agar semuanya berjalan lancar. InsyaAllah. Untuk mengekpressikan perasaan bahagia ini, penulis hadiahkan sebuah lagu romantis untuk kalian yang boleh membuai jiwa.

Mar 30, 2012

Kuliah Jumaat #34


Pendakwah : Ustaz Zahazan Mohamed
Topik : Doa Nabi Kepada Anas Bin Malik


Lagu Zizan Haram Disiarkan


Tidak lama dahulu, ada individu tertentu mendakwa lagu Bawaku Pergi yang dibawakan oleh Zizan + Kaka tidak sesuai untuk halwa telinga kerana liriknya menggalakkan remaja lari dari rumah. Penulis mengakui pernah terfikir akan hal yang sama apabila mendengar bait² liriknya terutamanya pada bahagian hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng... kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng.

Nah, di situlah wujudnya gambaran lari dari rumah pada andaian sesetengah pihak. Natijahnya, kerajaan 1Malaysia telah menghantar sepucuk surat rasmi kepada si pelantun lagu ini iaitu Zizan bahawa lagu ini akan diharamkan penyiarannya. Akan tetapi apabila Malique selaku komposer dan penulis lirik lagu ini muncul memberikan penjelasan, barulah penulis faham makna tersirat di sebalik lagu kontroversi ini. Jom, tengok lirik Bawaku Pergi dulu.

Denda Penari Tiang Terlalu Ringan


Tidak setimpal langsung. Itu reaksi awal penulis apabila anak mata melekap pada cerita tiga orang perempuan yang merupakan penari aksi miang tarian tiang hanya didenda sebanyak RM25 walhal perbuatan mereka meliuk-lentukkan tubuh di tiang dengan aksi ghairah amat menjijikkan. Adakah akta undang² di Malaysia serapuh ini?? Penulis mengutuk sekeras²nya denda ringan yang dikenakan terhadap mereka. Denda yang ringan hanya akan dijadikan bahan gelak ketawa mereka sambil berkata "Alah, apa nak takut? Dendanya ciput, sekali kena cekup cuma bayar RM25, lepas bayar, kami menari lagi."

Mar 29, 2012

Liyana Jasmay Bertunang


Minah kecil molek, si Liyana Jasmay telah melangsungkan pertunangan dengan lelaki pilihannya, Fathuddin Mazlan, 28 pada jam 9 malam tadi di kediaman keluarganya di Kemensah Height. Liyana Jasmay sengaja memilih 28 Mac 2012 sebagai hari pertunangannya bersempena dengan hari lahirnya yang ke-24.

Mar 28, 2012

Wordless Wednesday #41



Pengumuman Pernikahan Awal Ashaari Dan Scha Al-Yahya


Sepasang lagi selebriti popular 1Malaysia bakal mendirikan mahligai bahagia. Berlokasi di Flora Cafe, Jalan Ampang, Awal Ashaari ♥ Scha Al-Yahya telah mengesahkan bahawa mereka akan bernikah pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman, Putrajaya. Dua hari berselang, mereka akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), tempat yang sama Yusry Abd Halim ♥ Lisa Surihani berkahwin. Berita gembira ini dikhabarkan 2 hari selepas Awal melamar Scha secara langsung di kaca tv.

Mar 27, 2012

Wajah Perempuan Persis Michael Jackson


Saat anda terpandang gambar di atas, pasti anda meyakini bahawa ia adalah Michael Jackson, bukan?? Maaf, tekaan anda salah kerana ia bukanlah penghibur terkenal dunia yang telah pergi meninggalkan kita melainkan klonnya. Satu hal lagi yang perlu anda tahu bahawa Michael Jackson jelmaan ini bukanlah lelaki sebaliknya perempuan.

Mar 26, 2012

Mawi Diacu Parang Oleh Perompak Bertopeng


Bekas Juara Akademi Fantasia 3 yang mencipta gelombang tsumawi, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 31, mengalami saat menakutkan apabila 4 orang lelaki bertopeng yang dipercayai warga Indonesia menceroboh masuk ke rumahnya untuk merompak. Kejadian pda awal pagi itu berlaku hanya dua jam selepas dia pulang daripada menghadiri siri jelajah Anugerah Bintang Popular di Johor Bahru, Johor.

Tiz Zaqyah Menyanyi Untuk Peminat


Jika disebut tentang Tiz Zaqyah, pasti ramai orang akan teringatkan watak gadis bertudung, Nur Amina yang dibawanya dengan berkesan dalam drama yang seterusnya diangkat ke layar perak iaitu Nur Kasih. Di sebalik kehebatan lakonannya, Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah sebenarnya mempunyai bakat terendam terpendam dalam bidang nyanyian.

Mar 25, 2012

Awal Ashaari Melamar Scha Al-Yahya Di Propaganza


Pelakon dan hos terkenal, Awal Ashaari membuat kejutan di set penggambaran program Propaganza tengah hari tadi apabila melamar kekasihnya, Scha Al-Yahya dalam siaran secara langsung yang disiarkan di Astro Ria. Scha yang tergamam dengan tindakan spontan Awal yang melutut dengan membuka kotak cincin sambil berkata "Sharifah Nor Azean Binti Syed Mahadzir... sudikah awak menjadi yang halal buat saya??" kelihatan sebak lalu menjawab "Ya, saya terima."

Harga Segelas Air Panas


Sekali lagi isu harga air tanpa gula atau susu krimer menjadi topik akhbar. Jika sebelum ini kes air kosong / suam / panas dilaporkan agak mahl di Pantai Barat, kali ini ianya berlaku di Pantai Timur pula. Lebih memalukan lagi, apabila restoran yang dilaporkan mengenakan caj sebanyak RM1.80 itu terletak tidak jauh dari kediaman penulis.

Mar 24, 2012

Irma Hasmie Bertunang


Pelakon yang kini terjun ke arena pengacaraan, Irma Hasmie telah melangsungkan pertunangan dengan Redza Syah Azmeer Dato' Radzuan, 31, seorang ahli perniagaan. Majlis serba sederhana itu berlangsung pada pukul 4.15 petang di kediaman Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh. Majlis merisik telah diadakan pada 12 Mac 2012 lalu.

Anis - Bulan Ditutup Awan


VIDEO BULAN DITUTUP AWAN OLEH ANIS

Mari kita kembali ke zaman muda emak bapak kita dahulu. Lagu Bulan Ditutup Awan ini asalnya dinyanyikan oleh Rokiah Wanda tetapi diberi nafas baru oleh Yuna. Namun, hari ini bukan lagu dari Yuna yang ingin penulis perdengarkan malah penyanyi ini bukan artis namun penulis suka kelunakan suaranya mengalunkan lagu ini bersama gitarnya. Ayuh, dengarkan Bulan Ditutup Awan versi Anis. Suara menarik, orangnya cantik!

Mar 23, 2012

Mari Layari Youtube Malaysia


Woohaa! Tahniah kepada rakyat 1Malaysia kerana laman perkongsian video terbesar dunia, Youtube telah memilih negara bertuah ini sebagai negara ke 42 yang menerima domain Youtube yang akan dikenali sebagai Youtube Malaysia. Pengarah Pembangunan Produk Asia Pasifik YouTube, Adam Smith telah pun melancarkan perasmian Youtube Malaysia di Kuala Lumpur pada hari Khamis bersamaan 22 Mac 2012.

Kuliah Jumaat #33


Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Perkara Paling Lazat Dalam Dunia


Mar 22, 2012

Tiga Abdul Pelajar Unggul


Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang telah diumumkan semalam menyaksikan kembar tiga mencatat keputsan cemerlang. Trio kembar yang mendapat gelaran 'Tiga Abdul' dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH), Kedah mendedikasikan keputusan cemerlang mereka buat ibu bapa yang banyak berkorban serta memberi semangat kepada mereka.

Mar 21, 2012

Semak Keputusan SPM 2011 Melalui SMS


Keputusan SPM 2011 akan diumumkan hari ini bersamaan hari Rabu, 21 Mac 2012. Semua pelajar Tingkatan 5 yang telah mengambil peperiksaan SPM pada tahun lepas bolehlah mengambil keputusan peperiksaan di sekolah masing² bermula pukul 10 pagi. Pada yang berjaya dengan cemerlang, tahniah diucapkan manakala yang gagal dengan teruk, jangan putus asa.

Goo.gl Memaparkan Pratonton Pada Alamat Singkatan


Ada banyak pemendek alamat laman web disediakan tetapi penulis lebih suka menggunapakai Goo.gl yang diterajui oleh Google sendiri. Baru² ini, laman Goo.gl telah dikemaskini menjadi lebih menarik.

Wordless Wednesday #40



Mar 20, 2012

Siti Nur Fatihah Diculik Berhampiran Rumah


1Malaysia masih lagi berkabung atas kematian adik Dirang yang dibakar sehingga rentung, hari ini diberitahu lagi tentang tragedi penculikan remaja berusia 15 tahun pula. Siti Nur Fatihah Mahadi dipercayai diculik oleh tiga individu termasuk seorang wanita sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli kad prabayar. Ketika kejadian, mangsa ditemani dua orang adiknya Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11 tahun.

Bapak Aniaya Anak


Seorang anak bakal kehilangan rumah pusaka neneknya di Kuala Kubu Bharu, Selangor gara² memajakkan rumah tersebut bagi tujuan pinjaman kewangan untuk membantu ayahnya memulakan perniagaan. Malangnya bertimpa apabila namanya juga bakal disenaraihitam oleh pihak bank apabila ayahnya tidak melunaskan wang pinjaman sejak enam bulan lalu.

The Google Song


Dari orang dewasa sehingga budak sekolah rendah, ramai yang kenal Google. Penulis dan anda mendapatkan khidmat 'nasihat' Google untuk mencari sesuatu info dan terbitlah pepatah moden... 'please Google before you ask'. Akan tetapi, pernahkah anda mendengar lagu tentang Google??

Mar 19, 2012

Secret Garden 2010


Buat penggemar drama bersiri dari Korea Selatan seperti penulis, anda seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menonton drama Secret Garden (시크릿 가든) terbitan tahun 2010 yang bergenrekan komedi romantik. Secret Garden disiarkan di Astro Prima setiap Isnin sehingga Jumaat pada pukul 1.00 petang. Setakat ini (19 Mac 2012), sudah 11 episod disiarkan. Berbaki 9 episod lagi untuk dihabiskan.

Syahamah Juara Adik-Adikku 2012


Tanpa hebahan meluas, program Adik-Adikku sudah sampai ke peringkat akhir. Seramai 5 orang peserta akan berentap di pentas akhir yang disiarkan terus menerus oleh RTM1 dari Dewan Plenary, PICC, Putrajaya. Adik Nurussyahamah Taqiah binti Nurunnajmi telah muncul sebagai juara rancangan Adik-adikku musim ke-3. Kemenangan gadis cilik dari Terengganu ini sekaligus menewaskan 4 lagi peserta.

Mar 18, 2012

Artis Hamil Bergaya Dengan Kasut Tumit Tinggi


Jika anda sedang hamil, adakah anda masih sanggup mengenakan kasut tumit tinggi?? Mungkin ada yang jawab ya kerana sudah biasa bergaya dengannya tetapi penulis fikir ramai yang akan menggelengkan kepala sambil berkata tidak kerana wanita mengandung tidak sesuai memakai kasut tumit tinggi. Jika soalan sama diajukan kepada penulis, maka jawapannya sudah pastilah 'no!' sambil menggerak-gerakkan jari telunjuk kiri. Akan tetapi, artis wanita Hollywood tetap memilih kasut tumit tinggi walaupun sedang sarat berbadan dua. Mari kita tengok gelagat mereka.

Bukti Farah Lee Sayang Ally


Masihkah anda ingat lagi pada pasangan kacak lagi cantik, Ally Iskandar dan Farah Lee yang baru dua bulan mendirikan mahligai cinta?? Selaku hos selebriti, Ally Iskandar sememangnya menjadi perhatian masyarakat. Kini, perkembangan isterinya, Farah Lee, turut diikuti oleh orang ramai.

Mar 17, 2012

Shiro Juara Raja Lawak 6


Raja Lawak 6 yang bersiaran selama 10 minggu akhirnya sudah sampai ke kemuncak. Seperti jangkaan ramai pihak, kumpulan duo yang dianggotai oleh dua orang anak muda dari Kluang, Johor iaitu Shiro telah diumumkan sebagai Juara Raja Lawak 6. Raja Lawak 6 dipancarkan secara langsung dari Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya menerusi saluran Astro Warna menjadi saksi Shiro menewaskan tiga lagi kumpulan iaitu Zero, Cuit dan 2Yol. Eh eh, penulis nampak kelibat Abang Nara di kaca tv!

Mar 16, 2012

Nasi Kenduri Dibawa Lari


Nasi kawah untuk kenduri kahwin dilarikan orang?? Bunyinya macam kelakar, bukan?? Hakikatnya itulah yang berlaku terhadap sepasang suami isteri yang harus menanggung aib akibat seperiuk besar nasi hujan panas yang disediakan untuk tetamu dicuri oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Kes memalukan ini berlaku di Kampung Pulau Betong, Pulau Pinang.

Kuliah Jumaat #32


Pendakwah : Ustaz Kazim Elias
Topik : Hukum Cerai Dan Edah


Letak Label Pada Email

Pernahkah anda menghantar email penting yang memerlukan respon dari rakan atau klien anda tetapi anda terpaksa mencari email balas tersebut lantaran kotak email anda penuh dengan email² yang lain?? Jika ya, maka anda sangat disarankan untuk menggunakan fungsi terbaru Gmail iaitu meletakkan tanda bintang atau melabelkan email tersebut untuk memudahkan anda membuat semakan.

Mar 15, 2012

Semak Ejaan Bahasa Melayu Dengan MyEja


Kadangkala apabila kita menaip terlalu laju di dalam bahasa ibunda, kita malas hendak menyemak perkataan yang kita tulis dengan anggapan bahawa ejaan tersebut telah betul. Namun, jika tulisan tersebut adalah karya penting yang perlu dihantar kepada pensyarah misalnya, mahu atau tidak, anda perlu jua memastikan semua ejaannya adalah betul. Jika sebelum ini check spelling hanya dikhususkan untuk Bahasa Inggeris, kini sudah ada semak ejaan untuk Bahasa Melayu yang dibangunkan dengan nama MyEja dan tersedia dalam bentuk add-on Firefox.

Mar 14, 2012

Wordless Wednesday #39



Mar 13, 2012

Pihak Rotikaya Jawab Tuduhan Melia Aimelia


Pemilik blog hiburan RotiKaya yang selama ini sering memaparkan kisah sensasi wal kontroversi artis² Malaysia akhirnya tampil membela diri ekoran cerita panas tentang Melia Aimelia yang mereka dakwa terlibat dalam video lucah dengan tajuk tulisan Gambar: Melia Aimelia Pelakon Video Lucah Ini Atau Pelanduk Dua Serupa? Rentetan cerita itu, Melia Aimelia menuduh pihak RotiKaya memfitnahnya dengan menafikan dirinya terlibat di dalam video tersebut.

Dirang Ditemui Rentung Dalam Lubang


Misteri kehilangan Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang akhirnya terjawab dengan penemuan mayat rentung di dalam sebuah lubang. Kanak² malang berusia 5 tahun itu didapati hilang pada 1 Mac lalu ketika ibunya, Roselyn Alan, 25, menyuruh dia membeli mee segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumah mereka di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam. Kemudian, si ibu terus ralit melayari Facebook sehingga terlupa tentang anaknya sehingga ditanya oleh suaminya, Lima Medeng, 25, tentang ketiadaan Dirang di rumah.

Mar 12, 2012

Mangsa Tsunami Jepun Bertemu Selepas Setahun


Masih ingatkah lagi anda pada bencana alam tsunami yang melanda Jepun pada tahun lalu?? Seluruh penduduk dunia turut berdukacita dengan Negara Matahari Terbit yang lumpuh setelah sebahagian dari rakyatnya menjadi korban manakala harta benda musnah ditelan gelombang. Di dalam tragedi yang sama, seorang tentera Jepun, Koji Chiba telah berjaya menyelamatkan bayi perempuan, Iroha Ishikawa yang ketika itu baru berusia 4 bulan dari runtuhan bangunan setelah 3 hari tsunami membadai Jepun.

Aksi Kelakar Berbasikal Satu Tayar


VIDEO LELAKI MENUNGGANG BASIKAL
DENGAN SATU TAYAR SAHAJA

Adakah basikal yang sudah kehilangan sebiji tayar dikira 'cacat'?? Jika ya, mahukah anda menunggangnya di jalan raya sehingga menjadi buah mulut orang lain?? Pada anda, mungkin menunggang basikal satu tayar adalah kelakar tetapi bukan semua orang berpendapat begitu kerana masih ada orang yang sanggup melakukannya.

Yuna - Terukir Di Bintang


Penulis bukanlah peminat Yuna tetapi ada juga lagu gadis ini yang melekat di telinga. Penulis tidak tahu lagu yang penulis suka ini lagu baru atau sudah lama terbit di pasaran ekoran kurang mengambil cakna perkembangan artis ini. Antara lagu Yuna yang penulis suka ialah Terukir Di Bintang. Mood lagu ini membuatkan penulis rasa bagaikan bercinta di zaman dahulu.

Mar 11, 2012

Aksi Miang Tarian Tiang


Inilah tarian tiang yang dikatakan miang lagi gedik. Macam mana?? Sudahkah anda mendapat gambaran awal kalau wanita seksi yang menari sebegini, apakah impaknya kepada jantan hidung belang yang menonton?? Sudah pasti terbeliak mata.

Lima Lelaki Dirotan Kerana Berjudi


Lima orang lelaki Acheh yang didapati bersalah kerana berjudi menerima habuan untuk perbuatan mereka. Kesemuanya dihukum sebat sebanyak enam kali pada setiap hari Jumaat dan pelaksanaan hukuman tersebut dilakukan di hadapan khalayak ramai di Acheh Timur, Langsa, Indonesia. Dilaporkan beratus² penduduk keluar menyaksikan hukuman yang dijalankan berlandaskan undang² Islam ini.

Mar 10, 2012

Emak Malang Masih Anak Sayang


Baru semalam kes emak yang lumpuh ditinggalkan oleh anaknya penulis siarkan, akhirnya anak tersebut muncul dari persembunyian untuk menerangkan tindakannya berbuat demikian. Naluri penulis sebelum ini mengatakan bahawa pemuda ini punya masalah ternyata ada benarnya apabila kisahnya mula diceritakan.

Imam Terima Padah Kerana Hina Mahkamah


Seorang bekas imam ratib Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan dijatuhkan hukuman penjara setahun ekoran tindakannya membaling sepasang selipar ke arah tiga panel hakim semasa prosiding mahkamah berlangsung. Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menyifatkan hukuman yang dikenakan ke atas Hoslan Hussin, 46, setimpal dengan perbuatannya yang menghina mahkamah.

Nenek Mengaku Mencuri Ubi Kayu


Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu. Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Mar 9, 2012

Emak Ditinggal Anak Tunggal


Hancur luluh hati seorang ibu tua yang lumpuh tatkala menyedari dirinya ditinggalkan sendirian di tempat asing oleh anaknya sendiri. Wanita tersebut, Faridah Maulud, 66, dibiarkan seorang diri sejak 4 hari lalu di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru.

Seorang Lelaki Memiliki Enam Isteri


Seorang lelaki yang sudah pun mempunyai 4 orang isteri masih belum berpuas hati dengan 'pencapaiannya' itu. Justeru, dia mengahwini 2 orang wanita lagi untuk menambah 'koleksi' isterinya yang kini berjumlah 6 orang. Kes 1 suami 6 isteri ini terbongkar apabila waris terdekat lelaki tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, tampil memberikan maklumat.

Kuliah Jumaat #31


Pendakwah : Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
Topik : Contoh Kepercayaan Karut


Remaja Terbunuh Tertimbus Tanah Runtuh


Seorang remaja berusia 13 tahun, Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan telah tertimbus sebahagian badannya sehingga kepala selama lebih kurang 10 minit ketika tanah runtuh menimpa bahagian dapur rumahnya di Kuarters Kerani Polis, Jalan Belfield off Jalan Maharajalela. Mangsa yang masih bernyawa berjaya ditarik keluar dengan bantuan jiran dan ahli bomba.

Mar 8, 2012

Sebghatullah Qazizada Juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012


Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2012 yang disiarkan secara langsung dari Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya menerusi RTM 1 baru sahaja berakhir. Seramai 8 orang perserta dari 69 orang keseluruhannya telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Dua kategori dipertandingkan iaitu antarabangsa dan nusantara. Kategori antarabangsa diwakili oleh 5 orang peserta manakala selebihnya dalam kategori nusantara.

Ayam Masak Halia


Penulis tidaklah pandai sangat memasak. Kalau masak sekalipun, penulis gemar masak makanan yang ringkas tapi sedap. Hari ini penulis hendak memberikan resipi yang cukup mudah untuk disediakan. Pastinya sesuai untuk orang bujang... diulangi... orang bujang. Masakan ini penulis namakan Ayam Masak Halia.

Banjir Kilat Di Kuala Lumpur


Ibu negara Malaysia sekali lagi berdepan dengan banjir kilat. Banyak tempat ditenggelami air dan aktiviti harian terbatas. Hujan lebat yang berlarutan selama 3 jam menyebabkan air meningkat dengan pantas. Jalan raya sesak teruk mengakibatkan ramai warga kota terkandas. Antara laluan yang terjejas teruk dalam kejadian banjir kilat ialah Jalan Travers, Jalan Bangsar-Mahameru, Jalan Silang manakala beberapa kawasan di Ampang termasuk Desa Pahlawan, Hiliran Ampang serta jalan Hulu Langat dinaiki air sehingga ke paras lutut.

Mar 7, 2012

Wordless Wednesday #38



Fasha Menerima Lamaran Jejai


Pelakon wanita yang sering diterpa kontroversi, Nur Fasha Sandha akhirnya mengakui bahawa dia bakal menikahi Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai) setelah dilihat menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa. Dakwaan itu semakin nyata apabila mereka berdua pernah mencuba busana pengantin di butik tidak lama dahulu. Fasha, 28, sering bermain tarik tali mengenai status hubungannya dengan Jejai, 36, yang juga merupakan bekas suami pelakon comel, Nora Danish.

Mar 6, 2012

Khairy Puji Bunohan Sambil Perli Hantu Bonceng


Pengarah filem yang juga Juri Maharaja Lawak, Ahmad Ilham Idham tersentap apabila Hantu Bonceng arahannya diperlekeh bahkan bukan calang² orang yang mengkritiknya. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau sinonim dengan gelaran KJ secara terbuka memuji filem Bunohan yang sedang ditayangkan malah memerli filem Hantu Bonceng di dalam Twitternya.

Wanita Tua Memanjat Keluar Dari Keranda


Seorang nenek berusia 95 tahun memanjat keluar dari kerandanya setelah 6 hari 'disahkan mati'. Kes 'mati hidup kembali' itu mengejutkan kawasan kejiranannya di Beiliu, Daerah Guangxi, China. Nenek Li Xiufeng didapati kaku dan tidak bernafas di atas katil oleh jirannya dua minggu selepas tersadung dan mengalami kecederaan di kepala. Ketika jirannya, Chen Qingwang, 60, cuba mengejutkannya dengan memanggil dan menggerakkan tubuhnya, nenek Li langsung tiada tindak balas. Justeru, Chen 'mengesahkan' bahawa nenek Li telah mati.

Mar 5, 2012

Warga India Terkorban Di Genting Highland


Seawal jam 8.15 pagi tadi, sebuah bas persiaran Star Mart yang membawa 24 pelancong warga India telah terbabas lalu terbalik di di Kilometer 4.6 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak. Dua penumpang maut manakala pemandu, kelindan dan penumpang selebihnya termasuk seorang kanak² berusia 2 tahun mengalami kecederaan. Rombongan itu dipercayai dalam perjalanan ke Singapura setelah melawat Genting Highlands.

Lengan Winston Kemp Bercorak Abstrak Akibat Panahan Kilat


Seorang juruelektrik berusia 24 tahun bergegas ke luar rumah untuk mengambil labunya ketika cuaca buruk. Dia mendengar dentuman kuat dan melihat satu cahaya terang menyinari halaman rumah jirannya. Anehnya, selang 45 minit kemudian, muncul corak berselirat umpama lukisan abstrak di lengannya tetapi Winston tidak pergi mendapatkan rawatan kerana memikirkan ia hanya hal kecil. Dia beranggapan 'corak' itu akan hilang sendiri nanti. Sebenarnya, Winston sudah mendapat Lichtenberg iaitu kesan kilat pada kulit akibat terkena panahan kilat yang tidak disedarinya.

Mar 4, 2012

Lebam Dirotan Kerana Ejek Rakan


Gara² mengejek rakan²nya yang lain, Amir Azamuddin yang berusia 14 tahun menerima 'hadiah' di badan daripada ustaznya. Amir yang belajar di Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar Rashidin, Alor Gajah telah disebat dengan rotan sebanyak 10 kali di belakang, bahu kiri dan kedua-dua betis sehingga lebam-lebam dan luka. Perkara itu disahkan oleh ayahnya sendiri, Abdul Rahim, 37, yang mendakwa kejadian itu berlaku pukul 7.30 pagi pada hari Khamis lalu.

Nenek Puan Mahu Kahwin


Masih ingatkah lagi anda pada Nenek Puan?? Dalam usia 116 tahun, nenek Puan masih mampu melihat dan mendengar dengan baik. Justeru, nenek ini melahirkan hasratnya untuk berkahwin lagi sekiranya ada lelaki yang sudi.

Mar 3, 2012

Bienda Melahirkan Lavienda Namiraz


Bienda nasyid, anak kepada Sheeda dangdut telah selamat melahirkan anak sulungnya melalui pembedahan di sebuah hospital swasta pada 26 Februari lalu. Puteri sulungnya itu seberat 2.95 kilogram ketika dilahirkan. Bienda, 27, dan suaminya, Kamarul Zariman atau lebi mesra dipanggil Boy telah menikah pada 08.10.2010.